Tuesday, December 11, 2012

Oh Mirror Mirror On The Wall

Can you see the half of me when you stand in front of the mirror, honey? Because I see you when I look into the mirror. :)

Friday, November 9, 2012

Tudung Kuning Lilit Lilit

Yes. That looks. Pandangan, renungan, mata yang tajam, dengan dahi yang separa berkerut dan hidung sedikit mengerekot.

Dan semestinya bukan itu pandangan yang kau berikan pada aku. Mungkin hanya random looks from you kepada kawan kawan kau. Tapi itulah pandangannya yang aku nampak kau.

Dan pandangan yang datang setiap kali mata aku terpejam. Mata itu, kening itu. Ah.

Atau itu semua hanyalah sebuah mimpi?

Mimpi akan seorang gadis, yang memakai tudung kuning lilit lilit, macam Yuna. Atau Najwa Latif.

Atau kau. Yang tak pernah tahu aku wujud sebenarnya.

Jangan risau sayang. Mimpi aku terhadap kau akan terus aku semat selamanya. Walau kau tak pernah tahu aku hidup dan bernyawa.

Thursday, November 8, 2012

Twidder dan Blog

Haaaaa aku ada soalan kalau siapa siapa baca benda alah ni. Macam mana nak link kan Twitter kat blog ah? Maklumlah, menjauhkan diri dalam bidang blog ni, segala benda aku dah lupa.

Monday, November 5, 2012

Bergerak Atas

Berhenti menoleh dan majukan langkah ke hadapan.
Tinggalkan yang meninggalkan.
Doakan yang mendoakan.

Oh, tak kan nak tulis 2012. Tak memoribilia la. Nak tulis nama karang, macam Aristotle pulak. Nak tulis tarikh, nampak macam diari pulak. Hahaha.

Banyak lagi perihal mengarang dan meninggalkan sajak ni perlu aku belajar. Ah.

Mujur ada kau si peneutralisasi pilu.

Sunday, November 4, 2012

Missing 2012

Seperti pungguk yang rindukan bulan,
Sedang bulan dirindukan ramai.
Seperti beduk yang rindukan azan,
Sedang azan dialun gemalai.
2012.

Thursday, October 18, 2012

Kata Si Mati

Andai aku mati, let it be.
Doakan aku pergi, tinggalkan pusaraku sendiri.
Jangan didatangi jangan digali.
Doakan aku di sana abadi.
Tenang sendiri.
Pergi menghadap Ilahi. 



Friday, June 8, 2012

Strategi Pemasaran Sebuah Kedai Makan

"Hm, ramai juga orang. Orang cakap kuih kuih dekat sini sedap." Perlahan ucap Ismadi kepada kawannya Syuib.

Mereka berdua lantas duduk di satu meja kosong.

"Bagi saya teh tarik. Kau?" Syuib memandang Ismadi sambil berkira kira menu apa yang mahu dimakannnya hari ini.

"Saya kasilah teh o ais limau satu kak. Letak limau eh?" berkata pula Ismadi dengan yakin. Sedikit kerut di kening akak ambil order.

Ismadi berdiri lalu pergi ke kaunter makanan untuk tengok tengok apa makan yang ada.

"Apa makan ada kak?" Tanya Ismadi.

"Macam macam dik. Kuih, karipap, nasi ayam, popia pun ada dik," jawab akak kaunter makan sambil tengok sibuk mengibas ngibas lalat.

"Hm, popia ni nampak sedap kak. Bagilah 4 kak." jawab Ismadi semula kepada kakak tadi dengan yakin.

Kakak tadi memberi muka sedikit gusar.

"Hm, nak makan sorang ke berapa ni dik?" Tanya akak kaunter kepada Ismadi.

Ismadi kehairanan lalu menjawab, "Saya nak makan sorang je ni kak. Kawan saya makan benda lain kot."

"Oh, maaf dik, kalau seorang makan, akak limitkan 3 biji popia je sorang dik." Akak tadi menjawab dengan nada serba salah.

"Haa??? Kenapa macam tu pulak akak?" Ismadi bertambah kehairanan.

Sambil berasa semakin kurang selesa, akak tadi membalas, "Kalau beri 4 dan ke atas dik, akak takut tak habis. Nanti, bila ada kuih tak habis atas meja, nanti ada orang lalu lalang tengok tak habis kuih, pasti orang lalu lalang tadi fikir kuih akak tak sedap, sebab itu tak habis. Maaf dik."

Ismadi termangu. Ini antara strategi pemasaran yang jarang jarang diajar oleh pensyarah.

Wednesday, June 6, 2012

Is This For "A Better Malaysia?"

Bagaimana kita membina masa depan sesebuah negara? Yes. Masa depan anak anak adalah apa yang dicorakkan oleh ibu bapa anak anak itu hari ini. Kalau bagus didikannya hari ini, maka baguslah harapnya anak itu hari ini.

Testimoni, bilamana kebanyakan remaja bermasalah hari ini, berpunca daripada keluarga yang bermasalah, kerana mereka telah melihat penderaan dan sebagainya sejak dari kecil lagi.

"Biji yang kita tanam hari ini, dan kita siram serta bajakan hari hari, akan menghasilkan pokok yang kita impikan. Kalau tembikai biji itu, maka tembikailah pokok itu." - Gory.

Jadi, jika hal hal sebegini yang diterapkan dalam minda dan jiwa anak anak kita pada hari ini, apakah masa depan yang kita sedang bina untuk mereka? Inikah Malaysia yang kita mahukan? Inikah "Better Malaysia" yang sering dilaung-laungkan?

Fikirkan.




Sunday, June 3, 2012

Perniagaan Percutian Memang Menguntungkan!!!

