Friday, June 24, 2011

Kancil

Pada suatu pagi, seluruh rakyat haiwan, berkumpul di sekeliling Mak Kancil. Mak Kancil meraung kesakitan.

"Kenapa dengan Mak Kancil?" tanya Fuad si landak.

"Oh, Mak Kancil mahu bersalin," terang pula Udin sang katak.

Uwek! Uwek! Maka, Mak Kancil pun melahirkan seekor anak kancil. Sebab takkan pula Mak Kancil melahirkan seekor kuali, kan adik adik?

"Wah, wah, lihat anak kancil itu. Sungguh comel ia," kata Fendi penuh teruja. Si tupai Fendi memang seekor binatang yang penuh dengan keterujaan.

Darus mencelik matanya, dan terlihat dia akan ibunya, Mak Kancil. Darus cuba berdiri, tetapi kakinya masih belum kuat. Terjatuh beberapa kali, diselang selikan pula dengan gelak ketawa dari Fuad.

"Fuad, tak baik gelakkan orang (baca: binatang) lain." Terus sahaja Fuad si landak diam apabila ditegur oleh Udin sang katak. Udin sang katak antara abang abang dalam kalangan penduduk Hutan Guru itu.


...bersambung. Shit, aku ada exam esok ni.

2 comments:

  1. power, power. gua tunggu watak Azgory si cimpanzi je ni. bila nak keluar..

    ReplyDelete
  2. Oh, tak. Dia ketua alam hutan ni.

    ReplyDelete