Thursday, May 5, 2011

A Dream Worth Dreaming

Somewhere in my dreams I hear your voice
Whispering gently....into thin air
At the edge of the mountain I close my eyes
Sensing your breathing...feeling you appear there

On the edge of my dreams I see your face
A twin soul......when we share eyes
At the edge of the mountain I catch my breath
Touching our finger tips...mouth goes dry

In the shadows of my dreams I taste your lips
So soft against mine like a warm rain
At the edge of the mountain my heart slows
Sharing our every breath....two hearts don't refrain

In the deepest part of my dreams I feel your touch
Breathless....from the warmth of your skin
At the edge of the mountain I open my eyes
Seeing only clouds....feeling.... within

On the edge of my dreams is where I want to stay
It's there...I'm forever in your arms...safe...sound
At the edge of the mountain I'll remain breathless
For me.....no greater love will ever be found

Will you always be there on the edge of my dreams?
Will you always meet me to the edge of the mountain?

I will wait for you...be there for you....always.

**Ok kalau sweet, memang pun. Sebab bukan aku tulis. Gahaha. Kalau aku tulis, semestinya berbunyi annoying, tak worth dibaca dan menyampah. Dan annoying.

Kredit to: Er, entah. Aku terjumpa sahaja. Thank you for whoever wrote this love.

Sunday, May 1, 2011

Alhamdulillah. Terima Kasih Kepada Tuhan

Alhamdulillah. Tamat jugak battle aku selama 3 tahun dekat Lendu ni. Well, sebulan aku duduk resah memikir apakah reaksi yang bakal aku lakukan sempena tamatnya paper terakhir diploma. Ok, then ada suara suara luar yang cakap, eleh, aku dah lama habis, eleh, diploma je, aku dah degree and all those sort of words. Well then, bila lagi nak raikan. Kau orang pun masa habis dulu celebrate juga.

Celebrate. Yes, that's the word I am looking for at the moment, but it's not here yet. Aku tak tahu kenapa. But the emotion, the feeling I'm having right now, sssss, it's not what I'm expecting. Fun, joy, melompat, langgar pokok, tendang dinding, ini adalah perasaan perasaan yang aku expect sesudah berakhirnya kertas. But then, aku terlepas pandang akan moment yang sangat penting on top of all these. KERTAS itu! Well, the most difficult paper dalam 3 tahun aku dekat sini. Kertas pertama yang aku bukak bukak soalan, dan rasa nak menangis. Ok, RASA, belum menangis. Blank. Semua yang aku baca, semacam masuk dalam ruangan blind spot dalam otak ni. Semua tak dapat recall. Shut down. Separuh pun aku tak dapat jawab. Well in fact, semua budak aku tak dapat jawab.

And when the final, the LAST mic being picked up by the pengawas peperiksaan and announced that the time is up, the joy of graduating was not there. Because of this paper I guess. Ah, dah la. My 'friend' later told me that, 'dah lah tu, dah buat yang terbaik, just enjoy the moment, tawakkal bla bla bla' and then I realized that although I did some mistake, ok lah kira salah aku lah, sebab study tak 100%, 50% pun tak aku rasa tapi still, kena banyak berdoa jugak. Mengharapkan lulus je. Repeat dekat degree nanti pun tak apa, janji aku grad! Gahaha.

