Saturday, July 30, 2011

Bola Sepak Dan Harry Potter Part 2

Bersambung...

Apapun, tahniah setinggi tinggi tahniah diucapkan kepada skuad Harimau kerana, pertama, berjaya mengembalikan semula rasa cinta yang tinggi rakyat Malaysia terhadap bolasepak tanah air. Aku tak berani mendabik semangat ini sehebat zaman Mokhtar Dahari, kerana aku tak ada masa itu. Tapi, sepanjang 20 tahun aku hidup, ini memang highlight skuad negara.

Keduanya, bolasepak sememangnya telah berjaya menyatu padukan rakyat kita. Hitam, putih, kuning, cokelat, kelabu, semua bersatu menyokong skuad negara. Kita boleh peluk bersorak dengan orang orang yang kita tak kenal. Ok, peluk aku maksud di sini bukan lelaki itu bersorak kemudian peluk perempuan pertama yang lalu depan mata dia kemudian ah ah. Itu faking namanya.

Ketiganya, tahniah dan terima kasih kepada peminat peminat semua, sebab, susah senang, menang kalah, kita semua masih di belakang pasukan kebangsaan. Ya, kini masanya untuk kita menyokong, sebab aku nampak, bila rasa cinta ini dah semarak, dan harapnya sukan ini jadi pilihan lebih ramai kanak kanak. Karang aku sambung part ini.

Dan tidak lupa juga, sumbangan pihak media seumpamanya. Ok, ini kerana, walaupun kalah, media kita tidak mengeji lagi skuad negara. Bagus. Kita tengok, macam di England, asal kalah sahaja skuad negara mereka, pergh, itu dia media akan hentam sehabis habisan. Dan ini akan menjurus kepada kebencian dalam kalangan penyokong pasukan. So, media sekarang perlu main peranan sebagai link atau penghubung antara skuad negara dan peminat. Media kena berbaik baik, I mean, jangan sampai bias melampau, tapi jangan pula timbulkan rasa benci.

Ok, selesai part review.

Sekarang, part idea.

Memandangkan sekarang, sokongan peminat tempatan semakin kuat, dan rasa cinta rakyat, termasuk kanak kanak terhadap sukan ini juga semakin bertambah, so, FAM, ya, FAM lagi, FAM perlu memainkan perananannya. Tapi, kita nak bercakap soal FAM ni, sampai jenuh takkan habis. Memang kalau dah macam itu rupa acuan, begitu jugalah kuih muihnya. So, plan B. FAM biar dia buat kerja (lantak la kerja apa dia nak buat), kita pula sebagai rakyat kena bermula sedikit sebanyak. Padang padang di kawasan perumahan anda, seru anak anak kecil, 5 10 15 tahun supaya turun ke padang dan sepaklah bola itu. Mungkin, akan ada bakat bakat yang lahir dari jalanan ini.

Oh, Harry Potter. Ya, ini pula ideanya yang datang dari Harry Potter. Ok, bukan lah Harry Potter datang ke aku dan kasi idea ni. Cuma aku terfikir selepas membaca Harry Potter, why not kita buat yang sedemikian. Aku percaya, peminat peminat Harry Potter yang meminati bolasepak juga ada yang memikirkan idea serupa. Dalam Harry Potter, mereka ada perlawanan Quidditch (sejenis sukan bola baling terbang) antara rumah sukan, and the rivalry from this sport sememangnya mewujudkan satu budaya kompetitif yang sangat sihat. Jadi, aplikasikan ke Malaysia. Sekolah lama aku, budaya rumah sukan ini kononnya nak diterapkan ke dalam segala aspek. Akademik, kelab persatuan, dan kemuncaknya, adalah hari sukan, yang mana sukan sukan seperti lumba lari, tarik tali dan ratu cantik menjadi highlight dalam sukan itu. So, mengapa tidak dimasukkan sukan sukan seperti bolasepak, ragbi dan bola keranjang dalam sistem ini?

Mari kita ambil satu view. Cuba bayang, bila form 1 masuk sahaja dalam sekolah, mereka dah diberi rumah sukan masing masing. And, untuk bercakap soal bakat, memang kena cari. Tapi pada aku, minat comes first. From minat, latihan yang intensif akan dapat melahirkan seorang pemain sukan itu. Seperti contoh, Gary Neville. Ya, Gary Neville pada aku ialah seorang pemain bolasepak yang paling tak berbakat sekali. Tapi, dedikasi dan rasa cinta pada bolasepak, diikuti dengan latihan yang cukup, meletakkan dia sebagai antara pemain bek kanan utama skuad England untuk satu tempoh yang lama. Lagi, dekat sekolah aku dulu, berapa ramai budak form 1 masuk yang gemuk gedempol. I'm allowed to use this word pasal aku salah seorang dari mereka. Haha. Ok, contoh. Masa form 1, gemuk. Dan tak pernah pegang bola ragbi sepanjang hidup. Tapi, apabila masuk form 1 tu, dikerah berlari hari hari, practice and practice, bila form 3 dah boleh wakil sekolah, and bila form 5, boleh wakil daerah. Contoh ni bukan aku, aku tak. Haha. Tapi ramai. Hafizul Akmal, Ashraf Sahdan, Shopek, Buyung, ramai yang aku kenal macam ini. Tapi ini semua terhasil daripada rasa minat masing masing. Training petang petang satu team, dan wakil sekolah.

