Thursday, May 28, 2009

Ana Lisa

Mungkin Mael sememangnya tidak merestui game kami tadi, ditambah pula dengan ancaman dan kecaman dari Bobeq. Kami di padang tadi juga dapat rasakan betapa kuatnya badi mempertahankan gelaran tu.
Analisa:
Barcelona : Pep Guardiola memang cemerlang dalam merencana formasi pasukannya apabila meletak Samuel Eto'o di bahagian kanan manakala Lionel ''Ballon D'or '' Messi bermain di bahagian tengah. Ini sekaligus mengelirukan Patrice " I can handle Messi" Evra yang sememangya berazam untuk mengekang Messi, namiun tidak bercadang menukar tempat dengan Rio Ferdinand yang ketara "50%" kecederaannya. Pengetahuan dalaman Gerard Pique juga berguna buat Pep dalam usaha mengekang Cristiano Ronald McDonald itu. " No shot on target, no goal". Hasilnya, freekick adalah satu satunya shot on target buat Ronaldo, selain satu lagi save 1-on-1 Victor Valdes. Dengan hanya Ronaldo di tengah, usahanya jelas bahawa hanya beliau yang akan try, 5 shot off target. Rafael Marquez injured? Jangan risau, Yaya Toure berperanan seperti abangnya sebagai pertahanan tengah, bezanya tugasnya lebih tertumpu ke clear sebarang bola. Hasil? Pertahanan agak kental.
Man Utd : Dengan Sir Alex mempertaruhkan formasi 3 midfield, kehilangan Darren Fletcher sangay dirasai. Formasi itu hanya akan padan dengan kehadiran the big game player itu sahaja, atau sekurang kurangnya Paul Scholes. Tak boleh komen banyak banyak, nanti Sir Alex tak amik aku jadi peminat.
Gerai : Percayalah, kalo Man U menang, memang analisa aku lain macam gile. Biase la, penganalisa, bukan peramal macam Mael.


Wednesday, May 27, 2009

Maafkan Saya Dan Doakan Kejayaan Saya

Aku tau ade dalam kalangan kamu yang tidak menyenangi ini. Mael, Ponde, Pipiyapong, Topup, malah, kebanyakan daripada kamu menentang penglibatan aku dalam kancah ini. Namun, aku hanya harapkan doamu dan sokongan kamu kamu, walaupun untuk seketika ini sahaja.
Aku tau mungkin kamu tidak senang dengan rakan rakanku, terutama yang seorang itu. Tetapi, percayalah, kami membawa harapan dan impian jutaan manusia.
Jadi, tontonlah kami malam ini menentang Barcelona. Akan aku dedicate kan trofi ini untuk kamu kamu semua. Sekian.
Warung : Aku tahu ade gerangan kamu yang tidak menyenangi Ronaldo, tapi, apakan daya, kami sepasukan.

Sunday, May 24, 2009

Orang Kuantan!

Warga Kuantan sangat sinonim dengan industri hiburan. Masakan tidak, lihat saja Karnival Jom Heboh, mahu jam bandar palma ni. Kalau ada saja artis yang bertandang ke KP, Mega ke, Kuantan Plaza ke(kejadah pe wat kat cni), pasti dibanjiri peminat.
Oleh itu, moh la ke ECM. Ade Jamal Abdillah ngan Tomok. Sape nak ikut?
Gerai : Biase artis kalo tengah nyanyi, part korus mesti jerit "Orang Kuantan" supaya peminat tempatan menyanyikan lagu mereka.

