" Mungkin inikah, yang dinamakan cinta, hati gembira rasa, bla bla bla lalala~"
Kedengaran musik alarm aku berkumandang yang diset jam 4 a.m. Sambil membayangkan Juliana Evans dalam iklan Cornetto Love, aku bingkas bangun dan menapak keluar ke televisen.
Sudah terpampang di televisen perlawanan El Classico Mundo dipasang oleh adik laki aku. Barcelona versus Real Madrid. Aku capai selimut sebatang, dan baring sedap sedap atas lantai.
Masuk 2-0, dalam minit 40, aku tengok game jadi tegang. Memang tegang, dah lah sejuk walaupun berselimut. Lalu, melangkah aku ke dapur dan capai balang koko krunch lalu menuang koko krunch koko krunch tadi bukan ke ladang gandum tapi ke dalam mangkuk aku. Kemudian, susu. Ah, perfect!
Ok, review game ni hangpa cari la dekat laman web laman web yang patut. Cuma, apa yang dapat aku review dari game ini adalah ini!
Xabi Alonso, pemain Real Madrid, frust kalah sama Barcelona, bekas pemain manager lagenda Rafa Benitez
Xabi Alonso ketika menjadi seorang pelakon. Pelakon Footloose dan Hollow Man. Ok, tipu. Ini Kevin Bacon. Aku rasa Xabi Alonso ada iras dia. Ke tak?
Angel Di Maria, pemain Argentina, bekas pemain Benfica, kini bersama Real Madrid. Lawan Barcelona main tak best langsung.
Angel Di Maria dalam suit. Berlakon dalam Avatar Legend of Aang dan Slumdog Millionaire. Ok, aku tipu lagi. Dev Patel.
Ah, ke aku sorang je rasa diorang ni nampak seiras? Ah, lantak la. Janji koko krunch ni memang sedap kalau makan sama susu sejuk.
Semua pasukan berjaya menjaringkan gol. Ya, menjaringkan gol!
Even Blackburn pun tidak mahu dipalit malu apabila tetap menjaringkan gol walaupun dibenam 7-0.
Mendahului carta adalah Berbatov dengan 5 gol, dan tidak ketinggalan dalam carta adalah Martin Skrtel, pemain Liverpool, sebuah kelab yang dikhabarkan sebagai lagenda. Macam naga dan burung dodo. Martin Skrtel menjaringkan 2 gol. Hebat. Tepuk tangan!
Yes, namanya sangat Europe. Dannish to be specific. And he had recently signed for Man United. Seems to be the replacement for Edwin Van Der Sar.
Secara jujur, aku masih doubt kebolehan dia, pasal selain 4 caps with Denmark national team, pengalamannya hanyalah di peringkat liga Denmark.
Direct replacement, I hope not, because Kuszczak aku rasa perlu diberi peluang untuk menjadi nombor satu sebagai balasan ke atas kesetiaannya bersama Man United selama beberapa season sebagai back-up Van Der Sar. Kuszczak pun jarang melakukan kesilapan kesilapan pelik pelik macam keeper keeper Arsenal. Jadi, dia layak diberi peluang. Untuk Lindegaard pula, selayaknya diberi peranan back-up dahulu kepada Kuszczak selama beberapa season untuk belajar selok belok liga Inggeris.
Ok, aku tahu. Alex Ferguson bukan baca pun aku tulis. Aku tulis ni saja saja pasal bosan. Kau orang pun mesti baca saja saja sampai bosan. Tapi kalau bosan sampai marah, maaf. Aku bukan saja saja buat kau orang marah.
Aku ingat nak letak gambar, tapi malas. Kau orang cari la. Eja elok elok. Anders Lindegaard. Senang sikit la dari Tomasz Kuzsczskcsak tu.
Siapa ada terbaca di Google mana mana, akan ternampak ikon 1Malaysia dR. Rozmey mengaku filemnya mengutip RM 2 juta pada hari pertama! Auuwww. Kelas you gitu.
Ya, itu katanya. Kalau mahu benar, kita kena ambil view 2 3 pihak untuk mendapatkan kebenaran yang tulus. Ye dak? Jadi mari kita review, mari mari.
