Sunday, December 20, 2009

Dear Readers Or Whoever You Are

Read this, and you'll be really really SHOCK!!!!

Gua Paham Perasaan Lu Orang...

...wahai penyokong penyokong Liverpool.

Bermula saat ini, gua secare tak rasmi bersare dari menonton bola. Cuma, kalau kalau Sir Alex Ferguson terpanggil untuk memanggil gua keluar dari perasaan, er, persaraan, beliau perlu bertindak seperti bukan Rafael Benitez. Barulah gua akan pertimbangkan keluar dari persaraan.

Friday, December 18, 2009

Cuti Hujung Taun Kanak Kanak Sekolah

Ape lagi yang paling happening time cuti sekolah ni selaen daripada kenduri kahwin. Kan? Tapi, itu time sekolah. Suke sangat pergi kenduri kahwin. Makan free. Pelamin pelamin memang takkan jenguk punye. Tapi, bile dah naek matang siket ni, dah maen tengok pelamin pulak. Jenis tengok bini baru orang lawa ke tak. Makan tu makan jugak, sebab free. Tapi, ape kes tengok orang bersanding? Ah, tak sabar rasenye aku nak kahwin. Boleh arah orang macam kuli batak. Kehkehkeh. Ni entry paling gampang untuk cuti ni. Dan cuti ni aku tak pergi lagi kenduri kahwin. Kahwin time ujan ujan lebat ni best nye part lepas kahwin tu je. Part kenduri macam cilake nak kene lipat kain seluar. Nasib baik aku tak indie. Seluar boleh lipat lagi. Jangan ingatkan aku entry ni macam celake bunyinye. Aku sedar.

Thursday, December 17, 2009

TheWay Bukan Anne Hathaway Punye

Tahun Hijrah. Gua betol betol nak berhijrah. Gua dah tak nak pakai lu-gua lu-gua dah. Gua nak pakai saya-awak secara total. Gua tak tipu. Kalo dengar panggil lu-gua lagi, itu bukan gua lah tu. Dan gua dah semakin menyampah dengar lagu sekarang bila dapat tau sume tu Illuminati. Patut la lagu dorang sedap. Aku, eyh, gua pun ada terfikir gak macam mane depa dapat buat lagu masyuk masyuk. Allah anugerahkan depa ilham ke? Rupa rupanya, baru gua sedar yang Iblis Dajal masukkan lagu lagu lalai tu dalam kepale depa nak buat kita terpengaruh. Dan gua dah tak percaya pada makhluk asing lagi, nak nak part buat piramid tu. Kene tipu betol. Tengok sini untuk lebih info, terutama Melayu. Jangan ingat kita ni hanyalah sebuah kaum di dunia ni. Kita lebih dari tu. Bukan saja saja Datuk Panglima Hang Tuah cakap "takkah Melayu hilang di dunia." Oh, satu lagi. Name blog pun gua da tukar. Dunia ni bukan kita punya. Tuhan punya.

Monday, December 14, 2009

Dajjal Plans To Slow Down The End Of The World?

Aku terjumpe pukul 2 pagi tadi dan sedang membaca untuk 14jam tanpa henti, dan masih membaca. Kisah sebenar yang aku cari cari selama ini dalam Al-Quran, dan khabar angin tentang Nabi Sulaiman pernah ke Gunung Ledang. Baca sini dan hayati dan sebarkan. Wallahualam.

Friday, December 11, 2009

Awak?

"Berape?", "Macam mane?", "Ok?", "Da tengok?", dan "Macam cilake" adalah soalan-soalan beserta jawapannya.

Result anda pula bagaimana?

Sunday, December 6, 2009

Pagi Itu

Lembut bayu menghembus hembus ke pipiku. Mataku menjamah ciptaan Ilahi yang mempersonakan. Titis-titis hujan bersantai di setiap rantingan. Indah. Sinar mentari terang mencecah ke kulit, tetapi tetap kedinginan tulang-tulang ini. Pokok-pokok oak, fir dan pokok krismas masih di situ sejak dahulu. Deras air sungai itu sungguh mengasyikkan, berlagu di halwa telingaku. Lalai aku dibuatnya. Macam zaman layan lagu System Of A Down waktu waktu PMR dulu. Band kegemaran Balau, harimau peliharaan Syed Hafeez. Dengarnya dibawa dari zaman sekolah ke menara gading. Itulah dia Syed Hafeez.

