Friday, January 13, 2012

Keenakan Burger Harimau

Tap tap tap tap!

Kecing!

Sret.

"Thank you, come again."

Begitu manis sekali suara mesin keluar duit usai sahaja aku mengeluarkan sebilangan wang dari bank Harimau tadi. Jumlahnya malam ini boleh tahan lebih daripada yang biasanya aku lihat. Baik sungguh hati ibu aku. Ah. Kenyang perut aku malam ini barangkali, bentak hati aku.

Sederap motor aku memecah hening malam dan sejuk bayu menuju ke kedai burger paling burger di Melaka, Oblong. Oblong punya burger ni, tak tahu apa rahsia dia. Mungkin jenama daging burger dia. Fatimah ke, Khadijah ke, Ramlah ke apa entah nama jenama dia. Mungkin pemilihan jenama sosnya. Mungkin juga warna pinggan? Yang pasti, memang sedap. Dari burger ayam biasa, pergilah ke burger ayam daging yang luar biasa. Dan roti john, burger burger McD-nya. Pendek kata, orang kata, kalau mahukan kedai burger, inilah definisi kedai burger sebenar.

Aku pun melabuhkan bawah pinggan aku di atas sebuah kerusi. Kerusi plastik. Warnanya ada putih, ada biru. Aku tak memilih warna kerusi. Pasal tujuan aku datang ke sini adalah untuk memakan burger, bukan memilih warna kerusi.

"Abang, bagi saya sebuah burger yang tiada tolok bandingannya, yang sedap bilamana tergigit mulut ini ke daging itu, dan bilamana saat tangan menyeluk kocek untuk membayar, tidak terketar ketar," kata aku kepada abang yang ambil order.

"Burger ayam biasa?" Tanya abang itu penuh panik tetapi dalam pengertiannya.

Aku tersenyum. Pekerja dewasa ini sangat memahami hati pelanggan.

***

Terhidang di situ satu burger nikmat yang aku debar debarkan dari tadi.

Tangan sudah siap siaga, dan akhirnya, ahhhhhhh. Kenikmatan yang orang kata ada pada McDonald, Burger King atau kapitalis kapitalis lain. Suapan demi suapan mengiringi setiap kenikmatan tadi. Aku tersenyum sendirian, ditemani burger yang padu, dan brader masak burger yang tidak putus putus membalikkan daging demi memenuhi keinginan setiap perut yang sabar menanti.

~Kita berkenalan hanya dalam lama mukabuku, tra tang tang...tra tang tang~

Ah, berbunyi pula nada dering telefon bimbitku. Dan terpampang nama ibu aku yang menelefon. Aku tersenyum. Hehehe.

"Hello Along. Ada duit lebih masuk dalam akaun bank Harimau Along tu. Jangan guna ya? Duit komisyen tu. Nanti mama nak masukkan dalam ASB."

Aku tertanya tanya samada aku patut terus habiskan sebuah burger enak tadi, atau aku hanya patut kesali apa yang telah berlaku. Salahkan kalau sejumlah wang tadi ditukar menjadi burger enak? Ah, dunia. Ku tak bisa, sungguh.

10 comments:

  1. Ayok. Taktahu. Kasiktahu mama. Ayokk

    ReplyDelete
  2. haha.. along kat sini pun macam tu kadang2.. terpaksa berkorban demi perut yg membelon..

    ReplyDelete
  3. Bepul. So how? Mana satu pengorbanan lebih bermakna? Menahan lapar dan menyimpan wang, atau sebaliknya? Sebab kalau nak dikira, kedua duanya adalah pengorbanan, dan setiap pengorbanan itu tetap mulia. Hahaha

    Ayok tak ayok. Mama tahu, memang saya tahu nak cari siapa. Siap awak.

    ReplyDelete
  4. kadang2 kan.. aku mcm segan nak mintak duit sama abah aku.. dia tak bosan ke kena mintak duit dgn aku? sket2 duit.. sket2 duit.. aku nak mintak bini karang kena lempang.. mintak kapal terbang.. serupa mintak duit jugak.. ahh mintak maap lah..

    ReplyDelete
  5. Benda paling senang lu mintak kan, gua rasa, lu mintak halal makan minum Tu paling senang dan selamat.

    Lepastu baru minta berhenti belajar.

    ReplyDelete
  6. kau buat hal laa gory..

    ReplyDelete
  7. Thanks for your support (From Mgmt of Oblong Burger)

    ReplyDelete
  8. Alamak, orang persatuan oblong dah komen. Hehehe.

    Welcome, keep it up bro. Hidup persatuan oblong dan burger malaysia!

    ReplyDelete
  9. pulangkan,,,,siap bunganya skali

    ReplyDelete
  10. zaidi tomy charlsTuesday, January 31, 2012

    cepat pulanggggggkan

    ReplyDelete