Monday, December 19, 2011

Bersalah Atau Tidak, Anwar Tetap Tidak Bersalah. Percayalah.

Minggu ini memang minggu yang paling tension. Tension tension memang sedap nak update blog. Ptuihh!

Bercakap pasal ptuihh! ni pun satu hal jugak. Mula mula, keluar cerita, budak Melayu kahwin gay. Itu dah kasi sirap dah.

Kemudian, keluar pula cerita budak turunkan bendera Najib. Ah. Aku malas nak ulas. Cuma, cuba bayang kalau kau jadi pemimpin suatu hari nanti, dan tiba tiba ada orang datang buat hina macam tu balik dekat kau.

Kalau betul kau rasa hina Najib tu, hina kerajaan tu, elok tolak tawaran belajar dekat UPSI tu, dan tolak elaun apa semua yang pernah kau terima. Bayar balik yuran.

Apa? Itu duit rakyat dan hak kau untuk belajar?

Haktuih!!

Kau tahu tak siapa sebenarnya yang bayar cukai dekat Malaysia ni? Lebih 50% cukai dibayar oleh Cina tahu! Dan siapa yang paling ramai dalam universiti dekat Malaysia ni? Ya, anak Melayu. Makan duit cukai orang Cina, dan melalak gah pasal diri itu mahasiswa.

Lepastu, melalak kata sekarang status mahasiswa terlalu murah. Ah, UMNO bodoh sebab terlalu mudah beri anak Melayu peluang belajar.

Then end up kau juga guna status mahasiswa itu untuk lantangkan suara kau.

Haih. Entahlah. Bilalah semua ni nak habis.

Yang melawan pun satu. Api dibalas api, lagilah marak. Gangster pun saya tahu bang. Tapi, takut nanti orang hilang respek.

Saya ni bukan siapa siapa. Mahasiswa pun bukan. Belajar pun makan duit rakyat. Cuma, Tuhan bagi saya peluang hidup di mukabumi Malaysia. Syukur sahajalah. Dosa tak silap saya buat kekacauan dekat atas bumi Tuhan ni.

Jangan risau. Bumi ini bukan UMNO punya, Najib punya. It's still God's. Takkan berlaku sesuatu perkara tanpa perhatian dari Tuhan. Kalau betul pemimpin corrupt makan duit rakyat, Insyaallah Tuhan akan balas.

Macam juga. Kalau betul pemimpin itu buat jahat, liwat ke main sex ke. Pasti dia tidak akan terlepas hukuman.

Hm, cuma aku musykil sesuatu.

Dalam mana mana match, akan ada pemenang dan yang kalah. Kan? Memang sakit untuk terima hakikat kalah, tapi itulah adat.

Cuma, pasal Anwar ni. Kenapa ya? Kalau dia ditakdirkan sabit kesalahan, maka akan bertempiklah sekalian makhluk mengutuk kerajaan jahat fitnah zalim semua semua, dan keluarlah Kempen Bebaskan Anwar dari penjara.

Kalau pula, Anwar disabitkan tidak bersalah, maka sudah pasti, akan bertempiklah sekalian makhluk mengutuk kerajaan fitnah selama ini zalim semua semua, dan keluarlah Kempen Tumbangkan Kerajaan.

Hm, meaning, bersalah atau tidak, Anwar pasti menang. Cool bukan?

3 comments:

  1. Bile orang nak berpolitik die pun nak berpolitik gini la jadinye. Cakap tak bertempat, setakat maen google sane sini, pahtu pung pang pung pang bersembang merapu macam Ibrahim Ali.

    ReplyDelete
  2. Tak kisahlah macam Ibrahim Ali pun, tapi at least tak lah kecut telur jadi anon.

    Hai anon. Kalau sudi berkawanlah dengan saya.

    And no, this is not a politic. Ini adalah isu dalam negara aku. Salah ke aku ambil tahu apa yang berlaku dalam negara aku?

    ReplyDelete