Cuba bayang, kalau mereka training, demi rumah sukan? Pertamanya, mereka akan training dengan rasa kompetitif sebab nak lawan musuh. Keduanya, kita ada 4 rumah sukan, maka kita akan ada 4 pasukan yang berlatih instead of 1 team. So, bukankah itu dah sedikit sebanyak melahirkan lebih ramai pemain? Training petang petang untuk pasukan rumah masing masing, and ambil weekend contohnya, kita buat, rumah Merah lawan rumah Biru. Ahad, rumah Kuning pula lawan rumah Hijau. Main liga. So, dalam masa sebulan, mereka boleh ada 3 perlawan kompetitif. Dan, untuk mencari wakil sekolah, dah tak susah, sebab coach sekolah boleh pilih sahaja terus from these teams. Ok, lagi, kita buat dua side. Under 15 dan juga under 17. Maka, lebih ramai yang boleh terlibat. Dan sekolah juga boleh mewajibkan semua pelajar untuk terlibat dalam usaha ini. So, tak ada lagi masalah obesiti dan lelaki lembut. Malah, perempuan juga boleh diterapkan usaha ini dalam acara acara seperti bola keranjang dan bola jaring. Untuk yang lasak lasak ini. Yang tak lasak dan lawa, kita kekalkan mereka dalam acara ratu cantik tadi.

Mari kita matematik. Satu sekolah ada 4 rumah sukan, so, ada 4 team. satu team kita ambil dalam 18 orang la. Nak ramai ramai tak boleh juga. Pasal resources of pelajar itu scarce. Bukan unlimited. So, 18 kali 4 dah dapat 72 orang. Maka, kita mempunyai 72 orang pemain bola sepak yang boleh dipilih untuk mewakili sekolah. Tak ke bagus tu? Itu baru satu side. Kalau under 15 under 17? Ha, ramai ramai. Lepastu, untuk meletakkan sekolah ini menjadi lebih harum namanya, kita letak sasaran. Sekurang kurangnya seorang pemain sekolah itu boleh mewakili negeri. So, ini akan menyebabkan sekolah lebih put more effort pada pembangunan pemain tadi. Kalau nak lagi steady, lahirkan seorang pemain kebangsaan. Lagi steady. Jangan nak harap pada Sekolah Sukan Bukit Jalil sahaja. Biar mereka rasa tercabar sikit. So, ini juga boleh buat mereka lebih put more effort on their own crops. Pergh, kalau semua orang buat macam ini, baru sedap.

So, bila dah sedap sikit gaya sistem sekolah masing masing, barulah pergi ke FAM mintak dana sikit. Dapat sikit sikit pun jadi lah, buat cover perbelanjaan. Kalau sekolah asrama, senang sikit, pasal makanan dewan makan ada. Tak apa, aku rasa cukup, pasal selama ini budak budak makan makanan dewan makan jadi gemuk sia sia. So, biarlah mereka bersukan sepenat penatnya lepastu pergilah makan banyak banyak. Kalau FAM tak bagi dana pun tak apa. Bila benda alah ini dah jadi satu sistem yang teratur dan kompetitif, cikgu cikgu kena lah rajin cari sponsor. Banyak orang yang sudi sponsor sebenarnya. Kalau setiap daerah ini buat liga antara sekolah sekolah, so, mungkin, Milo ke, 100plus ke, Al-Ikhsan cawangan Megamall berbesar hati nak sponsor, di samping memasarkan perniagaan masing masing. Beri juga peluang kepada perniagaan perniagaan tempatan seperti kedai Uncle Wong yang membuat baju untuk sponsor. Yes, mana tahu, mungkin bila liga ini disokong oleh warga warga Kuantan seumpamanya, maka kedai Uncle Wong lebih dikenal dalam kalangan rakyat Kuantan. Tak gitu?

Ah, nak mintak FAM baca ini memang tak lah. Jangan kata FAM, kawan kawan pun entah baca entah tidak. Cuma, aku really hoping from the bottom of my butt, yang idea ini, or any idea yang boleh menaikkan tahap bolasepak negara kita, akan diguna pakai. Biarlah seorang pemain kita diintai oleh Man United ke, Blackburn ke. Kalau Sri Lanka boleh, kenapa tidak kita?

