Wednesday, April 28, 2010

Halnya

Broadband aku tertunggak, jadi aktiviti atassembilan aku mungkin tergendala. Blog blog, FB FB, wartawan wartawan, semua boleh postpone sebarang pertanyaan, soalan atau ajakan keluar makan malam.

Bagus juga. Exam.

Monday, April 26, 2010

Balance of Payment

Khamis aku exam Eco. Kalau kadang kadang korang sembahyang tu(ok: I tak cakap la u'allz ni semayang kadang kadang je...da...!), time tengah doa doa, lepas tu pause sebab tak tahu nak doakan kepada siapa lagi, masukkan la nama I untuk sukses. Thanx. Mmwah!

Kembali ke sini semua. Balance of payment, bermaksud import eksport. Tetapi, bukan barangan yang aku mahu bincangkan sebaliknya kes artikel ini.

Ok. Beliau kata jurulatih kita macam tikus. Tarik nafas. Wat de motherfishmonger!!!!!
Hembus nafas. Lega? Belum? Tak apa. Memang patut.

Pertamanya, beliau ini pernah jadi mana mana jurulatih ke nak komen komen begitu? Tau la jawatan tu tinggi, tapi kalau dah support pun tak bagi, guane gini demo? Perlawanan perlawanan persahabatan untuk pasukan negara konon. Pasukan negara memanglah perlukan pengalaman bersama dan berlawan dengan pasukan luar yang hebat, tapi kalau dah lawannya 2 bulan sekali, guane gini demo? Macam mana nak improve performance lawan dengan orang luar?

(So Gory, what are you trying to say is that we should import player from outside?) -Panel sukan-

Ya, tepat sekali. Sepertinya kita bermain di kampung. Hari hari lawan muka sama. Makanan kegemaran musuh pun kita boleh hafal kalau dah hari hari jumpa. Jadi, kemajuan dalam diri tak perlu sangat sebab kita dah tahu takat (it's actually tahap) permainan musuh.

Dengan adanya pemain eksport, sedikit sebanyak pemain akan cuba berlatih dengan lebih gigih dalam memajukan diri mereka. Mereka juga tidak lagi bersikap "ala-aku-dah-tahu-apa-makanan-kegemaran-musuh-aku" dalam menghadapi musim yang berlalu.

Mengenai artikel tadi, Wan Jamak Wan Hasan kononnya bersikap tikus(ratatouille) kerana kononnya gentar untuk menghadapi cabaran kelab negara luar. Ini kerana pemain kita tidak dilatih untuk menentang pemain dari luar setiap minggu. Ok, kalau aku cuba kaitkan kelab EPL, mungkin "Tuan Setiausaha" akan menyangkal kononnya aku tidak sayang bola tempatan. Ambil negara jiran kita yang sangat kecil, Singapura. Mereka dah la tanah pun kecil lagi dari Kuantan, entah mana depa duk taruk stadium aku pun taktaw. Tapi, mereka punya pasukan kebangsaan berdaya saing kerana di liga mereka, mereka berlawan dengan pemain pemain dari luar negara, SETIAP MINGGU, bukannya SEBULAN SEKALI. Yang sebulan sekali itu pun kerana friendly pasukan kebangsaan.

Aku sangat menyanjungi pasukan kebangsaan sedia ada. Aku mahu lihat zaman kebangkitan seperti zaman zaman Super Mokh, Ghani Minhat, Shebby Singh, Azman Adnan dan Azizul Kamarudin (ok fine! Zaman dorang sume aku tak lahir lagi. Aku tengok dekat Youtube je. Tapi bab Azizul Kamarudin aku pernah tengok dekat Stadium Darul Makmur dulu k? Azman Adnan aku tengok dekat Sehati Berdansa je.)Tetapi, takkan lah nak harapkan pemain ini saja untuk tahun tahun mendatang, betul tak? Perubahan perlu dimulakan dari sekarang! Hidup Hulu Selangor!

(Whatever! Tetapi, berkenaan dengan exam Eco saudara Gory, dah study ke?) -Wartawan Hiburan-

Saturday, April 24, 2010

Surat Buat Kekasih Orang


Jayma Mays

Ok. Jayma Mays dalam Glee sangat nampak tua, berkedut kedut, yet sangat cute. Damn cute. Kalau aku nak bini aku tua, biar tua macam dia. Ataupun macam Juliana Evans.

