Friday, November 5, 2010

Memilih Raya Mana Yang Lebih Meriah (Entri Sempena Deepavali)

Entah, aku pun tak tahu apa raya yang dipilih masa pilihanraya. Yang aku tahu pilih parti atau calon.

Ok, sini sudah semestinya cerita yang aku nak cakap adalah pasal pilihanraya di negara 'demokrasi' kita. Tapi, memandangkan aku exam esok pagi, dan buku ini baru separuh baca, suku paham, jadi aku cakap sikit dulu.

Meraih undi. Ya, parti parti perlu meraih undi dari pengundi agar mereka dipilih untuk dipangkah semasa mengundi. Dan dalam meraih undi, kata kata dan janji janji akan dilontarkan. Parti ini janji ini, parti itu janji itu.

Tapi, apa jaminannya janji itu janji ini ditunaikan? Kalau kau janji berdating pukul 2 pun kau kadang kadang lambat setengah jam. Inikan pula kalau kau janji benda benda yang tak masuk akal dan juta juta. So, kepercayaan memainkan peranan. Kepercayaan boleh dicapai dari pengalaman. Kalau dulu kau pernah berjanji dan kau tunaikan, maka orang akan percaya. Tapi kalau kau pernah berjanji dan kau juga pernah kencing, maka kau berbau hancing.

Masih meraih undi, asal undi dicapai, apa sahaja akan dilakukan. Seperti aku cakap sebelum ini, matlamat seperti menghalalkan cara. Jadi, parti parti ini akan membeli undi. Ya, jangan nafikan. Semua parti membeli undi. Mereka ada duit yang banyak. Instead of berhabis duit membeli alatan kempen, yang belum tentu mampu meraih undi, why don't they beli sahaja undi undi ini tadi. Direct result for the voters as well, instead of menunggu janji janji untuk ditunaikan. Dapat cash live.

Jadi, parti mana yang lebih busuk dalam membeli undi ini? Semua parti yang terlibat sama busuk. Cuma, parti yang menang bertanding busuknya lebih berharga, manakala parti yang busuk satu lagi merasa lebih busuk pasal kalah.

Maka, tindakan tuduh menuduh antara parti akan berlaku. Ass***e you! Politik itu sendiri busuk. Demokrasi itu punca busuk. Dan orang orang politik itu menyebarkan kebusukkan.

Suara ramai tidak boleh dijadikan asas kepada pembentukan sebuah pemerintahan. Kenapa? Nanti next post aku ulas. Exam esok kang tak dak parti mana mana pun boleh tolong. One more ass-fuc***g-ho*e!

Owh, ya, Selamat Deepavali belaka.

4 comments:

  1. parti,parti.belajar,belajar,
    nanti lu nak sara anak bini pakai parti ke apa?

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. Pakai parti la kot. Depa janji boleh tolong rakyat macam macam. Kan?

    ReplyDelete
  4. malaysia sekarang dah tahap kritikal sebenarnya

    ReplyDelete