Bola Sepak Dan Harry Potter Part 1

Maka, tamat sudah aku berkabung selama satu hari. Aku pasti satu Malaysia geram semalam. Pasti. Tapi tak apa, kita kena review apa yang berlaku, dan tengok lobang lobang yang boleh kita perbaiki.

Pertamanya, aku belum tengok Harry Potter baru. Ya, aku pembaca Harry Potter. Bukan apa, walaupun dah tua, tapi, tak elok kita buat kerja separuh jalan. So, nanti nanti tetap jua akan aku habiskan perjalanan ini.

Ok, sambung. Game semalam. Ok, secara jujurnya, aku kecewa. Kecewa yang kecewa. Dia punya kecewa, lagi kecewa dari Man United kalah sama Barcelona hari itu. Kerananya, itu hari Barca memang outplayed Man United totally. Memang Man United tak ada peluang langsung.Tapi, berbeza dengan Malaysia-Singapore game. Peluang kita 50-50. Satu gol, that's all. The first 'satu gol', is the fifth goal last Saturday. Gol yang sangat sangat tak patut. IF, ok, memang bercakap soal if. If the fifth goal tidak dibolos, kerja kita malam tadi senang sikit. The second 'satu gol' is semalam. Satu gol sahaja lagi, kita layak. So, kalau kita memang kena ayam dengan Singapore semalam, aku tak kisah. Ini, masalahnya, kita boleh lawan. Tapi tak apa, tak ada rezeki. tapi lagi bengang pasal Indonesia sama Thailand pun lepas. Shit.

Ok, ini apa yang aku nampak la. Aku tak reti pundit kan sangat benda benda ni. Aku bukan ada ilmu bolasepak. Pertama, kita main, gelepar. Ok, gelepar ni bahasa mana aku pun tak pasti. Hahaha. Kita main, tak berapa yakin. Asal dapat bola, nak keluar terus, nak lepas terus. Kalau in term of attacking dekat area final third, boleh kira sikit lah. Tapi, nak keluar bola kena kasi lawa la. Bukan asal keluar je. Meaning, macam semalam, asal dapat bola, nak pass ke entah sapa sapa. Padahal tak ada pun Singapore punya player pressure. So, berlakulah sesi lose possession entah apa apa. Singapore dapat bola free free sahaja. Sepatutnya, kalau masa tengah bukan genting, pegang lah dulu bola tu. Rilek rilek. Hold. Main passing passing sesama sendiri. Ini banyak nya main passing dengan player Singapore.

Secondly, defend. Mahali Jasuli secara jujurnya memang seorang attacking fullback yang sangat baik. Sama macam itu Asraruddin. Kalau cross bola masuk kotak penalti, kira dua dua boleh pakai la. Tapi, kalau bab defend, Masyaallah. Gol kelima tempoh hari, Mahali secara murah hatinya kasi si gemuk China Singapore tu gelecek sana sini. Lepastu, Muslim Ahmad. Ok, masa AFF, kita defend lawa, tapi aku banyak nampak masa tu, Fadhli Sas yang banyak cover mistake yang Muslim buat. Ada la a few yang aku perasan masa tu. Tapi sekarang, spoil kan kita juga la. First, gol kelima haritu. Sepasti pastinya si Duric tu boleh offside kot. Tapi malang bila Muslim main duduk belakang dia. So, tak ada offside trap. And second, gol semalam, juga, dia buatkan game semalam jadi onside. Ok, maybe not to put all the blame on him, tapi, mungkin coach coach boleh sedikit sebanyak praktikkan offside trap, pasal ini memang killed us off.

Hah, cakap pasal defend. Khairul Fahmi. Masyaallah. Macam belangkas. Ok, aku sambung karang part ni.

Thirdly, style of play. Ok, kita seriously main counter-attack. And, orang cakap cakap, baik main macam Barca bla bla. Entah, aku tak reti hal hal tactical ni, tapi, memang aku rasa kita banyak tengok EPL, so, kita tend to follow their style of play. But it's still ok with me. Cuma, mainlah juga bola atas tanah. Passing sana sini. Ini semua nak long-ball. Kita dah la halus halus belaka.