Usai aku sudah bercuti selama seminggu ini, yang mana rata rata orang pun turut bercuti, seperti budak sekolah, budak universiti, budak Gawai dan beberapa penganggur, tiba tiba aku mendapat ilham yang tahap tinggi.

Habis sahaja cuti, ramai yang merungut cuti mereka tak cukup lah, nak cuti lagi lah, apa lah dan sebagainya. Ini menunjukkan, keperluan bercuti ini sudah menjadi satu demand, dan supplynya kurang. Maka, kalau ikut konsep ekonomi, high demand and low supply can create high income.

Jadi, aku memikirkan, untuk membuka sebuah perniagaan yang menjual cuti kepada rakyat Malaysia. Sehari bercuti, aku jual RM200. Feh. Siapa nak partner dengan aku buka meniaga ni?

Masalahnya, mana nak cari raw material sebagai resources untuk mula meniaga ni?

Wednesday, May 23, 2012

Kemaluan

Sebenarnya, kita ni, orang Melayu, terkenal dengan tingginya santun dan adab bermalu maluan. Macam, kalau orang pelawa kita makan, kita macam, eh, malu lah. Taknak lah.

Tapi, kadang kadang, kita kena naikkan self-esteem kita, bukan untuk kita tidak berasa malu, tetapi untuk memastikan kita ini mampu berdaya saing dengan orang lain. Yeah! Global my ass!

Ceritanya, hari ini, aku pun dah tak tahu apa sebenarnya yang perlu malu, apa sebenarnya yang tak perlu. Kalau lelaki, menangis, kena malu ke tak?

Kalau kita kantoi meniru dalam periksa, kena malu ke bangga tu?

Kalau kita jalan depan makwe, lepastu jatuh tersadung lalu terjelepok muka ke atas lantai, kena bangun laju laju malu ke atau teruskan baring dan berpura pura mati?

Yang pasti, menunjukkan kemaluan di khalayak ramai, yang itu aku rasa malu. Tak tahulah kalau korang rasa tak.

Monday, May 21, 2012

The Best Movie Ever !!!

The best movie ever, is surely the one yang mana bila esok paginya kau ada test, maka semua filem menjadi sangat menarik untuk ditonton malam sebelumnya.

Damn.

The Syaitan did a great job here man.

Thursday, May 17, 2012

Diari Seorang Malaya 1932

17 Mei 1932.

24 darjah Celcius. Panas juga Malaya hari ini. Penat seharian aku berjalan masuk ke dalam hutan mencari madu tualang. Orang perempuan. Kalau mengandung, macam macam diidamnya. Haih. Syukur lagi lah isteri aku ni kempunan madu tualang. Orang rumahnya Ishak, mengidam pula akan madu tualang si lebah jantan. Sampai ke Hulu Temerloh khabarnya dia mencari. Entah dah keluar ke belum dari sana. Entah ke dah dibaham gajah. Gajah Temerloh ni tok nenek dulu cerita pernah berjalan beramai ramai sampai ke tanah Melaka. Jadi alur belaka jalan dibuatnya gajah gajah tu.

29 Mei 1932.

Alhamdulillah. Menangis air mata aku pabila dapat mengazankan anak sulung aku, Junid pagi tadi. Tepat jam Subuh dia lahir. Harapnya suatu hari nanti, membesarlah kau menjadi pendekat anakku sayang. Tapi, hati aku tetap tidak tenteram memikirkan nasib si isteri, Halijah. Masih kepenatan dia barangkali. Mengharap ke mak bidan sahajalah untuk menjaganya. Sedangkan aku, hal bulan datang pun garu kepala.

8 Julai 1932.

Orang British tadi datang membawa perkhabaran berat untuk aku pertimbangkan. Anak aku baru nak mencecah 2 bulan. Maknya pula baru benar sudah pantangnya. Takkan aku nak tinggalkan mereka berdua sendirian? Sebak dada tak terkata.

"Encik Ismadi Bin Khalid, kami mahu anda ikut kami pulak ke Britain dan jadi penulis skrip untuk teater teater di London. Ouh, ada rezeki, mungkin Encik boleh bekerja sama Raja Edward," bilang mat saleh tadi dalam Melayu loghat British nya.

Aku ini, tulis jawi sahaja pandai. Pandai ke orang putih tu nak baca nanti? Hmm...

Wednesday, May 16, 2012

1Malaysia Menjana Kepala Bana!

Gila la kau blog. Kadang kadang, aku pun stress jugak dalam hidup aku. Cuma, itulah. Aku ni, kalau stress ke, rasa nak maki ke, hape ke, tak tahu nak mengadu ke siapa. Kalau jenis anak manja sikit ok jugak nak mengadu ngadu kat mak. Tapi, layan pulak mak aku kalau aku nak mengadu dekat dia.

Dah, tak kan nak mengadu dekat mak orang lain ye dak?

People. They only really care about you when you give benefit to them. Me? Apalah yang boleh orang perah dari aku. Bukannya kaya berharta. Kahkahkah.

Oh. Sebenarnya, aku rasa, blog aku ni suci bersih. So, let's make it dirty bebeh!

Babi.

Sekali lagi, aku rasa, tak ada orang baca ni. Kalau kau baca pun, diam diam jelah. Tak kesian ke aku nak mengadu tapi tade orang nak mendengar. Woi, tak kesian ke woi!

Babi lagi.

Tuesday, May 15, 2012

Hari Ibu, Hari Guru, Dan Kontroversi Di Sebaliknya

Cuma, pada aku, macam trend pula, naik je Hari Ibu, akan keluarlah hari ibu itu haram. Naik je hari pekerja, katalah haram. Esok ni ha Hari Guru, naiklah hari guru haram dari ustaz ustaz Facebook sekalian.