Memandangkan aku belum tengok dan takkan pun tengok, jadi kita ambil pendapat wartawan yang rata rata lebih tahu menilai buruk baik sebuah filem.
Pertamanya, mamat-berlagak-rambut-macam-Justin-Bieber ini menyentuh tentang MELAYU. Yes, syukur aku masuk UiTM, aku sangat sensitif isu bangsa Melayu kerana Melayu itu Islam. Mamat-berlagak-rambut-macam-Justin-Bieber ini katanya industri filem tempatan sekarang hanya menjatuhkan bangsa Melayu dan wartawan pula tidak banyak memperjuangkan bangsa. Katanya lagi filemnya banyak menerapkan unsur kemajuan bangsa. Ready? WHAT-THE-FUCKINGSTON man! Based on banyak wartawan, cerita yang mengantuknya kalahkan drama dan 5 minit pertama dah ada muka dia sahaja bukan sesuatu yang membangunkan anak bangsa. Dialog dialog seperti "You ni power la sayang" dan "Sekarang turn kau pulak main dengan dia" adalah setaraf cerita cerita rempit rempit romen romen. "Dia pilih KLCC dowh dari aku" adalah sebahagian dari deleted scene aku agak.
Kemudiannya, statementnya bahawa dia mengutip RM 2 juta dalam satu hari. Eyh, man, hell sama kau. Bukan kau tentukan berapa kutipan. Tunggu keputusan rasmi FINAS la wey! Syok sendiri. Menurut sini, ada tayang screenshot seat untuk tayangan filem. Pergh, kosong. Orang pergi memang nak beromen je bang oi dalam panggung tengok cerita kau. Sini dan sini pula tunjuk kutipan filem hanyalah RM200k something. Eyh, ok la tu bang. Tayang 6 tahun dekat panggung wayang gambar (pawagam) dapatlah RM 40 juta ye dak?
Kepada yang merasa meluat membaca catatan di atas, mungkin kerana isunya sendiri atau kerana gaya penulisan aku, mari kita tonton sedikit hicuran di bawah.
Sebesar besar kredit aku tujukan kepada siapa yang buat.
Ok, sekarang isu serius sikit. Semalam aku dan adik aku dan mak aku duduk semeja makan malam. Kemudian, adik aku terpetik isu ini. Mak aku lantas memangkah kami, kerana katanya kenapa nak dengki dengan Melayu nak berjaya. Contohilah kejayaan dia. Selepas adik aku cakap biarlah hidup miskin asal orang suka dengan kita, aku mencelah. Betul kata adik aku. Hidup bukan semata mata kerana kejayaan atau harta atau yang sedemikian. Kalau kaya, tapi orang tak suka, sia sia. Rezeki tujuaanya adalah untuk pertama menguatkan tulang empat kerat agar mampu bangun dan mendirikan ibadah. Rezeki juga gunanya untuk kegunaan umat manusia sejagat. Apabila Barat keparat masuk, istilah rzeki diubah kepada harta dan konteksnya beralih kepada harta benda, materialism.
Kemudian, orang akan cakap, eyh, biarlah dia nak berjaya, bukan susahkan kau. Yes, berjaya means dunia akhirat. Untuk berjaya kedua dua, Allah s.w.t. berfirman "Hablumminallah Hablumminannas". Hubungan dengan Allah, dan hubungan sesama manusia. Maksudnya, Janganlah kata kubur masing masing, pasal hal hal nak dibawa ke kubur pun melibatkan hal sesama manusia. So, setinggi mana kedudukan, darjat, dan pangkat, kalau hubungan sesama manusia zero, then nothing. Sebab itu Islam menekan kuat amalan solat ke masjid. Bukankah solat di rumah pun mendekatkan diri kepada Allah? Ya, tetapi di masjid, kedua dua hubungan dapat disambung. Yes, ini peringatan kepada kau dan aku. Aku pun malas padahal, tapi marilah kita sama sama cuba memperbaiki diri. Renung renungkan dan selamat beramal! Ciao.
Ya, pagi tadi. Aku bangun. Niat, bola. Pasukan Manchester. Rancangannya untuk layan Man United sambil sambil layan Inter kalah, lepas tu layan Spurs.
