Sunday, June 26, 2011

Bodoh

"Bodoh, engko tahu tak, kita ni kena tindas saja saja je dengan UMNO. Corrupt semua ni engko tahu? Sebab tu kita kena tunjuk kat Bersih ni. Kita taknak pilihanraya kita corrupt. Berapa banyak duit rakyat depa habis time pilihanraya untuk kempen depa, engko tahu? Corrupt corrupt."

Tep! Tepek kena muka aku. Ya, UMNO corrupt. Sangat. Bapak aku kerja bawah Kementerian. Corrupt tak corrupt, memang nampak. Tapi, kau tunjuk dekat aku negara mana dekat dunia pemimpin dia tak corrupt? Bazar Tok Guru Kelantan? Apa cerita? Tok Guru ni memang aku akui, nampak bagus. Makan pakai tangan, pakai serban, rumah tak mewah. Tak corrupt. Eh, tapi apa pasal rumah anak menantu besar kemain? Apa pasal menantu pegang jawatan dalam anak syarikat kerajaan? Macam sama sahaja dengan perangai BN.

UMNO corrupt! UMNO corrupt! Jom kita tengok, dalam komponen BN. Ada tak parti yang mempunyai jawatan tanpa bertanding? UMNO tertinggi Presiden, kan? MCA, MIC. Tapi PKR, DAP, PAS, semua ada de facto leader masing masing. Jawatan yang tak perlukan pemilihan oleh parti. Mereka terus sahaja duduk dekat puncak parti. Kenapa tak dipilih melalui pilihanraya parti? Kenapa? Ayah de facto leader, isteri Presiden, anak Vice President. Steady. PAS ada Mursyidul Am, DAP ada Lim Kit Siang.

Ok ok, cakap pasal Bersih. Tujuan? Menghantar memorandum ke Tuanku Agong sebab pilihanraya kita corrupt. Anjuran? Ambriga, NGO. Kononnya. Sokongan? Semua parti pembangkang. Yes, ini bukan perhimpunan anjuran pembangkang, tapi NGOs, kononnya. Kalau betul nak hantar memorandum, kenapa tak ada pertemuan yang diatur dengan pihak istana? kenapa terus decide nak buat perhimpunan? Hak rakyat, hak rakyat. Habis, mana pergi hak rakyat yang mahukan keamanan? Lagi, pasal pilihanraya tak bersih. Kalau betul tak bersih, kenapa mereka tak letak jawatan mereka yang diterima selepas pilihanraya 2008 tempoh hari? Kenapa? Kata tak bersih. Cakap kasi la serupa bikin sikit. Ini sebab parlimen ni kau dah pegang, oh so parlimen ni bersih. Parlimen yang BN pegang, tak bersih. Damn la.

Lagi, orang Melayu. Selidik semula la Ambriga ni. Semalam kawan aku cakap, Melayu tak penting, yang penting Islam. Eh, habis, kenapa parti Islam kau tu dok menyokong Ambriga yang dah menjatuhkan agama kita ni? IFC, Lina Joy. Jangan senang senang kita digula gulakan hanya kerana jawatan dan kuasa.

Ah, sampai harini, tak ada lagi orang jawab ke aku isu ni. Tolong la barang seorang, bagi explanation. Aku ni lembap, baca Utusan, so aku tak nampak yang jahat jahat ni. So kau orang tolonglah tunjukkan ye? Tapi tunjuk dengan tuduhan tak guna, kasi isi la sekali. Ini balik balik, kita aprti Islam, itu parti Melayu. Point la der, point.

Oh, by the way. Mainan perhimpunan oleh Anwar Ibrahim. Kata nak anjurkan perhimpunan, pergi luar negara sebarkan berita ini, dan bila perhimpunan, wartawan asing datang rakam. Keluar negara dan beri imej negara kita tak aman. Siapa lebih pengkhianat negara? Menjatuhkan imej negara hanya kerana jawatan Perdana Menteri (soon to be President of Malaysia Republic, impian si Anwar).

Dan kita kita yang duduk jauh kemain, tak pernah baik dengan dia sibuk duduk pertahan dia. Nah, lagi pendedahan oleh bekas Penolong dia, Lokman Noor Adam. Haaa dan lagi orang kata, ini kena bayar dengan UMNO. Hai, habis, semua pendedahan tu kena bayar ke? Anwar bayar ke siapa cakap Najib kasi C4? bayar la jugak, sebab tu pun pendedahan juga.

5 comments:

  1. bila nak dekat pilihanraya je kau bising.. bila nak dekat pilihanraya je kau bising.. kau senyap lah gory.. macam nilah konsep aku kasi tau.. kalau kita tak suka makan tahi.. memang kita tak makan.. tapi dah kalau kita suka.. apa pun tahi kita makan.. orang kata hendak seribu daya tak hendak seribu dalih.. jadi ikut laa flow.. kita bukan 'membe' baik anwar.. kita bukan mana2 'wakil rakyat' bn.. jadi kita tak boleh cakap hanya dengan mata dan perasaan gory.. biarlah mereka yg 'dewasa' buat kerja.. esok lusa kita ni makan suap belum tahu.. kita diam tengok depa buat apa.. besok dah time kau pulak nak jadi wakil.. jangan pulak takut pandang belakang waktu mula2 kau bukak mulut bro.. risau ibarat meludah ke langit.. :)

    ReplyDelete
  2. Aku bukan nak jadi wakil rakyat pun. Ok, dia macam ni. aku bukan cakap pasal pilihanraya ke ape pun. Ini masalahnya, soal anak cucu aku. jangan sampai, kita undi siapa harini, anak cucu kita dijajah Yahudi.memang mereka yang dewasa buat kerja, tapi kalau mereka nak jahanamkan negara, takkan kita duduk diam, tengok saja dengan amta dan perasaan, dan menangis esok lusa.

    ReplyDelete
  3. post yg dah buat aku terbaca dengan khusyuk. baru tahu pasal bersih harini. ketinggalan gila aku kan. so update la pape yg penting2 gini lagi, isu negara isu bersama. hehe

    ReplyDelete
  4. Hehe. isu negara isu bersama. sedap jugak quote kau. Hahaha. Okie dokie.

    ReplyDelete
  5. Saya rasa kita dah cukup dewasa. =)

    ReplyDelete