Dalam hidup kita ini, kita memang ditakdirkan untuk melakukan kesalahan. Sebenarnya, kesalahan semua tu memang terletak atas bahu kita, jangan salahkan takdir. Kesalah dan kesilapan tu termasuk juga lah kesalahan kecil besar tak sengaja sengaja tersilap dan sebagainya. Sebagai contoh. Kau bawak kereta, kau langgar anak orang. Dalam undang undang, kira kesalahan kau. Mungkin budak tu cross jaaln tiba tiba atau kau tak perasan. Tapi tetapi kira salah satu kesalahan.
Dalam hidup aku, memang berjuta juta kesalahan yang dah aku buat. Ah, memang aku ni jahil sangat. Cuma, belum buat ragut dan minum arak dan hisap dadah dan culik anak orang mintak satu juta je. Oh, hisap rokok pun aku tak. Shisha pun tak.
Namun, dalam banyak banyak kesalahan tu, paling banyak dah tentulah aku buat kesalahan dengan Yang Maha Esa. Tapi dalam kategori dunia, aku rasa aku baru sahaja buat satu kesalahan paling besar dan bodoh dan akan aku sesal sepanjang hidup. Yes, pasal ini mungkin melibatkan masa depan aku. Biarlah rahsia apa kesalahannya. Tapi, dalam kes kes kesalahan yang sengaja dan bodoh dan forgivable, aku letak kesalahan aku dalam kategori unforgivable, and I guess I deserve it. Walau apa pun, aku tetap meminta maaf. Yes, aku tetap minta maaf walaupun aku tahu it is unforgivable. Mari kita anggap aku telah membunuh seseorang lah. Kau mahu maafkan pembunuh kau? Tahap kesabaran ultimatum saja yang mampu, dan aku tahu semua manusia tetap ada had sabarnya. Jadi, aku anggap aku telah mengkhianati had sabar itu dan bertindak bodoh.
Tetap, aku minta maaf.
ish ish ish ish
ReplyDeleteAlah, dore. Jangan lah gitu. Hehe
ReplyDeletekenapa emo2 ni sayang?
ReplyDeleteI taktau la nape asip. Tension kot. Kehkehkeh
ReplyDelete