Friday, October 29, 2010

Mencakna Masa Depan Yang Kondusif

Kalau baca dalam buku buku motivasi nak kasi berjaya, kebanyakan akan cakap berniaga adalah hal yang paling kasi duit sekali. Tepat. Berbanding dengan kerja kerajaan, income bisnes depends on our hard work. The harder, with a bit of luck and fortune, give us success.

Tapi, kalau kerja sendiri, tak dapat benefit sebagai kakitangan awam. Banyak. Macam hospital percuma, interest pinjaman perumahan yang rendah, dan subsidi. Ok, rasuah tu haram.

Jadi, secara praktikalnya, untuk mencapai lebih di Malaysia ni, satu pasang laki bini kena gabung antara kerajaan dan swasta. Baru dapat benefit and bisnes at the same time.

Memandangkan aku dah memang angan angan dari kecik lagi, selain nak main bola profesional, aku nak kerja sendiri, maka coretan ini adalah untuk seseorang.

Dear future wife, sila kerja kerajaan, atau kerja kerja yang dapat benefit kerajaan, contoh macam cikgu ke, lecturer universiti kerajaan ke. Nanti senang abang nak buat loan rumah pakai nama ayang.

Sekian.

(Selain Nora Danish dan Juliana Evan, surat ini terbuka kepada makwe makwe di luar sana.)

Tuesday, October 26, 2010

Misteri Kampung Kedondong

"Betul ke Wok Limah?" soal jiran sebelah rumah yang enggan dikenali namanya kepada Wok Limah.

Misteri yang berlegar legar di kepala orang kampung tidak dapat dibendung lagi. Soalan harus diajukan, biar apa risiko yang harus ditempuhinya.

"BAGERO!!!" teriak Wok Limah usai disoal jiran yang enggan dikenali namanya itu. Penampar sudah diangkat paras ketiak, tapi sempat ditahan jirannya yang enggan dikenali namanya.

Acap kali dia bersabar ketika ditanya soalan oleh orang kampung, tapi tidak lagi kini. Akan sabarnya ada had, begitu juga Wok Limah. Bernamakan Wok Halimah semenjak lahir, tidak pernah pula dia bertanyakan hal namanya kepada kedua ibu bapanya, Wak Dol Bin Rozali dan Siti Semah Bujang.

***

Semenjak surat khabar Jawi yang dibelinya Pak Ngah Mutalib di hujung pekan sana pagi hujung minggu lalu, tidak senang duduk dibuatnya orang kampung. Seperti kebiasaannya, Pak Ngah Mutalib akan mendapatkan surat khabar terkini dari kedai hujung pekan, kerana hanya dia yang selalu ke pekan, manakala orang kampung kebanyakannya membajak sawah padi, menoreh di ladang dan mengintai anak dara mandi berkemban segelintirnya.

Lain ceritanya dengan Pak Ngah Mutalib. Sesudah ayam berkokok di kala subuh, Pak Ngah Mutalib akan bersiap siap selesai solat Subuh di surau. Air sejuk di waktu pagi memang bukan kepalang, tapi diendahkannya. Gagah katanya. Sebab itu Mak Ngah Mutalib sayang benar akan lelakinya yang seorang itu. Tebal urat di lengan katanya.

Selepas bersiap siap, Pak Ngah Mutalib akan ke sungai mencari rakan rakan sepenangkapan ikan sungainya. Lazimnya, dia akan membeli ikan ikan sungai liar ini daripada rakan rakannya dengan harga orang kampung. Kemudian, bertemankan motosikal buruk kesayangannya, Pak Ngah Mutalib akan ke pekan untuk bertemu dengan orang Cina bandar. Orang Cina sayang benar akan Pak Ngah Mutalib. Mereka cukup bahagia dapat makan ikan sungai liar. Patin liarlah yang paling menjadi kegemaran orang Cina, selain ikan kelisa, ikan emas dan Flowerhorn.

Dan selesai berniaga ikan sungai, Pak Ngah Mutalib akan membeli surat khabar hari itu dan membawanya pulang ke kampung. Di kampung, hanya Pak Ngah Mutalib, Tok Imam Hamzah dan beberapa kerat orang kampung sahaja yang pandai membaca surat khabar Jawi. Surat khabar Jepun langsung mereka tak pandai, walaupun kerajaan Jepun sebelum itu memaksa rakyat seantero menyanyi lagu Kimigayo pagi pagi. Oleh itu, lazimnya, Pak Ngah Mutalib akan duduk di kedai kopi Kak Nah Simpang yang terletak di simpang kampung dan orang orang kampung akan berkumpul sekitar Pak Ngah Mutalib.

Lalu, satu per satu berita yang terpapar dalam akhbar tadi dibacanya.

