Sunday, July 10, 2011

Hari Minggu Saya

Ok, pertamanya, ini bukan karangan cikgu darjah 4 suruh buat. Memang tajuk entri saya kali ini bunyi macam ni. Dan dalam entri ini, sebarang aktiviti ke zoo, berkelah bersama keluarga dan bersiar siar tak ada ya?

Ok, start. Ehem ehem. Test test. Hai semua. Bersama saya lagi, Nurul Syuhada Majalah 3. Kali ini, saya akan membawa anda semua melawat bandar Kuantan. (Syuhada my ass! Dah hitam pun duduk perasan nak jadi Nurul Syuhada lagi. Haha)

Ok, sebenarnya, yang ini serius. Hari ini, aku keluar jalan jalan. Makan tengah hari. Semalam, al-kisahnya, aku ter-Google (ya, ter.) nasi nasi arab dekat Kuantan. Pasal lidah ni dah kepingin benar nak menjamah nasi arab. Tapi, penat la asyik asyik nak makan nasi arab kena pergi Setiawangsa. Aku bukan Najib Razak duit banyak nak pergi Setiawangsa makan nasi arab semata mata. Hal hal negara nak kena urus juga. Tak juga nak ke UIA Gombak selalu nak menjamah. Walaupun murah, tapi tak kejadah juga nak ke Gombak semata mata. Itulah, Kuantan ni scene nasi arab dia belum masuk lagi. Poser adalah. Nasi Arab Pak Lim. Ok, tak baik kutuk, tapi, secara jujur, nasi arab dia, tak rasa nasi arab.

Jadi, bosan Google Google, tiba tiba terjumpa Kedai Nasi Arab Jawaher. Sungai Isap Jaya. Ok, nak cari kedai ni, mula mula saspen juga takut susah. Tapi sebenarnya, senang. Dekat dekat dengan area area pencawang eletrik Sungai Isap yang besar gedabak tu. Depan betul dengan maktab Adabi. Kalau taktahu juga, dia dekat dekat dengan rumah Serla. Ha, itu hint paling senang la aku boleh bagitahu engkau orang. So, kerja engkau orang sekarang, kenalpasti siapa Serla dan ketahui lokasi rumah dia. Gahaha.

Ok, dah dah. Jom layan gambar sepam dua.


Ha, itu dia depan kedai. Sebenarnya, aku nyaris juga terbaca Al-Jabbar tadi. Kihkihkih.

Ok, nampak pintu masuk? So now, mari kita masuk. Tapi, sebelum masuk, eloknya kita bagi salam.

Ok, dah bagi salam kan? Jom kita tengok menu dia.









Ok, tak ada pun gambar menu sebenarnya. Kahkahkah. Kita tengok terus sahaja lah apa yang telah kami order untuk tengahari.


Di atas ini, dia punya Nasi Kabsah Ayam Bakar. Harga, RM 10.


Ini pula, Nasi Mandy. Aku pilih ayam kebab. Harga, pun RM10.


Ok, ini pula menu terakhir, hummus. Menu wajib aku kalau makan makanan arab. harga, RM5 sekali dengan roti.

Dah, cukup dengan gambar. Mari kita review. 1st, nasi kabsah. Intan order. Ok, tak, sebenarnya aku yang orderkan. Dia suruh. Hehehe. Rasa dia, hm, ok, not bad la. Tapi, tak se-fight Saba Restaurant Setiawangsa punya lagi la. Plus, kita pun kena tengok juga pemilik or empunya kedai ni. Unlike Saba, yang dipunyai oleh pure Pak Arab, kedai ini Melayu punya. Puan Zaiton. Ok, tipu. Aku taktahu nama dia. Tapi aunty ni, pakai purdah. And, tulis arab masa ambil order. And anak lelaki dia pun, nampak macam warak warak, baca kitab tadi. So, aku assume, dia pernah duduk lama dekat Timur Tengah. Itu yang bukak kedai ni. And, memandangkan dia Melayu, and dia tahu, jiwa Melayu ni, jiwa cili padi, so, dia dah bagi sedikit improvasi pada nasi dia, biar kena dengan selera Melayu.

Tapi entah, bila aku makan makanan Arab, selera aku terus jadi selera Arab. Cewah. Aku rasa aku ada darah Jordan sikit la. Cuma gelap sikit. Ok, darah Sudan kot. Eh, melalut. Semula. Nasi kabsah dia, not so bad, tapi tak adalah sedap sampai craving. Tapi, nasi mandy dia sedap. Serius. And at RM10, kira orait la. Ayam kebab dia pun sedap. Nasi dia tadi, habbatus sauda semua serba serbi ada. Kira memang memasukkan elemen arab betul la dalam seni membuat nasi ni. terer makcik ni. Oh, cumanya beras dia macam tak basmathi sangat. I mean, nasi dia tak panjang sangat. Tapi, maybe sebab nak jaga harga murah. Ala, janji sedap, ok lah.

Hummus dia pulak, ok, the hummus itself seriusly sedap. Cuma, itulah. Nak kenakan dengan gaya Melayu sikit, dia ada masukkan sikit cili api sama bawang. So, rasa kedua bahan ni kuat sikit untuk hilangkan rasa hummus itu sendiri. Tak apa, lepasni aku pergi, order taknak cili dan bawang. Haha. Air, aku order air asam jawa apa entah tadi, si Intan air jus epal. Gambar tak payah lah masuk kot. Air epal je. Bukan pelik sangat pun. Hahaha.

Oh, satu lagi uniknya kedai ini. Self-service. Ok, jangan panik. Aku mula mula, terbayangkan self-service ni nasi isi sendiri. Rupa rupanya stail McD gitu. Kita order dekat kaunter, then ambil makanan kita. Nak jimat upah pekerja kot. tak apa, janji makanan murah. Heheh. Steady makcik!

Ok, so, untuk orang orang Kuantan yang nak merasa makan nasi arab, this is the place. Worth your penny aku boleh kata. Ok, kalau nak betul betul exact location, Googlemap sahaja. Aku bukan terer sangat nak print screen ke apa nak letak dalam blog ni. Hal tulisan italic pun deras panik.

Dah, habis dakwat dah aku menulis. Entah entah engkau orang tak baca pun. Haha.


Gambar seorang pelanggan yang sedang menikmati makanan di kedai ini. Nampak berselera benar. Pasti sedap! Kihkihkih

Gambar gambar sumbangan ikhlas dari Cik Intan Shakira. Hai Intan Shakira ^^ !

8 comments:

  1. macam pnh tgk, dekat ngan kdai jual perabot kan

    ReplyDelete
  2. Ha ha, dekat dekat. Ala, kau pernah nampak ke? Aku hari hari duduk kuantan tak pernah perasan pun. Haaa kantoi kau g rumah serla. kihkihkih

    ReplyDelete
  3. hmm aku pulak yang teringin nak makan nasi arab. hehe

    ReplyDelete
  4. haha, x de nye. ak ikot mak aku g kdai cine tu aritu. prasan la nasi arab punye kedai, sbb rare kt kuantan jumpe restoran nasi arab kan

    ReplyDelete
  5. Ya ya. rare dia, macam nak cari orang jepun dekat kuantan. rare gila.

    apa lagi anis, suruh mak kau buat, lepastu panggil aku. haha

    ReplyDelete
  6. insyaAllah :D open house tahun ni

    ReplyDelete