Ok, done with that part. So, here come the toast. Well, I would like to thank all of the people involve throughout these 3 amazing and wonderful years I've experienced here. Pengarah kampus sebab menjaga kami, (ceh, kau kenal aku dak Mizan? Aku pernah berdebat dengan kau pasal isu rumah sewa. hahaha), lecturers of course yang gigih menyumbang ilmu dan melayan kerenah kami, Encik Kamil, Miss Aida, Miss Jun, Joe Aiza (yes, special mention pasal degree nanti mungkin jumpa korang semula). Pak guard, ok, ini macam stail je nak wish. Haha. Terima kasih pak guard kerana menjaga kami. Walaupun saya tak suka sangat, tapi, still, without you guys, we're nothing. Cewah. Pak guard rock! Aku sempat siap salam dengan pak guard semalam. Ok, depa pun tak kisah padahal. Lagi, makcik makcik Alor Gajah sekalian, makcik Kelemak, asam pedas, Sungai Petai, Mak Jan, dan lain lain, for all the great food yang kalian sediakan. (Ada lagi tak untuk part orang orang tua ni?) Hm, and semua semualah yang pernah menyentuh hidup aku walau sesentuh. Without your touch, I may not be here. Oh, and abang abang pasar malam. Gahaha. Terima kasih la belanja saya selalu. Ok, mamak nak kena mention sini dak? Kahkahkah.

Ok, part muda sikit. Terima kasih juga kepada semua rakan rakan sebahtera. Budak budak insurans, from the first day menapak sini lagi. Tapayah la sebut nama dak? Panjang sangat. Haha. Lagi, budak budak bisnes Tuah Kasturi, budak budak akaun, DAIS, Masscomm (ok, masscomm bukan ramai pun aku kenal). And of course budak budak rumah aku. Walaupun aku benci kalian semua. Kahkahkah. Hm...sapa lagi. Makwe makwe sekalian, yang pernah lalu lalang depan aku. Terima kasih kerana menyerikan hidup aku. Cewah.

Ok, oh. Derhaka betul kalau lupa. Terima kasih kepada abah dan mama, sebab, er, bagi duit. Gahaha. Ok, tak. Terima kasih sebab dah suppot dari kecik, then sepanjang hidup, then bagi nasihat (yes, marah from parents is actually nasihat), dan walaupun aku melawan kau orang balik, sebenarnya bukan aku tak sayang. Aku acah acah je. Kahkahkah.

And terima kasih kepada kawan aku Raby, pasal kau dah banyak ajar aku. Macam macam. Hehehe. Walaupun kita kawan, kau tetap someone dalam hidup aku. Terima kasih banyak banyak teman aku setahun lebih ni. Yes, sorry la walaupun bertahan setahun je, tapi still boleh kawan kan? :) Oh, and maaf kalau ada salah silap kasar bahasa. Hehehe.

And to all, from the deepest point of my heart, I thank you guys. Terima kasih intan payung, intan permata, Intan Shakira ku sekalian. Ops. Hahaha.

Salah silap aku minta maaf, halal makan minum pakai lempang sana sini, semua mintak halal. Doakan success kita semua bersama, and keharmonian negara kita, biar kita boleh hidup aman dan tenang.

And now, for the next part of my life. Kerja! ZZzzzz.

Friday, April 29, 2011

Tinggalkan Kekalutan Lama, Kita Bina Semangat Baru



Dah tengok? Ok, let's go.

FUCKING BULLSHIT!!!

Melayu. Berpuak. Satu pihak biru, satu pihak hijau biru cair. Masuk dalam masjid. Bergaduh, kerana seorang lelaki. Malaun betul. Woi Melayu semua! Cuba bangun sikit la! Hangpa semua, kita semua, kena bodoh saja dengan dua dua pihak. BN ka, PKR ka, sama saja. Hak ni duk laung nak revolusi kata nak jatuhkan kerajaan korup la, nak bagi kerajaan rakyat la apa la. Eh, paliahnuk! Hang tak ingat ka dulu hang pun duduk dalam kerajaan, sama saja kerja duduk cari tender sana sini, buat bank bawah nama hang. Cuba kita semua fikir. Anwar Ibrahim ni kerja dia apa? Compare dengan Mahathir contohnya, kalau dia bukan Perdana Menteri sekalipun, dia adalah seorang doktor. Karpal Singh. Kalau dia bukan seorang ADUN sekalipun, dia ada income sebagai peguam. Tapi Si Anwar? Duduk dalam penjara berapa tahun, harta dia, Wallahualam. Kalau dah setiap bulan boleh ke luar negara, memang masyuk la. Lepas tu, setiap kali ceramah, mintak rakyat kasi derma. Live punya pau duit rakyat.