"Pak Ngah, nye cerita benda dalam berita sukan hari ini Pak Ngah? Keh dengor George Best nak pindoh ke Pahang ye?" soal Abu anak Leman.

Begitulah rutinnya.

Namun, pagi Ahad itu, berita gempar yang dibaca Pak Ngah Mutalib benar benar merunsingkan orang kampung.

"Kerajaan mewajibkan rakyat Tanah Melayu untuk mendaftarkan nama masing masing di pejabat pejabat daerah terdekat. Manakala rakyat di kampung boleh mendaftar dengan ketua kampung di balai raya kampung masing masing."

Begitulah sorotan berita yang dibaca, dan sekalian orang kampung berpusu pusu ke balai raya untuk mendaftarkan nama mereka. Ye lah, zaman ni surat beranak tak ada lagi. Umur pun kira pakai bulan Syawal sampai Muharam.

***

"Betul ke Wok Limah daftar nama dia Karen amende entah dekat balai raya itu hari? Mat nya ke pelik sangat bunyi nya?"

Persoalan itu masih berlegar legar di kepala orang kampung, dan Wok Limah, atau Karen Sophia seperti dalam buku daftar balai raya Kampung Kedondong khabarnya membawa diri ke Gua Gelanggi untuk merajuk.

P/S: Lima puluh peratus cerita ini kisah benar, dengan nama dan jalan cerita diubah satu dua. Kampung Kedondong adalah kampung lama mak bapak aku, dan Pak Ngah Mutalib dan rutinnya adalah arwah moyangku, cuma aku tak tahu nama betul dia. Sama sama kita sedekahkan Al-Fatihah kepada ahli-ahli keluarga kita yang dah pergi meninggalkan kita. Sekian.

Sunday, October 24, 2010

The Future Is Now

Aku dah rasa sakit sakit belakang sehari dua ni.

Jangan kena tinggal dekat rumah orang orang tua esok lusa sudah.

Saturday, October 23, 2010

Di Ambang Kesesakan Paranoia

Aku cuba menarik nafas sedalam dalamnya, namun hampa. Sesak itu masih meniti dadaku, memayahkan tarikan demi tarikan. Air mata hampir mengalir.

Aku sesak.

Aku tersepit.

Tersepit di antara masa kini dan masa akan datang. Pilihan di tangan seperti beban dunia, membebaskan dari terperuk dalam kejahatan. Hitler, Napoleon, keluarlah dikau dari kepalaku. Carla Bruni, kekallah dalam memori.

Ah, aku semakin runsing, semakin pening. Mana yang harus aku pilih di antara keduanya?

Masa kini, atau masa depan?

Pro Evolution Soccer, atau study exam?

Ah, aku runsing, aku pening.

Friday, October 22, 2010

Ini Bukan Cerita Semut

Aku masa kecil kecil tak suka makan makanan segera. Memang tak suka betul. Aku suka makan nasi ayam.

Tiba tiba Kuantan zaman itu ada pulak pasang McDonald dekat Parkson lama (Kuantan Plaza sekarang). Aku jadi teruja sekejap. Orgasm la jugak. Sekejap tak sekejap sangat la. Makan tahun jugak.

Lama lama saya pun gemuk. McDonald memang tak best. Ok, sebenarnya aku gemuk sebab aku ni malas. Tapi Romok paling malas la. Tapi sebab malas mengaku, jadi aku tuduh saja McDonald. Senang cerita.

Aku pernah tengok satu video Youtube pasal kekebalan makanan McDonald yang tak akan busuk dan buruk. Berger berger cecah la beberapa minggu nak jadi buruk. Tapi kentang goreng memang macam kekal sebegitu selamanya. Cari la Youtube mana mana nak tengok. Tapi kalau tak percaya, buat eksperimen sendiri dekat rumah. Aku pernah try buat kenang dia. Memang tak makan saman.

Ini ada sedikit picisan untuk bacaan.

Wednesday, October 20, 2010

Aku

Tak ingat nak tulis benda apa.

Sunday, October 17, 2010

Jari Jari Kaki

Oh, nope. This is not a hypothetical or something. This is really about jari jari kaki.

Keluarkan satu tangan, dan lihat jari jari anda.

Sekarang, namakan mereka.

Ibu jari. Jari telunjuk. Jari hantu. Jari manis. Jari kelingking.

Sekarang, keluarkan kaki kamu, dan lihat jari jari kaki.

Namakan, satu per satu.

Ibu jari kaki, jari telunjuk kaki, jari hantu kaki, dan jari jari kaki yang lain.

Janggal bukan? Ke aku sorang je rasa janggal? Ah...

Ok, this is crap actually. Au revoir!