Ok, selesai first part. Second part, players. Secara jujur, kita belum banyak pemain pemain bertaraf antarabangsa. Tapi, sebenarnya, pada aku, semalam kita ada juga 2 3 orang pemain yang boleh dibanggakan. Pertamanya, pada aku, Kunalan a/l Subramaniam. Arsene Wenger sendiri akui akan threat threat yang dibawa oleh Kunalan, sehingga mampu kucar kacirkan benteng Arsenal tempoh hari. So, pada aku, aku letak Kunalan, main liga Jepun. First team player maybe. Liga Jerman reserve. Kedua, Khairul Fahmi. Dia ni, pergh. Macam pelesit. Apa benda dia makan terer sangat pun aku tak tahu. Dia, juga liga Jepun or Korea. Cuma, maybe, second-choice goalkeeper. Or keeper liga kedua. Third, Safee Sali. Ok, dia punya attribute memang sedap. Shoot padu, lompat sedap. Liga Indonesia kira ok lah, maybe kelab terer terer sikti. Liga Thailand ke. Lain pemain, hm. entah. Cuma, dekat skuad Olimpik, ada juga seorang dua yang sedap. K. Gurusamy, Steven Gary Robat ke apa tah nama dia. Sedap sedap depa ni main tengah. Aku bukan apa cakap pasal main liga luar ni. Pasal tadi aku baca BBC, and aku ternampak satu rumors. Well, rumors is just a rumors, tapi kalau angin tak tiup, pokok tak goyang. Man United, Man City and Real Madrid are reportedly looking at a Swedish club striker, 16 years old. Guess where's he comes from? Ya, Sri Lanka. SRI LANKA! Kenapa Sri Lanka boleh lahir pemain umur 16 main dengan kelab Sweden, dan diusha oleh kelab besar? 16 tahun, meaning 1995 dia lahir. So, 1995-2011, pembangunan bola kita teruk sangat ke?

Pembangunan bolasepak. Ah, panjang dah aku tulis. Nanti aku sambung idea aku dalam next part. Buat masa sekarang, mari kita lupakan kesedihan kita dan kembali menyokong skuad Harimau Muda kita pula. Lawan Jepun tu!

Oh, plus. With due the utmost respect to Sir Rajagobal and coach coach semua, I know you guys knew much better than me. With all your knowledge. Cuma, maybe, from the small of eye of a fan yang hanya nampak sedikit sebanyak mana yang boleh diperbetul, maybe coach coach semua boleh review. :) Amboi, pakai smiley. Sekali lagi diingatkan, saya bukan makwe makwe. Cuma, saya buat entri pakai smiley. Saya juga bukan gay.

Friday, July 22, 2011

Sampah

Dulu sebenarnya, masa form 2, Cikgu Hashim pernah ambil karangan aku buat karangan contoh. Siap ada fakta, contoh, peribahasa kononnya. Masa itu dia kasi markah kertas karangan Bahasa Melayu aku, peperiksaan tengah tahun, dia kasi markah 52/60. Paling tinggi la dalam kelas konon. Tapi tak ada satu budak pun rujuk karangan aku buat contoh. Aku pun tak mengharap. Pasal aku tulis masa tu rasa ikut sedap sahaja. Sebenarnya, standard yang dia letak adalah juga letak aku berangan angan kononnya aku ni ada skil menulis.

Sekarang, blog aku ni, aku tengok, dah macam sampah pun ada. Dia kategori, kalau hantar ke tapak pelupusan, tak di-recycle ke re-use ke. Dia memang terus lupus. Non-biodegradable. 250 tahun pun tak lupus. Macam pelestik. Jenis tak lut dek maki.

Friday, July 15, 2011

Rain And Future

Engkau pernah,
Tengok drama cerita cerita kan,
Orang ni mesti lari lari dalam hujan,
Lepastu cari tempat berteduh,
Lepastu menangis,
Kan?
Tipikal kan?
Cerita cerita mesti nak macam ni.
Tak logik, kan?

When you are at the lowest point of your life,
And you see nothing but a disappointment,
You tend to blame and keep blaming,
For the things that you didn't get,
Without you realize,
That things in your hand,
Are lot more better,
Then the one you miss.


Oh, and that typical rain-scene, it DO happen in your life. Real life.

Sunday, July 10, 2011

Hari Minggu Saya

Ok, pertamanya, ini bukan karangan cikgu darjah 4 suruh buat. Memang tajuk entri saya kali ini bunyi macam ni. Dan dalam entri ini, sebarang aktiviti ke zoo, berkelah bersama keluarga dan bersiar siar tak ada ya?

