Thursday, May 29, 2014

Siapakah Manusia Pertama Yang Menjumpai Api?

Percambahan pemikiran ni terbit dari perbualan 3 orang rakan.

"Komputer pertama wujud dalam tahun 1980an. Tiba tiba, 2014, 3 dekad lebih kurang, komputer sebesar bagak dah jadi tablet dan smartphone sebesar tapak tangan. Advance gila technology sekarang," kata makwe aku.
 
" Itulah. Aku pun baru lepas pergi seminar invention. Ada satu company dari Australia, dia cipta satu invention - buat paperwork hanya dengar bercakap. Kau cakap cakap idea kau, dalam masa few hours, dia boleh siapkan paper dekat 10 helai. Siap editkan font, susun kasi center apa semua lagi. Canggih gila manusia sekarang," kata pula rakan gay aku.
 

Keyword yang aku nak tekankan dalam dua ayat di atas, adalah SEKARANG. Betul ke manusia sekarang dah makin maju? Sejak bila manusia mula join scene invention, innovation, apa semua ni? Siapa orang pertama?

Berhenti belek buku sejarah sekejap, dan cari balik manusia pertama yang Tuhan sendiri cipta. Islam ke, Kristian ke, Yahudi Majusi semua, semua sepakat bahawa manusia pertama yang diciptakan ialah Adam.

Tanpa melihat kepada Adam, bayangan kita akan manusia zaman dahulu adalah bercawat, tinggal dalam gua, berbahasa "uk, uk, uk". Now, let us put Adam back into the framework. Can you imagine, Adam doing all these? Bercawat, tinggal dalam gua, dan uk uk uk?

Maka, manusia hari ini sibuklah mencari siapakah pioneer atau kebangkitan teknologi. Pernah tak kita fikir, bahawasanya Adam itu sendiri hidup di Bumi, sebagai seorang manusia? Dan sebagai manusia, Adam mempunyai segala macam curiosity atau sifat ingin tahu, seperti juga kita semua? Macam mana nak masak, nak makan, nak mandi, nak tidur berteduh. Selama beratus tahun hidupnya, tak adakah sebarang invention yang beliau dah buat? Macam mana nak hidupkan api nak masak. Macam mana nak baca bintang di langit (Adam dan Hawa terpisah selama ratusan tahun masa jatuh ke Bumi. Mesti diorang baca anak sungai, struktur Bumi, bintang di langit nak cari satu sama lain. True love yaww! Ini mencari cinta paling abadi kau tahu tak?) Sedangkan kita yang hidup 20-30 tahun pun teknologi dah boleh maju dan pesat, takkan yang hidupnya 200-300 tahun tak boleh buat lebih dari itu?

Tapi, kita semua cuba berdiri atas "our finding" yang rumah orang-orang dulu hanyalah gua. Hanyalah batu. Pakaiannya hanyalah cawat. Kau pergi cari rumah usang berusia 100 tahun, tengok macam mana rupa dia? We are talking about houses yang berusia ratusan, mungkin ribuan tahun! Tak mustahil lah rumahnya dah dimakan zaman, apatah lagi dimakan anai-anai.

Salah satu lagi point penting. Adam, datang dari syurga. Di sana, dia diajar tentang segala macam ilmu, oleh Sang Pencipta sendiri. The Creator or Creation Himself! Kau cuba fikir apa yang Tuhan dah ajar ke Adam? Hidupkan api? Masak ayam? Bina rumah? Dalam Al-Quran pun ada sebut pasal Malaikat bertanya kepada Tuhan kenapa diciptakan manusia, lalu Tuhan mengajar Adam ilmu-ilmu. Kemudian Tuhan menyuruh Malaikat menerangkan nama-nama, dan Malaikat berkata sesungguhnya Tuhan lebih mengetahui. Adam pula boleh menyebut nama-nama yang ditunjukkan tadi. (Rujuk Al-Quran. Aku malas nak excerpt masuk sini).

Bererti, banyak ilmu sebenarnya yang Tuhan telah ajarkan kepada Adam, sampaikan Malaikat pun tak tahu apa ilmu itu. Jadi, kenapa kita tiba-tiba harini fikir kita lebih pandai dari Tuhan, padahal Malaikat yang mulia sendiri, yang berzikir sepanjang masa dan berada di syurga, pun banyak lagi ilmu yang Mereka tak tahu. Apahal ni manusia, apahal sombong sangat?