Aku tengok balik cerita Paul Blart Mall Cop, she’s so damn very damn so cute very sangat. Damn. Demmit demmit.

Her eyes, bulat, terkelip kelip dengan comel sekali. Senyuman die yang macam nak taknak, ~oh~. Natural. Mmmwah mmmwah!


Dear Jayma,

Although our love isn’t going well, and sorry for leaving you baby, I still love you.

Yang Menyayangimu,
Gory

Thursday, April 22, 2010

Pilihanraya

Pilihanraya untuk wajah baru bagi blog ini sedang dijalankan. Sebarang undian boleh dilakukan di poll di belah kanan bawah bawah sikit.

Calon calon bagi pilihanraya masih belum diputuskan, tetapi jika tuan puan ada sebarang calon template yang dirasakan berkaliber, boleh kemukakan kepada saya.

SPRM belum dimaklumkan mengenai pilihanraya ini. Kecil-kecilan saja pun.

Tuesday, April 20, 2010

Hulu Selangor

Hye everyone,I'm new here.
Welcome to my blog. I just wanna share with you guys (gay, no entry!), and of course my sweetie girls (I love all of you) about the world from a little perspective behing my glasses.
Please leave your comment in a most pleasant way, yet clean and healthy comment. Macam kritikan membina la media media kata.
Akhir kata, saya budak baru belajar. Kalau salah tolong jolokkan, er, tunjukkan.

P/S: Saya bukan orang Hulu Selangor. Jadi, mungkin saya tak kan keluar mengundi. Lagipun, saya masih bujang.

Oh, entry makwe makwe atas ini, yeah, holy krek krek. Abaikan. Komen tu tinggalkan. Sekian.

Saturday, April 17, 2010

Manchester "Paul Scholes" Unaited

Bila kau berduka, aku menangis. Bila kau gembira, aku tersenyum. Inikah yang dinamakan cinta?

~Oh Mencester... wink*wink~

Friday, April 16, 2010

American Idol

Hanya selangkah untuk aku tiba ke destinasi. Perjalanan berpuluh tahun kian ke penamat, dan aku mengharapkan sekuntum senyuman membalas kesabaran. Tetapi senyuman itu tiada. Yang ku harapkan sebelum memulakan langkah dahulu, jauh berbeza. Kegembiraan, senyuman, kepuasan, seperti terlalu jauh dari capaian tangan. Apakah impian aku selama ini hanyalah sia sia?
Ok. Aku berbahasa seperti novel. Novel cinta meleweh leweh. Bukan cinta ala ala Ayat Ayat Cinta mahupun Ketika Cinta Bertasbih. Oh, tidak juga Ku Tunggu Jandamu nyanyian sape die entah. Novel Nobat Kasih (Tongkat Jibril), Kembali Ke Daerah Ini (Hameer Habeeb) mahupun novel novel siri penyiasatan tidak terlintas.

Mari kita berbahasa normal. Langkahan dan perjalanan yang cuba aku maksudkan adalah perjalanan hidup, bukannya menyertai realiti TV atau sebarang Idola Amerika. idola Kecil juga bukan. Di awal perjalanan belasan tahun dahulu, impian aku adalah satu. Menjadi dewasa. Boleh pergi kerja. Cari duit sendiri. Beli eskrim, atromen, karipap kedai nenek dan Tora Datang Lagi menggunakan duit sendiri. Tak perlu lagi hentak hentak kaki sambil tutup muke merajuk di sudut rumah untuk meminta abah belikan semua itu. Masih belum mengerti bahawa abah mencari rezeki untuk isi rumah dan masa depan aku, (dan kadang kadang gelang emas Hameer Habeeb Juwel untuk emak), dan dah tentu tentu Tora Datang Balik Semula tiada dalam belanjawan rumah bulanan beliau. Emak sedang lipat kain.

Aku mahu menjadi dewasa yang kelihatan segak bertali leher baju masuk dalam seluar, pegang beg bimbit menuju ke pintu, cium bini tepi pintu rumah, anak menangis mahu ikut pergi keje dan pegi keje sambil mengorat sekuriti. Er, sekereteri. Setiausaha. Ok, tak baik, I know ok, I tak jahat. U ni gedik betol. Back to business. Aku mahu memandu ke pejabat, mendengar radio kesukaan, berada dalam kesesakan lalu lintas (what the fishmonger!) dan makan nasi bungkus. Aku mahukan kehidupan dewasa itu. Aku sudah bosan dengan kehidupan kanak kanak lari masuk longkang main lori bomba ini!

