"Kalau kambing, satu tempoh bersalin ambik masa dalam 15o hari. Dah tu, biasa bersalin 2-3 ekor saja. Tak untung beb," celah Hamdan. Hamdan ini dengar cerita mencuri dari kedai cina saja. Tak mahu susahkan anak melayu berniaga alasannya.
"Er, dah tu? Kalau lembu?" soal Majid diselubungi perasan bersalah pula tiba tiba.
"Lembu aku tak sure, tapi aku sure mesti lagi lama. Anak dia pun kurang dari anak kambing. Leceh," masih Hamdan cuba meyakinkan Majid.
"Tapi, lembu dengan kambing ini at least boleh buat susu, boleh kasi jual. Tak dapat jual, bagi minum sendiri pun kuat tulang." Nada Majid walau yakin tapi masih berbelah bahagi. Masih mahu didengarnya cadangan kawannya.
"Ala, berapa sangat saja pun dapatnya kan? Kan kan?" -Hamdan-
Ah, kali ini Majid tak mampu menahan lagi. Semakin runsing pula difikirkannya. Beginilah nasib anak Melayu. Asal mahu dimulakan perniagaan, was was sana, was was sini memang menjadi kelaziman.
"Habis tu, nak berniaga apa?" Dahinya nampak kerut semasa bertanyakan persoalan itu kepada Hamdan.
Hamdan perasan akan air muka yang bermain di raut wajah Majid. Lalu, dimulakan langkah pertamanya.
"Kau pernah dengar Uptrend?
Dub. Dab.
Satu. Dua. Dan.....tiga. Tiga tumbukan padu tepat di rusuk rusuk Hamdan oleh Majid.
Baguslah Majid, walaupun Melayu yang selalunya diprejudiskan sebagai lemah berniaga, tapi tahu mana halal mana haramnya berniaga.
"Ok ok, aku bergurau. Ini ada bisnes baik punya. Ini Melayu jarang join. Bukan MLM. Bukan skim cepat kaya. Tapi memang cepat kaya," Hamdan menyambung kata kata dalam serak dan senak dengan darah masih di celah gigi.
"Hah, bisnes apa lagi?" Majid kembali kepada mode terpinga.
"Buat ternakan. Kena rajin sikit la. Tapi, ini, tak macam lembu kambing. Dalam setaun 3-4 kali beranak. Dah tu, dalam sekali beranak, boleh dapat belas belas anak woo," ulas Hamdan cuba membina semula reputasi yang sudah tercalar.
"Nak bagi makan pun senang. Diorang ini makan tak cerewet sangat. Dulu masa aku sekolah Tingkatan Satu, sisa makanan dekat dewan makan itu ada orang ambik petang petang. Buat baja jadi makanan binatang ni," sambung Hamdan.
Majid nampak tertarik. Dia mencelah, " Eh, itu bagus tu. Jimat. Jimat kos. Lagipun, daripada membazir buang sisa tu, baik bagi makan diorang ni ye dak? Eh, binatang apa ni?"
"Ternak babi."
Majid minta diri untuk pulang dan berfikir dalam dalam dulu katanya. Dia juga kata nak kira duit dalam akaun bank dulu.
ternak ayam pun bagus... ternak cacing ke lipan bara ke.. ternak pelacur lagi cepat kaya.. sambil ternak boleh dapat 1-2 org anak.. mmg boleh kaya org melayu sebenarnya... keh3
ReplyDeleteYes, macam ni lah anak melayu yang kita nak. Pergi Indon belajar benda benda macam ni.
ReplyDelete