Pada suatu masa tak lama dahulu, di sebuah negeri yang terletak jauuuuh di kaki bukit sana, ada satu kampung, yang tidak pernah orang dapat sampai. Ada yang berjalan kaki, ada yang menunggang kuda. Malah, ada juga yang menaiki keldai.
Sudah puas orang ramai cuba untuk pergi ke sana, tetapi akhirnya mereka hampa. Ini kerana, walau berbatu batu sudah mereka melangkah, tetap juga tidak sampai. Malah, ada yang berjalan sehingga beberapa purnama. Hal ini menyebabkan orang ramai semakin tidak berusaha untuk sampai ke sana. Akan tetapi, cerita mengenai kampung yang tidak kesampaian itu tidak pernah mati diceritakan di Kampung Melati. Saban hari, ada sahaja orang yang akan bercerita mengenainya.
Tiba tiba, pada suatu hari, datang seorang jejaka. Jejaka ini tadi, kelihatan seperti bukan orang tempatan. Lagaknya sahaja seperti orang luar. Maka, jejaka itu tadi singgah di kedai kopi Pak Rawi untuk minum minum kopi. Orang orang di sekelilingnya sibuk memerhatikannya. Mungkin mereka pelik, kerana mereka tidak pernah nampak sang jejaka tadi.
"Maafkan saya, tumpang tanya, macam mana saya mahu ke kampung di atas bukit sana? Saya ini orangnya pengembara," ujar jejaka itu tadi kepada salah seorang daripada orang kampung tadi.
Sebaik sahaja jejaka itu tadi selesai berkata kata, seluruh orang kedai kopi tadi ketawa kepadanya. Kah kah kah ketawa orang kampung. Kih kih kih pun ada juga.
"Wahai orang muda, sejak dari zaman dahulu, tidak pernah orang sampai ke atas bukit sana. Kami juga sudah puas mencubanya, tetapi tidak pernah berjaya. Inikan pula kamu," jawab Kamal, pemuda kampung dengan penuh bongkak.
***
"Apa ke benda bosan sangat cerita mummy baca ni? Dah lah, Adik nak online Facebook. Nak chat ngan kawan adik kenal dari USA," Pekan mencelah sedang ibunya membaca buku lalu terus berlari menuju ke komputer riba.
Budak budak sekarang, umur 5 6 tahun macam Pekan tu pun dah sibuk online. Sebab tu gua rasa bukan scene nak tulis tulis buku cerita sekarang ni. Haish.
Tak ada budaya baca buku Beauty and The Beast dah.
Kamal tu kalu dapat ke aku memang aku tampor cukup cukup
ReplyDeletegua sebelum tidur,mak gua bacakan doa...
ReplyDeleteEngkau ni poyotito, macam Kamal tu orang betul pula. Kehkehkeh
ReplyDeleteAlhamdulillah padil. Sejuk hati
budak 5 tahun pun dah ada facebook, apa cerita?
ReplyDeletetapi kalau lu tulis buku the beauty and the breast gua rasa budak pekan tu baca kot.. kah3
ReplyDelete