Sekarang, aku hanya selangkah untuk memasuki dunia itu. Alam pekerjaan sebagai mukadimah. Segala cita cita semasa kecil aku. Tetapi, aku terlalu gusar untuk memasuki dunia impian aku. Aku berpaling ke belakang, dan aku lihat kembali segala perjalanan yang aku kurang hargai demi mengejar cita cita ini. Aku berpaling dan terlihat kembali longkang dan lori bomba. Aku nampak pokok manggis yang aku panjat, kawan perempuan yang jatuh basikal sebab aku tolak (gangster kan?), rokok daun yang aku hisap. Lagi, aku Nampak warden yang aku maki hari hari (dalam hati), selimut yang aku tidur untuk escape subuh, padang sekolah yang aku lari menangkap belalang (Semsas ada belalang. Tanye Sulin Anak Bonet kalau tak percaya). Aku nampak aku, yang kononnya memikirkan soal masa depan. Kononnya. Yang sedang bermain lori bomba sambil bercita cita untuk menjadi ahli bomba yang suci. Tiada perkataan rasuah dalam diri ketika itu.

Ok. Aku rindu masa kecik. Ini semua Raby punya pasal, duk cerita zaman zaman mandi bogel. Daa….! Aku rindu, tetapi aku belum cukup kaya untuk membeli mesin masa dan berpatah balik ke belakang.

Motif? Ok. Entri aku panjang. Pengajarannya, hargai masa yang ada, dan jangan buat kerja dan study last last minit sangat. Nanti tension, mula r melalut panjang panjang dekat blog. Nasib baik aku dah renew road tax blog ni.

Ok. Masa kecik kecik tiada American Idol mahupun AF( Akademi Fuck-ntasia). Ada Bintang RTM ja. Masa dulu tengok Kak Siti sama Jamal Abdilah nyanyi. Rosyam Nor pun tak silap aku bekas Bintang RTM. Kalau rasa bosan sikit, tengok Lan Pet Pet buat bunyi kambing dekat Sinaran Paspot Kegemilangan.

Tuesday, April 13, 2010

Based On True Story (Bukan Edward Cullen)

She supposed to be at home by now, he told himself. He called her, but there was no answer. He tried one more time, but still, no one at the other end of the phone, or at least no one answering it. ‘Maybe she’s sleeping’, he tried to comfort his heart, who desperately wanted to try again and again, only to be stopped by his strong feeling on her. He did not want to disturb her in any case. Maybe she has something else to do.

1.45 a.m. He had no ideas what to do. Usually, the night before she went back to her school, she’ll miss called him. He never really sure what is the main purpose of her miss calling him, but every time it happened, he was like bird-ly flying to the sky and smile all the way all the time. The miss call is something he is waiting for. It seems like all his problems were gone from his shoulder everytime it happened. Then, when he called her back, and the call was answered, that’s it. He is the happiest man ever. But unfortunately, that night wasn’t it. She didn’t. He was just too, sad. His feeling was undescribeable, and he had an ultimate reason of feeling sad. Nothing he could do, which makes him even harder to accept the fate. THE FATE.

***

“Just let me go to a better place for myself. It will make everyone happier. This is the best for the sake of everyone. Please stop crying mom. I’m sure you don’t want me to see you for the last time with tears on your face,” Mark spoke to her mother softly and in the most pleasant voice. He tried to convince his mom that everything is going to be just fine.

“No son! I’ll lose my life if you weren’t here,” cried his mother. She cried her lung out and only tears and screaming can describes her at the time.

“Mom, you’re going to have a better life after this. Trust me. (Smiling) You’ll no longer have to think about my hospital fees, about me, about every burden that I’d brought into everyone’s life and memory. Spend the money on Johnny and Sara. They have a great future lies in front of them, waiting to be seized later. You could tell that from their eyes,” convinced him once again, but this could really be the last words from him. He was too tired to even open his eyes.

Karen was crying crazily, as she now realized that nothing could stop Mark from ‘killing’ himself. The doctor is going to bring him to ER and begun the operation. Karen did not want to release Mark from her arms, and the staffs also could not help themselves from stopping her, as they were too sad watching every single moment happened in that room, that night. Even if all the things that happened in front of their eyes were just a dream, it may still be the saddest memory for them. And no, it is not a dream.

