Wednesday, January 12, 2011

Manchester United



Ini adalah Wayne Rooney. Manchester United sejak 31 Ogos 2004. Lepas lepas Euro 2004 di Greece. Perlawanan pertamanya dengan Manchester United, adalah ketika menentang Fenerbahce dalam perlawanan Champions League di Fenerbahce tak silap aku. Untuk perlawanan debut ini, beliau bukan sahaja dapat menjaringkan gol, malah berjaya menjaringkan hatrik, yang mana salah satunya adalah freekick.

Kenapa aku menceritakan tentang Wayne Rooney? Untuk pengetahuan, entri ini aku tulis tanpa meng-Google langsung, sebaliknya aku try tulis berdasarkan pengetahuan dan pengalaman aku.

Asalnya, memang dah lama aku nak tulis tentang Manchester United ni. Tapi pasal malas dan feel untuk menulis tak dalam. Tapi sebentar tadi aku terbaca Sokerleaks, dan ternampak tentang tajuk ini. "Poser". Ya, aku akui, memang ramai peminat Manchester United adalah poser. Tapi aku tak cakap semua, dan aku tak cakap hanya peminat Manchester United sahaja yang poser.

Rata rata peminat bola menyokong Manchester United kerana senang. Jalan selamat. Sebab selalu menang. Jadi, kalau pergi mamak, nak bersorak tak malu. Kan? Sebab selalu menang. Ramai juga yang sokong kerana pemain pemain Manchester United worldwide fame. Jadi, kalau ditanya, senang nak jawab. Petik sahaja nama Ronaldo, Beckham, Rooney.

Peminat Chelsea pula rata rata yang poser adalah peminat pasca-Abramovich. Salah, lebih tepat lagi, pasca-Claudio Ranieri. Selepas zaman Ranieri, kerana ketika itulah Mourinho masuk dan Chelsea mula menang EPL dan Carling Cup dan EPL. Tapi, cuba tanya mereka pemain pemain pra-Mourinho? Aku dahulu pernah menonton Chelsea, dan as far as I can recall my memory, zaman zaman Zenden, Zola, Marcel Desailly dan goalkeeper tu apa nama eh? Frank De Boer kot. (Serius, aku memang tak Google). Eh, salah. Itu coach Ajax tu. Serius aku tak ingat. Keeper Holland. Oh, dan lagi ada Mario Melchiot pasal aku suka tengok rambut dia. Well, masa tu umur umur 11 12. Tak paham lagi tengok bola secara betul.

Liverpool pula? Ya, Liverpool memang sebuah kelab yang kaya dengan sejarah. 18 juara liga, 5 kali juara Eropah. FA Cup banyak juga tak silap aku, 7 ke 9 gitu. Aku sejujurnya kurang mengenali Liverpool berbanding kelab lain pasal aku memang tak tengok Liverpool. Aku tengok Liverpool sejak zaman Michael Owen sahaja. Masa tu Gerard nombor 24. True true. Haha. Tapi yang aku tahu sejarahnya kaya dengan Kenny Dalglish, Ian Rush, Sammy Lee dan lain lain. Tak ingat. Tapi, poser poser Liverpool kebanyakannya minat Liverpool bermula zaman Benitez pasal menang Champions League. Sedangkan zaman Gerard Houlier dulu siap pernah menang treble lagi. Mereka juga sokong Liverpool pasal benci Manchester United. Tapi aku memang suka masa Owen dekat Liverpool. Silap besar sungguh dia pergi Real Madrid. Sama macam Mcmanaman. Tamak.

Arsenal? Pada aku, antara empat kelab ni, lepas Manchester United aku sokong Arsenal, pasal gaya permainan dia sedap. Terbayang bayang lagi dalam ingatan aku game Arsenal masa zaman Bergkamp-Henry-Pires-Ljungberg. Pergh! Memang true. Overmars aku ingat sikit sikit. Lepastu si Viera. Haha. Sekarang ni pun, best jugak. Fabregas, pertama sekali aku ingat, dalam loker Pyol Muhamad. Masa form 2 tak silap aku. Fabregas umur 16. Rambut panjang macam setan. Pyol memang penyokong Arsenal sejak aku kenal dia. Pada aku, peminat Arsenal kurang poser la pasal game depa memang lawa. Cuma, cepat emo sikit kalau kalah. Entah lah kenapa.

Jadi, adakah aku poser kerana menyokong Manchester United? Entah, takkan aku nak judge diri aku sendiri.

Pengalaman pertama aku terdetik dengan Manchester United, masa zaman Eric Cantona kot. Tapi, samar samar, pasal masa tu umur 5 6 tahun. Tapi benda pertama yang aku memang ingat, gol Beckham dari kotak sendiri rembat terus ke pintu gol lawan. Hm, lawan apa eh? Aku tak ingat la. Masa tu Beckham nombor 24.