Plus lagi. Adam turun ke Bumi dari Syurga. SYURGA. THE Place where everyone wants to go. Syurga itu sempurna. Jadi, tak mustahil ke bila Adam turun ke Bumi, akan ada 1001 kekurangan, in fact sejuta satu kekurangan berbanding di syurga. Dan tak mustahil ke Adam ada wildest imagination of Heaven yang cuba dia reinvent semula atas muka Bumi?

So, there you go. Learnt from THE CREATOR Himself, in heaven itself, without doubt Adam Allaihissalam is the first and wildest innovation-mind in the mankind history. Tak percaya? Siapa orangnya yang meletakkan batu asas Kaabah? :)

Nanti aku sambung soal siapa sebenarnya orang Cina pertama di atas muka Bumi.

P/S: Nope, I don't put any reference. Aku percaya, walaupun banyak kekurangan dalam sistem pendidikan kita, tapi kita semua tak sebodoh itu untuk lahir dari sistem ini dan menidakkan hujah di atas. Kenapa babi haram walaupun Tuhan yang cipta pandai sangat kau fikir logik, benda macam ni takkan tak boleh fikir brader.

Wednesday, May 21, 2014

Comeback King!

Kahkahkahkahkah.

Setahun bersarang.

Kahkahkahkahkah.

Tiba tiba mood aku menulis datang balik. Sebab tweet hanya memberi 140 aksara, manakala Facebook hanyalah medan orang baru kahwin dan kongsi gambar anak. Jadi demi kebebasan bersuara, berhimpun dan bepersatuan, aku jilat ludah lama dan kembali menghadap kekasih yang ditinggalkan, blog.

Dan memandangkan aku dah bersara jadi cybertrooper tak berbayar di sebalik identiti rahsia, aku secara jantannya menulis apa aku suka dengan identiti sebenar. Aku bukan Milo Suam, Papagomo, Beautiful "Abang" Nara whatsoever.

Mutakhir ini (penanda wacana), banyak sangat idea bangsa keluar dalam kepala. Nak blog cintan cintun, makanan ke, nanti nanti lah. Lagipun blog ni tak ada identiti. Caca marba. Clueless. Liberal. Macam orang Melayu hari ini. Jadi aku campur adukkan semua benda sekali.

Secara kebetulan juga, sejak aku berhenti (bersara) blog, bukan main jatuh lagi Man United. Jadi, bersamalah kita kembali di mana kita ssepatutnya berada wahai Syaitan Merah!

Saturday, June 15, 2013

Cinta Setengah Mati?



                Hushh. Hushh. Hushh. Penat tak sebenarnya kerja sebagai penggali kubur? Hush. Hush. Hush. Kalau semua kematian itu Tuhan tentukan berlaku pagi sahaja, maka bosanlah adanya 86,400 saat dalam satu hari, bukan? Dalam banyak banyak saat tadi, boleh sahaja berlaku kematian. Sebab itu orang tua tua kata, ajal ini Tuhan sahaja yang tahu. Dah lama Dia tulis dalam kalamnya di Luh Mahfuz, soal rezeki, ajal, jodoh. Kita juga pun sudah menyetujui perjanjian tadi sebelum roh kita Tuhan tiupkan dalam janin masa kita berehat dalam rahim mama kita tak lama dulu.

                Tret tret! Tret tret! Telefon bimbit usang Pak Ngah Kubur bervibrate. Siapa yang telefon tengah tengah malam ni? Bentak hati Pak Ngah Kubur.

                “Assalamualaikum Pak Ngah. Nora, anak Pak Usin baru meninggal sekejap tadi. Hajatnya Pak Usin sekeluarga nak dikebumi pagi esok dekat kubur Kampung Kedondong sana. Boleh Pak Ngah?” terang lebar panjang si penelefon tanpa memperkenalkan dirinya.

                Bukan Pak Ngah Kubur tak biasa. Dah lumrah tanggungjawabnya. Dalam jobscope semasa dia menerima kontrak kerja antara dirinya dengan Tuhan ini, Tuhan tak letak spesifikasi waktu kerja. Bila bila masa sahaja tender boleh datang. Bila bila masa sahaja klien boleh datang offer kontrak kerja. Sudah ragi sangat Pak Ngah dengan norma ini. Ini hidupnya. Hidupnya adalah untuk yang mati. Yang sudah pergi. Sedang berebut rebut anak muda yang terlalu sarat benak otak mereka dengan momokan kehidupan dunia, wang ringgit, iPhone, Twitter, kerja pakai tali leher, pekerjaan berkolar putih, mengejar dunia semata mata, di hujung sana nanti adanya orang seperti Pak Ngah. Yang membanting kudrat tulang empat kerat, untuk menyediakan rumah buat warga dunia ini tadi. Tanpa mengira entah apa kerja mereka, entah apa status dan jawatan mereka, entah apa kereta yang mereka pakai.

