Pertama tama sekali, aku mahu ucapkan berbanyak banyak maaf kepada dua brader Ashraf Kamal sama Farhan Hanis. Pasal penat penat mereka datang cari aku, tapi aku boleh layan tertidur dekat bilik. Ok, serius Mael, aku tertidur, dan masalah duit tak ada bukan boleh bawak main bila kredit tak ada.
Aku ke KL untuk belajar satu dua hal hal mencari prospek klien, menjaga anak kecil dan mengajar mereka erti naik LRT. So, masa memang agak pack. Jadi, malam pertama tiba, aku roger roger abang dua orang ni ajak tengok Man United main bola lepas seharian bahan Real Madrid kena bantai.
Memandangkan aku tertidur dan tidak berkesempatan jumpa mereka dan menonton bola, selain tak dapat layan borak, aku juga tak dapat layan kena maki pasal Man United dengar cerita teruk kena bantai.
Ok, tinggal cerita mengarut di atas.
Setibanya aku di Kuantan, baru aku dapat online pasal kondo KL tu sebelah bukit, line 3G Celcom ni semput nak panjat bukit. Dan aku dapat baca perkhabaran World Cup punya penganjuran jatuh kepada tangan Rusia 2018 dan Qatar 2022. Aku dah menyendeng nyendeng (meroger roger, bercadang cadang) untuk lepak UK kalau England menang bid 2018 tu. Duduk rumah Lane ke. Tapi dah tak dapat, kena la jenguk jenguk Qatar tu kot lepas. Qatar ni, kecik lagi dari Pahang. Rakyat pun lebih kurang Pahang, dalam 1.7 juta orang gitu. Qatar pun tak pernah lepas World Cup. Jadi, aku syak jugak sikit sikit kalau kalau ada corruption.
Persoalannya, lepas dak agak agak kalau Pahang bid World Cup? Setakat corruption tu, Sultan boleh setel kot.
"Persoalannya, lepas dak agak agak kalau Pahang bid World Cup? Setakat corruption tu, Sultan boleh setel kot."
ReplyDeletehe3... ayat mantop
haa betul2. statement tak bleh bla. haha
ReplyDelete