Sunday, December 12, 2010

Review TC Ride KTNFX - F.I.X.T

Makwe itu berlari lari anak ke arah pantai. Di matanya mengalir jejesan airmata. Mengalir perlahan. Sayu hatinya. Hiba. Di tangannya tersimpan satu kepahitan. Dia mengenggam sebak hatinya ditemani hembusan angin malam pantai terkenal Kuantan beserta melodi ombak yang dahsyat gilerrr~

Mata mata anak anak muda sekeliling yang melepak berpeleseran di hadapan KFC hanya memerhati makwe tadi. Hanya memerhati, dengan tanda tanya bermain di hati masing masing. "Kenapa si dia menangis?", "Lawa badan makwe tu" dan "Pergh, makwe menangis tepi pantai" antara persoalan yang diajukan di hati masing masing.

Tiba tiba, berlari seorang lelaki di tengah tengah hiruk piruk anak anak muda tadi dan menuju ke arah makwe menangis tadi. Membawa handbag di sebelah tangan, mukanya juga seperti mahu menangis. Tak macho.

Kemudian, dia menyapa ke arah perempuan menangis tadi. Kelihatan seperti pergaduhan pakwe makwe, merajuk sana merajuk sini, maki sana maki sini, dan aksi hampir berpelukan.

Kerana jarak yang menyukarkan sebarang dialog kedengaran, maka anak anak muda yang ramai ramai tadi berbunyi sesama sendiri mengikut rentak pergaduhan tadi.

"Aku sedih dow, aku kasi pilihan antara aku dengan TC, dia pilih TC dowh..." disambut dengan hilai tawa yang gelak gemalai.

"Aku sedih dow. Aku bagi pilihan antara KFC dengan TC, dia pilih TC dow..." semakin galak dengan ketawa mawa.

"Aku sedih dow. Aku order Original, dia nak Spicy dow..." kahkahkah. Macam cilake.

Rupa rupanya, selain basikal, video comolot KLCC juga mampu menyatukan hati budak budak Kuantan dan budak budak Temerloh. Kahkahkah

3 comments:

  1. sumpah aku gelak gila babi baca entri nih..

    ReplyDelete
  2. Ni komplimen ke menganjing? Haha. Kami guling guling gelak semalam

    ReplyDelete
  3. haha.tak abeh2 lagi video tu punye penangan

    ReplyDelete