Saturday, July 30, 2011

Bola Sepak Dan Harry Potter Part 2

Bersambung...

Apapun, tahniah setinggi tinggi tahniah diucapkan kepada skuad Harimau kerana, pertama, berjaya mengembalikan semula rasa cinta yang tinggi rakyat Malaysia terhadap bolasepak tanah air. Aku tak berani mendabik semangat ini sehebat zaman Mokhtar Dahari, kerana aku tak ada masa itu. Tapi, sepanjang 20 tahun aku hidup, ini memang highlight skuad negara.

Keduanya, bolasepak sememangnya telah berjaya menyatu padukan rakyat kita. Hitam, putih, kuning, cokelat, kelabu, semua bersatu menyokong skuad negara. Kita boleh peluk bersorak dengan orang orang yang kita tak kenal. Ok, peluk aku maksud di sini bukan lelaki itu bersorak kemudian peluk perempuan pertama yang lalu depan mata dia kemudian ah ah. Itu faking namanya.

Ketiganya, tahniah dan terima kasih kepada peminat peminat semua, sebab, susah senang, menang kalah, kita semua masih di belakang pasukan kebangsaan. Ya, kini masanya untuk kita menyokong, sebab aku nampak, bila rasa cinta ini dah semarak, dan harapnya sukan ini jadi pilihan lebih ramai kanak kanak. Karang aku sambung part ini.

Dan tidak lupa juga, sumbangan pihak media seumpamanya. Ok, ini kerana, walaupun kalah, media kita tidak mengeji lagi skuad negara. Bagus. Kita tengok, macam di England, asal kalah sahaja skuad negara mereka, pergh, itu dia media akan hentam sehabis habisan. Dan ini akan menjurus kepada kebencian dalam kalangan penyokong pasukan. So, media sekarang perlu main peranan sebagai link atau penghubung antara skuad negara dan peminat. Media kena berbaik baik, I mean, jangan sampai bias melampau, tapi jangan pula timbulkan rasa benci.

Ok, selesai part review.

Sekarang, part idea.

Memandangkan sekarang, sokongan peminat tempatan semakin kuat, dan rasa cinta rakyat, termasuk kanak kanak terhadap sukan ini juga semakin bertambah, so, FAM, ya, FAM lagi, FAM perlu memainkan perananannya. Tapi, kita nak bercakap soal FAM ni, sampai jenuh takkan habis. Memang kalau dah macam itu rupa acuan, begitu jugalah kuih muihnya. So, plan B. FAM biar dia buat kerja (lantak la kerja apa dia nak buat), kita pula sebagai rakyat kena bermula sedikit sebanyak. Padang padang di kawasan perumahan anda, seru anak anak kecil, 5 10 15 tahun supaya turun ke padang dan sepaklah bola itu. Mungkin, akan ada bakat bakat yang lahir dari jalanan ini.

Oh, Harry Potter. Ya, ini pula ideanya yang datang dari Harry Potter. Ok, bukan lah Harry Potter datang ke aku dan kasi idea ni. Cuma aku terfikir selepas membaca Harry Potter, why not kita buat yang sedemikian. Aku percaya, peminat peminat Harry Potter yang meminati bolasepak juga ada yang memikirkan idea serupa. Dalam Harry Potter, mereka ada perlawanan Quidditch (sejenis sukan bola baling terbang) antara rumah sukan, and the rivalry from this sport sememangnya mewujudkan satu budaya kompetitif yang sangat sihat. Jadi, aplikasikan ke Malaysia. Sekolah lama aku, budaya rumah sukan ini kononnya nak diterapkan ke dalam segala aspek. Akademik, kelab persatuan, dan kemuncaknya, adalah hari sukan, yang mana sukan sukan seperti lumba lari, tarik tali dan ratu cantik menjadi highlight dalam sukan itu. So, mengapa tidak dimasukkan sukan sukan seperti bolasepak, ragbi dan bola keranjang dalam sistem ini?

Mari kita ambil satu view. Cuba bayang, bila form 1 masuk sahaja dalam sekolah, mereka dah diberi rumah sukan masing masing. And, untuk bercakap soal bakat, memang kena cari. Tapi pada aku, minat comes first. From minat, latihan yang intensif akan dapat melahirkan seorang pemain sukan itu. Seperti contoh, Gary Neville. Ya, Gary Neville pada aku ialah seorang pemain bolasepak yang paling tak berbakat sekali. Tapi, dedikasi dan rasa cinta pada bolasepak, diikuti dengan latihan yang cukup, meletakkan dia sebagai antara pemain bek kanan utama skuad England untuk satu tempoh yang lama. Lagi, dekat sekolah aku dulu, berapa ramai budak form 1 masuk yang gemuk gedempol. I'm allowed to use this word pasal aku salah seorang dari mereka. Haha. Ok, contoh. Masa form 1, gemuk. Dan tak pernah pegang bola ragbi sepanjang hidup. Tapi, apabila masuk form 1 tu, dikerah berlari hari hari, practice and practice, bila form 3 dah boleh wakil sekolah, and bila form 5, boleh wakil daerah. Contoh ni bukan aku, aku tak. Haha. Tapi ramai. Hafizul Akmal, Ashraf Sahdan, Shopek, Buyung, ramai yang aku kenal macam ini. Tapi ini semua terhasil daripada rasa minat masing masing. Training petang petang satu team, dan wakil sekolah.

