"Kerajaan kejam! Makan duit rakyat!" - Kalau tidak dapat apa apa.
"Ah, 200 setahun, mana cukup beli buku banyak ni!" - Baucer RM200 buku tahunan.
"Boleh lingkup negara kalau ada bajet macam ni!" - Kononnya it is overbudget.
"Macam mana nak fund semua ni? Alik alik kita pembayar cukai yang kena fund!" - Luahan dari pembayar cukai yang cukainya entah bayar entah tidak. Entah ke lari atau banyak pengecualian dah pun.
"Apasal penjawat awam je naik gaji? Kami swasta nak gaji jugak! Jom tukar kerajaan!" - Pekerja swasta.
"Ah, bajet untuk pilihanraya!" - Penyokong bukan kerajaan.
"Engkau tak rasa susah hidup apa yang aku rasa masalahnya, senanglah kau cakap!" - Kenalan berkata kepadaku dengan rokok di celah jari dan mulut berasap.
Konklusi yang aku dapat:
- Kalau kita tak dapat, kita akan merungut tak dapat.
- Kalau kita dapat, kita akan merungut tak cukup.
- Kalau kerajaan makan duit rakyat, pembayar cukai merungut kerajaan babi.
- Bila kerajaan pakai duit rakyat tadi untuk kasi semula ke rakyat, kerajaan tetap babi juga.
- Bila suruh kerja kerajaan, ah, tak cool. Macam kuli. Gaji ciput.
- Bila pekerja kerajaan naik gaji, kerajaan babi.
- Bila bajet Anwar manis macam gula gula, Anwar diangkat sebagai mahkota.
- Bila bajet Najib semanis gula gula juga, Najib ini tak ikhlas, untuk pilihanraya.
- Bila cakap bajet macam babi, mulut tanpa rasa ragu ragu menghebus asap rokok.
Manusia tidak akan pernah puas dengan apa apa sahaja dalam hidup ini. Asasnya, belajar bersyukur dan menghargai. Jika tidak puas, berusaha untuk mendapatkan apa yang dihajati.
Tuhan tidak letak semua manusia di tempat yang sama. Ada yang lahir hidup senang, ada yang hidup susah. Ada yang lahirnya makan kambing golek. Ada yang lahirnya mencari sesuap nasi. Dugaan itu berbeza beza untuk setiap manusia. Dan setiap dugaan juga datang dengan keimanan yang berbeza beza.
Mungkin kau lahir hidup miskin, dugaan Allah kepada kau hanyalah untuk mencari sesuap nasi. Engkau pula yang lahir kaya, dugaan Allah datang dalam bentuk rasuah, arak, perempuan dan takbur.
Tahap kesyukuran, keredhaan, itu yang ada di sisi Allah.
nice nice
ReplyDeletesetuju! :)
ReplyDeleteThankyou Thankyou.
ReplyDeleteperrgghhh mantap dan sentap!
ReplyDeleteSentap? Kau terasa sentap ke? Hahaha. Amacam Budget Dublin? Ada kasi baucer buku sekolah?
ReplyDelete