Monday, May 31, 2010

One and It Is All Over

The last goodbye.
Never ever be another one.
And none for no one.
One and this is the last one.
One and It Is All Over.

Amacam, ada gaya gaya korus lagu lagu tak?

Friday, May 28, 2010

Piala Dunia

Selepas Sokernet masing masing mengumumkan kem masing masing, aku rasa seperti mahu umumkan aku punya juga.

Drum roll...!

Mempersembahkan...!




Posisi 4-4-2:

Bawah, semua defender.
Tengah, dari kiri. Peter 'Melman' Crouch, Marty Th Zebra, Sir 'Alex the Lion' Ferguson, dan InGloria Bastard.
Atas, dari kiri. Kapten, baby-dace dan vice-captain.

Tapi, reason sebenar sokongan aku terhadap pasukan ini adalah kerana dia.




Ops, salah.

Ini.



Ah, ya. Inilah Afrika. Ah ah.

It's Time For Africa!

Wednesday, May 26, 2010

Blue Eyes

Semenjak kerja, aku semakin hilang nafsu untuk menulis dekat blog. Jadi, bersempena dengan cuti hari ini dan esok, moga moga aku dapat ilham sikit.

Ni satu hal. Aku terdengar lagu 'Blue Eyes, Blue Eyes, What's a matter matter..' dekat radio. Suara macam Mika. Sapa ada info kasi tahu. Terima kasih.

Thursday, May 20, 2010

Hijrah Itu Pengorbanan

Maka, David Villa pun sudah nekad untuk berkorban dengan berhijrah ke Barcelona. Damn. Kuat la gila Barca ni maknanya.

Maka, Ben Foster juga sudah berkorban, berpindah ke Birmingham City.

Maka, Sir Alex, bila mahu korbankan Berbatov? Beli Wan Kuzen.

Friday, May 14, 2010

Hospital Putrajaya

Pertama, esok, beramai ramailah datang ke Putrajaya. Ok, itu semua atas kehendak masing masing. Aku cadangkan saja. Dan kalau kalau pergi Putrajaya dan ke Alamanda pun atas kehendak masing masing. Cuma, di sini, aku nak cadangkan ke Lorong Seni. Itu saja. Aku tak dapat ke sana. Maafkan aku yang lain lain. Kalau kamu kamu tertanya tanya apa motif ke Lorong Seni, sila mousekan mouse anda dan klik sini. Sila sila.

Ok, aku tak dapat ke sana kerana aku terpaksa pulang ke kampung Sabtu dan menuju ke Hospital Temerloh. Nenek sedara aku sakit. Sangat. Dia sangat pandai masak nasi ayam. Ada juga khabar angin mengatakan aku gemuk kecil kecil dulu sebab merasa nikmat dunia makan nasi ayam. Mari doakan Wan We aku supaya cepat sembuh.

Mak aku juga ajak ke KL esok petang petang untuk melawat makcik aku sorang lagi, Mak Ngah yang dikhabarkan masih belum sembuh. Aku pun tak tau sakit ape. Alang alang hantar bapak aku ke KLIA. Aku mintak dia tolong ke Austria sekejap, tengok tengok kan perkembangan skuad England di sana.

Ada sapa sapa nak pesan suruh dia belikan Crocs ke kat sana?

Oh, butang S pada papan kekunci komputer riba aku dah menunjukkan tanda tanda pra-monopaus.

Monday, May 10, 2010

Glee Is Another Word For Loser

Bukan aku cakap. Sue Sylvester cakap.

Jadi, tahniah lah aku ucapkan kepada skuad Ancelotti kerana menjadi juara. Ok, Man Utd runner-up, it's ok what. It's Glee. Haha.

Well, I mean it makes me smile because when I look back at the table standing, there's Arsenal below, and then there's Spurs, Man City and Aston Villa. Hm, sounds something's missing. Apa erk? Birmingham? Fulham? Atletico Madrid? Ah, can't figure it out.

By the way, the poll comes to an end, and Twilight has won it!

Ok, damn I'm not gonna use it for my layout.

Esok lusa, keluar la layout baru. Kot.

Saturday, May 8, 2010

Mencari Sinar

Paper Finance dan Law, Alhamdulillah. Tamat dua paper paling genting dalam hidup aku. Fizik dulu tak genting sangat, pasal aku memang tak paham langsung.

Mood masih malas. Masih menyesuaikan diri dengan kondisi rumah dan Kuantan yang agak panas. Apdet blog secara bermakna mungkin akan berlaku dalam 2-3 hari lagi. Perubahan.

Ya, sinar yang dimaksudkan adalah wang. Mencari kerja. Kedai Levi's cun jugak, cuma aku tak stylo rambut hijau cacak cacak sangat. Harap Black Canyon punya makwe makwe hot. Oh, dan harap Black Canyon ada kerja.

Sinaran matamu, bak kejora...~lalala~

Tuesday, May 4, 2010

" People Say That Time Change Things, But You Have To Change It Yourself"

Sudah. Apa pulak Andy Warhol buat dalam buku Law aku ni. Lari fokus.