Lepastu, World Cup 1998. Yang aku ingat, Belanda pergi semi-final bawah Guus Hiddink. Lepastu, Davor Suker! Pergh, memang jadi bualan budak budak dekat kelas. Aku tertarik pasal nama dia stail. Davor Suker. Lepastu, nama Croatia pun stail. Lepastu, baju Croatia pun stail. Gol Owen lawan Argentina aku ingat pasal aku tengah minat Owen dekat Liverpool masa ni. Then, Zinadine Zidane. Tak payah cerita banyak. Tapi masa ni aku tak ada pasukan pilihan. Ikut ikut orang je lagi. Sokong Brazil la masa tu. Final aku tak tengok, pasal bapak aku tak bagi. Sekolah. Pergi pergi sekolah tau tau France menang 3-0. Bertiup kencanglah khabar angin pasal Ronaldo tak perform. Ada yang kata dia sakit perut lah, kena buat dengan bomoh France lah. Masa itu aku umur 8, jadi tendency untuk percaya khabar angin adalah tinggi. Haha.

Then, comes THE YEAR. 1999. Darjah tiga. Aku ingat lagi malam itu. Abang sedara aku kejut ajak tengok bola. Aku pun taktau apa lawan apa masa tu. Rupa rupanya, Champions League final, Manchester United lawan Bayern Munich. Haram aku tak ingat yang part awal awal pasal tengok tersengguk sengguk. Tau tau bayern dah lead 1-0. Aku pun, lantaklah. Kemudian, datanglah penghujung perlawanan. Minit 89. Masa itu, Ole Gunnar Solskjaer baru masuk. Untuk budak berumur 9, aku dengar dengar abang sedara aku sebut, " Ole Ole Soldier ni killer ni. Jenis skor last last minit". Super-sub. Term baru pada aku. Aku jadi segar, pasal aku nak tengok yang disebut sebut Soldier ni. "Pakai baju askar ke dia main?" bentak hati kecil aku.

Corner kick. Beckham. Aku ternampak kelibat goalkeeper, Peter Schumacher (Yes, itulah yang aku pronounce dulu dengan anggapan Peter Schmeichel dan Michael Schumacher adalah orang yang sama) Bengap. Haha. Pertama kali aku nampak goalkeeper dalam kotak penalti lawan. Kemudian, bola ke arah gawang, aku samar samar nampak, tiba tiba gol!!!!! "Pergh, goalkeeper skor!" akau cakap dalam hati. Ya, masa tu penglihatan aku bukan jelas sangat. Lepastu, corner sekali lagi. Aku mencari cari balik goalkeeper. Pasal sebenarnya aku ingat ini replay. Rupanya second goal!!!!!

And the rest is history. Itulah malam yang membuatkan aku menjadi seorang penyokong Man United. Dari situ aku mula belajar sejarah sejarah dia. Dari zaman Newton Heath, ke era Matt Busby. Mengikut yang aku baca, aku sangat tertarik dengan Duncan Edward. Pasal masa sebelum Munich 1958 tu, Sir Matt Busby ada cakap dia antara pemain terbaik. Sir Alex Fergusan juga pernah cakap sebegitu. Pemain terbaik yang pernah dilihat. Lebih baik dari pemain sekarang. Even Bobby Charlton pun sendiri cakap benda yang sama. Cuma sayang, dia mati pada usia muda. Tak sempat ada karier yang panjang. Lepastu the reborn of Busby Babes selepas tragedi Munich. Kemudian zaman Charlton-Law-Best. Dan sekarang, Giggsy. Pemain paling aku hormat dalam bolasepak pasal dia tak pernah dapat satu kad merah pun sepanjang karier Manchester United dia!

Ya, aku tak cukup tua untuk merasai zaman itu, tapi aku belajar sedikit sedikit dari Youtube dan bacaan orang orang lama yang pernah merasai. Sama seperti zaman Allahyarham Mokhtar Dahari. Aku tak pernah sempat tengok. Tapi melalui pengalaman pengalaman goalkeeper Arsenal semasa England B lawan Malaysia ke Selangor aku tak ingat, dia pernah cakap tendangan Supermokh antara yang paling kencang pernah dia tahan. Sorry aku tak ingat nama goalkeeper Arsenal ni. (Aku tak Google). Dan juga Youtube Selangor lawan Singapura. Pergh, gol memang legend.

Jadi, itulah sedikit sebanyak pengalaman bolasepak aku. Tetapi, menyokong Manchester United tak membataskan aku untuk menyokong team lain. Aku tetap sokong Spurs, Arsenal, Blackpool. Kerana permainan permainan mereka. Senang kata, almost dalam setiap game, akan ada pasukan yang aku sokong. (Menyokong pasukan bererti kalau pasukan itu score goal, kau akan orgasm, manakala kalau bolos kau akan butthurt).

So, komen kau orang, poser ke tak aku nih? Kahkahkah

4 comments:

  1. ko mmg x google.. tapi ko gne yahoo kan?? haha..

    ReplyDelete
  2. gua ada baju beckham masa tu dia nombor 10 kat mu.

    ReplyDelete
  3. Lempang bobeq ni karang.

    Woi sapey, cube jual ke aku, amacam? haha

    ReplyDelete
  4. panjangnye.tak abeh bace.sambung esok.haha

    ReplyDelete