Gadis-gadis comel berlari-lari anak di bawah itu aku lihat (ini bukan Syed Hafeez dah). Mahu saja aku mengejar, tetapi ibu bapa mereka yang ketawa riang melihat anak-anak dara mereka menghalang niat murniku. Oh, di sana ada lagi anak-anak gadis. Hm, biarlah mereka berlari. Mungkin sedang mengejar kanggaru, bisik hatiku.

“Aok, tutup kek ekon tu. Sejuk paleh,” teriak adikku.

Pang! Kerusi dari lantai ke perut dia.

“Ni Cameron Highland la kuda!”

Saturday, December 5, 2009

Pennsylvania Bukan Di Slovenia

Tetapi, mereka bakal bertemu di South Africa.

"Jadi Mr. Pattison, macam mana keadaannya di Cape Town sana?" Hasbullah Awang yang bersiaran di Angkasapuri bertanya kepada saya.

"Oh, cuaca seperti biasa panas dan kering sepanjang tahun, seperti yang diterangkan oleh Cikgu Geografi dan Fotografi saya dulu, Cikgu Jafri. Saya bersama Charlize Theron sedang berbual bual tentang sesuatu. Jadi, harapnya kamu boleh melihat draw itu di laman laman web bola seperti BBC dan ESPN ya Hasbullah?" ulas saya panjang yang masih dalam lawatan kerja mengacarakan majlis FIFA 2010 World Cup Draw tadi. Saya dihantar oleh RTM.

"Hah hah hah, begitu sibuk sekali rakan kita di sebelah sana itu ya? Tak mengapa, kita sedang menanti skrin komputer di hadapan saya loading page dari BBC dan ESPN ini. Sementara itu, mari kita beralih ke K. Rajagobal mengenai Malaysia yang bertanding di Sukan Sea. Hello Rajagobal, bagaimana persiapan kita menentang Korea Utara?" Hasbullah Awang.

Thursday, December 3, 2009

Tapi Mak Saya Kata Takpe. Macam Mane?

Sayup kedengaran bunyi unggas bersiulan disahut dengan bisikan cengkerik malam. Tenang dan sunyi seperti hati Taufik. Tetapi lamunannya akan Zainab menghentikan ketenangan malam itu seraya diganti dengan kegelisahan yang memanikkan titis titis di pipi hitam tembamnya. Cermin mata barunya dibela setiap beberapa ketika. Diletakkannya lengan di dahi dan memandang siling bilik. Indah sungguh pemandangan malam yang dipenuhi bintang bintang di langit. Ah, pemandangan itulah yang ditatapnya setiap malam. Bintang bintang plastik glow-in-the-dark yang ditampalnya ketika dia mengambil PTS darjah Tiga dahulu masih di situ, seperti juga bantal busuk yang setia menemaninya sejak sekian lama. Makin tak basuh makin nostalgik, katanya suatu ketika dahulu kepada ibunya.

Talifon bimbit N3310 kesayangannya tiba-tiba berdering bersama gegaran vibrate. Buruk dan kuat bunyinya. “Ah, Zainab miss call,” bisik hatinya. Itulah rutinnya. Perempuan comel yang disayanginya itu hanya akan miss call. Dia tidak seteruja tadi. Tetapi, setelah masuk miss call yang ke-8, Taufik tewas dengan lamunan sendiri.

“Hai, buat ape? Farid mana?” tanya Taufik kepada Zainab. Seperti kebiasaan, selepas berbual bersama kekasih hati, dan selepas kekasih hatinya itu tidur, atau dah tak tau nak cakap apa, Zainab akan beralih kepada kawan berbualnya untuk menghabiskan malamnya sebelum tidur.

“Ha, dia dah tidur. Besok ada lawan hoki ais, so dia nak berehat. Huhu. Awak watpe? Tak tidur lagi ke?” lembut lembut kedengaran suara Zainab di talifon Taufik. Bergetar hatinya. Dia mula tersenyum sendirian. Tetapi, angannya tidak mudah menguasai diri kerana dia tahu betapa dia mengharapkan Zainab, dia hanyalah kawan. Sekadar kawan. Bukan kawan baik, bukan kawan akrab, kerana dia merasakan even untuk menjadi kawan baik Zainab dia tidak layak.

“Belum, berangan angan je. Hehe,” dan bermulalah sebuah perbualan yang berharga RM 3.80 dengan kadar 10 sen seminit. Nasib baik dia sudah top-up awal awal tadi semasa pergi ke 7-Eleven yang tiada makwe lawa berdekatan dengan rumahnya. Hip juga area rumah aku dah ada 7-Eleven, bisik hati kecilnya.

