Friday, February 25, 2011

Kisah Kucing Saya

Ok, actually, it's not my kucing. Kucingnya si Aidir, my housemate.

Was born around last March. So, secara kasarnya, tak masuk setahun lagi. But then, last December, dia dah beromen dengan satu kucing jantan. Hitam. Bobby, si kucing kami, putih. So, mengandung la si Bobby ni. Then, Aidir kata, sejak main itu hari, Bobby ni dah tak keluar rumah mencari laki dah. Menyesal kot. Dapat hitam. Padan muka.

Then, around last two weeks, malam Jemaat, Bobby pun bersalin. Bawah sofa rumah kami. Damn damn damn. Ya, dan Bobby bersalin atas tuala aku. Setended la nak bersalin pakai tuala rendam air panas kan? Tapi, Bobby setel sendiri la hal dia bersalin, pasal mak bidan malam tu kan malam Jemaat. Tanggungjawab ke suami la kot gamaknya ye dak?

Aku dah tido time tu. Budak budak ni kata, dengar la bunyi Bobby mengerang. Cari cari satu rumah, rupanya dah bersalin bawah sofa. Prret! Prret! Sekor, dua. Sampai la enam ekor. Tiga putih, tiga hitam. Ye la, dah bapaknya hitam kan. Orang kata kawin campur ni anak jadi pandai. Taktau la anak anak Bobby ni macam mana perginya nanti performance akademik masing masing.

So, sekarang, Bobby, hampir berusia setahun, adalah seorang ibu tunggal. Lakinya dah ceraikannya. Lama dah. Well, in fact, masa beromen tu je la diorang kenal. One night stand la kira. Sekarang, hari hari Bobby diisi dengan aktivti menyusu anak, makan, menyusu anak, makan, menyusu anak, makan, menyusu anak. Penat, tido. Kurus kecik je Bobby ni. Macam umur 3 4 bulan gayanya. Macam dah tak terurus dah hidup. Kehulur kehilir mencari makan. Nak suruh kami makan 24 jam lemak la. Kami pun ada esaimen nak kena buat.

Tu lah. Dah kata dulu. Jangan cari laki. Ingat senang ke nak jaga anak ni. 6 pulak sekali tu. Degil. Jenis taknak dengar cakap orang tua. Malam malam bunyi la bising Bobby ni menangis mengenang nasib agak nya. Entahlah Bobby oi. Gatal sangat kan, sapa suruh. Rasakan.

Ni pun, anak sekor dah hilang. Entah mana kau sorok Bobby oi. Ke kau dah makan malam tadi?

Aku pun satu hal. Macam dah tak ada modal nak cerita dekat sini. Hal kucing pun jadi.

"Macam dah tak ada modal je industri blogging di Malaysia ni," Pak Jabit. Kampung Pisang.

9 comments:

  1. bobby tu name jantan lah! haha
    comel btol

    ReplyDelete
  2. sekarang industry filem porno ala2 beastiary tu laku.. kau join laa gory.. mana tau lepas ni anak bobby muka brat-pit..

    ReplyDelete
  3. Kahkahkah...bepul. Hal porn, laju je kau.

    Walaupun bobby nama jantan, bobby adalah seekor syaitan betina sebenarnya.

    ReplyDelete
  4. macam double meaning lah entry kau ni =.=

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. anak - anak bobby sume idup ag? ;D
    nak sekor :D

    ReplyDelete
  7. ha'ahh pesal ntah nk jadikan kucing tuh tomboy ehh? =)

    ReplyDelete
  8. Tahniah mamalia! Kerana dapat tangkap siratan.

    Anak anak dia semua hidup lagi. Tapi sekor dia dah bagi ke syaitan. Ada perjanjian darah rasanya.

    Dik, bukan nak kasi dia jadi tomboy. Tapi nama tu je yang dia menyahut. Nama lain semua buat dek je.

    ReplyDelete