Monday, December 13, 2010

Dubuk Liar VS Ayam Hutan Jantan

Malam tadi, Chelsea lawan Spurs untuk regain back their title bid. Dalam usaha kembali ke landasan perlumbaan kejuaraan liga, mereka bertandang ke White Hard Lane, a real hard stadium for them to win.

Game memang sengit gila. Dan Drogba masuk pada babak kedua untuk mengganas seterusnya berubah menjadi dubuk seperti biasa dan menyerang mangsanya, yakni ayam hutan jantan. Tapi ni ayam hutan beb, mana jinak beb.

Ah, layan gambar. Cakap banyak pun penat. A picture tells thousands of stories.



Selepas menjaringkan gol penyamaan, Drogba menjadi predator...


... seperti binatang pujaannya, hyena @ dubuk liar yang rakus menjamah ayam hutan.




Kemudian pula, Drogba mendapat sepakan penalti, dan bersedia untuk meratah hidangannya...




... tapi apakan daya, instead of dubuk, Drogba is just like his favorite cartoon Hagemaru.





Gambar dicedok sedikit dari Sokernet.

Sunday, December 12, 2010

Review TC Ride KTNFX - F.I.X.T

Makwe itu berlari lari anak ke arah pantai. Di matanya mengalir jejesan airmata. Mengalir perlahan. Sayu hatinya. Hiba. Di tangannya tersimpan satu kepahitan. Dia mengenggam sebak hatinya ditemani hembusan angin malam pantai terkenal Kuantan beserta melodi ombak yang dahsyat gilerrr~

Mata mata anak anak muda sekeliling yang melepak berpeleseran di hadapan KFC hanya memerhati makwe tadi. Hanya memerhati, dengan tanda tanya bermain di hati masing masing. "Kenapa si dia menangis?", "Lawa badan makwe tu" dan "Pergh, makwe menangis tepi pantai" antara persoalan yang diajukan di hati masing masing.

Tiba tiba, berlari seorang lelaki di tengah tengah hiruk piruk anak anak muda tadi dan menuju ke arah makwe menangis tadi. Membawa handbag di sebelah tangan, mukanya juga seperti mahu menangis. Tak macho.

Kemudian, dia menyapa ke arah perempuan menangis tadi. Kelihatan seperti pergaduhan pakwe makwe, merajuk sana merajuk sini, maki sana maki sini, dan aksi hampir berpelukan.

Kerana jarak yang menyukarkan sebarang dialog kedengaran, maka anak anak muda yang ramai ramai tadi berbunyi sesama sendiri mengikut rentak pergaduhan tadi.

"Aku sedih dow, aku kasi pilihan antara aku dengan TC, dia pilih TC dowh..." disambut dengan hilai tawa yang gelak gemalai.

"Aku sedih dow. Aku bagi pilihan antara KFC dengan TC, dia pilih TC dow..." semakin galak dengan ketawa mawa.

"Aku sedih dow. Aku order Original, dia nak Spicy dow..." kahkahkah. Macam cilake.

Rupa rupanya, selain basikal, video comolot KLCC juga mampu menyatukan hati budak budak Kuantan dan budak budak Temerloh. Kahkahkah

Saturday, December 11, 2010

Mungkinkah Taylor Swift dan Gareth Bale Bercinta?


Gareth Bale with his love




And Taylor with hers

Friday, December 10, 2010

Jangan Letak Takdir Sebagai Alasan Kau

Dalam hidup kita ini, kita memang ditakdirkan untuk melakukan kesalahan. Sebenarnya, kesalahan semua tu memang terletak atas bahu kita, jangan salahkan takdir. Kesalah dan kesilapan tu termasuk juga lah kesalahan kecil besar tak sengaja sengaja tersilap dan sebagainya. Sebagai contoh. Kau bawak kereta, kau langgar anak orang. Dalam undang undang, kira kesalahan kau. Mungkin budak tu cross jaaln tiba tiba atau kau tak perasan. Tapi tetapi kira salah satu kesalahan.

Dalam hidup aku, memang berjuta juta kesalahan yang dah aku buat. Ah, memang aku ni jahil sangat. Cuma, belum buat ragut dan minum arak dan hisap dadah dan culik anak orang mintak satu juta je. Oh, hisap rokok pun aku tak. Shisha pun tak.

Namun, dalam banyak banyak kesalahan tu, paling banyak dah tentulah aku buat kesalahan dengan Yang Maha Esa. Tapi dalam kategori dunia, aku rasa aku baru sahaja buat satu kesalahan paling besar dan bodoh dan akan aku sesal sepanjang hidup. Yes, pasal ini mungkin melibatkan masa depan aku. Biarlah rahsia apa kesalahannya. Tapi, dalam kes kes kesalahan yang sengaja dan bodoh dan forgivable, aku letak kesalahan aku dalam kategori unforgivable, and I guess I deserve it. Walau apa pun, aku tetap meminta maaf. Yes, aku tetap minta maaf walaupun aku tahu it is unforgivable. Mari kita anggap aku telah membunuh seseorang lah. Kau mahu maafkan pembunuh kau? Tahap kesabaran ultimatum saja yang mampu, dan aku tahu semua manusia tetap ada had sabarnya. Jadi, aku anggap aku telah mengkhianati had sabar itu dan bertindak bodoh.

