Entah. Aku tak tengok pun game ni pasal aku ada dekat rumah sewa. Tak teringat pulak nak pegi mamak tengok. Ah, mamak depan UiTM ni kalau tak pasang Hindustan nyanyi nyanyi, pasal Mari Menari. Pandemic.
Jadi, kerana aku tak tengok perseteruan antara Harimau Malaya lawan Samurai Biru ini, maka tidak adil untuk aku komen. Kalau bagi pendapat based on result, ok la kot. 2-0, berbelas belas first team injured, ok lah. Arsenal kalau Fabregas sorang injured pun dah buat alasan.
Apapun, jersi Malaysia tetap a**hole!
Wednesday, November 10, 2010
Tuesday, November 9, 2010
Air Supply Live In Kuantan
Ya, Air Supply akan membuat konsert di Kuantan 18 Nov ini, minggu depan, sehari selepas aktiviti beramah mesra dan melapah daging korban bersama orang orang Indera Mahkota. Memang tak kejadah langsung. Langsung. Selepas kejayaan Konsert Red Amy Search sama Awie sama Ella itu hari, Air Supply melihat Kuantan sebagai prospek terbesar untuk membuat konsert.
Kalau kamu itu pernah sekolah Semsas, dan pernah dirotan sama Uncle Rizam Jabar, kau harus tahu Air Supply. Uncle Rizam Jabar, selain merotan budak dan memarahi Shauqi, Safarwan dan Kamal Ashraf, juga merupakan seorang peminat tegar Air Supply, sehinggakan pelajar pelajar kelas Inggeris Set 1 dan 2 dulu kena paksa nyanyi lagu ini.
Untuk sebarang maklumat lanjut, tengok sini. Owh, ini maklumat lanjut tentang konsert. Bukan tentang Uncle Rizam. Uncle Rizam last dengar bukak stesen minyak dan memakai kereta Harrier. Besar tu.
Untuk mengimbas sedikit sedikit kenangan bersama Uncle Rizam, tonton video di bawah dan sing along. Lirik boleh didapati di merata rata Google.
Air Supply - All Out Of Love

Monday, November 8, 2010
Kenapa Chelsea dengan Kelantan Ini Menang Piala
Semalam masa aku amati Chelsea punya game lawan giant-killer Liverpool tu, aku terperasan satu faktor pemenang. Benda ini tak boleh sangkal pasal B. Sathianathan pun semacam setuju. Sebab itu dia jadi pundit semalam game tu. B (Ehsan cakap budak budak Kelantan panggil dia B, macam makwe pakwe) ini dihormati pasal menang Piala Malaysia itu hari.
Jadi, selain Hai-O yang menjadi sebab kukuh kemenangan Kelantan, aku juga macam rasa seorang lagi pemain menjadi tunjang. Malah, dia menjadi tunjang untuk kemenangan liga Chelsea musim lepas juga.
.
.
.
.
.

Mungkin Pahang tidak pernah relegated juga banyak berterima kasih kepada beliau. Terima kasih Indra Putra Muhyidin Yasin.

Indra Putra Mahyuddin, tersenyum riang. Pemain yang kerap sekali ditemui di Kuantan Parade, Kuantan sedang merokok dan bersnuker.