                Oh, handphone vibrate tadi? Orang kampong yang hulurkan ke Pak Ngah. Susah nak contact bila nak cari selalunya Pak Ngah. Itupun jenama entah apa telefon. Pak Ngah bukannya pernah tahu tentang jenama telefon. Tahunya tekan butang hijau untuk menjawab panggilan sahaja. Sebab itu, sudah lali sangat beliau menerima panggilan yang entah dari siapa. Asalkan, hajat itu, Pak Ngah sampaikan. Demi menunaikan perjanjiannya dengan Tuhan.

                “Insyaallah. Esok pagi dalam pukul 10 pagi kalau Tuhan permudahkan semua, dah bolehlah kebumi,” jawab Pak Ngah perlahan. Telefon tadi diletakkan ke tepi. Pak Ngah kemudiannya mengangkat perlahan pelita minyak tanah yang sedari tadi menemaninya. Mana pula Quran tadi? Dibelek beleknya rak sambil habuk dan debu terbang menari di udara sedang Pak Ngah membelek.
                Ah, ini dia.

                Bismillahirrahmanirrahim. Yaasiiiin. Wal Qur’anil hakim…

                Cicak masih rancak berborak. Di siling sana. Burung hantu juga sudah masanya untuk keluar mencari sesuap rezeki untuk diri dan anak anak. Sedang kebanyakan isi bumi lain sudah sibuk menarik narik selimut, ada yang masih sibuk mengadap Facebook, ada yang sudah hanyut dalam bisikan cinta dari telinga ke telinga melalui telefon pintar masing masing, Pak Ngah tenang melangkah keluar dari bilik. Tidak banyak pilihan pun untuk beliau pilih sebagai destinasi dalam rumah itu. Bilik tidur, keluar keluar sudah dapur dan tandas. Jadi melangkah Pak Ngah melalui tandas yang dikiri dan dapur dikanannya untuk terus ke pintu rumah, betul betul bersebelahan dengan sinki dapur. Bersama sebuku kecil Yasin, lampu suluhnya yang segan silu sudah cahayanya, dan kopiah yang jarang benar berpisah dengan kepalanya, Pak Ngah menyarung selipar Jepunnya dan menutup rapat daun pintu rumah. Mengunci rumah untuk keluar rumah adalah terlalu mainstream untuk rumahnya. Rompaklah jika sudi, kalau boleh disimpulkan dalam 3 perkataan.

                Jam sebenarnya sudah menunjukkan angka hampir 12. Ya. Waktu di mana anak anak sepatutnya sudah masuk tidur, kecuali untuk kupu kupu malam yang memang terbangnya di waktu malam. Tidak kiralah kupu kupu sebenar, ataupun pondan pondan di lorongan. Tapi itu dunia realiti. Bukan dunia Pak Ngah. Dalam dunia Pak Ngah, jamnya hanya ada 5 waktu. Dari Subuh sampailah ke Isyak. Hanya itu penanda waktu dalam dunianya. Dan di saat jarum saat tekun menghabiskan pusingannya entah berapa juta kali, dan di saat jarum minit dan jam menjadi satu tepat pada tengah malam, Pak Ngah terus berjalan perlahan dengan segala keringat yang ada menuju ke Kampung Kedondong. Tidaklah jauh mana. Kampungnya ini bukanlah Kuala Lumpur, yang kau mahu berjalan dari Cheras sampai Kepong. Untuk memberi gambaran mudah kepada remaja hari ini, rumah Pak Ngah dan kubur Kampung Kedondong hanyalah sejarak KLCC dan Pavilion. Kalau guna jarak sepurnama karang bukan engkau orang faham jauh mana.