Pasal seorang manusia bernama Anwar Ibrahim, Melayu jadi berpecah belah teruk. Kita yang duduk sokong sokong dia, apa yang kita dapat? Dia yang kaya. Kita yang berkorban.

Dah lah semua. Aku rasa, dah tiba masa, kita anak muda, masuk dalam perjuangan negara, atas satu platform baru. Pergi mati sama Anwar nya, Najib nya, semua nya, Rahim Tambi Chik ka. Ini semua pergaduhan orang dulu dulu. Semua dah tua tua sibuk nak perkaya keluarga sendiri. Kita bangun, bangkit, mulakan satu sistem baru. Start dari generasi kita, tak dak lagi dah sambung pergaduhan depa depa ni. Kita start balik fresh. Buat satu kerajaan, yang friendly-pembangkang. Pembangkang functioning as a check-and-balance for the government. Then, implement kan sistem yang dibuat zaman pemerintah Khulafa Ar Rasyidin. Every year, semua wakil rakyat perlu declare harta depa. Audit dipilih pembangkang akan audit wakil rakyat kerajaan, dan sebaliknya. Supaya berlaku keadilan di situ. After declare, harta mereka akan diambil sebahagiannya, sebab syubhak. Kot kot kalau ada pusing tender sana sini, itu biar dia jawab dengan Tuhan. But at least, negara dapat balik sebahagian duit ini. Pasal untuk membanteras rasuah 100% sounds impossible for me.

Yang kes bersumpah ni, aku tak paham betul lah. Aku rasa, tadi yang pergi ke masjid apa nama entah tu, entah ye entah tidak niat nak semayang Jumaat. Semua dah duduk sibuk memikir nak bergaduh. Sampai buat bising orang semayang, ini apa benda ni? Ha? Woi, engkau Melayu, darah sama, agama sama, tapi sebab telinga dengar cakap pihak berbeza, terus letak belakang agama. Adoyai.

Yang nak bersumpahnya, entah, lantak engkau orang lah nak bersumpah sangat kan. Tapi seingat aku, ini pesen dari zaman PAS lagi, suruh si Shaiful bersumpah dulu. Lepas dah bersumpah, kena maki pulak. Then dah jadi floodgate. Semua pun nak bersumpah.

Yang taknak bersumpah tu, biar jelah. Tayah la sibuk sibuk nak halang orang bersumpah. Suruh engkau bersumpah taknak. Lepastu membebel kata maruah keluarga tercalar. Ok, mungkin dalam hukum ada atau tidak pasal bersumpah ni, aku tak tahu. Then semua pun cakap orang munafik lah apa lah yang bersumpah ni. Well, mungkin juga dia bersumpah betul, kan? Dah bila engkau taknak bersumpah, taknak mainkan agama, then fair. Tayah pakai agama. Kita pakai sains dan realiti. Tunjuk jam Omega, taknak. DNA, taknak. Dah tu, macam mana lagi hang nak bersih nama? Cuba mai datang orang tuduh engkau orang pembaca pembaca (ok, kalau ada yang membaca la), hangpa main dengan perempuan lain ka? Mesti hangpa akan, sumpah aku tak! Right? Betul tidak, it's God punya kuasa. Tapi at least, you can regain back people's trust on you.

Ah, sudah lah bercakap banyak. Esok paper terakhir aku untuk diploma. Aku pula sibuk sibuk pikir pasal benda alah bangang ni. Sepatutnya, aku tulis ucapan perpisahan sekarang ni. Ok, paling sepatut aku study la. Then baru tulis ucapan perpisahan. Chow.

Mimpi

Daripada tadi aku taip, delete, taip, delete, taip, delete. Susah juga nak menulis pasal mimpi ni sebenarnya. Nak menulis dalam mimpi, laptop tak bawa pula masuk mimpi tadi. Haish.

