Unfortunately, it was just a plan.
Adik aku. Katanya, mahu bergerak pagi Ahad. Ya, Ahad itu, aku bergerak ke Melaka pada jam 5. Petang. Maka, plan B. Ahad malam, tidur rumah pakcik aku, then Isnin pagi pulang ke Kuantan. Then, aku pun, hantar la, bla bla, sampai malam rumah pakcik aku, dalam pukul 10. Lepastu, aku mesej si Fak. Dia kata, on the way balik Melaka. Aku pun, pikir pikir, alang alang, lepak sama dia pagi Isnin.
Then pagi Isnin, ambik Fak dekat Melaka Sentral, then shoot ke Alor Gajah semula. Tapi, tidak sah kalau balik Alor Gajah kala waktu pagi kalau tak singgah ke Sungai Petai. Maka, aku pun mengimbas rutin lama. Sungai Petai satu! Nasi lemak, roti canai, sup kosong. Pergh. Stim.
Lepastu, balik lah rumah sewa lama aku. Well, sekarang rumah sewa Fak bersama 'kawan kawan' baru dia lah. Kahkahkah. Aku pun, lepak lepak, konon konon tunggu tengahari nak balik Kuantan. Lengah punya lengah punya lengah, tengahari. So, apa lagi yang tengahari dekat Alor Gajah kalau bukan asam pedas JKR. Aku pun pergi sama Fak. Pergh..... asam pedas pari, nasi ayam. Orgasm. Dua kali orgasm duduk Alor Gajah. Then, balik semula rumah sewa dalam pukul 1, konon konon tunggu petang sikit nak balik Kuantan. Tiba tiba, aku dan Fak bergerak ke Kajang. Kahkahkah. Sungguh tak kejadah. Kami pun, gerak ke Kajang, cadang nak lepak sama Aidir. Si Berg pun ada dekat rumah Aidir. Sampai Prima Saujana, kami lepak Papparich. Then, balik rumah Aidir, mandi manda sikit sebanyak.
Then malam, keluar pergi makan. Sate Haji Samuri. Well, for me, overrated. Hahaha. Kuah sama sambal sama ABC special sahaja yang sedap pada aku. Haha. Bukan, aku rasa macam ni. Sebab sekarang, Haji Samuri ni dah jadi macam restoran, so, dah more towards bisnes. Kalau dulu, zaman zaman carik ayam pakai tangan lagi, rasa masih true la. Sekarang, rasa mesin. Lepastu, dah lewat, plus perut kembung kemain, so, tak jadi balik Melaka. Tidur rumah Aidir.
Pagi Selasa. Bangun bangun, bersiap nak balik Melaka. Dalam pukul tengahari la. Then, makan dekat Yati Ayam Percik. Ya, aku rasa nama Yati ni Indon, tapi rupanya Kelantan. And makan dia marvelous. Tak mahal. Dan sedap. Dan tak mahal. Pukul 2, chow, sekali dengan Fak dan Berg. Memandangkan ada Berg, kami pun hantar dia ke Seremban, balik rumah. Lepas jugak aku lalu Seremban. Hahaha. Lepastu, ke Alor Gajah semula, hantar Fak, dan balik Kuantan. Oh, before that, sempat lagi aku bungkus asam pedas sikit untuk orang rumah Kuantan.
Hahaaha. And now, aku baru siap dinner asam pedas sama adik adik aku. Haaaaa, menghirup kau orang kuah tu. Aku dah cakap, asam pedas Melaka ni, lain macam rasa dia. Tapayah kahwin pun tak apa. Kahkahkah.
Saja saja post video. Biar kasi panik sikit dekat disko tu. Asyik nak tershuffle saja sama LMFAO cannot jugak. Rasa nak tershuffle aku masa tekan minyak drive tadi. Haih, bahaya dengar lag tu time drive.
Yati Ayam Percik. Sedapnya
ReplyDeleteHaaa....sedap kan kan? Best gila, pastu tak mahal. Tempat kau ada kan anis kan?
ReplyDeleteaaa taktau pun. tapi sbb ada perkataan ayam percik tu, aku rasa mcm sedap
ReplyDelete