Tak, aku bukan ulama, dan aku juga bukan nak menjadi kafir menentang segala macam fatwa semua ini. Ya. Aku setuju, meniru budaya sesuatu kaum, kita juga menjadi sebahagian dari kaum itu. Tapi, hari ini, ramai antara kita yang sibuk meniru kaum lain jadi punk, sibuk tiru kaum lain jadi rock, ada satu dua kali, siap tiru Candle Virgil lah, berdemo lah segala bagai lah. So, nah, beri judgement mudah, dan labelkan kita semua sama sahaja macam mereka. Kan?

Akan ada orang kata, ibu adalah untuk kira hargai hari hari. Guru adalah untuk kita hargai hari hari. Pfft. Ada kau hargai ibu kau hari hari? Pada yang betul betul hargai, aku salute. Tapi pada yang hanya keluarkan statement ini masa hari Ibu sahaja, entah ke masa hari ibu baru teringat, then pumpang pumpang, pfft pfft pfft. Itu sahaja hujah aku.

Aku tak menyambut segala macam hari ini. Cuma, yes, don't deny it, kewujudan hari hari sebegini memang membuatkan kita sedikit sebanyak terfikir untuk mengingati dan menghargai mereka mereka ini. Kau tak perlu sambut. Cuma, cukuplah untuk kita tersenyum, tangis dan sampaikan secebis ucapan terima kasih dan sebagainya, bukan atas semangat wujudnya hari hari sedemikian, tapi sebab aku yakin, tanpa hari hari sebegini, kau sikit pun tak ingat, ye dak?

Aku rasa, it's a credit to save a day for them to recognize them.

After all, berapa ramai sangat yang tak menyambut hari jadi? Kihkihkih. Ok, why so serious? Relax relax lah. Masing masing punya hak nak take action. Cuma, jangan jadikan blog ni sebagai rujukan ya ustaz ustaz sekalian. Huehuehue.

Oh, di kesempatan ini juga, aku nak ucapkan terima kasih kepada cikgu cikgu, mak dan bapak dan semua semua yang mengajar aku dari mula, dari A sampai ke bintang, hinggalah aku menjadi separuh orang separuh robot sekarang. Yes, living half your life with your laptop makes you a robot man!

Thursday, May 3, 2012

Air Mata Lelaki

"Lekin, kiu? (Tapi kenapa?) Apa salah aku?" perlahan dalam marah tanya Edry. Linangan air mata masih ditahannya kuat di dalam kelopak. Jelas ternampak akan kerut keriut dan herot merot mulutnya berusaha menahan egonya tumpah dari kelopak itu.

Hasnah masih diam membisu. Egonya memang tiada lagi sudah. Perempuan. Sedangkan lipas pun lagikan menangis, inikan pula soal hati. Huh. Hasnah juga keliru sebenarnya. Adakah tangisan kali ini, yang terakhir baginya? Adakah tangisan ini kerana perasaan bersalah yang menyelubungi benak dadanya? Atau tangisan ini hanyalah semata mata kerana bawang tadi?

Masih, dalam perasaan yang berkecamuk itu, dia cuba sedaya upaya menjawab. Dalam sayu.

"I nampak dia lebih ikhlas. Dia lebih determine. 3 hari I kenal dia, I boleh rasa keikhlasan dia you..."

Seekor lalat seperti aku yang berlegar legar di sekitar mereka, semakin bingung. Inilah manusia rupanya. Bercakap antara satu sama lain, tapi matanya memandang lantai. Tidakkah manusia itu tahu, bahawa lantai itu, tidak bisa berkata kata? Manusia, manusia. Aku hanya menggeleng, lalu hinggap di sebatang pohon delima.

"Abah you. 6 tahun I jaga you, setitik keikhlasan pun you tak rasa ke? Sekelumit determination you tak rasa? Hanya sebab dia suka you, you baru kenal 3 hari, dah you boleh letak segala memori 6 tahun kita campak jauh jauh? You gila ke? Apa yang tak cukup I ni? Apa yang lebih sangat dia ha?"

Kali ini, Edry sudah semakin hilang kawalan emosinya. Dia sudah tidak peduli dengan kata kata lelaki menangis itu tidak macho. Dia peduli apa dengan macho. Dia tahu lengan dia besar. Dia juga tahu di sebalik tubuh badan yang sasa, suara dia juga garau. Dia lebih memahami erti macho.

Hasnah semakin kuat teresak.

Edry putus asa. Disentapnya gambar jantan tak guna itu, lalu dikeronyok kemas dalam genggamannya. Dia terus berlalu meninggalkan Hasnah sendirian. Di dalam hujan. Tengah malam itu. Tanpa sekaki payung.

Cilaka kau Aaron Aziz, bentak hati Edry.

Monday, April 30, 2012

Mempromosikan Blog Awek Aku

Memandangkan awek aku dah bising bising suruh buat blog pasal Jalan Jalan Cari Makan, maka suatu hari nanti, dalam satu dua hari lagi, blog aku akan convert into blog gambar makan makan. Lagipun, belum bulan puasa lagi. So, boleh lah aku torture taste bud kau orang. Tapi, kalau lu orang tengah puasa hari satu dua hari lagi nanti tu, aku tak tahu lah. Bukannya Ramadhan pun lagi.

Bercakap pasal Ramadhan, semalam aku turun ke PWTC. Dulu cemas juga aku fikir PWTC ni ke yang kena langgar dengan kapal terbang Sebelas September tu, rupanya bukan. PWTC yang kena langgar tu dekat Amerika sana. Diorang ni tak ada idea ke nak tiru nama PWTC? Huh? Orang Amerika mu kering idea ke ha?