Indra ketika mewakili Kelantan

Indra Putra mewakili Chelsea

Bersama Chelsea ketika menentang Man United
Mungkin Pahang tidak pernah relegated juga banyak berterima kasih kepada beliau. Terima kasih Indra Putra Muhyidin Yasin.
Sunday, November 7, 2010
Saya Ada Magis Dalam Saya, Semua Yang Saya Sentuh Menjadi Emas
Rivers Cuomo ini darah Itali-Inggeris-Jerman, nak tinggal dekat Beverly Hills, tapi apa pasal ada kaitan sama Rajinikanth pulak ni?
Magis gile.
Friday, November 5, 2010
Memilih Raya Mana Yang Lebih Meriah (Entri Sempena Deepavali)
Entah, aku pun tak tahu apa raya yang dipilih masa pilihanraya. Yang aku tahu pilih parti atau calon.
Ok, sini sudah semestinya cerita yang aku nak cakap adalah pasal pilihanraya di negara 'demokrasi' kita. Tapi, memandangkan aku exam esok pagi, dan buku ini baru separuh baca, suku paham, jadi aku cakap sikit dulu.
Meraih undi. Ya, parti parti perlu meraih undi dari pengundi agar mereka dipilih untuk dipangkah semasa mengundi. Dan dalam meraih undi, kata kata dan janji janji akan dilontarkan. Parti ini janji ini, parti itu janji itu.
Tapi, apa jaminannya janji itu janji ini ditunaikan? Kalau kau janji berdating pukul 2 pun kau kadang kadang lambat setengah jam. Inikan pula kalau kau janji benda benda yang tak masuk akal dan juta juta. So, kepercayaan memainkan peranan. Kepercayaan boleh dicapai dari pengalaman. Kalau dulu kau pernah berjanji dan kau tunaikan, maka orang akan percaya. Tapi kalau kau pernah berjanji dan kau juga pernah kencing, maka kau berbau hancing.
Masih meraih undi, asal undi dicapai, apa sahaja akan dilakukan. Seperti aku cakap sebelum ini, matlamat seperti menghalalkan cara. Jadi, parti parti ini akan membeli undi. Ya, jangan nafikan. Semua parti membeli undi. Mereka ada duit yang banyak. Instead of berhabis duit membeli alatan kempen, yang belum tentu mampu meraih undi, why don't they beli sahaja undi undi ini tadi. Direct result for the voters as well, instead of menunggu janji janji untuk ditunaikan. Dapat cash live.
Jadi, parti mana yang lebih busuk dalam membeli undi ini? Semua parti yang terlibat sama busuk. Cuma, parti yang menang bertanding busuknya lebih berharga, manakala parti yang busuk satu lagi merasa lebih busuk pasal kalah.
Maka, tindakan tuduh menuduh antara parti akan berlaku. Ass***e you! Politik itu sendiri busuk. Demokrasi itu punca busuk. Dan orang orang politik itu menyebarkan kebusukkan.
Suara ramai tidak boleh dijadikan asas kepada pembentukan sebuah pemerintahan. Kenapa? Nanti next post aku ulas. Exam esok kang tak dak parti mana mana pun boleh tolong. One more ass-fuc***g-ho*e!
Owh, ya, Selamat Deepavali belaka.

