Friday, July 22, 2011

Sampah

Dulu sebenarnya, masa form 2, Cikgu Hashim pernah ambil karangan aku buat karangan contoh. Siap ada fakta, contoh, peribahasa kononnya. Masa itu dia kasi markah kertas karangan Bahasa Melayu aku, peperiksaan tengah tahun, dia kasi markah 52/60. Paling tinggi la dalam kelas konon. Tapi tak ada satu budak pun rujuk karangan aku buat contoh. Aku pun tak mengharap. Pasal aku tulis masa tu rasa ikut sedap sahaja. Sebenarnya, standard yang dia letak adalah juga letak aku berangan angan kononnya aku ni ada skil menulis.

Sekarang, blog aku ni, aku tengok, dah macam sampah pun ada. Dia kategori, kalau hantar ke tapak pelupusan, tak di-recycle ke re-use ke. Dia memang terus lupus. Non-biodegradable. 250 tahun pun tak lupus. Macam pelestik. Jenis tak lut dek maki.

No comments:

Post a Comment