Tengok 5 minit, aku malas nak tipu hati aku. Man United sekarang memang tak terer langsung. Zaman terer adalah zaman Ronaldo-Tevex-Rooney. Masuk tang Berbatov, ada satu game je best, yakni kalahkan Spurs 5-2 season 2008-2009. Rooney-Tevez-Ronaldo-Berba. Sumpah itu last.
Lepastu, dia pi jual Ronaldo dan malas sign Tevez, tinggal Rooney sama Berbatov. Berbatov ni memang main macam babi buta betul. Skill ada, tapi main malas, baik pergi main street soccer.
Tapi, aku tetap sokong Man United. Sebab? Sebab...sebab...sebab... .
Ah, malas betul menaip, Cerita esok lusa. Tapi, memang Man United main sekarang tak kick. Blackpool sumpah cool. Lawa main. Cuma result tade. Macam Arsenal.
Ok. Masuk cuti ni nafsu aku nak apdet blog memang tak ghairah langsung. Langsung!
Cuma, lepas baca blog marhaen ni, ada la satu dua isu aku teringat dan nak kupas.
Ok, pertama. Pasal apa makwe makwe suka tangkap gambar bibir muncung? Pasal apa pasal apa???!!!
Ok, kedua. Sejak bermenjak isu freemason, The Arrival, iklan TV3 dan Faking Astro menjadi fenomena, orang Melayu terutamanya menjadi terlalu obses. Obses! Obes.
Segala galanya mahu dikaitkan dengan freemason. Kononnya itu ada hidden message, ini ada subliminal message. Damn! Yes, obses is not a sin. Tapi, beragak agak la nak kaitkan pun. Ini tidak. Asal nampak apa benda bentuk segitiga sikit, terus cakap itu piramid la apa lancau la. Kalau memang betul benda tu obvious, contoh macam cerita Harry Potter, pasal bentuk Deathly Hallow tu. Yang itu betul la freemason. Cerita cerita mat salleh memang la ada depa selitkan sikit.
Tapi kalau pasal bentuk nasi lemak bungkus macam piramid pun nak kaitkan, mati la bang. Kalau tak buat bentuk tu, takkan nak lipat kertas minyak nasi lemak tu jadi bentuk bulat ke, petak ke pulak. Nak kaitkan tu, beragak agak la. Biarlah rasional.
Ya. Aku pernah selesaikan dalam masa sehingga-penat-atau-putus-asa dan itupun satu permukaan saja setel. Aku memang tak reti main cubic. Hasif Simphonia reti. Terer.
Tapi budak dalam video ni memang terer gila babi. 7 saat. Satu tangan. Dan cubic 5x5. Yes! Bukan 3x3 macam kita selalu main. This is seriously shit dude!
So Bepul, anggap ini entri untuk kau. Haha.
Seperti biasa, video dirembat dari Yahoo! News. Ya, saya tengok dan baca Yahoo! News. Lame bukan?
That's why when Man United fans see Nani as Ronaldo's replacement, he will do anything to achieve that expectation. Including stoping Ronaldo from scoring a WONDERFUL GOAL!
Itu Khamis pagi aku bangun nak menonton bola. Rupa rupanya ada Portugal lawan Spain dalam usaha mereka untuk mempromosikan their 2018 World Cup joint-bid. Pada mulanya aku malas nak tengok pasal dah konpem konpem Spain menang. Tapi sebab game lain semua macam sial bosan (Yes, I'm referring to fucking Englad Capello), jadi aku tengok ini game.
Portugal bermain dengan sangat fantastic. So fantastic. Their passes, pace. Overall, Portugal is the better team. Semoga Paul Bento berjaya mengekalkan corak permainan Portugal ini.
Tapi the focus of the game is the goal effort made by Ronaldo, leaving behind several defenders, with some skill, he lobbed Casillas (ah, macam mana entah eja nama menatang ni). Then, when the wonderful goal is an inch before it happened, Nani datang untuk membatalkan goal itu. Dia datang, melompat, dan menanduk bola yang sudah berada di atas garisan, dan dia sedang offsaid!
Stupid Nani.
Dan surely Ronaldo was fucking-damn furious. Mad. Angry. Paranawei. Korupsi. Semuanya bermain di benak fikiran Ronaldo.
So Nani, by emulating your expectation doesn't mean you have to be better or stupid!