Monday, March 29, 2010

Hala Tuju

Dalam banyak banyak hal, shuffle terletak paling kasta sekali status dia. Kedua bawah adalah makan megi dalam loker. Bawak aiskrim dan roti lalu mengajak rakan rakan yang mengutuk di belakang boleh dirujuk kepada Faiz, Nemba dan kadang kadang Mael. Rujukan utama adalah Saodin.

Kedudukan untuk yang paling common sekali orang kata adalah dirotan sebab subuh. Pernah satu kali ada itu askar rotan budak budak subuh ni dekat tapak kaki. Itu memang tindakan untuk warden yang boleh aku katakan paling kool selepas tindakan memarahi Hasif dengan jeritan "HAFIIIZ!" secara ngauman.

Hal hal seperti selipar di waktu kelas malam, ustaz Fuad check attendance tanpa kira ahli kelas dan "stey stey"(barua, macam mane mau eja?) dalam tandas budak perempuan ketika waktu Ramadan adalah aktiviti yang sangat aku tidak pernah buat. Pertamanya, kerana aku adalah bukan ustaz Fuad, dan ustaz Fuad "stey stey", manakala aku tak.

Ceritanya suatu ketika pernah juga khabarnya warden warden penjara ini bertindak 'fun', atau seronok. Contohnya, ini.

"Hey handsome, what is this f-word crap is all about." Pasti ramai makwe makwe akan berpendapat begini jika bace. Ini adalah sedikit sebanyak memori lampau dalam kehidupan aku yang sebelum ini. Ya, kini aku berada dalam kehidupan ku yang kedua. Namun, memori memori inilah yang menjadikan aku, seperti aku yang sekarang. Tampan, body tade muscle, dan berjambang. (Jambang kerana geram tak dapat simpan dalam kehidupan lalu).

Baiklah. Entri ini adalah salah lecturer aku. Perangai bagi esaimen mintak dalam mase 24 jam. Hasilnya, aku tulis esaimen dekat sini. Ah! Akhir kata, gudnyte u'allz! Light off Aman 10!

* Oh, "stey stey" adalah sinonim kepada Ravi, kerana Ravi adalah perokok sejati.

Tuesday, March 23, 2010

Kulit Ular (Versi bersambung)

Kemudian, aku capai paip di atas meja tadi, dan aku buang habuk dan abu ke dalam bekas abu rokok berjenama di sebelahnya. Hush Puppies. Ya, jenama Hush Puppies. Paip tadi disuakan ke mulut, sambil mataku meliar mencari sesuatu di sekitar. Ah, tiada. Perlahan aku letakkan semula paip ke atas meja dan menapak masuk ke dalam.

Laci ditarik, dan sebuah kotak kayu cengal aku angkat perlahan keluar dari laci tersebut. Adalah dalam 6kilo rasanya. Aku tutup laci dengan kaki, dan aku bangun sebelum melangkah keluar ke beranda. TV yang terpasang game MU malam tadi menang dengan Inter Champions League final 2010 di Bernabeu aku biarkan terpasang. Sesudah aku melabuhkan punggung ke atas kerusi, aku hirup sehirup Super Power yang sedia ada di atas situ sebelum aku membuka peti harta karun tadi. Pergh, cantek!

Aku suakan semula paip ke dalam mulut, dan aku setting baik tembakau dari kotak tadi. Ah, cukup padat dah ini rasanya, bentak hatiku. Mancis Hilton Hotel di sebelah bekas abu rokok aku capai dan mengeluarkan sebatang. Bukan mancis pow ok? Hilton taja. Ah, terpadam. Kuat sungguh angin bayu dari laut yang terbentang luas menghadap rumahku. Aku berpaling ke belakang dan meng-strike semula mancis ke kulit kayu di sebelah kotak mancis. Tiba-tiba aku rasa tidak kool. Aku tiup kasi padam. Aku keluarkan lagi sebatang mancis, dan aku strike-kan ke kaki meja. Menyala api hijau di hujung batang mancis. Ha, baru kool. Paip yang sedari tadi telah siap dipadat-settingkan aku suakan dengan batang mancis tadi.


*****


Bagero. Siapa tabur belerang dalam tembakau aku ni? Banyak la kau punya kasi kick. Ba...sikal!

Friday, March 19, 2010

Kasut Kulit

Dengan malas aku mengangkat tubuhku dari tilam empuk. Deras air yang turun dari langit mendinginkan suasana. Lebat, selepas hampir seminggu teriknya matahari merekahkan tanah tanah dan kulit muka. Aku masih mencari cari apa yang ingin dilakukan. Aku melangkah ke dapur, dan mengangkat tudung saji di atas meja. Kosong. Cekodok yang aku tinggalkan untuk diriku semalam yang dimasak olehku kelmarin sudah tiada. Ah, mungkin toyol makan, bisik hatiku.

Aku melangkah ke beranda dan melabuhkan punggung ke atas kerusi bersama segelas kopi susu panas. Super Power. Hujan semakin reda. Titis-titis air kelihatan di bucu hujung dedaunan. Matahari mula keluar dari persembunyian di balik awanan kelabu. Dari kondominiumku yang berada di tingkat 13, jelas kelihatan dedaunan menghijau, pohonan merimbun, dan tupai mengawan.




Akan bersambung…




…serta merta.




Aku memaling ke langit dan menatap sang suria dengan mata kasar, lalu aku mengalih pandangan ke meja untuk mencapai air panasku untuk dihirup bersama skon. Ah, tidak jumpe. Blind spot masih silau. Aku pejamkan mata, dan hilang idea untuk berkata kata.

Ini betul betul bersambung, dan akan disambung masa masa aku trauma tengah study atau proposal direject bos.

Saturday, March 13, 2010

Atok Mu Namaaaa.....Eighty!





Penangan dia, makan sebak jugak seminggu mula mula nak berpisah masa masuk darjah satu. Nasib baik dapat tahan air mata nak mengalir. Kawan saya nama tak ingat, sampai lari balik rumah masa mula mula masuk ke dalam kelas. Tak tau lah pula sama ada nak tengok atromen ke, nak minum susu botol.




Itu tak kire lagi bertukar pakai berus gigi sama tumbangkan pokok dan rumah mainan.

Friday, March 12, 2010

Tik Tok Tik Tak Tik Tektonik

Berita Harian Online

Kenyir pernah dilanda gempa

2010/03/12
Pelepasan gas tektonik antara punca

KUALA LUMPUR: Gempa bumi lemah yang berlaku di Empangan Kenyir kelmarin mungkin berkait dengan kejadian yang sama di kawasan itu lebih 20 tahun lalu atau disebabkan proses pelepasan gas tektonik.

Pengarah Bahagian Geofizik dan Tsunami Jabatan Meteorologi Malaysia, Dr Rosaidi Che Abas, berkata Kenyir pernah dilanda gempa bumi dengan kekuatan 4.6 pada skala Richter sekitar 1980-an ketika proses pengisian air empangan itu.




Budaya ni memang tak bagus untuk negara, baik dari segi akhlak, mahupun dari sudut alam sekitar.

Thursday, March 11, 2010

Kura-kura 4-0 Arnab

Arnab = Ronaldinho.

Beckham pula main sambil sengih. Macam Hollywood.

Friday, March 5, 2010

Alice Dalam Dunia Wonder

Ah, itu semua belum penting sangat lagi. Yang penting, Aedes Aedes ni kene keluar dulu dari dalam tubuh gua. Main isap isap darah putih kasi gua lemah. Darah putih tu ada rasa coklat putih ke?

*****

Hari ke-190 gua dalam wad. Semoga gua cepat sembuh.