Ok, start. Ehem ehem. Test test. Hai semua. Bersama saya lagi, Nurul Syuhada Majalah 3. Kali ini, saya akan membawa anda semua melawat bandar Kuantan. (Syuhada my ass! Dah hitam pun duduk perasan nak jadi Nurul Syuhada lagi. Haha)

Ok, sebenarnya, yang ini serius. Hari ini, aku keluar jalan jalan. Makan tengah hari. Semalam, al-kisahnya, aku ter-Google (ya, ter.) nasi nasi arab dekat Kuantan. Pasal lidah ni dah kepingin benar nak menjamah nasi arab. Tapi, penat la asyik asyik nak makan nasi arab kena pergi Setiawangsa. Aku bukan Najib Razak duit banyak nak pergi Setiawangsa makan nasi arab semata mata. Hal hal negara nak kena urus juga. Tak juga nak ke UIA Gombak selalu nak menjamah. Walaupun murah, tapi tak kejadah juga nak ke Gombak semata mata. Itulah, Kuantan ni scene nasi arab dia belum masuk lagi. Poser adalah. Nasi Arab Pak Lim. Ok, tak baik kutuk, tapi, secara jujur, nasi arab dia, tak rasa nasi arab.

Jadi, bosan Google Google, tiba tiba terjumpa Kedai Nasi Arab Jawaher. Sungai Isap Jaya. Ok, nak cari kedai ni, mula mula saspen juga takut susah. Tapi sebenarnya, senang. Dekat dekat dengan area area pencawang eletrik Sungai Isap yang besar gedabak tu. Depan betul dengan maktab Adabi. Kalau taktahu juga, dia dekat dekat dengan rumah Serla. Ha, itu hint paling senang la aku boleh bagitahu engkau orang. So, kerja engkau orang sekarang, kenalpasti siapa Serla dan ketahui lokasi rumah dia. Gahaha.

Ok, dah dah. Jom layan gambar sepam dua.


Ha, itu dia depan kedai. Sebenarnya, aku nyaris juga terbaca Al-Jabbar tadi. Kihkihkih.

Ok, nampak pintu masuk? So now, mari kita masuk. Tapi, sebelum masuk, eloknya kita bagi salam.

Ok, dah bagi salam kan? Jom kita tengok menu dia.









Ok, tak ada pun gambar menu sebenarnya. Kahkahkah. Kita tengok terus sahaja lah apa yang telah kami order untuk tengahari.


Di atas ini, dia punya Nasi Kabsah Ayam Bakar. Harga, RM 10.


Ini pula, Nasi Mandy. Aku pilih ayam kebab. Harga, pun RM10.


Ok, ini pula menu terakhir, hummus. Menu wajib aku kalau makan makanan arab. harga, RM5 sekali dengan roti.

Dah, cukup dengan gambar. Mari kita review. 1st, nasi kabsah. Intan order. Ok, tak, sebenarnya aku yang orderkan. Dia suruh. Hehehe. Rasa dia, hm, ok, not bad la. Tapi, tak se-fight Saba Restaurant Setiawangsa punya lagi la. Plus, kita pun kena tengok juga pemilik or empunya kedai ni. Unlike Saba, yang dipunyai oleh pure Pak Arab, kedai ini Melayu punya. Puan Zaiton. Ok, tipu. Aku taktahu nama dia. Tapi aunty ni, pakai purdah. And, tulis arab masa ambil order. And anak lelaki dia pun, nampak macam warak warak, baca kitab tadi. So, aku assume, dia pernah duduk lama dekat Timur Tengah. Itu yang bukak kedai ni. And, memandangkan dia Melayu, and dia tahu, jiwa Melayu ni, jiwa cili padi, so, dia dah bagi sedikit improvasi pada nasi dia, biar kena dengan selera Melayu.

Tapi entah, bila aku makan makanan Arab, selera aku terus jadi selera Arab. Cewah. Aku rasa aku ada darah Jordan sikit la. Cuma gelap sikit. Ok, darah Sudan kot. Eh, melalut. Semula. Nasi kabsah dia, not so bad, tapi tak adalah sedap sampai craving. Tapi, nasi mandy dia sedap. Serius. And at RM10, kira orait la. Ayam kebab dia pun sedap. Nasi dia tadi, habbatus sauda semua serba serbi ada. Kira memang memasukkan elemen arab betul la dalam seni membuat nasi ni. terer makcik ni. Oh, cumanya beras dia macam tak basmathi sangat. I mean, nasi dia tak panjang sangat. Tapi, maybe sebab nak jaga harga murah. Ala, janji sedap, ok lah.

Hummus dia pulak, ok, the hummus itself seriusly sedap. Cuma, itulah. Nak kenakan dengan gaya Melayu sikit, dia ada masukkan sikit cili api sama bawang. So, rasa kedua bahan ni kuat sikit untuk hilangkan rasa hummus itu sendiri. Tak apa, lepasni aku pergi, order taknak cili dan bawang. Haha. Air, aku order air asam jawa apa entah tadi, si Intan air jus epal. Gambar tak payah lah masuk kot. Air epal je. Bukan pelik sangat pun. Hahaha.

