Sebenarnya, aku dah pernah tulis tribute sebelum ni untuk diploma. Tapi, sahajalah nak tulis sekali lagi.
Pertamanya, terima kasih Tuhan kerana meletak tinta dalam Mahfuz akan kehidupan aku sebegini rupa.
Keduanya, terima kasih ibu dan bapa aku kerana meluangkan sen dan ringgit untuk menyara sebuah kutu seperti aku. Entah bila last aku talipon mak bapak aku betul betul ikhlas tanpa ditemani niat meminta sen.
Kemudian, ok, kenalah juga dedikasi kepada keluarga. Karang tak kasi karang, sentap. Alah. Lagipun bukan ada siapa siapa tahu pasal tulisan aku ni. Ah, persetan.
Ok, now the real deal. First of all, of course, terima kasih kepada lecturers yang entah berapa kali jemu mengajar aku. Terima kasihlah kerana tabah.
Then, tentunya terima kasih kepada coursemates. Sebenarnya, tanpa kau orang, entah sampai sekarang aku tak tahu jadual kelas. Jujur, sampai sekarang aku tak reti lagi nak cari jadual kelas. Kalau tak korang yang menyalin, mungkin dah jadi pekerja Tesco aku sekarang.
And kawan kawan. Babi. Tulis kawan kawan ni rasa macam makwe makwe punya blog pun ada. Ok, mampus. Kepada budak budak semua, kos kos lain, budak budak blok. Budak budak Taman Dimensi. Ok, tak termasuk budak yang curi kasut aku dua pasang tu. Berat lagi hati aku nak maafkan kau. Engkau assume dendam aku ni sampai 2032 la.
Lagi, kepada makcik makcik yang tak putus putus mengerah keringat memasak dan menyediakan makanan yang terer terer. Makcik Kelemak, Mak Jan, bomba, dan sudah tentu, Asam Pedas yang terhebat dalam Planet Bumi ini, Asam Pedas JKR Jejantas Kuning! Makcik. Walau sampai ke Brunei makcik, tak pernah saya jumpa Asam Pedas sesayu makcik punya. Terer terer.
Ok, siapa lagi belum dapat?
Ok, sahaja aku membuat buat terlupa. Dan sudah sudah tentu terima kasih juga kepada jeng jeng jeng! Intan Shakira! Sebab....sebab....sebab....er... :p
Terima kasih sebab membuat saya rasa saya ini sehensem Shaheizy Sam.
Ok. Sekian ucapan saya tuan pengerusi majlis. Mungkin tuan boleh sambung semula majlis ini dengan upacara potong kek.
Untungla Intan Shakira :P
ReplyDelete