Sunday, May 15, 2011

Laporan Kepembrogawanan

(Laporan ini disediakan untuk majalah bulanan Tabika Kemas Indera Mahkota 1 edisi bulan Mei. Edisi ini merupakan edisi istimewa Hari Guru. Dapatkan di Tabika Kemas Indera Mahkota 1 yang berdekatan dengan anda sekarang, dan Kinokuniya sekarang sebelum terlambat)

Maka, segalanya bermula pada awal Jemaat kemarin. Ok, malas cakap kampung. Pasal ni laporan. Kena rasmi. Kalau tak editor majalah ni, Mustapa kelas 5 Amanah taknak terima, lepastu ejek ejek aku. Jadi, semula. Maka, segala galanya bermula seawal jam 8 pagi Jumaat itu hari. 13 haribulan. Awal awal pagi lagi, aku bangun, pergi keluar renew lesen sama breakfast McD dengan Intan Shakira, then dia pun hantar aku ke hospital. Ambik kereta sewa.

"Mat, kereta ni takde apa. Cuma abang nak kabo, tingkak (tingkap) dia ni, lain macam sikit. Awok tau jela, kereta sewa ni macam macam ragang (ragam) ye dok? Lepastu, gear reverse (gostand kalau dalam Bahasa Kamus Melayu) dia, awok jangan reverse (gostand kalau dalam Bahasa Kamus Melayu) ke atas bukit, pasal gear dia tok kuat sangat. Itu jelah je abang rase," kata abang sewa kereta. Aku, tak paham lagi bakpenye dia panggil aku mamat.

Then, lepas amik kereta sewa, aku pun balik rumah sekejap untuk tunai solat Jumaat. Cerita dia nak la gerak sebelum semayang, tapi dalam usaha memujuk Luqma ikut, kena gerak lepas semayang. Ok lah tu, bukannya salah semayang dulu dak? Habis semayang, aku bergegas pergi ambik Erika Nabila. Ha, Erika Nabila merupakan makwe pertama dalam cerita ni. Kihkihkih. Steady betul dia ikut. Nasib baik tak buat perangai pelik pelik. Menangis ke, nak balik ke. Bukan senang jaga anak ni rupanya. Kahkahkah. Lepastu, terus shoot pergi rumah Ehsan Shafiq. Ambik kamera yang langsung tidak digunakan dalam aktiviti pembrogaan pasal dia taknak naik Broga pun. Jimbet sungguh. (Ye aku eja ni kan? Ke jinbet?) Then rumah Luqma Hadi. Masa ni, dalam kereta bukan main lagi la panas dia. Aircond tu paling kuat pun rasa macam tiup lilin kek happy birthday je. Lepastu, ambik Romok. Ini cerita sikit. Romok merupakan seorang individu yang, apa apa sahaja ajakan engkau, jawapan dia adalah malas. "Wayang Mok", "lepak Mok", malah, hatta "makan Mok" sekalipun, jawapan dia adalah malas. Jadi, nak jadi cerita, Khamis malam tu, memandangkan Luqma gaya gaya malas pergi, aku amik keputusan ajak Romok, pasal aku malas drive sorang. Nak la ada spare driver. Aku ajak pasal aku tahu jawapan Romok mesti malas, dah la naik bukit. Sedangkan makan pun malas. Tapi kau silap Gory kau silap. Laju terus Romok nak ikut, membuatkan aku lagi bertambah semangat.

Maka, dah angkat kutu kutu ni semua, kami pun gerak. Aku drive. Pergh, gila tak gila la engkau, drive kereta macam ni naik highway, pergi KL. Nak sampai Genting tu, rasa nak suruh je budak budak ni turun. Sesak gila kereta ni nak naik bukit. Jinbet betul. (Ok seriusly, jinbet ke jimbet ni woi?). Yada yada yada, dalam pukul 6 pun kami sampai UIA. Pergi bilik Nemba. Erika ke bilik Raby. Solat satu dua, lepak minum minum. Mamak UIA. Steady jugak mamak UIA ni. Rojak dia boleh pergi. Sedak betei (sedap betul). Lepastu naik bilik Maghrib Isyak pasal sikit, dalam pukul 10-11 gitu kami gerak keluar. Haha. Jadi kelam kelibut. Kami satu kereta (aku Romok Luqma Erika, eh, kau ada kan Erika?) gerak ke Damansara ambik Anis. Yes, Anis adalah makwe Luqma, dan Luqma tak tahu rumah Anis. Dan Kuala Lumpur ni bukannya Indera Mahkota nak pusing pusing seindah pelangi. Hahaha. Then, lepas jumpa, lepak Safa. Sana dah ada Ehsan Nemba Tya dengan kakak Tya. Tiba tiba kakak Tya boleh jadi lepak borak dengan Romok. Gila tak gila la kes junior jumpa senior ni. Kahkahkah. Budak budak lain ada pergi Curve tengok wayang bagai. Then kami pergi Curve sekejap jumpa budak budak ni before shoot ke Broga. Then suddenly ada satu mesej masuk dari satu kutu.