Oh, satu lagi uniknya kedai ini. Self-service. Ok, jangan panik. Aku mula mula, terbayangkan self-service ni nasi isi sendiri. Rupa rupanya stail McD gitu. Kita order dekat kaunter, then ambil makanan kita. Nak jimat upah pekerja kot. tak apa, janji makanan murah. Heheh. Steady makcik!

Ok, so, untuk orang orang Kuantan yang nak merasa makan nasi arab, this is the place. Worth your penny aku boleh kata. Ok, kalau nak betul betul exact location, Googlemap sahaja. Aku bukan terer sangat nak print screen ke apa nak letak dalam blog ni. Hal tulisan italic pun deras panik.

Dah, habis dakwat dah aku menulis. Entah entah engkau orang tak baca pun. Haha.


Gambar seorang pelanggan yang sedang menikmati makanan di kedai ini. Nampak berselera benar. Pasti sedap! Kihkihkih

Gambar gambar sumbangan ikhlas dari Cik Intan Shakira. Hai Intan Shakira ^^ !

Saturday, July 9, 2011

Hak

Aku kembali mengotorkan blog aku sebab politik.

Hak.

"Saya ada hak untuk pakai baju kuning bersih."

"Polis juga ada hak untuk jaga keamanan negara."

Cakap pasal hak, sampai kiamat takkan habis beb.

Abraham Lincoln once said, "You don't see what your country should give to you, but rather, but you should give to your country." Think.

Wednesday, July 6, 2011

Mencari Tuhan Di Tioman

Maka, selepas beratus kali main angin, bermula dengan nak pergi ke Singapura, Pulau Perhentian, Pulau Kapas, Pangkor, Melaka dan Amsterdam, kami akhirnya berjaya menjalani satu perjalanan meniti garisan alam. Pra-perjalanan, meeting, meeting, meeting dan meeting yang berlangsung di beberapa tempat, acap kalinya di Teluk Cempedak, kami pilih satu date dan memaksa semua untuk komited kepada date itu. Tak boleh main memilih date. Karang susah nak jadi. Dia lebih kepada spontan. Spontaneous causes an event, bak kata pendeta terkenal, Gory Depp.

Jadi, Sabtu lalu, kami makan malam di rumah Topap. Kesnya banyak lauk dalam peti. So, orang tua cakap, rezeki jangan ditolak. Karang kahwin lambat. Itu kira meeting terakhir lah sebelum pergi. So, bincang bincang barang apa patut bawak. Kemudian kami ke Teluk Cempedak demi mencari sesuap seluar pantai yang enak dipakai di pantai nanti. Kemudian, agak agak dalam pukul 12, kami berangkat pulang. Kena tidur awal. Kemas baju. Kumpul stamina. Nak drive jauh ni. 5 6 jam perjalanan. Bukan perkara main main. Tapi, tengah bandar, sempat lagi jumpa scene cedok dada dekat tepi A&W Ocean. Kes kes malas pergi sekolah kot.

Oh, tapi tengahari tu aku dan lagi sekejap teman isteri aku ke Chini, kenduri kahwin. Haha. Ok, kait jugak nak masuk cerita ni dalam report.

So, Ahad pagi, kami bergerak awal. Awal pagi. Pukul 7 dah tekan minyak, tapi pukul 8 jugak la geraknya. Ke Kuala Rompin. Lebih tepat, Jeti Tanjong Gemok. Dan sampai dalam pukul 9.30. Macam gampang laju bukan main Topap lead. Hahaha. Pesen eksaited berjemu matahari la ni. So, sampai, ambil tiket, makan makan sikit siapa yang lapar, lepastu bot gerak dalam pukul 11. Kami terlepas bot, pasal Romok gayat. Kami pun tak jadi pergi Tioman. Kami pun patah balik merajuk. Kahkahkah.


Udang Harimau, Kuala Rompin.

Dalam pukul 2 lebih, kami akhirnya tiba di Pulau Tioman. Kami turun di destinasi terakhir, Kampung Salang. Tempat kami akan bermastautin untuk 3 hari berikutnya. Oh yeah. Tioman. You never disappoint me. Everytime. Adrenalin aku tak pernah perlahan setiap kali aku singgah di sini. Setiap kali.


Scene standard di Kampung Salang, Tioman. Chalet atas bukit tak nampak sangat.

Setibanya di Salang, kami menuju ke Salang Pusaka Resort, kepunyaan Uncle Khalid. Uncle Khalid ni kawan kepada bapak aku. So, baik tidur terus kat chalet dia. Untung untung dapat diskaun. Haha. Sana, kami jumpa dengan Bob, brader yang jaga chalet masa tu. Dia pun bagi la kami chalet kami. Ok, here comes the first surprise. Masa aku kol first time, aku mintak satu bilik 4 orang. Well, turn out, dia bagi kami 2 biji bilik. Haha. Heaven heaven. Terus land bontot atas katil menghilangkan mengah dan goyang atas bot selama dua jam. Dia punya bergoyang, masa baring atas katil pun rasa goyang goyang lagi. Haha.

