Saturday, July 30, 2011

Bola Sepak Dan Harry Potter Part 1

Maka, tamat sudah aku berkabung selama satu hari. Aku pasti satu Malaysia geram semalam. Pasti. Tapi tak apa, kita kena review apa yang berlaku, dan tengok lobang lobang yang boleh kita perbaiki.

Pertamanya, aku belum tengok Harry Potter baru. Ya, aku pembaca Harry Potter. Bukan apa, walaupun dah tua, tapi, tak elok kita buat kerja separuh jalan. So, nanti nanti tetap jua akan aku habiskan perjalanan ini.

Ok, sambung. Game semalam. Ok, secara jujurnya, aku kecewa. Kecewa yang kecewa. Dia punya kecewa, lagi kecewa dari Man United kalah sama Barcelona hari itu. Kerananya, itu hari Barca memang outplayed Man United totally. Memang Man United tak ada peluang langsung.Tapi, berbeza dengan Malaysia-Singapore game. Peluang kita 50-50. Satu gol, that's all. The first 'satu gol', is the fifth goal last Saturday. Gol yang sangat sangat tak patut. IF, ok, memang bercakap soal if. If the fifth goal tidak dibolos, kerja kita malam tadi senang sikit. The second 'satu gol' is semalam. Satu gol sahaja lagi, kita layak. So, kalau kita memang kena ayam dengan Singapore semalam, aku tak kisah. Ini, masalahnya, kita boleh lawan. Tapi tak apa, tak ada rezeki. tapi lagi bengang pasal Indonesia sama Thailand pun lepas. Shit.

Ok, ini apa yang aku nampak la. Aku tak reti pundit kan sangat benda benda ni. Aku bukan ada ilmu bolasepak. Pertama, kita main, gelepar. Ok, gelepar ni bahasa mana aku pun tak pasti. Hahaha. Kita main, tak berapa yakin. Asal dapat bola, nak keluar terus, nak lepas terus. Kalau in term of attacking dekat area final third, boleh kira sikit lah. Tapi, nak keluar bola kena kasi lawa la. Bukan asal keluar je. Meaning, macam semalam, asal dapat bola, nak pass ke entah sapa sapa. Padahal tak ada pun Singapore punya player pressure. So, berlakulah sesi lose possession entah apa apa. Singapore dapat bola free free sahaja. Sepatutnya, kalau masa tengah bukan genting, pegang lah dulu bola tu. Rilek rilek. Hold. Main passing passing sesama sendiri. Ini banyak nya main passing dengan player Singapore.

Secondly, defend. Mahali Jasuli secara jujurnya memang seorang attacking fullback yang sangat baik. Sama macam itu Asraruddin. Kalau cross bola masuk kotak penalti, kira dua dua boleh pakai la. Tapi, kalau bab defend, Masyaallah. Gol kelima tempoh hari, Mahali secara murah hatinya kasi si gemuk China Singapore tu gelecek sana sini. Lepastu, Muslim Ahmad. Ok, masa AFF, kita defend lawa, tapi aku banyak nampak masa tu, Fadhli Sas yang banyak cover mistake yang Muslim buat. Ada la a few yang aku perasan masa tu. Tapi sekarang, spoil kan kita juga la. First, gol kelima haritu. Sepasti pastinya si Duric tu boleh offside kot. Tapi malang bila Muslim main duduk belakang dia. So, tak ada offside trap. And second, gol semalam, juga, dia buatkan game semalam jadi onside. Ok, maybe not to put all the blame on him, tapi, mungkin coach coach boleh sedikit sebanyak praktikkan offside trap, pasal ini memang killed us off.

Hah, cakap pasal defend. Khairul Fahmi. Masyaallah. Macam belangkas. Ok, aku sambung karang part ni.

Thirdly, style of play. Ok, kita seriously main counter-attack. And, orang cakap cakap, baik main macam Barca bla bla. Entah, aku tak reti hal hal tactical ni, tapi, memang aku rasa kita banyak tengok EPL, so, kita tend to follow their style of play. But it's still ok with me. Cuma, mainlah juga bola atas tanah. Passing sana sini. Ini semua nak long-ball. Kita dah la halus halus belaka.

Ok, selesai first part. Second part, players. Secara jujur, kita belum banyak pemain pemain bertaraf antarabangsa. Tapi, sebenarnya, pada aku, semalam kita ada juga 2 3 orang pemain yang boleh dibanggakan. Pertamanya, pada aku, Kunalan a/l Subramaniam. Arsene Wenger sendiri akui akan threat threat yang dibawa oleh Kunalan, sehingga mampu kucar kacirkan benteng Arsenal tempoh hari. So, pada aku, aku letak Kunalan, main liga Jepun. First team player maybe. Liga Jerman reserve. Kedua, Khairul Fahmi. Dia ni, pergh. Macam pelesit. Apa benda dia makan terer sangat pun aku tak tahu. Dia, juga liga Jepun or Korea. Cuma, maybe, second-choice goalkeeper. Or keeper liga kedua. Third, Safee Sali. Ok, dia punya attribute memang sedap. Shoot padu, lompat sedap. Liga Indonesia kira ok lah, maybe kelab terer terer sikti. Liga Thailand ke. Lain pemain, hm. entah. Cuma, dekat skuad Olimpik, ada juga seorang dua yang sedap. K. Gurusamy, Steven Gary Robat ke apa tah nama dia. Sedap sedap depa ni main tengah. Aku bukan apa cakap pasal main liga luar ni. Pasal tadi aku baca BBC, and aku ternampak satu rumors. Well, rumors is just a rumors, tapi kalau angin tak tiup, pokok tak goyang. Man United, Man City and Real Madrid are reportedly looking at a Swedish club striker, 16 years old. Guess where's he comes from? Ya, Sri Lanka. SRI LANKA! Kenapa Sri Lanka boleh lahir pemain umur 16 main dengan kelab Sweden, dan diusha oleh kelab besar? 16 tahun, meaning 1995 dia lahir. So, 1995-2011, pembangunan bola kita teruk sangat ke?

Pembangunan bolasepak. Ah, panjang dah aku tulis. Nanti aku sambung idea aku dalam next part. Buat masa sekarang, mari kita lupakan kesedihan kita dan kembali menyokong skuad Harimau Muda kita pula. Lawan Jepun tu!

Oh, plus. With due the utmost respect to Sir Rajagobal and coach coach semua, I know you guys knew much better than me. With all your knowledge. Cuma, maybe, from the small of eye of a fan yang hanya nampak sedikit sebanyak mana yang boleh diperbetul, maybe coach coach semua boleh review. :) Amboi, pakai smiley. Sekali lagi diingatkan, saya bukan makwe makwe. Cuma, saya buat entri pakai smiley. Saya juga bukan gay.

No comments:

Post a Comment