Buat apa pergi PWTC? Aku pun taktahu kenapa sebenarnya. Amzar sama Sapey ajak jumpa sana. Lepastu, ada lah depa tengah launching Terfaktab. Oh, promosilah sekali. Kepada siapa siapa yang nak beli kitab Terfaktab ni, jangan cari dekat Al-Ikhsan. Pergi cari dekat Lejen Press. Ada lah kot dia ajar cara cara nak membeli dekat sana.


Aku rasa, tak perlu khuatir kot nak beli buku ni, pasal dia ada logo Halal.

So, sesampai di PWTC, ketemu lah aku dengan kelibat beberapa musibat. Kawan lama dan kawan baru. Pergh, dah macam blog makwe makwe pulak cerita pasal kawan kawan. Adalah Ashrad Shadan, Syed Hafeez, Zulaeqa, Leplep dan kawan yang dah lama aku tak jumpa Ramadhan. Cumanya, Ramadhan ni sekarang dengar cerita dah tukar nama. Jadi Dhani. Dhani X Factor.

Lepastu, kawan kawan yang lagi la dah lama aku tak jumpa, pasal aku tak pernah jumpa pun. Deus, Fahmi, dan beberapa lagi lah. Aku ingat dua orang ni pasal aku tumpang kereta depa tengok konsert semalam.

So, apa sebenarnya aku nak cerita tadi ha? Macam dah melalut je.

Oh, sebenarnya, er, apa eh. Oh ha. Tak ada pun promosi blog awek aku. Aku pun tak tahu dia ada blog ke tak.

Saturday, April 28, 2012

The Avengers Spoil Alert!!!

Peduli apa aku. Aku memang suka patahkan hati pewayang tegar dengan menceritakan spoiler. Cerita di mana sekumpulan superhero bersatu hati mencari nasi lemak yang terbaik di New York. Kalau nak dapatkan nasi lemak yang terbaik, datang Malaysia la Thor.

Haha. Tapi pada aku, main character dalam Avengers adalah someone yang tak ada pun disebut sebut sebagai pelakon dia. Memang dari mula sampai akhir aku syak dia lah hero sebenar.

Dan dia, adalah......

.....kau pergilah tengok sendiri. Karang tak pasal pasal jadi tak saspen dah.

Monday, April 23, 2012

A7X Vs. The Rest Of The World

Pasal aku dah macam sawan taktahu nak mengadu dekat siapa, aku mengadu juga lah dekat blog.

Ceritanya, Ahad ni, A7X turun Kolumpo. Isnin tu pulak, aku kena hantar sekilo assignment. Jadi, tanggungjawab mana yang lebih besar harus aku tunaikan ni sebenarnya? Dosa pahala api neraka masa depan anak anak biasiswa. Ah, banyaknya benda main dalam kepala.

Sunday, April 15, 2012

Nombor Telefon Rozita Che Wan

Aku memerhatikan bapak yang sedari tadi tidak duduk diam. Lipat kain, tumis bawang dibuat ayam masak merah, bancuh air oren dan menonton Melodi, bapak sememangnya sentiasa sibuk. Yet, dia masih bisa mencari sedikit moment for him to smile and tak mengeluh walau sehela nafas.

Minum tongkat ali kah dia sehingga tidak pernah kenal erti lelah langsung?

Aku datang duduk di sebelah abah, sambil dia galak melihat Dira Abu Zahar di kaca TV. Teh masih setia terhidang di hadapannya, bersama senashkah surat khabar hari Ahad. Seperti Ahad Ahad biasa baginya.

"Bapak, bapak tak nak kahwin ke? Dah lama mak pergi. Nina tengok bapak penat buat kerja seorang diri hari hari." Terlepas juga akhirnya kata kata itu dari mulut aku. Sepurnama juga aku memikirkan pasal hal ni. Tapi, berdebar nak diutarakan. Tapi bila melihat bapak seperti gembira melayan Dira Abu Zahar, aku rasa, inilah timing yang terbaik.

Sambil tersenyum, dia cuma menjawab perlahan, "Bapak cuma takut, nanti, mak tiri kau orang dera kau orang. Pukul, tak diberi makan, paksa basuh baju, macam mak tiri Cinderela tu. Kesian anak anak bapak. Biarlah bapak jadi mak dan bapak kepada kau orang."

Bergenang air mata aku mendengar jawapan daripada bapak. Dada sebak, tapi pura pura ego lagi.

"Lagipun, sampai hari ni bapak tak jumpa cari nombor Rozita Che Wan." Tambah bapak sedikit lagi.

"Kolot lah bapak ni," jawabku, dalam sedikit senyum, sambil mata menahan air mata.



*Boleh tahan juga meracau aku berangan ni. Haha.

Thursday, April 12, 2012

Corporate Social Responsibility

Ini sebenarnya adalah sebuah CSR. Corporate Social Responsibility.

Datang ke blog setahun sekali, dan bersihkan sawang, habuk habuk dan sarang labah labah.

Menulis ini adalah seni, dan aku tidak menulis kalau aku rasa masih belum berseni.

Puihh.

So adik adik, jangan ponteng kelas Pendidikan Seni, walaupun cikgu awak muka lewat 50-an dan menggerunkan.

Thursday, March 22, 2012

Hidup Aku Bosan Dan Membosankan

Buat masa sekarang, hidup aku perlu menjadi bosan(rutin). Sebab kalau tak bosan, dah tentu aku akan tidak pergi kelas dan mungkin aku naik ke Genting setiap pagi untuk berjudi. Hidup menjadi lebih riang. Di mana, ada kalanya mungkin aku menang sejuta ringgit dan perempuan datang menghurung aku macam mereka itu lalat dan aku ini kacak.

Dan ada masanya aku akan kalah sejuta ringgit dan lelaki datang menghurung aku macam mereka itu buku lima dan aku ini hodoh.