Tetap, aku minta maaf.

Bila Mana Kak Limah Dan Husin Balik Rumah

*PERINGATAN*

Jika kau pergi ke wayang panggung untuk menonton filem kelakar, anda salah. Sebab cerita ni seram gila babi nak mampos.

Mana tak seram kalau Hantu Kopek datang dekat kau malam malam dan buat kelakar.

Kahkahkah. Credit gila babi lah dekat Mamat Khalid.

Kahkahkah.

Sumpah. Terbaik. Sumpah ni. Baik kau pergi tengok. Aku bersama lima lagi dickheads dan berjuta juta lagi dalam panggung memang menangis nangis gelak. Walaupun ada dua dickheads yang gelak lambat sikit pasal pergi bantai main snooker dulu dan mengorbankan 10 minit pertama cerita. Haha.

Ok, keduanya. Alhamdulillah. Terima kasih Tuhan untuk result.

Thursday, December 9, 2010

"Boleh Pegang Pegang, Jangan Pandang Pandang"

Gemersik kedengaran suara Suhaimi Mior Hasan diselang seli dengan suara gedik Anna Rafali.

Eyh.

Ke "Boleh pandang pandang jangan pegang pegang"?

Ah, persetan. Sambil aku memerhati nenek nasi lemak sedang membungkus nasi lemak. Tua. Agak agak dalam 80 aku rasa umur dia. Dari aku umur 5 tahun aku berbasikal ke warung dia untuk membeli nasi lemak. Memang true.

Suara Suhaimi Mior Hasan masih berkumandang di radio nenek tadi.

"Macam bodoh."

Sayup nenek tadi bersuara.

"Macam bodoh lagu sekarang," sambil terus mencampak ikan bilis dan kacang dan timun ke dalam nasi lemak berbalut surat khabar tadi. Sambal asing.

Monday, December 6, 2010

Azam

Ok, ini adalah sekuel post sebelum ini. Pertama, aku tertanya tanya. Binatang azam ni apa dia sebenarnya? Dia sama dengan impian tak?

Ok lah. Untuk azam aku yang baru, aku listkan di bawah. Aku ber-decide untuk post dekat blog pasal selepas beberapa belas tahun aku berazam, aku tak pernah ingat pun binatang apa yang aku azamkan.

Senarai azam azam saya:

Azam Tahun Baru Saya

1. Kurus. Ok. Binatang ni memang payah nak capai. Last aku rasa aku kurus Tahun 2007, zaman zaman sekolah SPM. Berat aku pernah lah area area 60-63 kilo. Sekarang 13 tan. Jadi, azam ni memang paling liat.

2. RM 10 ribu. Hm, yang ini, Insyaallah boleh capai kot. Tapi, itu lah. Kena cari bisnes la. Kalau lepas graduate nanti aku sambung kerja ada rezeki, aku try sedaya upaya azam yang satu ini. Caranya? Selain kerja, aku juga merancang untuk duduk rumah mak bapak aku sampai anak ada lapan orang.

3. Kereta. Setakat ini, memang kereta yang aku mahu hanyalah Viva. Ok, kalau kereta impian, antara MyVi Proton Saga gitu gitu saja lah. Pasal untuk mencapai azam no. 2, memang haram aku berangan pakai Toyo Supra.

4. Supra? Memang aku takkan berazam nak beli Supra sepasang. Tapi tengok Will.I.Am shuffle itu hari pakai Supra macam macho jugak. Ah!

5. Rumah? NO!

6. Kahwin? Ok, yang ini memang tak boleh bawa berbual macam benda lain. Hal hal jodoh di tangan Dia. Tapi kalau rasa rasa macam wajib tu, nak buat macam mana kan? Kehkehkeh.

7. Ok, sesat sekejap. Siapa siapa rasa nak jual tanah, atau ada kenalan nak jual tanah, dan nak carikan pembeli, boleh roger sama aku.

8. Lagi azam? Ah, entah. Kau orang tolong cadangkan lah. Boleh?

*Tambahan.

Tadi makwe aku tanya, taknak sambung degree ke? Ok, sepertimana orang orang lain yang duduk tanya aku pasal sambung degree ni. Aku memang malas sambung degree. Pasal nanti sambung lambat kerja. Kerja sekarang dah rare. Macam peti suara. Tapi, itu hari aku ada ter-berborak sama Cikgu Yanti dan Cikgu Rihana, eyh, Rohana. Depa kata, sambung degree bukan untuk kerja, tetapi untuk kemajuan tahap pemikiran. Poh!