Semakin lama, semakin tidak berhenti perbualan mereka, dan kerana itu jugalah, Taufik tidak mampu melihat dirinya bersama perempuan lain. Dia seorang yang agak pendiam, dan lebih lebih lagi apabila berbual dengan perempuan. Perbualan telefon yang paling lama antara dia dan bapanya direkodkan ialah 3 minit, dan 4 minit bersama ibunya. Itupun, tiga per empat dari perbualan itu adalah berkisar alasannya untuk meminta duit poket lebih. Jadi, dia merasakan di masa akan datang, hanya Zainab yang mampu untuk dia menghabiskan masa, membuat dia berbicara apabila mereka bersama. Berbual di depan TV bersama anak-anak, ketika memasak, mengemas bilik dan memasang atap.

“Bila nak cari makwe?” usik Zainab kepada kawannya itu yang tidak pernah bercinta sepanjang 6 tahun hidupnya.

Sunday, November 29, 2009

Eh, Tak Adalah Makcik. Saya Biasa Biasa Je...

“Hello Assalamualaikum.” Manis suaranya semanis wajah. Dan lebih manis kerana pekertinya. Suara itulah yang menjadi penenang jiwanya setiap malam, dan sepanjang malam malam mereka berbual, waktu yang berlalu terasa terlalu singkat. Sepurnama dirasakan semalam sahaja. (Jangan main gila sangat la, jadahnya talipon sampai sebulan kan?)

“Waalaikumussalam. Hai Zainab, watpe tu?” Seperti sebelumnya, begitulah pembuka perbualan antara Taufik dan Zainab. Mereka seperti tiada noktah ketika berbicara. Kisah sekolah, kisah universiti, jiwang jiwang, makanan, keluarga, bola, ada saja yang dikupas mereka berdua. Dan bagi Taufik, inilah waktu yang paling tersenyum beliau dalam sehari selain menang loteri. Dan dia sentiasa sahaja mengharapkan yang sama juga dirasai oleh Zainab, tetapi dia tahu hal sebenarnya.

Taufik mencelah di tengah tengah perbualan meraka, “Hm, Farid tak call awak ke malam ni?” Walaupun pahit, dia tetap sentiasa bertanyakan tentang Farid.

“Kejap lagi kot, hehe..” jawab Zainab. Ya, malam malam Zainab sememangnya dipenuhi dengan masa menunggu panggilan dari Farid, buah hati beliau.

“Ha, ni dia tengah call, tapi waiting. Malas nak angkat, nak borak borak ngan awak dulu,” Zainab menambah. Wajah Taufik serta merta berubah, namun dia sedar.

“Da lah, gi lah jawab, nanti kang dia marah pulak,” Taufik cuba merendah diri-redha-pasrah dengan keadaan, walaupun dia sebolehnya tidak mahu kawannya itu meletakkan gagang talipon bimbit Nokia 5300 nya.

“Ala, tak pe lah, borak dengan awak dulu. Biar dia tunggu. Hehe.” Zainab tahu buah hatinya tidak akan pernah memarahinya. Bukan niat untuk mempermain, tetapi sekadar menguji. Dan Taufik sejujurnya gembira kerana masa untuk dia berbual bersama Zainab masih ada, tetapi sebagai seorang lelaki, dia tahu akan hati Farid yang mendapati kekasihnya sedang bergayut dengan lelaki lain.

Terus saja Taufik mencelah menyuruh Zainab menjawab, dan seperti tadi, dia masih mengharap Zainab tidak menjawab.

“Ok.” Tut…tut…tut… Talian dimatikan, begitu juga perasaan Taufik. Namun, apakan daya, dia sedar, dia bukanlah sesiapa dalam dunia ini. Gadis yang mencuri hatinya sejak kali pertama dia dengan tidak malunya menumpang pulang ke rumah. Tetapi, gadis itu terlalu muda lagi. Jadi, dia hanya memendam sendirian, dengan kiranya akan diberitahu setahun dua lagi. Dan selepas setahun dua, gadis itu jugalah yang sedikit sebanyak berkongsi rahsia antara dia dan Farid, kawan Taufik. Taufik sentiasa senyum dan ketawa dengan setiap patah tutur dari Zainab walau hati tidak. Dan mendoakan bahawa mereka sentiasa bahagia.

Tiba-tiba Taufik…

P/S: Nama dan cerita adalah rekaan sama sekali. Kalau kait kait tu, biasa lah, cerita pasal kehidupan.