Friday, December 31, 2010

Ok, Damn Aku Kena Buat Entri Yang Tak Berbunyi Tahun Baru

Surat khabar hari ini, ada dua isu aku nak kupas.

Pertama, isu Harimau Malaya nak digantikan dengan Harimau Malaysia. Damn! Selepas bertahun tahun pasukan negara kita tak perform, once perform, terus nak ambik kisah lah, rasa sensitif lah apa lah. Sebelum ni tak de rasa sensitif? Ulasan lanjut Lucius dah buat dekat Sokernet cuma aku nak tambah, this is about tradition, history. Please jangan politikkan benda benda ni. Tolonglah wahai ahli politik oi. Pergilah angkat isu lain nak buat nama, but please, we waited far too long for this success. Don't spoil it. Aku rasa, rata rata warga Sabah dan Sarawak tak kisah sangat pun kot cause they know we never under-appreciate sumbangan mereka dalam bola sepak tempatan.

Second issue, pasal semester universiti tempatan berganjak ke September instead of July. Alasan? Untuk menarik 150000 pelajar asing untuk menyambung pelajaran ke sini. Dah tu, pelajar Malaysia taknak amik kira? Aku tak kisah sangat pasal aku dah grade masa tu, tapi nak buat keputusan, tanyalah kami. Kami ni yang belajarnya. Awak awak politik ni kira duit je tau. Kalau start bulan September, budak budak habis SPM cuti 10 BULAN you man! Lepas SPM, kawin, mengandung, bersalin, then dan lagi masuk universiti. Adalah pantang seminggu dua sempat. Oh, lagi. Tradisinya, kita cuti bulan 11 bulan 12. Sama dengan budak budak sekolah. Boleh lah bercuti dengan adik adik yang cuti sekolah sama. Mak bapak boleh bawak semua anak anak pergi bercuti. Now? Ok, cakaplah kami pelajar universiti matang tak payah bercuti sama keluarga. How about lecturers? Anak anak mereka cuti sekolah, dengan harapan mak bapak boleh bawak pergi jalan jalan main Bukit Gambang. Now mak bapak kena kerja. Kelas kot. mana boleh nak mintak cuti. Ah, damn damn damn!

8 comments:

  1. nanti die buat cam singapore. wajib gi kem pertahanan negara 5 bulan
    huhu

    ReplyDelete
  2. 10 bulan is such a longggggggggggggg time
    adakah gov semakin gila
    ideologi politik yang tah hapa2
    nak undi sapela next year
    huh

    ReplyDelete
  3. Tu la berry. Aku pun jadi serba salah. Nak undi yang satu lagi, long-term nya lagi teruk. Tapi nampak gaya kerajaan sekarang seperti tidak mendahulukan rakyat je. macam mengutamakan pencapaian sendiri je lebih.

    ReplyDelete
  4. satu entri mantap dari kau.. aku ingat nak buat satu entri untuk SBY pulak.. pasal cuti aku lagi bangsat.. senang cerita takde cuti.. sapa nak cuti.. cuti terus(drop-out).. harap2 aku tak kena buang negara..






    p/s: oh pasal nama tu.. apsal dia tak buat nama harimau sabah terus? mcm cilake..

    ReplyDelete
  5. hahahaha. besttt!!! >,<
    Kau kalau dah gile, gile jugak!

    ReplyDelete
  6. Wei mira, kau nak kate aku gile eyh? Hahaha

    Bepul, aku pun risau kene buang negare ni. haha

    ReplyDelete
  7. for sure ramai siswa siswi plan nak kawen mase ni. lepas tu skill nak blaja pon da tumpol da lepas 5 bulan tu. jgn nak salahkan siswa siswi kalau kita tak produktif lagi.

    *komen aku yg paling beredukasi setakat ini*

    ReplyDelete
  8. Oh, yeah. Your point, skill belajar. Aku SPM, pulun habis habis. Add math dapat la result bes.

    Masuk belajar, belajar function semula, haram tak ingat. Dah belajar satu sem pun still tak ingat apa apa.

    Lepas SPM memang buang semua ilmu

    ReplyDelete