Monday, March 21, 2011

Kaki Lima

...Dan selepas 20 tahun aku berjalan kaki, aku berhenti di persimpangan penjuru. Di hujung itu. Di kaki kakinya yang lima ada manusia, berbangsa bangsa tua muda. Seorang makcik kelihatan usang di raut wajahnya, berdiri teguh memaksa urat urat kaki keluar dari persembunyian di balik kulit tua itu. Tangannya yang berjerih penat menahan pancaran sinar mentari, dan pancaran pancaran mata sinis yang memerhati, sibuk mencedok air dalam bekas air di hadapannya dan dituang ke dalam cawan yang berisi ais dan air gula. Mata mata tadi, dengan kemeja berjenama barat di badan, bertali leher segak kononnya, hanya mencebik bibir memerhati makcik tadi, dan manusia manusia lain yang hidup mereka dihabiskan di situ.

Bekas bekas berisi air pelbagai warna tadi berada di atas meja sambil ditemani bekas bekas lain berisi buah buahan, kuih muih, secawan duit kertas dan syiling, dan sepinggan kemiskinan. Daif.

Seorang budak kecil dengan anak patung usang berada di bawah meja. Ku kira itu pastinya anak makcik tadi. Atau anak makcik yang mana mana entah yang meninggalkan anak di situ kerana tekanan wang.

Tapi makcik tadi ada sesuatu yang jarang ada pada manusia manusia angkuh yang lalu lalang macam lalang di sekelilingnya tadi. Yang tadinya bertali leher berkasut tinggi dan bertelefon bimbit mewah memandang serong kepada makcik tadi. Kebahagiaan dalam hati. Biar dicemuh, biar daif, biar hina di pandang, senyumnya tidak pernah lekang. Biar dihujani panas mentari, senyumnya masih di situ. Seperti tiada apa yang memberi masalah padanya. Seperti tiada apa yang berlaku di dunia yang merunsingkannya.

Dan biar miskin dipandang hina, dia tahu, hanya Allah yang erti hina mulia. Dan hanya itu yang peduli baginya. :-)

5 comments:

  1. sedih nyer~~~ huhuhuhu..:( oke sedih yup!

    ReplyDelete
  2. Woh, sedih ke? Bukan aku da letak smiley smiley ke tadi. So kene la jadi happy. Haha

    ReplyDelete
  3. biasa la anak luar nikah....
    mmg dipandang serong..

    -org RTM-

    ReplyDelete
  4. tu la gamaknya jenis semayang tak diterima.

    ReplyDelete
  5. takpe miskin asalkan gembira :)

    ReplyDelete