Friday, January 6, 2012

Kebanggaan Ibu Bapa

Bila bercakap soal bangga dan ibu bapa, ia seperti sebuah sinonim. Kau tahu sinonim tu apa tak? Ala, macam kalau kita cakap pasal bola sepak, kita akan ingat Manchester United, kalau bercakap soal lelaki hensem, Aron Aziz. Cakap pasal aku, ingat Rosyam Nor. Ha. Sinonim. So, bila kita bercakap pasal bangga, tentu, antara orang pertama yang kita mahu banggakan ialah ibu bapa kita, bukan? Hm, kenapa ya soalnya?

Baru tadi, semasa aku mengelamun seorang diri lepas jawab paper, tiba tiba aku teringat pakcik dan makcik aku awal tahun lepas, betapa bangganya mereka dapat anak sulung. Lantas, terlintas dalam kepala aku sesuatu.

Sebenarnya, sejak dari ibu bapa dimaklumkan yang si ibu mengandung, mereka sudah gembira dan bangga. Kalau boleh, mahu sahaja mereka ceritakan kepada semua orang, betapa bangganya mereka. Padahal, baru bangga kerana mahu mendapat anak. Belum dapat lagi.

Kemudian, sebaik sahaja anak tadi selamat dilahirkan, berjurailah mata sang ibu dan bapa, gembira dan bangga akan kelahiran dan kurniaan Tuhan tadi. Lihat, kita lahir sahaja di muka bumi, kita sudah berjaya membuat ibu bapa kita gembira.



Kemudian, bila kita sudah mula pertama kali buka mata dan berbunyi, maka sekali lagi, ibu bapa kita akan dengan bangganya bercerita dekat kawan kawan dan saudara mara. "4 bulan dah dia, dah pandai senyum bila tengok kita," "Dah reti ketawa dah dia," dan, "Setiap malam dia tidur mesti nak dengar lagu Najwa Latiff" antara cerita cerita yang ibu bapa kita akan kongsi. Bererti sedikit sebanyak, mereka bangga dengan apa yang kita boleh lakukan di usia demikian.

Itu belum kira bila pandai bercakap, bertatih, berlari, panjat pagar, tendang bola, tanak nasi, basuh pinggan, lukis gambar Pokemon, dan lain lain. Pendek kata, apa sahaja anak anak buat sesuatu yang baik, pasti mereka akan bercerita, well, means, terbit sedikit rasa gembira dan bangga.

Kalau nak masuk cerita "anak saya dapat 5A," "anak saya dapat masuk sekolah asrama" dan pencapaian pencapaian peperiksaan, memang tak terkira lah ceritanya. Kerana, Islam sendiri mengajar kita untuk membanggakan ibu bapa.

Kalau tak silap, ada hadis yang lebih kurang, siapa yang dapat buat ibunya menangis kerana gembira dan bangga, maka gugur api neraka. Kalau siapa dapat yang sahih, boleh kongsi.

Tapi aku tak paham lagi part kalau anak kita buat sesuatu yang kononnya 'rebel' dan menganggu gugat ketenteraman awam, ibu bapa akan bangga. Ada ke?

Mak ayah aku? Aku rasa, kalau aku telefon mak aku atau ayah aku ajak bersembang dan tak masuk isu minta duit, mereka akan bangga kot. Hehehe.

1 comment: