Tuesday, October 18, 2011

Aziz Bari, Aziz Bari.

Sejujurnya, UIA merupakan antara sebuah institusi tertinggi yang aku lihat di negara ini. Masuk sahaja UIA, no free hair, no short pants. Jadi, terterap sedikit sebanyak budaya yang Islamik untuk ditanam dalam jiwa anak anak, tak kira anak Melayu, anak Gadafi, anak Bosnia, anak Cikgu Amran.

UIA merupakan cetusan idea Dr Mahathir semasa beliau di dalam OIC, yang mahukan sebuah universiti Islam untuk negara negara dalam pasukan OIC ini.

Akan tetapi hari ini, seorang yang ahli katanya, dengan melantang berkata, "Siapa Dr M ini?" hanya kerana dia merupakn ahli yang akademik dari institusi ini.

Ok, jangan suruh aku ulas pasal perundangan dan had kuasa Sultan Selangor dan JAIS bagai. Aku tidak ahli. Aziz Bari ahli. Mungkin kalau mahu bertanya, boleh tanya Karpal Singh. Ah, terlupa. Dia juga ahli dalam undang undang. Tapi dia juga ahli dalam politik. Jadi, mungkin keahliannya akan terbidas ke sana sini.

Cuma, apa yang aku boleh katakan kepada kau wahai Aziz Bari yang hebat. Engkau itu ahli akademik di UIA. UIA itu, kalau tanpa Dr M, tiada UIA. Dan kalau tanpa UIA, tiada siapa siapa engkau tu Aziz Bari.

Datuk nenek aku pernah berpesan. Setinggi mana pun engkau belajar Rosyam, engkau tetap kena hormati orang tua. Sebab, ilmu yang engkau dah belajar itu, sekelumit sahaja nak dibanding dengan ilmu ilmu orang tua ini.

Rosyam Nor. 8:55 AM.

1 comment:

  1. Rosyam Nor menimbang bolo takro kemain gagal lagi keh tengok dekat tibi itu hari!

    ReplyDelete