"Marilah lepak di Ampang. Aku dengan Payan bla bla bla" lebih kurang begitu mesej aku terima dari Amzar. Memang kutu betul. Memandangkan kami ni bergerak berjemaah, jadi tak simply simply nak buat keputusan. Lagi, aku bukan tahu celah mana nak ke Ampang tu. Sampai tol Gombak je limit kepandaian jalan Kuala Lumpur aku. Wangsa Maju sikit sikit. Lepastu sesak. Lepas berbalas text barang satu dua, tiba tiba Amzar dan Payan memutuskan untuk ke Broga bersama. Ini namanya spontan. Jumpa di sana katanya. Dan kami pun bergerak, nak ke UKM ambik Badrul Ezwan. Yes, Luqma je yang tahu selok belok KL ni dalam kereta, dan bila dia dah sesat sesat barang satu dua, aku dekat belakang hanya mampu berdoa kepada Tuhan Yang Satu je nak mintak jalan yang betul ni. Maka, mesej mesej Badrul, jumpa jela dekat Broga terus.

Then, sampai Broga. Ada aku, Luqma, Nemba, Anis, Romok, Amzar Payan. Ok, ini part tak tipu. Romok terus berlari mendahului kami semua, bersama Nemba. Aku dengan yang lain terpinga sekejap dekat belakang. Takpe, steady dulu. Better late than never, macam lagu Justin Bieber tu, ye dak? Ala, yang nama movie dia tu la. Then, daki daki, terjumpa sebuah Romok tersadai. Aku Amzar Payan kutip la, dan bagi galakan dan kata semangat tak kasi dia putus asa. Cewah. Haha. Dah gaya nak mati.

Tapi tak mati. Romok berjaya juga sampai ke 1st stage tu. Aku pun taktau stage stage ni, tapi menurut kata budak ni, itu 1st stage lah. Kami pun tinggalkan Romok bersama air sikit dan makanan. Suruh jaga. Aku Am Payan gerak sambung jalan. Luqma Anis Nemba sampai atas dah. Hak lain naik lambat sikit. Lepastu, jumpa lah diorang diorang ni. Dan yang lain pun adalah menyusul kemudiannya. Ok, kat atas sana, memang....pergh. Speechless bai. Rasa macam nampak Tuhan tengok keindahan (Ok, ini ayat metaphor). Memang steady. Lambat sikit, dalam pulul 7.30, ada Badrul sampai. Lepak atas. tangkap gambar sikit sikit, turun. Am Payan turun awal dah. Orang dah naik dua kali, pakai selipar pulak tu, dah bosan maybe. Kehkehkeh.

Then, habis tu, pergi breakfast, then balik UIA. Mandi pasal, dalam pukul 1, gerak dengan Ehsan pergi lunch, lepastu singgah Kemensah hantar kereta, lepastu balik Kuantan. Masa ni, kerja Romok Ehsan gilir gilir drive. Aku belakang sama Erika Luqma. Kadang kadang borak, kadang kadang tidur. Yada yada, sampai Kuantan petang, hantar semua balik rumah, hantar kereta sewa, dalam pukul 8 malam, aku sampai lah dengan steady dan lelah nya ke rumah. So, 8 pagi Jumaat sampai 8 malam Sabtu, non-sleep. Cewah. Steady? Belum lagi. Bukak TV, pergh, Manchester United lawan woi! Ok, salah. Bukan lawan. MENANG LIGA WOI WOI WOI! Hahaha. Then, mak aku cakap, pergi tidur, pagi esok bangun pagi ikut balik kampung. Pergh, tak habis lagi rupanya cerita aku. Haha.

Jadi, pagi tadi, pukul 8 aku gerak kampung, dan ni pukul 11 malam baru sampai. So, amacam 3 hari aku? Apapun, dekat atas Broga, gua dapat tagline sedap.



"It's not about DSLR. It's about the value of surrounding." Cewah. Amacam tagline gua?

By the way, ini gambar celebration gua di Broga bersama Payan dan Am. Sebelum MU menang lagi dah celebrate, steady tak steady la kan. Haha.

Sekian laporan berita dari saya. Yang benar, Hamdan, AJK Kerohanian Kelab Rekreasi Tabika Kemas Indera Mahkota 1.

2 comments:

  1. woi.. romok sihat dak? babi sampai sekarang malas ke? kah3

    ReplyDelete
  2. Sampai bila bila la malas tu. haha. woi, bukak la fb semula. boleh sembang sembang

    ReplyDelete