So, dah landing landing, kami keluar jalan jalan sekitar Kampung Salang around jam 3. Tengok tengok kampung orang. Pantai. Pergh, jangan cakap la. Jernih lagi dari air kolam. Cuma masin. Lepastu, aku jumpa sama Bob, tanya pasal aktiviti untuk esoknya, yakni hari Isnin. So, dia suggest keliling pulau. RM100 seorang. 10 pagi sampai 6 petang. Snorkeling, air terjun, masuk pekan, dan snorkeling, dan jalan jalan. Ok lah tu. Dia juga bagi kami setiap orang satu set snorkeling mask sama jaket. Buat snorkeling area area Salang petang tu. So, dalam pukul 5, kami pergi snorkeling depan tu. Pergh. Pergh! Haha. Memang kemas. Kat situ kami mengagumi ciptaan Tuhan. Ok, sebenarnya, dekat Tioman, ada dua benda yang kau bertuah kalau nampak. Pari, dan jerung. Haha. Petang tu, Fuad 1st dapat jumpa pari. Cilakak. Lepastu, dia dengan Ponde jumpa pari lagi, dengan sorang mat saleh. Jeles dia bukan kepalang la. Tapi takpe, dulu masa sekolah sekolah aku pergi pernah dah nampak pari.

And then around petang petang nak sunset, kami naik. Nak ambil gambar sunset. Tapi, sunset tak sedap sangat, pasal syaitan baru start nak buat kerja. Sunrise lagi sedap, bak kata Nemba. Haha.


Sunset.



Son set.

Maka, Ahad malam tu, kami just lepak santai santai. Tengok bola Malaysia lawan Taiwan. Makan maggi. Ok, kami pergi bajet. So, makan jela maggi. Nak nasi goreng, RM5. Ok, tak ada lah mahal sangat, dekat Area Taman Guru pun RM5 jugak. Dekat Taj lagi mahal dop? Haha. Tapi aku masih nak on bajet, so makan maggi je. Tengok bola lepak sama abang Loco Loco. Badan macam Negro. Rambut dreadlock. Tapi tak poser. International surfer tu boh. Bertepatan dengan taglinenya, "Welcome to Tioman, where you can see and be anyone but a poser". Haha. Ya, di Tioman, tiada poser. Poser are strictly not allowed.

Dan tidur.

Isnin pagi.

Aku bangun awal. Eksaited. Jalan jalan pagi, jumpa scene nasi lemak kampung. Pergh. Dia punya true, nasi lemak ayam RM 1.50. Mana nak dapat? Haha. Then, aku pun kejut budak budak ni, pasal pukul 10 nak gerak ronda pulau. Dalam pukul 10, kami minum minum. Makan roti canai yang kurang true. Dan nasi lemak. Dan semestinya tak sah tanpa regunya, yakni kopi O. Kasi cukup tenaga.

10.30, kami pun bergerak, menaiki bot mengellilingi pulau. Dengan dipandu oleh jurupandu yang nothing but a true, brader Pian. Anak jati Terengganu, tetapi dibesarkan sepenuhnya di Tioman. So, scene scene bot laju ni bukan perkara rare pada dia.



Brader Pian.

Kami tiba di destinasi pertama kami, Kampung Juara. Satu satunya kampung yang terletak di timur Pulau Tioman, dan menghadap Laut Cina Selatan. Kami tiba dalam pukul 11. Mandi mandi sikit, lepak dengan mat saleh, main kayak. Haha.




Kampung Juara, Tioman.

Kemudian, selepas lebih sejam lepak di sini, kami bergerak ke Kampung Asahan untuk satu lagi scene yang epic. Jeng jeng jeng! Nothing but an epic. Air terjun! Ok, sabar ya adik adik. Air terjun sini lain adik adik. Ini bukan air terjun mat mat rempit. Yang mana anda naik vroom vroom tunggang makwe belakang anda boleh sampai. Ini air terjun pulau. Pergi naik bot, lepastu kena menapak masuk dalam. Paling nature sekali. Sedangkan kami pun terpegun, inikan pula Encik Anthony Adrian, dari San Diego. "This is, astonishing! Fantastic. Ini hebat boh!" kata Encik Anthony dalam loghat Cali nya. Air dia, pergh. Air paling segar pernah aku minum. Ok, air zam zam tak kira la, pasal aku tak pernah minum depan depan. Air ni, sejuk dia, bukan kepalang. Dia punya bersih, kalah Ambiga woo. Siap boleh buat basuh spek mata lagi. Haha. Siriesly, this is a must. Wajib tonton.



