Monday, January 3, 2011

Monday Blues

Isnin Biru. Dalam Bahasa Melayunya. Ertinya, Hari Isnin ni kurang disukai. Dalam bahasa kasarnya, orang benci Hari Isnin. Pasal? Pasal selepas cuti Hari Sabtu dan Ahad, Isnin pulak kena pergi kerja ke, jumpa bos ke, pergi kelas ke ataupun bukak kantin sekolah.

Makanya, atas faktor faktor ini, produktiviti pada hari Isnin jadi down. Kalau budak budak kena pergi kelas, kena pakai kemeja tie lah hari Isnin ni. Memang leceh.

Jadi, suatu hari dalam masa cuti itu hari, aku tengok Nickelodeon, pasal adik aku menangis nangis alih cerita lain. Tajuk hari itu, How To Make Your Monday Fun.

Antara ideanya lah.

1. Best Lunch

Maknanya, kalau dalam banyak banyak hari dalam seminggu, pilih lah hari Isnin untuk dijadikan hari untuk anda makan best best masa lunch. Jangan letak dinner, pasal lewat sangat. Nanti tak teruja sangat nak tunggu. Kalau lunch, masa masa kelas ke, kerja ke, jadi semangat sikit pasal karang lunch nak makan sedap.

2. AAaaaaaa

Aku tak ingat dah. Kahkahkah. Aku memang ada masalah dalam menge-list benda. Jadi, kau orang tambah lah sendiri. Tapi, kau orang dapat kan point aku? Means that untuk mengurangkan blues pada hari Monday ni, letaklah sesuatu yang menyebabkan engkau orang teruja dengan Hari Isnin. Kasi semangat.

Aku?

Aku tak payah letak. Pasal Isnin kelas aku petang. Biasanya Monday Blues ni pagi pagi je. Bila dah ke petang tu dah kurang sikit. Kahkahkah. Lagipun, di saat orang sedang bersusah susah pagi tu, aku pulak di tilam dah bosan tido. Haha.

Kongsilah apa idea idea yang kau orang pakai. Tak nak kongsi pun tak apa. Sebab Isnin korang memang bosan. Kahkahkah.

Selamat Hari Isnin!

6 comments:

  1. hari isnin ..gua lewat bangun pegi kerja

    ReplyDelete
  2. isnin aku elok elok kelas start 12.30 tetiba jadi pkul 8.30. mak frust menonggeng nyahhh tak pat nak bosan tido cam kau!! Waaa.

    ReplyDelete
  3. Auuwww...Aku mula mula 8.30 pagi, kene tarik jadi 8 malam. Berjoget mak suke nyah oi....kahkahkah

    ReplyDelete
  4. isnin la hari tak seronok skali

    ReplyDelete
  5. hari senin elok elok kuliah aku pukul seploh cuma jap lagi pelepuukkk lecturer aku soh buat amali hari senin pukul 2 sampai 5. waktu tu la klimaks nak tido bagi aku. macam haremm. =.='

    ReplyDelete
  6. Fuyyooo...terbaik tuh sampai 3 jam amali hari hari Isnin. Produktif! Kahkahkah

    ReplyDelete