"Saya nak kamu semua tanya soalan nanti. Siapa tak tanya saya tolak markah." Lantang suara pensyarah saya. Hari itu panas. Jalan pun mata terpejam pejam. Saya melangkahkan kaki masuk ke dalam kelas. Baju basah, peluh. Ketiak pun.
"Satu lagi, jangan nak tanya soalan yang bodoh bodoh ya?" katanya lagi memberi amaran, amaran keras.
Tiba tiba suara Idlan muncul entah dari mana. "Soalan bodoh maacam mana miss?"
Miss Lecturer memberi renungan tajam satu kali, mata terpejam sikit. Panas. Kemudian, dia menyambung, "Tanya lah soalan yang berkaitan dengan subjek, janganlah tanya benda mengarut ngarut. Soalan soalan sensitif. Dah makan ke belum, berapa untung syarikat tahun lepas, syarikat ni taknak bankrap ke gitu, paham?" Sekali lagi tegas. Kali ini lebih tegas dari tadi.
Saya masih duduk senget senget, mencari koordinasi terbaik untuk menyelesakan diri. Peluh kasi serap dulu ke dalam baju. Yes! Port bawah aircond. Nice.
Lalu sesi kelas itu berlalu dengan seperti biasa. Sekali sekala balas mesej makwe.
***
"Wey, pegi trip Kolumpo ni kang ada singgah Zoo Negara melawat zirafah tak?"
Saya akui, saya memang naif. Saya jarang ke Kolumpo. Kalau pergi pun sebab nak lalu dekat terowong lepas Genting tu. Tapi ini hari lawatan ke sebuah syarikat insurans, arah dari Melaka. Jadi, tiada kejadah nak lalu terowong Genting.
Wow, KLCC. Tinggi paleh. Tobat keh ketor lutut nengoknye.
***
"Well, that is how we can maintain our business so that it can run smoothly and go as well as we could. Before we proceed to the next slide, do you have any question?" tanya lelaki Cina berjawatan sesuatu di syarikat insurans itu. Cakap omputih. Mane keh paham.
Lecturer saya memandang kami semua sambil mengangkat angkat kening dan menyengetkan kepala, tanda menyuruh kami memberi soalan. Masing masing berpura pura tekun.
Tangan diangkat, dan soalan diajukan secara tiba-tiba.
"Berapa untung syarikat ini tahun lepas?" Kurang tegas suara lecturer saya berbanding sebelumnya. Saya senyum berangankan zirafah.
haha.
ReplyDeletetahniah diucapkan kepada lecturer sbb dpt tanye soalan