Semoga mimpi indah boleh berakhir dengan indah. Dan semoga indah mimpi boleh dibawa ke realiti.

Monday, April 25, 2011

"Kalau You Sayang I, You Kena Lah Terima I Seadanya..."

*Perhatian. Entri ini bersifat umum. Kalau masuk wayang, kanak kanak pun boleh tengok. Ia tiada kaitan dengan yang masih mati ataupun yang telah hidup.

"Ala, takkan lah you tak boleh berubah sikit pun?" makwe itu sayu sayu suara memujuk Hamidun.

"I dah kenal arak lagi lama dari you ok! So jangan nak mengajar I pulak!" gertak. Garang.

So, here'e the thing. Konsep terima who you are, then don't judge orang bla bla. Yes, I agree with this. Bukan semua orang sama macam kita. So, we have to accept differences pada orang lain. Macam contoh, dia suka Justin Bieber, engkau suka Linkin Park, engkau suka Ramlah Ram. Well, different people have different taste. It's called respect. Kalau semua orang sama, bosan lah dunia ni ye dak? Tapi sumpah aku tak suka lagu Indon leweh leweh. Macam shit!

Ok, tapi kalau engkau orang suka Maria Ozawa, then it's wrong. And it can be hated. So, dekat sini lah datangnya point aku. In respect of the respect yang kita bagi, there are some boundaries lie on it. Macam contoh, kalau seorang itu memang perangai dia manja manja or kasar kasar sikit, tapi still tak menyesatkan or tak salah, then we boleh respect. Tapi kalau dah suruh terima perangai minum arak berzina semua, dah tak boleh la kan?

Ah, sorry lah. Berterabur pula susunan cerita aku ni. Al maklumlah, paper woi paper! Tadi dah la tak dapat jawab engkau tahu! Ok, tapi, harap engkau orang dapat point aku nak cakap tadi. Sekian.

*Perhatian juga. Ingat ingatlah aku dan kawan kawan dalam doa korang musim musim exam begini.

Saturday, April 23, 2011

Air Mata

Ok, dalam hidup aku, aku sangat jarang menangis. Last aku menangis adalah, hm...6 tahun kot. Jatuh basikal masuk longkang. Lari rumah pergi cari nasi ayam. Aku memang rebel masa kecik. Dan jatuh pulak longkang lorong rumah lama aku. Tak dan nak lari rumah dah kantoi menangis. Lepastu, bapak aku maki maki, then cakap anak lelaki tak boleh menangis. Tapi masa tu aku menangis jugak la. Bukan kepalang sakit dia. Jahit 56 tahu tak woi!? Ceh, tak jahit pun. Luka sikit je. Sapu minyak gamat. Ok, done with my longkang story.

So ceritanya, sekarang, aku tak ingat bila last aku menangis. Masa arwah atuk aku meninggal darjah 3 sehari sebelum raya, pun aku tak menangis. Pertama, sebab dia meninggal pagi pukul 3 aku tengah sedap tido lepas bersahur. Bangun bangun mak aku cakap atok dah tak ada, aku terus tanya esok raya kan? Mak aku menangis peluk aku, aku tak paham sangat masa tu rasa. Aku lambat matang. Darjah 6 pun pakai baju pengawas ada calit kuah keropok lagi. Memang lambat matang. Then raya haji that year moyang aku pula meninggal, mengikut arwah atok aku menghadap Ilahi. Pun aku tak menangis. Pasal arwah moyang aku meninggal masa birthday adik aku. Terus aku tanya mak aku, kek dah siap belum. Mak aku menangis peluk aku. Aku anggap tangisan dia masa tu bererti kek tak sempat siap. Aku pun sugul.