Cuba bayang, kalau mereka training, demi rumah sukan? Pertamanya, mereka akan training dengan rasa kompetitif sebab nak lawan musuh. Keduanya, kita ada 4 rumah sukan, maka kita akan ada 4 pasukan yang berlatih instead of 1 team. So, bukankah itu dah sedikit sebanyak melahirkan lebih ramai pemain? Training petang petang untuk pasukan rumah masing masing, and ambil weekend contohnya, kita buat, rumah Merah lawan rumah Biru. Ahad, rumah Kuning pula lawan rumah Hijau. Main liga. So, dalam masa sebulan, mereka boleh ada 3 perlawan kompetitif. Dan, untuk mencari wakil sekolah, dah tak susah, sebab coach sekolah boleh pilih sahaja terus from these teams. Ok, lagi, kita buat dua side. Under 15 dan juga under 17. Maka, lebih ramai yang boleh terlibat. Dan sekolah juga boleh mewajibkan semua pelajar untuk terlibat dalam usaha ini. So, tak ada lagi masalah obesiti dan lelaki lembut. Malah, perempuan juga boleh diterapkan usaha ini dalam acara acara seperti bola keranjang dan bola jaring. Untuk yang lasak lasak ini. Yang tak lasak dan lawa, kita kekalkan mereka dalam acara ratu cantik tadi.

Mari kita matematik. Satu sekolah ada 4 rumah sukan, so, ada 4 team. satu team kita ambil dalam 18 orang la. Nak ramai ramai tak boleh juga. Pasal resources of pelajar itu scarce. Bukan unlimited. So, 18 kali 4 dah dapat 72 orang. Maka, kita mempunyai 72 orang pemain bola sepak yang boleh dipilih untuk mewakili sekolah. Tak ke bagus tu? Itu baru satu side. Kalau under 15 under 17? Ha, ramai ramai. Lepastu, untuk meletakkan sekolah ini menjadi lebih harum namanya, kita letak sasaran. Sekurang kurangnya seorang pemain sekolah itu boleh mewakili negeri. So, ini akan menyebabkan sekolah lebih put more effort pada pembangunan pemain tadi. Kalau nak lagi steady, lahirkan seorang pemain kebangsaan. Lagi steady. Jangan nak harap pada Sekolah Sukan Bukit Jalil sahaja. Biar mereka rasa tercabar sikit. So, ini juga boleh buat mereka lebih put more effort on their own crops. Pergh, kalau semua orang buat macam ini, baru sedap.

So, bila dah sedap sikit gaya sistem sekolah masing masing, barulah pergi ke FAM mintak dana sikit. Dapat sikit sikit pun jadi lah, buat cover perbelanjaan. Kalau sekolah asrama, senang sikit, pasal makanan dewan makan ada. Tak apa, aku rasa cukup, pasal selama ini budak budak makan makanan dewan makan jadi gemuk sia sia. So, biarlah mereka bersukan sepenat penatnya lepastu pergilah makan banyak banyak. Kalau FAM tak bagi dana pun tak apa. Bila benda alah ini dah jadi satu sistem yang teratur dan kompetitif, cikgu cikgu kena lah rajin cari sponsor. Banyak orang yang sudi sponsor sebenarnya. Kalau setiap daerah ini buat liga antara sekolah sekolah, so, mungkin, Milo ke, 100plus ke, Al-Ikhsan cawangan Megamall berbesar hati nak sponsor, di samping memasarkan perniagaan masing masing. Beri juga peluang kepada perniagaan perniagaan tempatan seperti kedai Uncle Wong yang membuat baju untuk sponsor. Yes, mana tahu, mungkin bila liga ini disokong oleh warga warga Kuantan seumpamanya, maka kedai Uncle Wong lebih dikenal dalam kalangan rakyat Kuantan. Tak gitu?

Ah, nak mintak FAM baca ini memang tak lah. Jangan kata FAM, kawan kawan pun entah baca entah tidak. Cuma, aku really hoping from the bottom of my butt, yang idea ini, or any idea yang boleh menaikkan tahap bolasepak negara kita, akan diguna pakai. Biarlah seorang pemain kita diintai oleh Man United ke, Blackburn ke. Kalau Sri Lanka boleh, kenapa tidak kita?

2 comments:

  1. "thumb up"idea da ade..jap aku kol rajagopal suh die bace blog ko nie..hahaha..

    ReplyDelete
  2. ha, terima kasih terima kasih. tapi aku ingat kau mesej jela dia dulu. dia tutup fon kot. haha

    ReplyDelete