The doctor tried to calm Karen down, and it is not until half an hour later that he managed to do that, only after Karen had lost all her energy through the tears and sadness. Karen was just too weak at that time, and she fell due to the tiredness. Sorrow is waiting for her once she woke up, later.

***

Smiling, Jeanne grabbed her phone and called her most lovely friend, but there was no answer. She tried once again, yet still. Maybe I should go and meet him at his house, she thought by herself. She ran downstairs, and went outside. She reached her bicycle, and cycled it to his house. Minutes later, she was in front of his house. She screamed calling his name, and laugh and joke were on her mind at the moment. She knew that those things will happen once he came out from his house. He never failed to cheer Jeanne up, even when he is having the most difficult time for himself. He loved her too much. Yes, she is his bestfriend, but deep inside, he cannot stop lying himself that his heart is totally about her. Her laugh, her pain, her eyes, her smile, her tears. He had done everything for her to make sure she’s smiling and laughing all the time. He never wants her to feel pain, suffer, and sorrow.

But she will. Once Karen came out and meet her, she will. And Jeanne will found out that the event of her not answering Mark that night, with the intention of making him miss her, will be THE regret of her life, and will turn her out to be the one who is missing.

P/S: Grammar bersepah. Aku bukannya budak VI ke, Convent Bukit Nenas ke. Aku dari Pulau tawar, Jerantut Pahang.

Oh, btw. Al-Fatihah untuk my lovely friend, Emma Nadia Daud yang pulang ke 'sana' Ahad lepas. May Allah bless you sayang.

(Edited) Owh, pasal Pulau Tawar dan Emma Daud je true story. Laen sume reke. Eyh, tak, saya bukan VI mahupun Convent. Itupun reke.

Saturday, April 10, 2010

Nanti Besar Abang Nak Jadi Polis...

Aku : ...Boleh abang pegang pistol, tembak orang jahat, jaga keselamatan negara, bawak kete polis pastu pasang siren kalau nak cepat dan bawak motor polis.

Mak : Ok abang. Abang makan nasik ni banyak banyak, biar cepat besar, biar nanti abang boleh jadi polis.


Setiap hari kita akan menghadapi ujian samada getir mahupun getir gitu gitu saja. Ujian mengajar aku untuk menjadi lebih tabah dan membuka minda untuk melihat sesuatu perkara dari retrospektif yang pelbagai. Ketidaksefahaman antara ahli pasukan, kaki masuk jamban, ditinggalkan kekasih, gagal dalam SPM selepas PMR kononnya pelajar terbaik dan diberhentikan kerja atas alasan prestasi yang memberangsangkan menggugat pegawai atasan adalah antara ujian yang sedang aku muka(baca: face) ketika ini.

Ok. Aku tipu. Ujian yang cuba aku maksudkan adalah bersikap lebih duniawi dan tidak membabitkan emosi. Ok. Aku tipu sekali lagi. Emosi berdebar dan malas dibabitkan di sini. Ujian ujian memandu, ujian undang undang (test law), ujian fizik, kimia, sejarah perundangan negara dan akademi fantasia. Tapi, semua pun aku mengomel. Sedangkan bersepah sepah lagi manusia yang dihujani ujian yang lebih berat macam kene angkat batu 2 tan dan tarik lori. Ok. Mengarut. Ujian ujian yang lebih getir seperti kehilangan ahli keluarga sekaligus tanpa ditinggalkan sebarang harta pusaka, lumpuh separuh badan dan ditinggalkan anak anak di rumah orang tua.

Jadi, aku seharusnya bersyukur, berusaha untuk menjadi lebih baik agar menjadi orang yang berguna kepada masyarakat. membina masa depan. Sekurang kurangnya, nanti anak aku tinggalkan aku, tak la kat rumah orang tua. Kat rumah aku sendiri yang ada kolam renang dan ruang sekelilingnya untuk dibuat BBQ bersama teman teman warga emas yang lain.


Aku : Tapi mak, kenapa abang kene belajar law fizik semua ni? Abang nak jadi polis!

Mak : Aku lempang kau sat lagi! Gemuk macam kau tak boleh jadi polis. Tak boleh kejar musuh. Lembap! Tak effisien.

Aku : Mak jugak yang suruh makan nasik banyak banyak biar jadi besar. Ni dah besar la ni.

Mak : Pelepow sedas!!!

Aku bukanlah seorang pelajar jurusan undang undang. Tetapi aku sedang belajar undang undang untuk ujian. Wallahualam.