Then, more and more people died, leaving me. Tapi, still, aku belum dapat rasa pakai hati masa itu. Well now, sekarang kadang kadang aku dapat rasa jugak kerinduan dekat arwah atok, pasal aku dengan dia pun tak lama. Sempat la aku duduk kampung lama dulu, ingat lagi bawak teh ke kopi aku lupa, dari dapur naik ke atas, ruang tamu, bagi arwah atuk minum. Dia melepak depan TV pakai kain pelikat tengok TV1. Berita. Pembaca berita tu pun ada lagi sekarang duk bagi kata kata pujangga lepas habis baca berita hari ni.

Dan arwah moyang. Slow bawak motor cabuk dia, mata dah tak berapa nampak. Umur dekat 80 masa tu, tapi telinga semua kuat lagi. Datang bawak ayam kampung. Ok, I miss both of you. (Ok, semoga arwah atok dan moyang paham cakap orang putih ni ye?) :-)

Dan lagi juga, peninggalan Emma Nadia, kawan aku masuk Melaka ni. Masa part 1 aku baik dengan dia. Aku ingat lagi dia suruh ajar Bel sambil nak menangis. Huk, aku sebak. Tapi dia sangat fun. Dia akan buat kita senyum sedaya yang dia boleh, even dia pun tak senyum at that moment. Ok, mungkin sebab dia lawa dia boleh buat aku senyum. Kahkahkah. (Jangan marah ye Nadia sayang.) And aku masih ingat, dia tanya aku, nak buat fast track ke tak. Aku rasa tu la last aku bercakap hati ke hati dengan dia. Lepas lepas tu macam cakap cakap biasa, itupun pakai FB pasal dia dah buat degree. Hm, ok Nadia. Kami merindui awak. Awak elok elok di atas sana ye? :-)

And till now, aku tak ingat when is the last time aku menangis. Masa MJ meninggal, aku sebak, but not cry. Masa Arwah Din Beramboi meninggal, lagilah. Kosong hidup aku sehari dua. Taktau nak rasa apa. Yet, still air mata tak mengalir. Dan aku pun tak harap ianya mengalir. Even if mengalir pun, for the good reason. And tadi, lepas habis jawab second paper, aku rasa sebak juga. 3 tahun aku di Melaka, and it's going to end. Aku pun tak tahu nak sedih ke nak gembira. Tapi Melaka, you've been a large part to me. Thank you.

And pada engkau engkau orang semua, marilah kita sama sama sedekah Al-Fatihah untuk keluarga mara dan sahabat taulan kita yang dah pergi. Semoga mereka berehat dengan tenang di atas sana. Dan senyum mendongak ke bawah. Al-Fatihah. :-)


* Dan kau orang jangan nak membohong. Kau orang mesti pernah keluar rumah pergi bandar tak mandi kan? Gahahahha. Keluartopik.

Wednesday, April 20, 2011

Black Forest

Kau sendirian ditemani bunyian katak dan cengkerik. Kau melangkah berselimutkan kegelapan di dalam hutan itu. Semakin dalam, semakin gelap. Dan nafas semakin sesak. Harapan seperti mati, dan pasrah adalah jalan terakhir.

Dan semuanya kelihatan berakhir, sehinggalah sekelumit cahaya kelihatan di hujung sana, kecil. Kau sudah terbaring menanti mati. Tapi kau gigihkan kaki, dan melangkah ke cahaya itu. Mata kau semakin mengecil dan menguncup, tadi kelibat cahaya tadi seperti memberi satu harapan kepada kau. Cahaya yang kelihatan semakin lama semakin jelas, dan besar. Dan kau semakin terseyum, walau kaki sudah tidak berdaya melangkah.

Dan langkahan terakhir sebelum kau mencapai cahaya tadi, kau sudah tersenyum puas. Walau kau tidak tahu akan hakikat yang sedang menanti. Ya, cahaya tadilah, yang seakan memberi harapan, bertukar menjadi palsu. Kau hulur tangan, tapi tidak dapat dicapai. Kau jatuh rebah kembali. Dan kau tahu, sama ada itu mirage, atau memang harapan tadi adalah palsu.

Melangkahkah kau ke arah cahaya itu tadi, atau menyungkur redha menanti mati?