                Daun cerut perlahan lahan membakar diri di mulutnya, sentiasa setia menemani. Begitu juga dengan kawan baiknya, si cangkul. Hening malam juga tumpang menemani hingga ke tulang. Pak Ngah kurus. Sangat kurus. Sekali perhati, entah di mana disimpannya tenaga dalam badan kurus seperti itu. Subjek yang kebanyakan anak muda zaman bergimnasium hari ini kurang faham. Susuk tubuh yang hasilnya datang dari penat lelah di bawah tak kira samada bebola api besar di siang hari mahupun bulan yang sentiasa dirindukan pungguk. Kerja separuh nafas lelahnya yang tidak dibalas harta mewah. Bukan kerja yang melabuhkan punggung ke atas kerusi empuk, yang lelahnya hanyalah kerana pendingin hawa terlampau sejuk beku. Dan diakhiri kerja tadi dengan sebuah kereta mewah, rumah besar, fine dining di The Apartment. Bukan. Bukan itu bidangnya kerja Pak Ngah. Cukup sekadar sesuap nasi siang, yang biasanya disimpan sedikit untuk malam. Cukup sekadar tulang temulang dan otot yang membalutinya mampu bangkit seiring matahari untuk meneruskan hari sebagai salah satu staf Tuhan.

                Pak Ngah mendongak ke langit. Sebutir ucapan syukur terpacul di mulut, kerana kontrak kerjanya malam ini, Tuhan datangkan dengan sebuah cuaca yang sedang elok. Untuk hamba kerja macam Pak Ngah, cuaca baik semasa bekerja adalah suatu bonus, manakala hujan ribut hanyalah sebahagian terma dan syarat dan kontraknya. Sekali lagi, bukan seperti hamba kerja yang lainnya. Yang cuaca panas dingeluhkan panas, dan cuaca sejuk dingeluhkan sejuk. Entah apa yang dimahukan sebenarnya. Yang merasakan hujan ribut atau panas terik sebagai satu siksa dunia, dan cuaca baik sebagai biasa biasa sahaja. Pak Ngah melilaukan mata sehinggalah beliau berhenti di suatu tanah kosong. Yang belum berpenghuni. Yang bakal dihuni. Oleh seorang lagi insane bumi. Kediaman sebelum nama dipanggil oleh Tuhan. Dan keputusan peperiksaannya di dunia akan diputuskan samada syurga indah, atau neraka jahanam. Peneman peneman Pak Ngah diletakkan di tepi; telefon bimbit, lampu suluh, daun daun cerut, kotak mancis. Cangkul pula tersemat dalam genggaman kemas. Pak Ngah mengangkat tinggi cangkul tadi…

                Pap!

                “Kenapa kau pergi dulu Nora! Mak yang bersalah, patutnya mak pergi dulu! Kau muda lagi Nora!” teriak Mak Eton di rumahnya. Mak mana yang tak sedih mati anak. Sedangkan putus cinta pun manusia menangis habis air mata berganti darah, inikan pula putus nyawa. Sedangkan cinta yang sejati sangat padahal baru kenal sebulan lepas, berjanji sehidup semati dan akhirnya ditinggalkan, inikan pula cinta sejati sebenar seorang emak yang melahirkan darah dan dagingnya sendiri dengan segala keringat. Jadi, menangis dan bersedih akan pemergian anak bukan suatu perkara janggal. Menangislah Mak Eton. Lepaskan air mata kau. Manusia sebenarnya tiada hak untuk menjadi hakim kesedihan seseorang dan gagalnya seseorang bangkit dari kesedihan tadi. It’s never a sin to fall down and never manage to get up back. Because only a true heart can go through that pain and stand up to start running. A normal heart can always remain there and cry.

                Tapi Mak Eton kena ingat. Mak Eton ada agama. Dan sepertimana gembiranya Mak Eton menerima takdir dengan tinta Luh Mahfuz Dia semasa Mak Eton dipinjamkan Nora 21 tahun lepas, yang mana Mak Eton sebenarnya sudah penyetujui kontrak pinjaman itu semasa Mak Eton menangis gembira, Mak Eton juga perlu menerima juga takdir tinta kali ini, walaupun air mata kali ini bertukar nada. Kesedihan itu hak hati Mak Eton, tetapi akal dan keimanan hak Dia. Jadi sebagaimana Mak Eton melunaskan hak hati, Mak Eton juga perlu melunaskan hak akal dan iman Mak Eton.
                “Wahai Nora Binti Zaiton. Ingatlah. Sesungguhnya akan datang kepada kamu dua makhluk Allah yang akan bertanya kepada kamu amalan amalan kamu di dunia. Jawablah kepadanya Allah Tuhanku, Islam agamaku, Kaabah kiblatku, Muhammad ikutanku...”