Jadi, aku perlu menjadi bosan supaya aku tidak ponteng kelas. Lagipun, aku mana ada duit nak pergi berjudi.

Dan aku juga tidak menghisap rokok macam kawan aku si Kamal tu. Dia boleh lah hilangkan bosan dengan menghisap rokok pakai chopstik. Aku, takkan nak bakar dan hisap chopstik pulak.

Monday, March 19, 2012

A Smiling Dream

Well, a dream dream sometimes do happen.
A dream that you dream of.

Walking along the garden,
And smiling at the flowers,
People keep on saying how lunatic you are,
But you know, there's a reason behind those smile.

There are many reasons to keep on smiling,
But there's only one reason to keep the smile, smiles.
And that, is you.

Hi there. If this is a dream, then I do not want to wake up.
And if this is for real, then I don't want to go to sleep.



*Lama juga sebenarnya tak merasa berangan tulis benda benda macam ni.

Thursday, March 15, 2012

Betul Ke Neelofa Dot Dot Dot???

Ha. Panas. Betul ke khabar angin mengatakan bahawa Neelofa...Neelofa...Neelofa...

Ha? Neelofa apa?

Mana ada apa apa. Aku saja test je hipotesis aku. Semakin Neelofa sesebuah blog, semakin tinggi ratingnya.

Nak cari Neelofa, pergi tempat lain. Ini bukan blog Nara Nara.

Wednesday, February 29, 2012

A King And A Queen

Walaupun aku hormat Najib, tapi bila letak Kak Ros dalam frame tadi tu, terus rasa lari tune sikit respect tadi tu. Macam ni cerita. Kita ni lelaki, memang suka layan perempuan macam queen ye dak? Tapi, aku takut juga kalau perempuan tu yang layan kita, macam dia yang queen. Ha, kau paham tak maksud aku dekat sini?

Kita layan perempuan macam queen, bermakna kita layan dia yang terbaik, and kita adalah The King.

Tapi, kalau dia yang layan kita macam dia queen, maknanya kita ni tend to be a khadam. Itu yang taknak tu.

Plus point, kalau aku kaya macam Najib, fuh, mahu licin harta aku.

Sunday, February 26, 2012

Musim Berkawan

Pertama, ini bukan blog seorang perempuan. Ini juga bukan blog gay. Cuma, tiba tiba aku rasa nak tulis pasal persahabatan. Bahaha. Ok, bangang.

Sedang asyik aku naik motor tadi, tiba tiba terlintas dalam kepala. Rupa rupanya, berkawan ni pun ikut musim juga. Aku tak tahulah pada orang lain, tapi ramai antara kita aku rasa meng-experience (gila, experience dalam Malay apa? Pengalaman?), oh, ha, mengalami perkara sebegini.

Begini. Aku terperasan. Bila aku di Melaka, maka mostly aku akan berkawan dengan kawan kawan dekat Melaka. Bila balik cuti ke Kuantan, so berkawan la dengan budak budak Kuantan. Bila tengok bola, berkawan la dengan budak budak yang sama tengok bola. Bila menyokong MU, berkawan la dengan budak budak MU.

Ok, bukanlah bermakna kawan lain ditindas langsung. Tapi, dia macam ikut scene. Macam ikut mood. Adakah ini yang dikatakan persahabatan? (Ok, tiba tiba lagu Ombak Rindu terpasang. Kahkahkah. Bangang.)

So, itulah maksud aku tadi mengawan ni ikut musim. Bila balik universiti, bukanlah tidak aku layan langsung budak budak Kuantan tadi, tapi dah scenenya suasana belajar semua kan? So, bila balik bercuti, jumpa balik kutu kutu dekat rumah.

Tak. Blog ini juga bukan blog lucah atau kamasutra.

Aku sebut mengawan ke tadi?


Friendship. BFF. Ah...sweet. Ahh ahh.





Ini ialah mengawan. Bukan ini yang aku maksudkan.


Sunday, February 19, 2012

Pergaduhan Antara Aku Dengan Mesin Duit

"Damn, nak kena keluar RM50 minima. This machine only have RM50 notes. Bangang. Aku bukannya kaya. Aku nak beli nasi lemak seringgit je, takkan nak kena cucuk RM50 kot. Bagilah aku RM10 gila! Gedang!" teriak aku marah dan garang kepada mesin ATM. Mesin itu masih macam itu, tak keluarkan RM10. Eksen betul.

"Eh, alang alang baik aku keluar RM100 terus. Boleh bayar sewa rumah sekali," bisik hatiku lagi. Tetapi hanya bisik dalam hati sajalah. Bukan bisik ke mesin. Aku bukannya bodoh nak bercakap dengan mesin ataupun marah marah ke mesin.

Keting keting keting, tap tap tap, aku menekan butang butang nombor pada mesin tadi. Cash withdraw, RM100.

Srettt. Ambil semula kad, dan tunggu wang keluar. Tapak tangan gatal, mulut tersengih. Mula berkira kira untuk makan burger Amerika instead of nasi lemak. Ya, inilah sebab aku tak mahu keluar duit besar. Matlamat boleh terpesong.

Srett. Duit keluar.

Fuck.

Gedang! Aku tumbuk sekali lagi mesin ATM sambil me-@#$%^&*!@ kepada mesin itu.

Kejadah apa keluarkan RM100 dalam bentuk 10keping RM10? Tadi aku mintak RM10 kata tak ada! Nasib baik engkau mesin, dan bukan prinsip aku marah atau pukul mesin. Deng!


Teruk juga aku pukul mesin tadi rupanya. Sorry pihak bank. Tak boleh kawal kekuatan tangan. Sorry. My bad.