Jadi, bergantung pada rezeki, aku mungkin akan kerja setahun, lepastu kalau ada rezeki, aku sambung degree. Rezeki Tuhan belaka. Dan moga rezeki murah, tercampaklah aku untuk sambung ke Australia ke, Zimbabwe ke. Sekian, tolonglah jangan siapa siapa lagi lepas ni hasut aku untuk sambung terus. Aku tahu kalau kerja dulu nanti malas belajar, tapi aku tetap nak cuba.



Peti suara rare. Gambar aku curi dari Nemba. Harap halal Nemba.

Maal Hijrah

Salam Maal Hijrah kepada engkau engkau semua. Bersempena dengan Maal Hijrah/Tahun Baru ini, mari kita review sedikit azam azam aku yang lepas dan pencapaian pencapaian azam tersebut.

Azam untuk 1423, er, 1432, Masyaallah. Aku tak ingat sebenarnya. Ok lah. Untuk azam tahun lepas, azam aku adalah....

....

....

Ya, aku tak ingat. Biasanya buat azam ni sehari dua je ingat. Tapi pernah aku berazam untuk kumpul RM 1ribu macam tu kot untuk buat saving. Alhamdulillah, tercapai.

Baiklah, untuk azam azam tahunan akan datang, aku target untuk capai RM 10k setahun tak kira datang dari mana. Maksudnya, halal la.

Lagi, azam aku, apa lagi eyh? Ok, aku ada satu azam ultimate - untuk muncul atau sekadar pergi ke Oprah punya show. Tapi dah tak jadi nyata pasal Oprah punya show season ni is the last season. So, tak dapat la pergi.

Next.

Azam lagi. Hm, apa lagi azam aku eyh? Tah. Siapa siapa ada azam nak kongsi, silalah.



Liverpool relegated bukanlah azam aku. Kerana ia adalah azam semua orang. Kahkahkah.

Sunday, December 5, 2010

Taylor Swift


Masa dalam sebulan layan lagu gedik "Romeo take me somewhere we can be along" tu, mula mula rasa la layan. Lepas tu adik aku cakap la lagu dia banyak berfantasi. Ah, tak kesah. Janji dia cantik. Pada aku sangat cantik.

Lepas tu, adik adik aku hasut lagi, katanya dia tak cantik la muka pelik la. Aku rasa muka dia macam ular sikit sikit. Cantik. Tapi bila lama lama depa cakap tak cantik, aku macam terasa jugak dia ni biasa. Ah, tapi masih cantik.

Sehinggalah aku pulang ke Melaka untuk sem baru dalam sem lepas. Aiidir Putra (Edy) duduk menghadap laptop dia gambar Taylor Swift. Biar sampai bergaduh besar dengan awek, janji Taylor Swift cantik, katanya. Aku sokong.

Pang! Keluar dia dekat American Music Award itu hari buat rambut lurus ni, dah tak ada sapa boleh bising. Dia memang cantik!

Ah, aku pun taktau pasal apa aku cerita pasal Taylor Swift ni.

Friday, December 3, 2010

Kuala Lumpur

Pertama tama sekali, aku mahu ucapkan berbanyak banyak maaf kepada dua brader Ashraf Kamal sama Farhan Hanis. Pasal penat penat mereka datang cari aku, tapi aku boleh layan tertidur dekat bilik. Ok, serius Mael, aku tertidur, dan masalah duit tak ada bukan boleh bawak main bila kredit tak ada.

Aku ke KL untuk belajar satu dua hal hal mencari prospek klien, menjaga anak kecil dan mengajar mereka erti naik LRT. So, masa memang agak pack. Jadi, malam pertama tiba, aku roger roger abang dua orang ni ajak tengok Man United main bola lepas seharian bahan Real Madrid kena bantai.

Memandangkan aku tertidur dan tidak berkesempatan jumpa mereka dan menonton bola, selain tak dapat layan borak, aku juga tak dapat layan kena maki pasal Man United dengar cerita teruk kena bantai.

Ok, tinggal cerita mengarut di atas.

Setibanya aku di Kuantan, baru aku dapat online pasal kondo KL tu sebelah bukit, line 3G Celcom ni semput nak panjat bukit. Dan aku dapat baca perkhabaran World Cup punya penganjuran jatuh kepada tangan Rusia 2018 dan Qatar 2022. Aku dah menyendeng nyendeng (meroger roger, bercadang cadang) untuk lepak UK kalau England menang bid 2018 tu. Duduk rumah Lane ke. Tapi dah tak dapat, kena la jenguk jenguk Qatar tu kot lepas. Qatar ni, kecik lagi dari Pahang. Rakyat pun lebih kurang Pahang, dalam 1.7 juta orang gitu. Qatar pun tak pernah lepas World Cup. Jadi, aku syak jugak sikit sikit kalau kalau ada corruption.

Persoalannya, lepas dak agak agak kalau Pahang bid World Cup? Setakat corruption tu, Sultan boleh setel kot.