                Raungan Mak Eton mulai lentur. Bukanlah bermaksud kesedihannya sudah tamat. Tapi mungkin, Mak Eton penat. Letih. Lapar. Sejak berita pemergian Nora malam tadi akibat kemalangan jalanraya, Mak Eton seakan hilang dunianya. Makan minum sudah terpadam dalam kamus hidupnya. Mereka sekeluarga tidak menjamah walau secubit roti. Bukan tidak lapar, tetapi tidak terlintas langsung dalam kepala perkara remeh itu akibat memikirkan soal Nora. Nora Nora. Kau muda. Masih bertenaga. Cukup ceria. Rajin belajarnya. Klise minatnya menjadi doktor bukan alasan untuk Mak Eton sekeluarga tidak berbangga mempunyai anak sepertinya. Baru bercita cita menjadi doktor, belumpun jadi lagi, sudah cukup untuk buat pasangan laki bin Pak Husin dan Mak Eton untuk menggunung bangga.

                Ya. Itu perancangannya. Perancangan Nora, Mak Eton, Pak Husin, dan Arif, anak mereka yang bongsu. Menjadi doktor semoga dapat mengubah nasib keluarga. Cukup tipikal. Tapi jadilah kau Nora, Mak Eton, Pak Husin ataupun Arif, dan kau akan mula reti, betapa perkara yang ramai antara kita pandang tipikal, klise, American dreams dan apa apa lagilah labelnya, merupakan dunia kepada yang lainnya. It’s like everything they could have in this world. Having that dream, it’s like, a world to them. Berdosakah untuk mereka mempunyai impian Amerika ini? Kerana Pak Husin sekeluarga normal. Dari kampung, susah, dan mahukan anak anak mereka berjaya dalam hidup mereka dan tidak menjadi seperti ibu bapa mereka yang kampung ini. Yang tak mampu memberikan apa apa. Jadi jangan hukum mereka berdosa untuk impian dan mimpi itu.

                Kerana mereka bukan Pak Ngah Kubur. Yang tidak pernah mungkin, walau sekalipun bersua dengan konsep dan idea impian Amerika ini. Yang dunianya, tertanam dalam jiwa, ukhrawi semata mata. Berlarilah kau, tertawalah kau atas dunia ini sepuasnya, sementara Tuhan belum bunyikan loceng tamat waktu. Dunia yang dihuni, run by manusia manusia besar, yang dikenali sana sini, Datuk, Tan Sri, Sir, Madam, Mister, Encik, Tuan Haji, yang sibuk menguruskan dunia. Ada yang menguruskan kerana berasa diamanah oleh Tuhan. Menunaikan tanggungjawab sebagai khalifah. Tapi tidak semua, kerana yang lainnya pula hanya kerana amanah dari nafsu mereka semata. Menunaikan tanggungjawab syahwat membeli Mercedez, memastikan menjadi yang terawal mendapatkan iPhone 5, dan membina gunung harta untuk keluarga. Dan kita pantas menuding jari ke arah impian Amerika sebagai dalang kemusnahan jiwa masyarakat ini.

                Kerana sedang mereka yang sibuk mahu dikenali oleh isi dunia ini bekerja, di akhirnya nanti, lawyer, majistret, pegawai bank, pak menteri, pelumba kuda, peminum arak, salesman, akan sampai masanya. Dan waktu itu, manusia yang tidak pernah mahu dikenali, seperti Pak Ngah Kubur, jugalah orangnya yang tak pernah lawyer, majistret, pegawai bank, pak menteri, pelumba kuda, peminum arak dan salesman ini ambil tahu, yang akan menguruskan rumah tumpangan untuk mereka sebelum bertemu Pencipta.

                “Engkau tangiskan pemergian ini sememangnya kerana hati yang mengepam darah dan cinta itu secara sucinya menyayangi. Tapi mari aku kongsikan satu story. Engkau tahu tak hidup ini cumalah satu journey? Dalam mana mana cerita journey, mana pernah ada janji ianya happy ending kan? Sebab tujuan hidup kita, bukan untuk sampai ke penamat dia semata mata, tapi untuk experience and get through whatever lies ahead in the journey. Ada masanya kau gembira dapat 8A PMR, ada kalanya kita menangis kerana dapat tahu kita kanser. Jadi gembira atau sedih, kau yang tentukan. Sebab hati itu, milik kau.”

                Terdiam seketika mereka selepas mendengar ceritera kehidupan Pak Ngah Kubur. Kerana sangkakan seseorang yang seperti tidak punya kehidupan, rupanya adalah seorang pemerhati kehidupan.

