Monday, August 31, 2009

Tak De Merdeka Merdeka. Mau Merdeka Mintak Sama Queen Elizabeth.

Kite tunggu taun depan je la. Konfem ade mercun sama bunga api. Sekali ngan raye.

Sunday, August 30, 2009

Nak Analisa Bola Takde. Aku Da Pencen Sokong MU.

Season ni season last Ferguson. Wenger sangat hormat sama beliau sebab King Bola. Wenger profesor je. Jadi, sempena persaraan Ferguson, Wenger berpakat memberi hadiah terbaik untuk beliau. Melalui Abou Diaby. Selepas ini Rafael dan Carlo akan mengikut jejak Wenger mungkin. Ferguson memenangi EPL pada season terakhir beliau, melalui ihsan ihsan daripada lawan. Season depan Benitez tiru taktik MU untuk menang liga melalui gol pihak lawan.

P/S: Nak menang champions league susah skit la Fergie, Real Madrid bukan kira bersare bersare ni. Xde nilai jurulatih. Tuka jurulatih macam Katy Perry cakap, tuka baju. X sentimental.

Friday, August 28, 2009

Will You Still Love Me?

Nordin: Awak, saye nak tanye?

Awak: Ye, tanye la.

Nordin: Kalau saye ade kanser, awak sayang saye x?

Awak: X.

Nordin: Kenape?

Awak: Sebab kalo awak takde kanser pun saye x sayang awak. Saye x pernah sayang awak.

Nordin: Owh, kalo saye ade Ferari?

Awak: (.....)

P/S: Cerite diadaptasi daripada cik wanie

Sunday, August 23, 2009

Dan Kamu Adalah Gadis Itu

Nafas ini tidak terhenti, kecuali mati. Kamu itu dalam nafas ini. Dan hilang hanya apabila aku mati. Tapi aku perlu nafas ini. Kamu? Aku tidak pasti. Siapa kamu? Tuhan hanya menghantar mata kamu untuk mata aku tempoh hari. Ukiran di bibirmu mungkin. Bodoh. Mengapa aku hanya membalas di dalam hati? Mata mana mungkin menatap lama. Kamu bersama teman teman mu. Dan lelaki itu kekasih? Tuhan, janganlah. Tidak. Kamu sudah beberapa malam. Terakhirkah malam itu untuk aku melihatmu? Muncul kah semula? Tuhan, berilah aku sekali lagi renungan itu. Seluruh dunia hanya untuk kali terakhir. Kamu, di manakah? Siapakah? Hidupkah aku hanya untuk senyuman kamu sahaja, sedangkan hari hari mendatang semakin menghimpit aku? Lelapan mataku hanya membuatkan aku lebih mahukan kamu. Matamu. Senyummu. Matamu. Dan, semakin ku bernafas, kamu hidup dalam nafasku.

P/S:Kalau nafas berbau?

Wednesday, August 19, 2009

Mael Dan MTV Bukan Yang Beliau Punye

Sangat cilakak sama lu. Ley die dapat tiket depan pintu masuk. Aku pun dapat ofer, 4 tiket, tapi ari Ahad. Bodo punye pemilik tiket. Da dapat pun taknak gi. Da bersalah dah die pasal pegang tiket tak pegi. Baek bagi aku. Aku memang harap nak tangok MTV jela Jumaat ni, pastu berangan ade kat sane. Sementare tu, pade yang tak abis ganti pose agi, lu memang bengap la. Jangan sampai kene puase 2 bulan berturut turut da. Selamat pose sume.

Thursday, August 13, 2009

Kamu Bercakap Tentang Kebebasan Bersuara Dan Hak Manusia, Tetapi Kamu Lupa Bahawa

Tuhan jadikan dunia untuk semua. Pengganti syurga, kerana manusia terlalu angkuh, perlu belajar untuk hidup di syurga. Bukan salah Adam dan Hawa, kerana sememangnya itu sifat manusia. Insan. Lupa. Dunia. Ada syurgakah di dunia? Rumahku syurgaku. Benar? Tanpa rumah, tiada syurga? Rumah besar, mewah, syurgakah? Kalau hati seperti di neraka, tidak pernah kenal erti tenang, santun, rendah, syurgakah? Rumah kecil, tidak syurgakah? Kalau hati hanya Allah, hanya Tuhan, yang memberi syurga, yang meminjamkan dunia. Tetapi Dia meminjamkan dunia, untuk kita mengenal, mana syurga, mana neraka. Kau kaya, kau di mulia. Aku miskin, aku hina. Hakikat dunia. Inikah yang Tuhan perintahkan kita pelajari di dunia? Wang adalah segalanya? Di mana nilai kasih sayang? Di mana nilai pengorbanan? Di mana nilai kemurnian? Bernilaikah ini semua, jika ditimbang dengan jutaan ringgit? Kesetiaan. Apa itu? Perlukah? Kau tiada, aku cari ganti. Hakikat. Di mana nilai kesetiaan? Berbaloikah setia kepada yang tiada? Bernilai?

Dunia untuk manusia, tetapi bukan untuk manusia. Bukan milik, tetapi singgahan. Godaan. Mampukah kau berkorban dunia untuk syurga, atau sebaliknya? Atau kamu percaya kesetiaan tiada nilai? Mengapa perlu tolak dunia? Perlukah aku gantikan dengan syurga? Tetapi kenapa perlu aku, sedangkan aku tidak setia? Aku tidak setia kepada syurga, sebab itu aku gantikan dengan dunia, bukankah? Atau, aku tidak percaya kepada syurga, kerana dunia sudah terlalu indah? Rumahku sudah syurga? Apa itu rumah padaku? Lindungan panas hujan? Binatang buas? Atau, sesuatu yang lebih? Mengapa hatiku tiada di sini? Ke manakah ia? Sudah ke syurga? Atau dibuai dunia? Ya, dibuai dunia, sebab itu tiada di syurga, rumahku. Hanyutkah ia? Lemas ditenggelami lautan godaan, lautan bisikan.

Tetapi, dunia bukan untuk aku. Bukan? Ya, kerana bukan aku sahaja di dunia. Semua di dunia sebelum di syurga atau neraka. Jadi, dunia untuk semua? Maka, bebaslah kita di dunia? Suara, tangan, kepala, semua bebas. Hati memandu ke jalan keinginan, bukan cahaya keperluan. Jadi, mengapa undang-undang, sedangkan kita perlu bebas. Sesuka hati, tiada undang-undang, hanya hawa nafsu dan bisikan ‘mereka’. Bukan? Jika begitu, kenapa tidak kita di syurga? Lebih bebas. Tiada undang-undang. Yet, kita masih di dunia, kerana Tuhan tahu kita akan lupa tentang sesuatu, sesuatu yang menyebabkan kita di dunia, bukan di syurga. Mengapa? Kamu fikir, atau kamu sedia tanya Tuhan?

Warung : I’m neither good nor words boy, but hopefully you got what I mean. Human right issue is just something created to do what we want to do. It’s not wrong, but remember, God do has the right on us, through His dos and don’ts; laws.