Friday, May 22, 2009

Pagi Khamis Minggu Ke-21 2009

Macam biase, sejak menganggur sementare dari belajar ni, gua tidak berkesempatan untuk melanjutkan pekerjaan. Menghamparkan diri di hadapan television. Bukan kerana gua pemalas. Gua kalo kadar kuat kerja sama taraf ngan Oprah sama Mael warung nasi ayam+ikan bakar tu, namun karier sebagai Transporter(cam Jason Statham) membuatkan gua terpakse melupakan karier laen.
Semalam(Khamis), selepas menghantar sebuah pesanan;seorang budak lelaki ke sekolah, gua pulang ke rumah dengan harapan yang same setiap hari selame beberape bulan, berjoging. Namun, sejak beberape bulan jugalah harapan ini tidak pernah termakbul, tidak terkecuali pagi semalam. Namun, semalam adalah berbeza. Idola Amerika secare langsung tidak mampu terbendung lagi oleh TV-holic macam gua. Terpacak selame 2jam memang berbaloi. Persembahan legenda legenda seperti Kiss, Carlos Santana, Keith Urban, Rod Stewart, malah Steve Martin si pelakon Pink Panther pun turut tidak ketinggalan apabila memainkan lagu tulisan beliau yang dinyanyikan oleh si comel Megan Foy. Oh, dan sudah tentu apabila Jason Mraz turut terlibat.
Aku melihat ke arah jam. 10.58. Idol masih belum diumumkan. Pukul 11, Adam dan Kris bersame Ryan Seacrest. 11.07, Kris sudah mule menyanyikan lagu No Boundaries, tulisan Kara Dioguardi, sekaligus menabalkan beliau selaku American Idol ke-8.Cukup menghiburkan acara semalam keselurahannya.
Warung : Kalo AC nak umum AF, mau amik setengah jam. Mr. Seacrest senafas je umum. US memang cepat. Malaysia pula bersopan. Haha

Monday, May 18, 2009

The Most Unforgettable Hari Guru

Hakikatnya, tiada ape yang berkaitan dengan hari guru, namun tidak terlambat untuk aku menghalakan ucapan ini kepade bekas bekas guruku....:
Sekolah rendah : Puan Norlizam, Cikgu Tengku Rozita, Puan Du, dan lain lain
Sekolah menengah : 'Miss' Melissa, Encik Rol, dan semua yang mengajar di sekolah sains shuffle itu.
Sekolah selepas menengah : Puan puan marketing, ekonomi, bel dan kamu semua...
Namun, kemuncak hari guru hanya dirasai pada waktu malam apabila kami bersama sama menjulang trofi yang dijuangkan saban season. Aku bersame budak budak ini; Ronaldo, Rooney, Carrick, Giggsy dan lain lain cukup gembira. Wajah bapa kami juga ( Sir Alex) terpancar sinar bahagia walaupun sudah 600 kali menjulang trofi itu. Pak cik jiran kami, Pakcik Benny (Rafa Beni), masih tidak kunjung tiba. Mungkin ade urusan perniagaan.

Namun sekali lagi, kegembiraan ku terhenti apabila mendapat panggilan handfon dari kampung (Jerantut, ye, saye satu kampung sama Faiz dan Serla dan Ajlaa) yang mengejutkan. Ibu saudaraku tercinta menghembuskan nafas beliau yang terakhir. Semoga roh mu dicucuri rahmat. Al- Fatihah

Sunday, May 10, 2009

Peti Shen

Warge Man U sudah mule melakukan petisyen dan website agar Ryan Giggs dianugerahkan Knight Commander (KBE) yang membolehkan mereka menggunekan panggilan Sir di pangkal name mereka, same seperti Sir Alex Ferguson, Sir Bobby Charlton dan Sir Richard Branson. ( Aku x pasti pingat darjah ape yang membawe gelaran Sir kepade Encik Rizam, seorang bekas guru English).
Hm, tiade ke petisyen untuk Khairy Jamaluddin?

Sunday, May 3, 2009

Gipsy Girl

" It's been a nice week for, and it can't get any better. I won PFA Player, making my 800th appearance, and scoring today. It is an amazing week."Sir Ryan Giggs.
Harap harap sok dapat la jawab marketing, dengan sedikit berkat dari gol Giggs. Agak agak umo aku 35 la kan, ley x lari laju laju lepas defender cam beliau?