Wednesday, November 3, 2010
Antara Cita-Cita Politik Dan Agama Bahagian Satu
Senario politik masakini, matlamat menghalalkan cara. Asalkan matlamat dicapai, apa cara sekalipun dibolehpakaikan. Ya, inilah juga prinsip komunisme. Berbuat apa sahaja untuk mencapai cita cita.
Di sini, saya tidak menegakkan kerajaan, mahupun pembangkang. Tapi cuba kita semua diam, pejam mata, dan lihat dari sudut paling neutral. Kita perlu rungkai satu per satu pros dan cons kedua dua belah pihak agar mendapat gambaran dan situasi sebenar keadaan.
Sesungguhnya, sejak Tun Mahathir meletakkan jawatan selaku Perdana Menteri, kondisi politik kita makin hari makin carca marba. Semakin banyak isu dibangkitkan dan semakin genting perhubungan yang senantiasa cuba dijernihkan sekian lama. Kaum lain mula berani mempertikaikan agama Islam. Saya tidak berlaku rasis atau prejudis, tetapi sebagai penganut agama saya, saya perlu bangkit dan tegakkan hak dalam agama saya. Isu IFC (Interfaith Council) telah dibangkitkan, diambil kira dari olahan IRC (Inter Religion Council). Jika dilihat dari matlamatnya, ya, cukup indah. Meletakkan semua agama di bawah satu bumbung yang harmoni dan saling bekerjasama. Ok, semua pertubuhan ditubuhkan dengan objektif yang indah indah belaka.
Tetapi, jika diperhalusi dalam dalam, matlamat nya adalah membuat suatu undang undang yang disepakati semua agama atas dasar hak asasi manusia. Apa itu hak asasi manusia? Hak asasi manusia adalah bila mana suara kita didengar dan dikota segala keinginan yang 'bersesuaian' dengan hak kita. Seperti contoh, saya ada hak untuk saling menyayangi sesiapa pun, maka saya ada hak untuk menjadi gay. Amacam? Adil bukan? Itulah hak asasi manusia. Hak yang disuarakan adalah based on keinginan dan kepuasan diri. Sebab itu, Tuhan telah menurunkan agama kepada manusia. Berbaliklah kepada setiap agama, tiada agama yang mengetengahkan wrongdoing dalam ajaran mereka. Kita perlu sentiasa berbuat baik sesama makhluk agar hidup harmoni itu dapat dicapai. Dan keharmonian itu adalah based on law yang telah ditetapkan oleh agama masing masing.
Apa tujuan sesebuah agama? Adalah untuk menjagi guideline atau panduan hidup kepada penganutnya. Tetapi, berbalik kepada isu IFC tadi, sepertinya agama mahu diubah pula peraturannya oleh manusia. Ya, inilah hak asasi yang kamu semua perjuangkan. Meletakkan agama di belakang cerita agar keinginan dicapai. Matlamat keinginan telah menghalalkan cara membelakangkan agama bukan?
Ok, saya kupas sedikit isu dalam IFC ini.
Pertama, mereka mahu anak sebelum 18 tidak ditetapkan agama. Wah, betul juga tu. Anak anak tadi masih belum matang untuk menetapkan agama mereka sendiri bukan? Berfikir secara atheis, maka itulah hasilnya. Dalam Islam, anak diajar supaya mendirikan solat seawal usia 7 tahun, dan dikehendaki merotan pada usia 10 tahun jiga enggan. Kenapa? Untuk mendidik jiwa peribadi supaya menjadi insan yang berguna. Ok, kalau kata saya bias kepada Islam, kita lihat overall. Kristian mengkehendaki anak yang baru lahir agar dibaptis dan diberi air Holy Water bukan? Eyh, bukankah anak kecil itu tadi masih belum mengerti apa apa untuk ditetapka agamanya? Think.
Lagi, ada juga isu agar bukan Islam dibenarkan untuk menggunakan perkataan perkataan suci Islam dalam percakapan mereka. Yang ini saya tidak berani ulas pasal saya bukan bujak pandai agama.
Isu seterusnya, program program berunsur Islam tidak dibenarkan dibuat dalam bahasa ibunda agama lain. Eh, nanti sekejap. Tadi mereka minta agar mereka boleh bercakap tentang agama kita, tetapi kita tidak boleh pula? Oh, itu bukan hak asasi sahaja, itu juga dikira sebagai keadilan. Ya, justice.
Lagi, Islam tidak disebut sebagai agama rasmi dalam hal hal awam seperti sekolah. Contohnya, tidak dibenarkan bertudung ke sekolah kerana katanya melanggar hak agama lain apabila ada yang memakai tudung. Menghina agama lain katanya. Tetapi, kalau tudung tidak dipakai, maka ianya pula menghina Islam, macam mana? Alamak, susah ni.
Lain lain boleh rujuk semula artikel IFC ini. Eh, tidak. Saya bukannya rasis agama. Saya terima kawan kawan Kristian saya, kawan kawan Hindu saya, kawan kawan Buddha saya. Kerana agama saya mengajar saya untuk menghormati agama dan budaya kaum lain. Tetapi, hal IFC ini bukan berkenaan ajaran agama lain atau budaya. Ini lebih kepada 'hak asasi manusia' yang mereka perjuangkan itu, kerana nanti senang apa yang mereka ingin kecapi, boleh dicapai dengan pantas.
Kalau saya nak cakap akan hak, saya mahukan satu juta dolar sekarang, kerana hak asasi manusia saya kata hak saya dicabuli sekiranya saya tidak dapat duit sebanyak itu. Ada mana mana orang sanggup tunaikan hak saya?
Back to your own religion, talk to your God, refer to your Quran, Bible, Torah, Veda, ajaran Sidhaurtama Buddha dan Tao dan Confucius. Semua bercakap tentang mulianya peribadi dengan garis panduan hidup.
Oh, dan jika sesiapa rasa saya main cakap ikut sedap mulut, kalau saya cakap ini 'hak asasi manusia' saya untuk bercakap, ada yang marah?
Apology in advance as this crap is just for reading and to make all of us think for a moment what has happened to our mother Earth. Oh, dan catatan ini bukan ditujukan kepada agama agama, tetapi kepada 'orang-orang' yang menggunakan agama ini untuk kepentingan mereka. Jangan terkejut, IFC ini disokong sendiri oleh ahli ahli politik Melayu yang katanya berfikiran terbuka dalam merencana hal ini. Susah juga kalau bijak pandai sangat. Cerita politik nanti aku sambung.