Thursday, February 16, 2012

Streamyx

Kahkahkah. Sedap betul online pakai streamyx dekat rumah. Selepas menggantung but pada tahun 2008, Streamyx membuat kemunculan semula di rumah aku. Dan sudah pasti akan digunakan sebaiknya untuk perkara yang baik seperti membaca surat khabar, beramah mesra dengan kenalan dan membaca gosip artis. Fuh. Nasib baik aku tak pernah tengok porn.

Sunday, February 12, 2012

Maybe, We Should Start Reading The Line Between Right And Privilege

Right and privilege. Hak dan, ok, privilege Melayu dia apa? Keistimewaan, dak? So, kalau kita baca pun, dah nampak, ada beza besar between those two kan? Ada benda yang menjadi hak kita, dan ada benda yang menjadi something special for us to get it. Faham? Faham ke tak korang ni?

Example.

Hak kita sebagai seorang anak untuk diberi makan oleh ibu bapa kita, tapi, memakan McDonald setiap hari bukan hak. Ia adalah keistimewaan. Mungkin, kau hari ini buat baik, mak kau pun tiba tiba rasa poket tebal, dan tiba tiba, dia ajak kau makan McDonald hari itu. So, clap clap, kau pun dapat makan burger. Hooray hooray pulang bahagia.
Then suatu hari, kau pun, rasa nak makan lagi, tapi, mak kau lama dah tak bawak. Kau pun, memberontak. Hentak kaki dang dang, capai pinggan, geduntang hempas atas lantai. Ok, ini metafora dia ringan sikit. Nanti aku kasi berat lagi. So, di sini, bukan hak kau untuk mengamuk sakan tak tentu pasal, sebab, ianya bukan pada hak dan batilnya untuk kau mendapat apa yang kau hajati, kerana, ia bukan hak kau. Maka, kau boleh berlaku zalim, kerana, tidak berlaku adil dalam meletakkan sesuatu pada tempat yang sebetulnya.

Ok, Nampak? Ke tak?

Aku, membesar, dahulu, sekolah menengah, jarang pergi Bandar. Bukan macam budak budak sekarang. Sebabnya? Dahulu, mampus nak suruh mak ayah aku berhantar nak pergi. Memang tak dilayan. So, optionnya, kalau aku nak pergi, aku akan pergi naik bas. Lagipun, keluarga bukan senang. Tak apa. Kita perlu sedar siapa kita ye dak? Ceritanya, budak hari ini, sampai boleh memberontak nak dibelikan motor oleh mak ayah. Sebab? Kononnya susah nak pergi Bandar, susah nak pergi sekolah. Well, ask me, memang pergi matilah jawapan aku. Kenapa aku dulu boleh pergi sekolah asrama, naik bas elok pasal, nak keluar gigih naik bas Seng Heng panas peluh semua, tapi budak hari ini, pumpang pumpang minta kereta motor hanya semata mata sebab ini.

And satu lagi alasannya, “Kenapa kawan adik ayah diorang belikan kereta blab la Swift blab la Blackberry blab la, adik tak boleh?” Like I said, it is a difference between right and privilege. Ayah kawan kau, orang kaya. Duit ada lebih. So, dalam hati dia, why not, belikan anak dia kereta dan macam macam? Still, pembelian itu adalah privilege, bukannya hak. Kau kena dahulukan hak sebelum nak bising tentang keistimewaan. Seperti, kalau kau dah buat tanggungjawab sebagai seorang anak yang baik, pergi sekolah tak pernah ponteng, makan nasi tak tumpah, dan kemas tilam selepas bangun, baru kau boleh bicara. Itupun, keistimewaan tadi bukan kewajipan untuk kau mendapatkannya. Budi bicara adalah asset dalam memberi sesuatu keistimewaan. Kalau mak ayah kau, atas budi bicara mereka, rasa nak kasi, so, mereka kasi lah. Kau tak boleh maki dan memberontak untuk dapatkannya, because it is not a RIGHT, it’s a PRIVILEGE.

Satu lagi perkara, yang terlalu dibangkitkan hari ini dalam Malaysia, isu hak juga. Aku dah banyak ulas rasanya pasal ni. Haih. Tak apa. Hari ini, ramai pumpang pumpang bising minta hak mereka dipenuhi. First of all, before we entertain their demand, mereka sendiri kena lihat, adakah mereka sendiri sudah laksanakan hak mereka? For example, for us citizen untuk tuntut hak dari Negara, adakah kita sudah laksanakan hak kita kepada Negara? Menjaga keamanan, maruah, nama, agama, dan segalanya? Adakah kita sudah berbakti kepada Negara kita? Then, kita lihat juga kembali, adakah yang dituntut tadi, betul betul satu hak? Like for example, ada pihak menuntut hak untuk menjadi gay. F* with you man!!! Memasukkan sesuatu ke tempat yang tak sepatutnya jauh menyimpang dari maksud hak. So, sesuatu yang bukan hak bukanlah sesuatu untuk dituntut.

Baru baru ini, ada satu komen aku terbaca, “Ah, kerajaan pegang negara dah 54 tahun, tak kaya kaya jugak aku.” Now, let’s see. Is being kaya a right for us? Tak kisah siapa yang memerintah, tapi, kalau kau duduk rumah goyang kaki kerja malas, sampai mati 6 kali pun kau tak akan kaya, betul tak? Being kaya is a privilege, and a privilege is something that me must work hard for us to achieve it. (Yes, Marshall Eriksen, I’m quoting you. Haha) Sebab kalau nak tengok scenario hari ini, sampaikan, ada orang yang terlalu gilakan kuasa menjadi Perdana Menteri, sampai dia rasa macam itu adalah hak dia untuk menjadi. Jangan sampai nanti 27 juta orang Malaysia rasa menjadi Perdana Menteri adalah suatu hak. Mati kita nak ada 27 juta ketua.