Thursday, April 8, 2010

Justin Bieber

Man United lawan Bayern? Ala, mengapa tidak beritahu awal awal.

Ok. Aku tengok full, dan aku reda dan pasrah dengan ketentuan Ilahi. Cumanya, seperti juga Tom Ovrebo Henning memusnahkan harapan Chelsea season lalu, begitu juga game tadi.

Pertama. Evra memenangi bola tanpa menyentuh Phillip Lahm. Dan foul kepada Evra. Tahniah.

Keduanya. Van Buyten mengaki (memberi kaki) kepada Rooney (2), Nani, Valencia, etc. etc. Referee ketandusan kad kuning barangkali.

Ketiganya, dan yang agak signifikan. Rafael dikaki (diberi kaki) oleh left back Bayern, dan Rafael dilayangkan kad kuning. Kamu pertikai dia angkat kaki? Betul, tetapi kerana foul oleh left back Bayern sepatutnya membatalkan perlawanan, dan foul sedemikian adalah kad kuning. Dan referee seharusnya memberi amaran awal sebelum melayangkan kad memandangkan itu adalah kesalahan pertama Rafael.

Kad merah Rafael? Rentetan dari rasuah. Mudah cakap.

Ya, aku tetap pasrah. Cumanya, rasa macam nak tulis nota kepada Tribunal Tuntutan Peminat UCL. Bad refereeing mencalit bau taik di muka UCL.

Oh, Justin Bieber adalah sangat cute! F-word.

Monday, April 5, 2010

Diari Seorang Atromen

Assalamualaikum. Nama saya Atromen. Bukan. Sebenarnya, nama penuh saya Ultra Seven, tapi kawan kawan sedarjah panggil Atromen saja. Saya ada lapan orang adik beradik; Dyna, Tiga, Gaia dan lain lain. Atok saya nama Eighty. Itu pun saya kenal melalui lagu dalam cerita atok saya.

Saya berkelulusan habis kuat pun darjah enam. Saya tidak diterima masuk sekolah tingkatan, kerana kata orang ramai, saya hanya sesuai untuk darjah darjah saja. Hari hari saya berlawan dengan raksasa. Semuanya demi menjaga keamanan dunia. Tetapi, orang dewasa, khususnya anggota polis sering kali memandang serong terhadap saya. Mereka melarang anak mereka mengagumi saya. Saya buat semua ini ikhlas tanpa mengharapkan penghormatan dari sesiapa pun. Ayah cakap, polis tak suka kerana nanti polis tiada kerja kalau saya sibuk sangat. Mungkin juga. Mungkin sebab itu juga saya tidak boleh sambung sekolah tingkatan. Dengarnya, sekolah tingkatan itu susah. Saya pula sentiasa sibuk.

Hm, mungkin awak semua tertanya tanya, manusia gagah macam saya ini pun tulis diari bukan? Atromen pun ada hati, dan dalam hati ada taman. Ikman hari hari ajak joging Taman Bandar, tetapi saya percaya ajakannya semi-palsu. Setakat ini, baru sekali. Itupun hanya melihat gelagat adik umur 4 tahun pancing ikan dekat tasik Taman Bandar tempat budak budak kaya sikit main bot mainan laju, dan budak budak indie dating ngan makwe main baling baling batu kononnya kasi batu itu melompat. Adik tadi pancing pakai tali tangsi. Dapat suku plastik hitam ikan dia. Kasihan. Kecik kecik kena cari makan untuk keluarga.

Oh, untuk berkenalan dengan lebih lanjut, awak awak semua boleh add saya di Facebook.

Friday, April 2, 2010

Mior Ahmad Fuad Mior Badri

Kali terakhir hari aku rasa kosong adalah pagi aku anta adik aku pegi sekolah dengar Hitz.Fm Maikel Jeksen meninggal. Dan pagi ini, tengah tengah aku set nasik goreng gaul gaul sama sambal ikan bilis dan tempe, aku ternampak muke depan Metro.

"..."

Nasik dan tempe masih disuap, dan sedap masih sedap, cume jiwa rasa kosong. Makwe aku siap suruh jangan menangis. Ok, aku tak menangis sangat, tapi jiwa masih kosong. Kopi O kosong takde gula pun belum aku hirup di sisi pinggan nasik goreng dan tempe.

Din Beramboi, terima kasih kerana mengukir senyuman dan hilai tawa sepanjang kita berkenalan. Moga roh mu tenang di sana dan berada di sisiNya. Al-Fatihah.