Tuesday, November 2, 2010
SPM Pun Kalah
Dalam banyak banyak peperiksaan, dari Ujian Akhir Tahun Darjah Satu, sampai la ke UPSR, PMR dan SPM, tiada yang mampu menggugat paper tadi.
6 soalan, jawab 4. 2 daripada 6 soalan tidak termasuk dalam silibus kami. Maka, hanya tinggal 4 pilihan, dan semestinya perlu dijawab belaka.
Dari 4 pilihan, 2 aku tak paham apa. Jadi, tinggal 2 pilihan.
Dari 2 pilihan, aku memilih Negeri Sembilan itu hari, pasal aku tak suka Kelantan. Negeri Sembilan kalah.
Maka, amat kukuh untuk aku risau akan exam tadi petang. Semoga Tuhan bersama aku.

Friday, October 29, 2010
Mencakna Masa Depan Yang Kondusif
Kalau baca dalam buku buku motivasi nak kasi berjaya, kebanyakan akan cakap berniaga adalah hal yang paling kasi duit sekali. Tepat. Berbanding dengan kerja kerajaan, income bisnes depends on our hard work. The harder, with a bit of luck and fortune, give us success.
Tapi, kalau kerja sendiri, tak dapat benefit sebagai kakitangan awam. Banyak. Macam hospital percuma, interest pinjaman perumahan yang rendah, dan subsidi. Ok, rasuah tu haram.
Jadi, secara praktikalnya, untuk mencapai lebih di Malaysia ni, satu pasang laki bini kena gabung antara kerajaan dan swasta. Baru dapat benefit and bisnes at the same time.
Memandangkan aku dah memang angan angan dari kecik lagi, selain nak main bola profesional, aku nak kerja sendiri, maka coretan ini adalah untuk seseorang.
Dear future wife, sila kerja kerajaan, atau kerja kerja yang dapat benefit kerajaan, contoh macam cikgu ke, lecturer universiti kerajaan ke. Nanti senang abang nak buat loan rumah pakai nama ayang.
Sekian.
(Selain Nora Danish dan Juliana Evan, surat ini terbuka kepada makwe makwe di luar sana.)

