Dulu, masa kecik kecik, aku pernah menjadi kebosanan yang melampau. Bosan tu, sampai aku rasa nak cakap dekat mak aku, aku malas pergi sekolah. Nak duduk rumah tengok Ultraman. Awal awal era persekolahan dulu, aku pernah juga rasa sebak, pasal terpaksa berpisah dengan Ultraman. Sampai sekarang, aku dah jauh hati dengan Ultraman. Bila adik aku bukak Ultraman saja, aku mula rasa, teringat kisah lalu, dan suruh dia alih cerita lain cepat cepat. Pasal aku taknak teringat macam mana klasiknya dia berubaha pakai berus gigi tu. Dia jadi bosan pasal, nak main guli, aku kesian tengok geng ni, semua guli diorang kena rembat dengan aku pasal terer sangat. Jadi, aku retire from being a professional guli player after just a week.
Kemudian, aku berkecimpung dalam arena berbasikal. Masa ni, umur dalam darjah 2. Masa ni, aku sorang je budak darjah 2 yang pakai basikal gear. Bila nak main basikal, budak budak geng sedarjah semua segan nak jalan dengan aku, pasal basikal aku dah ada gear. Basikal diorang sibuk nak berbunyi loceng lagi. So, aku pun main basikal dengan budak darjah atas sikit. Darjah 4 5 gitu. Pergi jalan jalan sampai Indera Mahkota 5, naik Komtar sana. Steady. Itu jam, aku first time lepas ke Indera Mahkota 5. Selama ni berlegar around Indera Mahkota 2 saja. Tapi, pasal dah jaguh sangat, so aku tinggalkan scene Indera Mahkota 2, aku try try nak into scene Indera Mahkota jauh sikit. Pergh, masa itu maghrib, aku ikut geng abang darjah tinggi ni main basikal, sampai maghrib. Aku dah agak, masa tu bapak aku mesti risau tengah cari aku. Aku pulak rilek steady je main basikal lagi. Kene sorok dengan hantu tut tut karang baru tahu. Maghrib maghrib gini. Budak lorong rumah aku dah pernah sorang dah, kena sorok dengan hantu tut tut. Budak budak ni cakap la. Masa tu, malam, ada parti happy birthday dekat rumah hujung. Tiba tiba si, apa entah nama mamat ni, dia hilang. Tak jumpa. Mula la kecoh, ada budak cakap dia nampak ada bra atas pokok la, apa la. Aku jadi saspen jugak masa tu, pasal, seram jugak kalau kena tangkap dengan hantu pesen gini.
Lepas masuk sekolah asrama, maka scene scene tempatan aku dah tinggalkan. Aku rasa, masa tu dah macam perantau. Meninggalkan kampung halaman, sanak saudara, sahabat handai, dan berkorban demi menaikkan martabat anak bangsa. Belajar jauh jauh dalam 10 20 minit jarak ni memang menusuk. Sedih tak terkata la. Tapi, aku tanamkan azam. Demi masa depan yang lebih membangun, dan makwe makwe setingkatan dan tingkatan tingkatan bawah yang menanti, aku berjaya mengurangkan rasa sebak belajar jauh ni. Dia punya nekad, outing pun aku jarang pergi bandar. Punya la nak ambil feel belajar di perantauan. Kalau nak lagi feel, aku talipon je bapak aku suruh ambik balik. Makan nasik dekat rumah. Lepastu, lewat petang balik outing mula la terhegeh hegeh berpeluh batju batik pasal lambat.
Ok, sebenarnya, aku mintak maaf pada sapa sapa yang tengah baca. Sebenarnya, tak ada topik pun aku tulis ni. Saja je nak buat scene. Lama dulu aku pernah terpikir kenapa blog aku ni tak ada orang baca. Lepastu, aku pikir balik, kalau aku ni makwe makwe, tangkap gambar sana sini, lepastu menulis gaya gaya comel, mungkin la ramai orang nak baca. Tapi, memandangkan aku ni malas nak jadi makwe makwe dan letak gambar makwe makwe sebagai profile, maka aku anggap blog ni sebagai diari sahaja la. Boleh nak berjiwang rewang sikit. Ye dak? Ke, dak? Ah, Britishit sungguh. Entah apa yang aku tulis ni.
britshit.
ReplyDeleteBritish shit. hahahah
ReplyDelete