Ok, lama betul aku dah tak menulis. Entri ini, nahu dan kosa kata, aku rasa, lari ke laut. Peduli apa aku. Hak aku. Kahkahkah.

Wednesday, February 8, 2012

Filem LARIS

Filem yang lebih ditunggu tunggu berbanding filem pontianak lawan serigala yang ada makwe comel itu. Ya, inilah dia, membawakan, LARIS !!!!!

Tuesday, January 31, 2012

Kuantan Sweet Town

Kuantan ni sweet sebenarnya. Cuma, kalau internet tak seghairah Maria Farida, maka nafsu untuk up blog memang pfft.

Wednesday, January 18, 2012

Mari Mari Berdagang Emas Membina Masa Depan Yeeba Andre Andre!!!

Hah. Kepada kawan kawan di luar sana, kita semua sedia maklum salah satu masalah terbesar dalam dunia hari ini adalah masalah kewangan, ye dak? Aku baru terjumpa blog senior sekolah aku dahulu, sekarang dah krja masyuk berdagang emas. Ya, berdagang emas ini kiranya kalau zaman dulu dulu, dah macam Orang Kaya Semantan la dia ni. Pedagang bawa itu kapal bersama barang barang kapalnya yang besar mahu ditukarkan dengan Negara Isketambola. Hah. Hah. Hah.

Dah. Jom layan blog dia dekat sini. Siapa siapa nak berniaga beli obat emas intan permata jual unta semua, boleh terus hubungi dia, saudara Nazmi Saleh. Bukan Nazmi Saleh Presiden BAM tu.

Blog Nazmi Saleh

Monday, January 16, 2012

Adakah Ini Racism?

"Wuu padan muka kalah..." Nathan Dyer ---> Arshavin.

This is, a real hahaha.

Friday, January 13, 2012

Keenakan Burger Harimau

Tap tap tap tap!

Kecing!

Sret.

"Thank you, come again."

Begitu manis sekali suara mesin keluar duit usai sahaja aku mengeluarkan sebilangan wang dari bank Harimau tadi. Jumlahnya malam ini boleh tahan lebih daripada yang biasanya aku lihat. Baik sungguh hati ibu aku. Ah. Kenyang perut aku malam ini barangkali, bentak hati aku.

Sederap motor aku memecah hening malam dan sejuk bayu menuju ke kedai burger paling burger di Melaka, Oblong. Oblong punya burger ni, tak tahu apa rahsia dia. Mungkin jenama daging burger dia. Fatimah ke, Khadijah ke, Ramlah ke apa entah nama jenama dia. Mungkin pemilihan jenama sosnya. Mungkin juga warna pinggan? Yang pasti, memang sedap. Dari burger ayam biasa, pergilah ke burger ayam daging yang luar biasa. Dan roti john, burger burger McD-nya. Pendek kata, orang kata, kalau mahukan kedai burger, inilah definisi kedai burger sebenar.

Aku pun melabuhkan bawah pinggan aku di atas sebuah kerusi. Kerusi plastik. Warnanya ada putih, ada biru. Aku tak memilih warna kerusi. Pasal tujuan aku datang ke sini adalah untuk memakan burger, bukan memilih warna kerusi.

"Abang, bagi saya sebuah burger yang tiada tolok bandingannya, yang sedap bilamana tergigit mulut ini ke daging itu, dan bilamana saat tangan menyeluk kocek untuk membayar, tidak terketar ketar," kata aku kepada abang yang ambil order.

"Burger ayam biasa?" Tanya abang itu penuh panik tetapi dalam pengertiannya.

Aku tersenyum. Pekerja dewasa ini sangat memahami hati pelanggan.

***

Terhidang di situ satu burger nikmat yang aku debar debarkan dari tadi.

Tangan sudah siap siaga, dan akhirnya, ahhhhhhh. Kenikmatan yang orang kata ada pada McDonald, Burger King atau kapitalis kapitalis lain. Suapan demi suapan mengiringi setiap kenikmatan tadi. Aku tersenyum sendirian, ditemani burger yang padu, dan brader masak burger yang tidak putus putus membalikkan daging demi memenuhi keinginan setiap perut yang sabar menanti.

~Kita berkenalan hanya dalam lama mukabuku, tra tang tang...tra tang tang~

Ah, berbunyi pula nada dering telefon bimbitku. Dan terpampang nama ibu aku yang menelefon. Aku tersenyum. Hehehe.

"Hello Along. Ada duit lebih masuk dalam akaun bank Harimau Along tu. Jangan guna ya? Duit komisyen tu. Nanti mama nak masukkan dalam ASB."

Aku tertanya tanya samada aku patut terus habiskan sebuah burger enak tadi, atau aku hanya patut kesali apa yang telah berlaku. Salahkan kalau sejumlah wang tadi ditukar menjadi burger enak? Ah, dunia. Ku tak bisa, sungguh.

This Is The Territory

"Woi, lu ni, cerita politik je. Pergi buat blog politik la."

Sebenarnya, blog ni pada aku tak lebih daripada sebuah tempat untuk aku bersembang dengan stranger. Stranger ni ada 3 jenis. Satu, memang betul betul stranger, yang tak kenal langsung aku, tak tahu macam mana aku tulis, dan akan datang maki maki sebagai anonymous.

Kedua, stranger yang kenal. Kawan kawan. Kutu kutu. Adik beradik. Ok, tipu. Keluarga aku semua tak baca blog aku. Makwe. Ok. Makwe aku pun tak suka baca blog aku. Pendek kata, orang yang tahu la aku ni siapa. Yang kenal aku, sebagai aku ke, Gory ke, Rosyam Nor ke, lantaklah. Janji kenal.