Tuesday, October 26, 2010
Misteri Kampung Kedondong
"Betul ke Wok Limah?" soal jiran sebelah rumah yang enggan dikenali namanya kepada Wok Limah.
Misteri yang berlegar legar di kepala orang kampung tidak dapat dibendung lagi. Soalan harus diajukan, biar apa risiko yang harus ditempuhinya.
"BAGERO!!!" teriak Wok Limah usai disoal jiran yang enggan dikenali namanya itu. Penampar sudah diangkat paras ketiak, tapi sempat ditahan jirannya yang enggan dikenali namanya.
Acap kali dia bersabar ketika ditanya soalan oleh orang kampung, tapi tidak lagi kini. Akan sabarnya ada had, begitu juga Wok Limah. Bernamakan Wok Halimah semenjak lahir, tidak pernah pula dia bertanyakan hal namanya kepada kedua ibu bapanya, Wak Dol Bin Rozali dan Siti Semah Bujang.
***
Semenjak surat khabar Jawi yang dibelinya Pak Ngah Mutalib di hujung pekan sana pagi hujung minggu lalu, tidak senang duduk dibuatnya orang kampung. Seperti kebiasaannya, Pak Ngah Mutalib akan mendapatkan surat khabar terkini dari kedai hujung pekan, kerana hanya dia yang selalu ke pekan, manakala orang kampung kebanyakannya membajak sawah padi, menoreh di ladang dan mengintai anak dara mandi berkemban segelintirnya.
Lain ceritanya dengan Pak Ngah Mutalib. Sesudah ayam berkokok di kala subuh, Pak Ngah Mutalib akan bersiap siap selesai solat Subuh di surau. Air sejuk di waktu pagi memang bukan kepalang, tapi diendahkannya. Gagah katanya. Sebab itu Mak Ngah Mutalib sayang benar akan lelakinya yang seorang itu. Tebal urat di lengan katanya.
Selepas bersiap siap, Pak Ngah Mutalib akan ke sungai mencari rakan rakan sepenangkapan ikan sungainya. Lazimnya, dia akan membeli ikan ikan sungai liar ini daripada rakan rakannya dengan harga orang kampung. Kemudian, bertemankan motosikal buruk kesayangannya, Pak Ngah Mutalib akan ke pekan untuk bertemu dengan orang Cina bandar. Orang Cina sayang benar akan Pak Ngah Mutalib. Mereka cukup bahagia dapat makan ikan sungai liar. Patin liarlah yang paling menjadi kegemaran orang Cina, selain ikan kelisa, ikan emas dan Flowerhorn.
Dan selesai berniaga ikan sungai, Pak Ngah Mutalib akan membeli surat khabar hari itu dan membawanya pulang ke kampung. Di kampung, hanya Pak Ngah Mutalib, Tok Imam Hamzah dan beberapa kerat orang kampung sahaja yang pandai membaca surat khabar Jawi. Surat khabar Jepun langsung mereka tak pandai, walaupun kerajaan Jepun sebelum itu memaksa rakyat seantero menyanyi lagu Kimigayo pagi pagi. Oleh itu, lazimnya, Pak Ngah Mutalib akan duduk di kedai kopi Kak Nah Simpang yang terletak di simpang kampung dan orang orang kampung akan berkumpul sekitar Pak Ngah Mutalib.
Lalu, satu per satu berita yang terpapar dalam akhbar tadi dibacanya.
"Pak Ngah, nye cerita benda dalam berita sukan hari ini Pak Ngah? Keh dengor George Best nak pindoh ke Pahang ye?" soal Abu anak Leman.
Begitulah rutinnya.
Namun, pagi Ahad itu, berita gempar yang dibaca Pak Ngah Mutalib benar benar merunsingkan orang kampung.
"Kerajaan mewajibkan rakyat Tanah Melayu untuk mendaftarkan nama masing masing di pejabat pejabat daerah terdekat. Manakala rakyat di kampung boleh mendaftar dengan ketua kampung di balai raya kampung masing masing."
Begitulah sorotan berita yang dibaca, dan sekalian orang kampung berpusu pusu ke balai raya untuk mendaftarkan nama mereka. Ye lah, zaman ni surat beranak tak ada lagi. Umur pun kira pakai bulan Syawal sampai Muharam.
***
"Betul ke Wok Limah daftar nama dia Karen amende entah dekat balai raya itu hari? Mat nya ke pelik sangat bunyi nya?"
Persoalan itu masih berlegar legar di kepala orang kampung, dan Wok Limah, atau Karen Sophia seperti dalam buku daftar balai raya Kampung Kedondong khabarnya membawa diri ke Gua Gelanggi untuk merajuk.
P/S: Lima puluh peratus cerita ini kisah benar, dengan nama dan jalan cerita diubah satu dua. Kampung Kedondong adalah kampung lama mak bapak aku, dan Pak Ngah Mutalib dan rutinnya adalah arwah moyangku, cuma aku tak tahu nama betul dia. Sama sama kita sedekahkan Al-Fatihah kepada ahli-ahli keluarga kita yang dah pergi meninggalkan kita. Sekian.

Sunday, October 24, 2010
The Future Is Now
Aku dah rasa sakit sakit belakang sehari dua ni.
Jangan kena tinggal dekat rumah orang orang tua esok lusa sudah.

Subscribe to:
Posts (Atom)