Monday, October 11, 2010

Mari Belajar Sejarah Negara

Pertamanya, maaf kerana isu ini mungkin dah basi.

Soalan 1 : Bilakah negara kita dijajah Jepun?

Soalan 2 : Bilakah kita merdeka?

Soalan 3 : Bilakah negara Malaysia ditubuhkan?



Ok, tatap gambar di atas, dan jawab soalan tadi.

Jawapan 1 : 1941

Jawapan 2 : 1957

Jawapan 3 : 1963

Persoalannya, benarkah kita "Malaysia" ditubuhkan pada tahun 1963? Sedangkan buku diatas ditulis oleh Rupert Emerson pada tahun 1937 lagi? Ha? Ha? Ha?

Ya, dia pernah menjadi lecturer di Yale dan Harvard, dan umum sedia maklum, universiti ini bukanlah menjadi ternama kerana bidang pendidikannya sahaja, tetapi banyak influenced oleh peranan mereka dalam menjadi "tangan-tangan" yang mentadbir dunia, merencana agenda ke arah satu matlamat sonsang. Orde Dunia Baru. Damn!

Jadi, Malaysia hakikatnya pada pandangan aku bukanlah sebuah negara yang dibina dengan menggabungkan beberapa buah negara dan menjadi sebuah independent nation. It is actually a rule, a way of mentadbir sebuah negara. Ah, aku pun tak reti nak cakap. Esok apply isi borang kasi belajar sains politik la.

Google dan Wiki mana mana yang patut. Ini salah satu bacaan tambahan.

Saturday, October 9, 2010

"Anak Murid, Cerita Tentang Pengalaman Trip Kamu," Kata Cikgu

"Saya nak kamu semua tanya soalan nanti. Siapa tak tanya saya tolak markah." Lantang suara pensyarah saya. Hari itu panas. Jalan pun mata terpejam pejam. Saya melangkahkan kaki masuk ke dalam kelas. Baju basah, peluh. Ketiak pun.

"Satu lagi, jangan nak tanya soalan yang bodoh bodoh ya?" katanya lagi memberi amaran, amaran keras.

Tiba tiba suara Idlan muncul entah dari mana. "Soalan bodoh maacam mana miss?"

Miss Lecturer memberi renungan tajam satu kali, mata terpejam sikit. Panas. Kemudian, dia menyambung, "Tanya lah soalan yang berkaitan dengan subjek, janganlah tanya benda mengarut ngarut. Soalan soalan sensitif. Dah makan ke belum, berapa untung syarikat tahun lepas, syarikat ni taknak bankrap ke gitu, paham?" Sekali lagi tegas. Kali ini lebih tegas dari tadi.

Saya masih duduk senget senget, mencari koordinasi terbaik untuk menyelesakan diri. Peluh kasi serap dulu ke dalam baju. Yes! Port bawah aircond. Nice.

Lalu sesi kelas itu berlalu dengan seperti biasa. Sekali sekala balas mesej makwe.

***

"Wey, pegi trip Kolumpo ni kang ada singgah Zoo Negara melawat zirafah tak?"

Saya akui, saya memang naif. Saya jarang ke Kolumpo. Kalau pergi pun sebab nak lalu dekat terowong lepas Genting tu. Tapi ini hari lawatan ke sebuah syarikat insurans, arah dari Melaka. Jadi, tiada kejadah nak lalu terowong Genting.

Wow, KLCC. Tinggi paleh. Tobat keh ketor lutut nengoknye.

***

"Well, that is how we can maintain our business so that it can run smoothly and go as well as we could. Before we proceed to the next slide, do you have any question?" tanya lelaki Cina berjawatan sesuatu di syarikat insurans itu. Cakap omputih. Mane keh paham.

Lecturer saya memandang kami semua sambil mengangkat angkat kening dan menyengetkan kepala, tanda menyuruh kami memberi soalan. Masing masing berpura pura tekun.

Tangan diangkat, dan soalan diajukan secara tiba-tiba.

"Berapa untung syarikat ini tahun lepas?" Kurang tegas suara lecturer saya berbanding sebelumnya. Saya senyum berangankan zirafah.

Monday, October 4, 2010

Entri Untuk Brader Brader

Pertamanya, saya di sini menyusun sepuluh jari memohon ampun kepada brader brader sekalian sempena entri ini.

Pada 31 Augustus yang lampau, saya telah ter-post satu entri bertajuk Liverpool Signs Youngster!, dan tersentuh soal Liverpool ber-seteru utama dengan Blackpool.

Sumpah saya tiada niat nak ber-Sotong Paul di sini.

Sekian.

Pee/ass: Cacilah Man United, kerana fokus utama saya sekarang lebih tertumpu kepada perebutan tangga tiga terbawah. Wasalam.