Sunday, May 8, 2011

Post Hari Ibu

Er...apa erk? Haha. Ok, then kau orang pun akan cakap, "apa, hari lain kau tak sayang ibu kau?" Hehe. Nama pun mak oi, hari hari la sayang. Ok, cuma tak hari hari la kot nak buat entri kot. Haha.

Ok, nothing sangat. Just wanna say, I love you, although I never say love you depan depan. Sayang pun entah pernah entah tak. Tapi, mama mesti tau kan aku sayang mama kan? Ok, aku tak cakap aku kau pun ngan mama aku. Saja tulis dalam blog gini, kasi rating naik. Kahkahkah. Bangang. Ok ok, kembali pada topik asal. Ok, terima kasih mama, sebab, pertama, kendong aku dalam perut 9 bulan berapa hari entah dulu. Then, delivered. Itu the ultimate terima kasih la. Paham? Ok, then, besarkan aku. Sampai besar. Yes, besar betul. Hahaha. Lagi, kasi marah marah bila aku malas mandi apa semua. Apa lah salah sangat malas mandi ni. Haha. Tape, mom always know the best.

Ok, itu part sebagai manusia. Terima kasih juga sebab paksa amik insurans dulu. Kalau tak, terhuyung hayang jugak aku terpinga taktau nak jadi apa sekarang. Entah ke belajar jadi doktor. Haha. Memang tak ke mana la jawabnya. Ok, mungkin karier aku dalam insurans ni pun belum secure, tapi mama akan guide jugak aku rasa. Hah, anak mama. Tape lah, kalau bukan anak mama, anak sapa lagi kan? Dah aku memang anak dia. Haha.

K, terima kasih juga kepada Tok, sebab lahirkan mama, dan moyangku yang steady, kerana lahirkan tok aku. Ok, ni kalau sambung salasilah, sampai la ke Hawa gamaknya ye dak? Haha. Dan juga terima kasih kepada Wan, sebab lahirkan abah. Tanpa kau orang kau orang, mungkin tak lahir aku sebagai orang. Ok, dah, cukup la. Dah la tak sweet, nak tulis panjang panjang pulak. Tunggu aku jadi Jason Mraz ke, nanti aku tulis lagu dekat engkau orang semua ye?

Dan kepada ibu ibu di luar sana, Selamat Hari Ibu. Bukan makna kami ingat anda semua hari ibu sahaja, cuma, mungkin hari ini kami nak luah rasa hati segala bagai. Hari lain kita gaduh gaduh lah. Hahaha. Ok, blog ini tidak membawa mesej yang elok kepada adik adik. Sila berundur ke belakang, dan cari blog blog yang kaler pink. Sekian.

2 comments:

  1. gory malas mandi! haha.slmt hari mama kepada mak gory.kemsalam ke mama

    ReplyDelete