Bersih! Bersih! Bersih!
Yes, maka itulah bakal laungan yang akan disorakkan oleh anak anak muda di negara in 9 Julai nanti, jika mereka menyertai perhimpunan Bersih anjuran Datuk Ambiga Sreenevasan dan disokong kuat oleh hero Pas yang baru, Mat Sabu. Well, Mat Sabu, Mat Sabu. Sebelum itu mari kita jangan lupa. Timbalan Presiden Baru Parti Islam Semalaysia inilah yang telah mencipta gelaran Anwar Al-Juburi tak lama masa dahulu. Well well, now they are both in the same driver's seat. Semalam cakap lain, hari ini cakap lain. Simple.
Ok, first thing first. Apa tujuan Bersih ini? Ya, tujuan utama adalah untuk menuntut pilihanraya di Malaysia yang dikatakan telah korup, kotor, tak bersih, kerajaan main tipu, mengelat dan lain lain. Itu adalah tujuan di atas kertasnya. Namun, satu perhimpunan besar tidak hanya based on the paper. Jadi, apa tujuan tujuan sampingannya? Ya, Mesir. Menjadikan mesir sebagai bench-mark yang mana perhimpunan besar besaran dilihat mampu menumbangkan kerajaan. Sama seperti di Mesir. Sebab itu, rata rata pemimpin dan pencetus idea ini adalah orang orang pembangkang. Dan suara yang paling kuat adalah Pas. Ya, aku tiba tiba termusykil. Adakah Islam menggalakkan rakyatnya keluar ke jalanan, merusuh dan menghapuskan harta benda?
Pertama, kita lihat dari sudut positif. Apakah tujuan Bersih? Pilihanraya, dan korupsi. Maka, kerajaan sepatutnya, mendengar suara suara dan laungan ini untuk mereka nilai diri mereka semula, dan perbaiki mana mana yang patut. But then, we're still living in the world yang mana kuasa dan harta adalah Tuhan. Jadi, suara ini adalah pahit untuk mereka telan. Pada aku, yes, memang mereka gila kuasa. Tapi, kalau betul gila, ambil dari sudut positif. Dengar rintihah rakyat, dan buat apa yang ralyat mahu. Jika rakyat mahukan no rasuah, then, no rasuah. Dengan cara ini, rakyat akan mengundi kerajaan sebab mereka tak amal rasuah. Nak turun harga barang, turun sikit, turun harga petrol, gadai sikit harta mereka sendiri, untuk long-term. Bila rakyat dapat apa yang mereka mahu, maka mereka akan mengundi. Ah, kerajaan, takkan semua nak suruh aku fikir. Plus, rakyat hanya mengundi pembangkang hanya kerana rasa tidak puas hati dan digula gulakan janji manis, sedangkan pembangkang pun 2x5. Malah, lagi weird. Pasal, contoh Anwar. Kerjanya hanyalah Ketua Pembangkang dan Ahli Parlimen Permatang Pauh. Tapi, tiap tiap bulan keluar negara. Azmin Ali, Ahli Parlimen Gombak sahaja, tapi anak dia, Farah Syazliana, belajar Australia juga. 2x5 saja dengan anak anak orang kerajaan. Mana dapat duit? Well, aku tak cakap rasuah, or duit kopi, sebab celah mana pun memang ada. Bila ada ceramah or perhimpunan, mereka akan letak tabung untuk menderma untuk parti. Well, isn't this memakan duit rakyat? Live and exclusive lagi.
So, the bad side of this demonstration. Seperti biasa, kedai kedai musnah, perniagaan tak berjalan, infrastruktur damaged. Bukankan ini membazir duit rakyat? Penat penat semua ini dibina, dan senang senang dimusnahkan? Lagi, dari mana peniaga peniaga ini nak claim their damages? Ada pembangkan nak bayar balik? Memang takkan lah. Mereka lagi rela habiskan duit rakyat ke arah membuat kempen hapuskan ISA berjumlah RM 600,000 dari memberi makan rakyat. Insurans pun tak tanggung damages from riot or anything. Dah, mana nak claim? Kerajaan juga yang hulur sikit sikit nanti. Dah tu, siapa yang banyak meniaga ni? Orang Kelantan jugak. Pfft, tak bersyukur. Then, who the hell yang menganjurkan ini? Ya, Datuk Ambiga Sreenevasan. Orang kuat yang menuntut hak sama rata antara Islam dan bukan Islam, dan antara suara paling lantang yang mendukung isu murtad Lina Joy. Eh, sekejap. Tapi, bukan ke tadi Pas sokong dia? Habis, Pas bukan parti Islam ke? Patutnya melawan pejuang murtad? Hm, entah. Aku bukan ulama untuk ulas. Well, silakan orang Pas, jawab. Saya keliru la.
Oh, lepastu lagi. Agak agak siapa yang paling gah untuk menyertai ini? Orang Cina? Ah, depa sibuk dengan bisnes masing masing. Janji Malaysia masih belum perang, mereka akan happy to live here. Orang India? Mungkin geng geng Hindraf. Jadi, orang mana yang sanggup tak pergi kerja, tak pergi kelas, lari universiti untuk join benda gini? Yes, you answer it right my dear. Haish, bilalah kita semua nak bersatu. Sia sia perjuangan Tun Hussein Onn. Kalau DAP kata mereka yang pertama nak menyatukan semua kaum, ingat tak lagi kenapa Tun Hussein letak jawatan UMNO? So, jangan bercakap dan lagak. Orang Melayu pula, ok, maybe ada yang membenci UMNO apa semua, tapi, mari kita ingat balik apa pesan Tun. Jangan menduakan Allah, dan bersatulah kita orang Islam. Ini tidak, awal awal lagi, cakap, takkan bersekongkol dengan UMNO wahai Pas. Sanggup bersekongkol dengan syaitan (refer balik ayat Nik Aziz berkaitan isu bersahabat dnegan syaitan in). Kalau betul taknak ditipu UMNO, buat perjanjian elok elok, deal. Biar, siapa yang langgar kontrak, boleh sue dekat mahkamah. Jangan biar 1969 terjadi semula. Aku pun paham berbukunya hati Nik Aziz kena tipu dahulu.
Ok, dah. Kesian korang kena baca pasal politik. Haha. Tapi, ini semua demi negara kita. Jangan cacamarbakan keamanan kita. Nenek moyang kita menumpahkan darah untuk mengusir penjajah, tapi kita sendiri sanggup menumpahkan darah demi kuasa. Ingatlah, Melayu itu jatuh kerana kuasa. Jangan sampai nasi menjadi bubur, kerana ketika itu, air mata darah sekalipun takkan mampu me-rewind masa.
No comments:
Post a Comment