                Aku? Aku cumalah seseorang yang memegang hati Nora, di saat dia menghembuskan nafasnya yang terakhir. Ya. Kerana itu merupakan penamat cerita cinta kami, yang tertulis dek Tuhan, bahawasanya kelalaian memandu aku membunuh satu hati yang tidak berdosa, seorang kekasih, seorang sahabat. Dan juga membunuh hati hati yang mencintai. Termasuk hati sendiri.

Monday, January 21, 2013

Next Step

Hai blog. Ok, jaga jaga kalau ada yang sedang membaca. Saya nasihatkan, jangan sambung baca. Terutama kepada mereka yang lemah jantung dan ibu mengandung. Percayalah kata saya.

Ok. So, tamatlah sudah perjalanan hidup aku di Melaka. Selepas bermastautin sejak 2008, sehingga 2013 ni, banyak sangat suka duka nak cerita. Tapi, itulah. Tak tahu kenapa, detik yang aku nantikan untuk tamat paper terakhir zaman belajar ni, tak seindah yang aku sangka.'

Tak apalah. People come and go in our life. Aku pula, selagi mana orang perlukan aku dalam hidup, aku akan cuba ada. If not, then aku just continue my own boring life. Hahaha.

So, 23. Hm. Suppose I should have my own life, thinking about career, and where do I go from now. Sebab sibuk sangat fikir pasal orang lain, bukannya orang lain yang live my life ye dak? Hahaha.

Yeah. Kerja. Mohon Tuhan murahkan rezeki di mana mana. Maybe, another 5-mastautin-years at another state? Kolumpo ke? Terpulanglah pada rezeki.

So yeah. The future is career and keluarga sebenarnya. Diri sendiri, belakang boleh kira. Tak perlu risau. Tapi, aku masih juga mengharap kot kot mama aku memang dah ada plan dengan kawan dia yang kaya yang ada anak lawa ke, kot nak dijodohkan. Kehkehkeh.

Until that time, siapa siapa yang mahu ajak teh o ais ke nescafe ke secawan dua, dipersilakan roger. Mula available di kawasan Kolumpo soon.

Friday, January 18, 2013

Berkecil Hati

Suatu masa tak lama dahulu, blog pernah menjadi tempat aku luahkan rasa hati. Tapi sekarang tak lagi. Entah kenapa.

Engkau kecik hati dengan aku tak blog? Blog? Ooooo blog? Aku tanya ni, jawablah.

Tuesday, December 11, 2012

Oh Mirror Mirror On The Wall

Can you see the half of me when you stand in front of the mirror, honey? Because I see you when I look into the mirror. :)

Friday, November 9, 2012

Tudung Kuning Lilit Lilit

Yes. That looks. Pandangan, renungan, mata yang tajam, dengan dahi yang separa berkerut dan hidung sedikit mengerekot.

Dan semestinya bukan itu pandangan yang kau berikan pada aku. Mungkin hanya random looks from you kepada kawan kawan kau. Tapi itulah pandangannya yang aku nampak kau.

Dan pandangan yang datang setiap kali mata aku terpejam. Mata itu, kening itu. Ah.

Atau itu semua hanyalah sebuah mimpi?

Mimpi akan seorang gadis, yang memakai tudung kuning lilit lilit, macam Yuna. Atau Najwa Latif.

Atau kau. Yang tak pernah tahu aku wujud sebenarnya.

Jangan risau sayang. Mimpi aku terhadap kau akan terus aku semat selamanya. Walau kau tak pernah tahu aku hidup dan bernyawa.

Thursday, November 8, 2012

Twidder dan Blog

Haaaaa aku ada soalan kalau siapa siapa baca benda alah ni. Macam mana nak link kan Twitter kat blog ah? Maklumlah, menjauhkan diri dalam bidang blog ni, segala benda aku dah lupa.

Monday, November 5, 2012

Bergerak Atas

Berhenti menoleh dan majukan langkah ke hadapan.
Tinggalkan yang meninggalkan.
Doakan yang mendoakan.

Oh, tak kan nak tulis 2012. Tak memoribilia la. Nak tulis nama karang, macam Aristotle pulak. Nak tulis tarikh, nampak macam diari pulak. Hahaha.

Banyak lagi perihal mengarang dan meninggalkan sajak ni perlu aku belajar. Ah.

Mujur ada kau si peneutralisasi pilu.

Sunday, November 4, 2012

Missing 2012

Seperti pungguk yang rindukan bulan,
Sedang bulan dirindukan ramai.
Seperti beduk yang rindukan azan,
Sedang azan dialun gemalai.
2012.