Thursday, January 27, 2011

There Will Be A Point Where You Are Too Tired To Live This Life...

...and I'm at the point now.

Goodbye world. Goodbye life.

Semoga kita berjumpa di kehidupan akan datang. :-)

C.I.N.T.A.

Siapa perkara pertama di kepala dia lepas baca tajuk ni adalah sial atau fucking, lu orang memang true.

Kahkahkah.

Persoalannya, mana pergi Batrisya saya ni?

Gua mahukan cinta dari dia beb. CINTA!

Tuesday, January 25, 2011

Future Device

Ok. Soalan. Apa device yang menjadi trend gila babi sekarang. Bagi aku dua device.

Cepat jawab.

Cepat.

Masa itu pedang.

Aku tak banyak masa nak tunggu korang.

Ok, lantak la jawapan kau orang apa. Aku nak dengar kau orang jawab DSLR dengan handphone je. Sapa jawab laen pergi bukak blog lain. Gahahaha.

Ok. Point aku.

Hm, betul kan dua benda ni adalah trend sekarang? Budak budak tengah sibuk nak belajar punca kuasa pun dah terhegeh hegeh pakai kamera ni. Beli mahal mahal gambar buruk buat apa ye dak? Housemate aku, Berg. Budak AD Photo. Bagi la kamera henpon ke, gambar tetap lawa. DSLR dia cikai je. Lens pinjam pinjam je. Tapi talent tu ada. Macam juga Nemba. Talent talent. Kalau setakat duit je ada, gambar lu orang jadi lawa pasal kamera lu orang mahal je sebenarnya.

Ok, kemudiannya pula. Handphone. Iphone lah Blackberry la Ribena la. Macam macam. Ah, aku nak cakap pun tak pandai. Pasal dua dua DSLR sama handphone mahal mahal aku tak ada.



Seketul Blackberry untuk engkau orang...



Dan seketul kemera bagak ni untuk lu orang.


Jadi, berbalik pula kepada point asal aku. Kalau dahulu, handphone adalah rare. Kamera adalah rare. DSLR lagi lah. Kini, handphone kamera pun dah tak rare.

Jadi, cuba lu orang bayang. Agak agak dalam 5 tahun lagi ada tak mereka ini akan menjadi satu device?

Smartphone featuring DSLR???

Sapa sapa pandai Photoshop, cuba buat sikit konsep idea ni. Aku tak reti benda benda kompiter ni. Handphone pun skrin tak kaler.

Sunday, January 23, 2011

Di Persimpangan Jalan Itu

Akan tiba kau di satu persimpangan.
Di kirinya kawan, dan di kanannya cinta.
Satu jalan, dan seribu perbezaan.
Mana yang kau pilih?

Akan tiba kau di satu persimpangan.
Terus atau ke belakang.
Yang ke belakangnya bererti kau telan apa yang telah kau ludah.
Dan ke depannya perjuangan kau hanya sendirian.
Mana yang kau pilih?

Aku?

Aku pilih untuk terus melangkah ke hadapan.
Dan berharap agar kehidupan baru memberi seribu kebaikan

Saturday, January 22, 2011

Batrisya

Satu pandangan mata yang menyinggah pagi itu mengaburkan segalanya,
Kalau secangkir senyumanmu itu bisa meruntunkan hati hatta pembunuh sekalipun,
Inikan pula aku yang sedang menagih kasih dari manusia.

Kau datang dan mengetuk pintu hati ini.
Kau datang dan meramah mesra seketika dengannya.
Tapi sebelum sempat hati ini bertanya nama dan butir diri,
Kau lari membiarkan ia terpinga.
Mengapa? Mengapa? MENGAPA???

Maka malam malam ku hanyalah ditemani bayangan yang satu itu.
Bayangan di mana satu pandangan mata yang menyinggah pagi itu mengaburkan segalanya,
Kalau secangkir senyumanmu itu bisa meruntunkan hati hatta pembunuh sekalipun,
Inikan pula aku yang sedang menagih kasih dari manusia.

Adakah kau cinta?

Thursday, January 20, 2011

Puteri

Desiran angin pantai. Menghempas air laut ke persisiran pantai. Bulan penuh sendiri di langit malam yang sesekali ditemani satu dua bintang junior. Ada garis halus di sekeliling bulan itu. Sunyikah ia? Tiada temankah untuknya malam ini? Sesekali dirinya dihembus angin malam. Sejuk menusuk ke dalam jiwa yang sepi. Akan satu dua bintang kecil tadi semakin menghilang membawa diri. Kembali menyepi bulan tadi. Sendiri. Kini.

Hanya bertemankan nyanyian pantai malam.

Satu dongakan ke langit hanya memberi satu kekosongan. Hamparan kesunyian terpampang jelas di sana. Sesekali hadir cahaya lampu dari jalanan, tapi limpahan neon bukanlah yang dicari. Sebaliknya,sinaran bintang yang didahagakannya. Bintang yang menghulurkan kasih dan sayang. Sayang? Huh!