Tuesday, April 19, 2011

X-Factor

Sememangnya, tiada X-factor dalam diri aku. Sebenarnya juga, tiada cerita X-factor aku nak ceritakan dekat sini. Aku cuma nak cerita pasal the other X. Exam! (Er, does it counts as X gory doi? Dergh!) Ok, cibai. Gay gila dergh dergh ni. Gahaha.

Maka, saya di sini, bernama penuh seperti di IC, John Christopher Depp II, dengan ini menyusun jari sedikit sebanyak. Maaf salah silap halal makan minum. Doa aku sukses. Pergh, macam nak ambil PMR. Ok, siriusly, nak juga aku rasa kau orang doa sikit sikit untuk aku. Saspen wey nak last sem ni woi! Rasa macam dah boleh kawin lepas habis ni karang.

Jadi, saya di sini, masih bernama penuh seperti di atas, merasmikan pembukaan borang borang pencalonan menantu untuk mak mak di luar sana yang berkenan menjadikan saya sebagai anak menantu. Anak anak dara di luar sana pun apa salahnya kenen kenenkan kepada ibu ibu untuk ambil borang ini. Sesi temuduga awal akan diadakan untuk memilih calon yang layak memohon.

Pertandingan dibuka kepada makwe, berumur 16-28. Ok, 30 ke atas yang ada gaji sedap dan rumah dua biji juga layak memohon. Sekian.

Thursday, April 14, 2011

In The Making Of A Story

And you were there, at the end of the corner. Surrounded by friends, and happiness. It was like there's a moon on your face. You smile, you laugh, and I'm smiling inside. I don't know who you are, but your smile smiles me back. :-)

Can I go near to you? Can I ask for your name? Can I this, can I that? Can I can I?

I calmed my heart down, and tell him to be on the ground for real. She's not for us, I told my heart. Looking at her alone is way out of our league. We better take a step back and leave the moment there. And I walked away, smiling by myself.

As I'm on my way retreating from this feeling, I turned back for one second to have the final smile. The last one. But you're not there anymore. Yet, I'm not disappointed, because I knew you were real. And the chance of that glance means a world for me.

And dear God, thank you for this opportunity. Thank you for this chance. Thanks for giving me the chance to believe in angel. Thank you for sending her even for a second. Because that one second filled the entire life of mine.

Thank you for the smile, my dear. :-)

*Petikan ayat di atas bukanlah sebahagian daripada sajak Melayu nukilan Usman Awang. Bukan sama sekali.

Wednesday, April 13, 2011

Malaysia Hari Ini

Kalau masuk dalam court, sekeping gambar boleh dijadikan bukti. Contoh, isteri ada gambar suami cium dengan perempuan lain. Malah, kalau ada video pun kadang kadang jadi bukti, contoh, video VK Lingam. Tapi nampak gaya hal video seks ni banyak pusing dia untuk dielakkan sebagai bukti. Sedang Ariel pun boleh kena sabit.

Konspirasi?

Mari kita ambil contoh kes Anwar Ibrahim maki wartawan sebab ditanya pasal jam Omega. Ok, kalau betul dia ada ke, tak betul ke, itu dia sahaja yang tahu. Persoalan sekarang, cara tu. Wartawan tu tanya elok elok, kenapa yang si awak tu marah marah maki maki potong orang tengah bercakap. Disrespect. Macam ni ka nak jadi Perdana Menteri kalau tidak respect kepada rakyat sendiri? Sedangkan si wartawan hanya menjalankan tugas. Ok lah dia tu orang Buletin Utama, tapi bukan dia tanya awak tu kongkek orang ke tak. Dia tanya pasal jam ja. Jawab la elok elok. Jangan lah mencelah celah. Ini tidak, marah marah tinggi suara, kaitkan dengan orang lain. Kalau Perdana Menteri lagu ni, lingkup negara. Siapa tak geng dengan dia ja, langsung maki. Langsung penjara. Gila.