Pintu masuk Kampung Asahan.



Ini bukan iklan Spritzer. Ini Air Terjun Asahan.

Pergh. Pergh cakap engko. Lepastu, kami bergerak ke Kampung Tekek. Kampung Tekek ni kira macam Kuala Lumpur la dekat Tioman ni. Pasal dia ada mesin ATM. Siap ada BSN. Steady tak steady. Dekat sini juga ada airport untuk siapa siapa yang nak datang Tioman malas naik bot. Flight dari Singapore dengan KLIA sahaja tapinya. Itupun pesawat ringan. Apebende entoh Fuad kabo nama pesawat tu. Scene scene kejuruteraan pesawat ni aku tak berapa into sangat. Sini, boleh lah kalau kalau nak shopping ke, pasal duty free. Tapi tak ada lah murah sangat, pasal kos kat sini tinggi. Cuma rokok sahaja yang murah. Tekek juga makin steady since the last time aku datang, pasal sekarang dia dah buat macam Venice. Tempat sampan sampan main jalan jalan.




Jejambat KLCC, Kampung Tekek.


Kemudian, kami bergerak ke Taman Laut. Pasal semua pun dah tak larat maka aku dengan fuad topap sahaja yang mandi. Orang pun tak ramai itu hari. Malah, sebenarnya, tak ada orang pun. kami 3 orang sahaja. Kalau sebelum ini aku pergi musim cuti ke, memang penuh orang. Masa ni lah kot kot nak cari jodoh dekat pulau. Hehehe

Bawal Taman Laut.


Selepas dari Taman Laut, kami ke destinasi terakhir kami, Stoya Island. Pulau kecil ni memang betul betul menghadap Kampung Salang. Kira kalau dari Kampung Salang, memang boleh lah nak berenang ke pulau ni. Cuma kena berani. Sebab seram woo nak berenang tempat dalam tu, gelap gelita. Kecut perut. Haha. Dekat sini, aku sorang je yang berenang. Haha. Budak ni semua lepak atas bot.




Pulau Soyak, Tioman. Takkan la nama dia Stoya kan? Hahaha.

(Ah, menatang apa entah tulisan semua jadi Italic ni. Harap lu orang masih setia membaca.)

Maka, tamatlah pengelilingan satu pulau kami. Ok, sebenarnya ada dua tiga tempat kami skip pasal dah tak larat. Haha. So, malam tu, just lepak lepak shisha, and pagi esoknya, shopping sikit sikit, sebelum berangkat pulang jam 12. Sampai ke Tanjong Gemok around 3, and kami pun berangkat pulang ke Kuantan. Tapi sebelum tu, dan lagi singgah Pekan sekejap jumpa dengan the fisherman Nader dan Ahmad Lane yang pulang dari UK. Pekena mertabak seround dua. Kekal harga sejak 29 tahun dahulu. Steady Mengkasar. Tak ada lah sedap sangat pun. Gahaha.

So, kesimpulannya, memang penat. Memang. Tapi puas. Well, untuk siapa siapa yang berminat melawat Pulau Tioman, anda boleh contact saya. Saya boleh tolong arrange kan untuk anda. Upah RM5000 sahaja. Haha. Oh, dan kami pergi, bajet dalam RM 200 seorang. Tapi itu pasal bapak aku belanja sikit. Untuk siapa siapa yang nak pergi, boleh roger aku. Bajet dalam RM 250 lebih kurang. Nak mewah sikit, RM 290, siap makan semua la. Ala, tapi makan tak penting. Yang penting berjalan. Kalau nak mewah banyak dan boleh shopping Obey dekat Lala Loco, bawak lah seribu dua dalam poket tu. Pun boleh kontek aku lagi. Hehe. Nak layan gambar sila tengok album di Facebook Fuad Asri Muda dan Mohamad Ikman-coming-soon. Oh, gambar dirembat 100% dari Fuad Asri Muda. Itu facebook dia, siapa siapa nak panggil tangkap gambar wedding ke, gambar nak pergi Tioman ke, boleh roger dia. Haha.

Jadi, sekian sahaja laporan Pulau Tioman kami untuk kali ini. Sehingga bertemu lagi bersama saya dalam percutian kali lain. Salam dari saya, Nurul Syuhada dan krew Majalah 3 ekpedisi Pulau Tioman. Assalamualaikum.








Nurul Syuhada, Majalah 3.

Di Sana Ada Tuhan

Ya, ikan itu,
Karang itu,
Alam itu,
Batu itu,
Naga itu,
Biru itu,
Hijau itu,
Bukti adanya Tuhan.

Tioman, terima kasih. Tuhan, terima kasih.

Nanti aku buat report perjalanan ke sana. Hahaha.