Di manakah cinta?

Amacam? Kehkehkeh

Wednesday, January 19, 2011

Latest Transfer News And Gossips

Ok, when you have tonnes of works to do and you are lazy, you are tend to be distracted to do other things. Saya tak. Saya tak ada kerja pun nak buat sebenarnya. Jadi, ini tidak dikategorikan sebagai lazy. Kategori. Ya, kata kata Gory. Muahahaha.

Ah, merepek.

Fokus kepada tajuk semula.

January is a transfer window. Which means peluang untuk kelab kelab utama Liga Eropah memperkuat atau memperlemah skuad mereka, dengan signing new players.

Intro banyak pun tak guna.

Darren Who?

Darrent Bent is at the center of transfer news after he handed a transfer request to his club shortly after the 1-1 draw against local Tyne rival Newcastle last Saturday. Sunderland surprisingly sit 6th in the table and competing for the Europe thanks to their trio striking force of Bent-Gyan-Welbeck. Tapi, kenapa tiba tiba di saat tengah hebat ini dia mahu pindah?

Kerana dikhabarkan Aston Villa trying to sign him for an estimated £24million. £24million! Banyak tu. Sama banyak macam Man United sign Rooney! Tapi, siapa Darren Bent ni? Power ke? Tidak se-famous Rooney atau Drogba, Darren Bent is actually the third highest scorer for the the last five season of Premier League, scoring 81 goals in that period, only to be bettered by Rooney and Drogba, each scored 82. So, mungkin di situ rasionalnya Aston Villa mahu menyigned (Kata dasar-signed) Darren Bent dengan harapan Bent dapat membantu Villa to avoid relegation.

Jadi, kenapa Sunderland setuju untuk jual? Three reasons. One is because Bent only scored two goals from the last nine games. Which means he's not in his best form. Second is because of the fee. They signed Bent for £10million and have the opportunity to sell him for £24million. £14million of profit! Third? Kevin Phillips' lesson. Back in 2000 or 2001 tak silap aku, Sunderland ditawarkan oleh Aston Villa sebanyak £16million untuk Kevin Phillips, England striker at that time. Tapi they refuse. At the end of the season, they were relegated, and Phillips sold for only £1million. Ya, 16 kali ganda lebih murah, Jadi, Neil Quinn si pengerusi Sunderland tidak mahu pisang lightning strike twice. And principle of business is sell asset when it is at its peak value.

Sebenarnya, aku pun taktau pasal apa aku cerita benda ni. Mungkin bila aku mengantuk, aku tak boleh berfikir secara rasional. Mungkin bila aku dah rasional, aku akan cerita benda benda best. Macam cerita pasal Batrisha. Oh Batrishaaa~ Wink*wink

Tuesday, January 18, 2011

Sequel

Ya, ini adalah sekuel entri sebelum ini. Kalau dalam sehari post dua entri tajuk sama tak elok jugak perangai.

But then, it really worth it. What a weekend for football across the globe. Besides Roberto Carlos wonder and that handball video, these two below are just another magic happened last weekend.

First video.

Zlatan Ibragimovic! (Ok, komentater tu sebut nama dia gitu) scored from a "tak-masuk-dek-akal" angle. Serius tak masuk akal.



Second video.

Cani from Villareal did a half-line goal. Ok, banyak gol macam ni, but what makes it fantastic is that he did it with his first touch! Ok, tengok sendiri.


Video Bola Sepak Minggu Ini

Jadi hari ini, bersama Abang Jem (bernadakan Salih Yaacob) untuk ruangan "Sembang Bola" ye.
Untuk minggu ni, Abang Jem nak tunjukkan engkau orang engkau orang semua dua video yang sangat menarik ye.

Ok, geli geleman aku.

Kalau engkau orang nak tengok video video EPL, La Liga, pergi cari Astro.

Di bawah ini, ada dua video bolasepak yang pada aku cool.

Video pertama.

Roberto Carlos. Score goal. Remember his goal against France? That 'tak-masuk-akal' freekick? Well, below here, he added another amazing 'tak-masuk-dek-akal' goal, from corner kick! Watch it!





Video kedua.

Ok, ini bukan amazing video pun. Cuma, mungkin semasa kejadian, referee sedang angau dekat makwe kedai henpon dia beli topap sebelum game kot.

Al-kisahnya, handball yang sangat obvius, tapi tak handball. Remember Luis Suarez handball against Ghana? Lebih kurang macam tu.


Monday, January 17, 2011

Tottenham Hotspur Vs Manchester United


Maher Zain serius menjawab pertanyaan wartawan wartawan media Malaysia mengenai konsertnya di Shah Alam.



"Insyaallah, saya akan mengadakan konsert lagi di sini. Malaysia sudah ibarat rumah kedua saya. Manchester? Oh, tidak. Saya tidak pernah menyokong Manchester United," jawab Maher tenang menjawab soalan soalan dari Kak Pora.

Kata kunci : Alan Hutton.