17 Mei 1932.
24 darjah Celcius. Panas juga Malaya hari ini. Penat seharian aku berjalan masuk ke dalam hutan mencari madu tualang. Orang perempuan. Kalau mengandung, macam macam diidamnya. Haih. Syukur lagi lah isteri aku ni kempunan madu tualang. Orang rumahnya Ishak, mengidam pula akan madu tualang si lebah jantan. Sampai ke Hulu Temerloh khabarnya dia mencari. Entah dah keluar ke belum dari sana. Entah ke dah dibaham gajah. Gajah Temerloh ni tok nenek dulu cerita pernah berjalan beramai ramai sampai ke tanah Melaka. Jadi alur belaka jalan dibuatnya gajah gajah tu.
29 Mei 1932.
Alhamdulillah. Menangis air mata aku pabila dapat mengazankan anak sulung aku, Junid pagi tadi. Tepat jam Subuh dia lahir. Harapnya suatu hari nanti, membesarlah kau menjadi pendekat anakku sayang. Tapi, hati aku tetap tidak tenteram memikirkan nasib si isteri, Halijah. Masih kepenatan dia barangkali. Mengharap ke mak bidan sahajalah untuk menjaganya. Sedangkan aku, hal bulan datang pun garu kepala.
8 Julai 1932.
Orang British tadi datang membawa perkhabaran berat untuk aku pertimbangkan. Anak aku baru nak mencecah 2 bulan. Maknya pula baru benar sudah pantangnya. Takkan aku nak tinggalkan mereka berdua sendirian? Sebak dada tak terkata.
"Encik Ismadi Bin Khalid, kami mahu anda ikut kami pulak ke Britain dan jadi penulis skrip untuk teater teater di London. Ouh, ada rezeki, mungkin Encik boleh bekerja sama Raja Edward," bilang mat saleh tadi dalam Melayu loghat British nya.
Aku ini, tulis jawi sahaja pandai. Pandai ke orang putih tu nak baca nanti? Hmm...
No comments:
Post a Comment