Yang ketiga, stranger tak bernyawa. Macam spam ke, hantu ke, skrin laptop ke, Google ke. Yang tak boleh respon. Ini kawan yang orang kata, bila kita nak, dia ada, bila kita taknak, dia tak ada. Kawan paling setia, adalah blog. Twitter dengan Facebook pun tak macam ni selalu.

Cilakak. Lari topik.

Ok. Ha. Sebenarnya, apa yang aku tulis dalam blog adalah apa yang aku rasa. Kadang kadang aku rasa sedih (puihh), gembira, marah, politik, bola, berangan, bercuti, pedas tawar manis. Yes. Aku tak percaya pada perempuan tulis diari. Tapi aku tulis sesuatu memori supaya tahun depan aku baca, aku boleh tersengih semula dan tengok betapa tak matang aku setahun lepas.

Aku rasa, aku nak sambung tulis cerita dongeng semula la. Cerita Batrisya aku setengah tahun dah tak bersambung sebenarnya. Damn.

Ataupun, cerita pasal apa aku buat seharian. Macam Fatin Suhana ke. Ah. Baru cute.

Wednesday, January 11, 2012

Transformasi Atau Reformasi Politik Sebenar

Profesor Anil K Gupta, the anger from people is natural, and it can be used into two ways, demonstration as usual, or 'innovation of leadership."

Baik kerajaan mahupun pembangkang, hari ini, pattern kepimpinan negara ni tetap sama, wang, kuasa, wang kuasa. Pusing pusing, nama parti je bertukar, corak kepimpinan lebih kurang.

Sebab itu, instead of these two bergaduh, our rakyat actually need a new wave, yang boleh bawa pembaharuan, dan keluar dari tampuk politik sedia ada dan bawa cerita baru. Pemimpin bergaduh kerana masalah rakyat, bukan rakyat bergaduh kerana masalah pemimpin.

Monday, January 9, 2012

Anwar Ibrahim Bebas! Konspirasi!

Alhamdulillah, saudara kita Anwar Ibrahim dijatuhkan tidak bersalah kerana keterangan mangsa tiada sokongan kuat.

Maka, apa apa pun yang berlaku, semuanya dah ditentukan Tuhan. Kerajaan konspirasi ke, apa ke, kerajaan tetap tak boleh lawan Tuhan. Anwar liwat atau tidak, Tuhan tetap tak boleh ditipu.

Jadi, semoga keputusan ini lebih memberi manfaat kepada negara dengan mengukuhkan lagi kepada perpaduan antara negara. Anwar Najib bergaduh, habis satu Malaysia bergaduh sama. Adoy la. Bila la Malaysia ni nak harmoni semula haih.

Aku membayangkan masa depan di mana sejarah pergaduhan baru dicipta. Tiada lagi kes kes liwat lah, kapal selam lah, apa lah.

Cuba esok lusa, zaman kita nanti, kita bergaduh, samada nak bangunkan negara ke tahap maksima, atau fokuskan kepada makanan rakyat. Producing your own food rather that import. Buat macam politik UK. Bergaduh kerana masalah rakyat. Bukan rakyat bergaduh kerana masalah orang politik.

Saturday, January 7, 2012

Mahathir-Anwar Semasa Aku Darjah 2

Aku masih ingat zaman aku darjah 2 3, cikgu aku pernah cakap, Perdana Menteri kita akan lengkap dengan nama R.A.H.M.A.N. Bermula dengan Tunku, kemudian Abdul Razak, Hussein Onn, dan ketika itu Mahathir. Jadi, aku, ketika usia 8 9 tahun, sangat teruja untuk menyelesaikan akronim itu, dan ketika itu, timbalan Mahathir ialah Anwar, maka aku sangat meletak harapan tinggi kepada Anwar Ibrahim untuk mewarisi takhta Mahathir. Maka jika Anwar naik, maka tinggal N yang terakhir untuk dilengkapkan. Ketika itu, aku masih tidak terlalu tahu tentang candidate lain, tetapi satu keyakinan aku adalah Anwar selepas Mahathir.

Aku sangat mengagumi Anwar ketika itu. Mendengar sahaja Anwar membuka mulut, maka terpegun aku. Kalau aku umur 7 8 tahun boleh terpegun, tak mustahil ketika ini aku akan kekal sebagai penyokong kuat dia.

Cuma, kekaguman aku kepada Anwar, tidak setinggi kekaguman aku terhadap Mahathir. Dan bila timbul kes liwat pertama, melopong aku untuk percaya. Liwat itu apa abah? Itu soalan aku kepada abah aku. Mampus abah aku nak jawab. Ya, aku akui, surat khabar sangat memain peranan besar dalam membentuk masyarakat. Kalau seorang darjah 2 boleh tanya definisi liwat, itu adalah berbahaya kepada komuniti dan society.

Abah aku tak jawab. Dia cakap, nanti dah besar tahu. Aku tak puas hati. Aku nak tahu apa itu liwat. Dan menurut cikgu aku, ia adalah suatu perkataan yang sangat tak baik. Dan aku selalu teringat dari kecil cikgu aku ajar untuk tidak cakap perkataan tak baik. Cakap 'aku' pun makcik aku boleh tampar mulut aku, inikan pula nak cakap benda lain. Fuh.

Mungkin ramai akui, kita rindu zaman kegemilangan dan probably terbaik Malaysia, semasa era pemerintahan Mahathir-Anwar. Sebuah negara kecil boleh berada di mata dunia. Anwar dengan mulut manisnya, yang kalau dichannelkan ke arah kebaikan, mampu mengeratkan hubungan yang sangat positif antara negara dan sesama kaum dalam negara kita. Dan Dr M dengan visi dan kerjanya yang diakui dunia sangat baik.

Sekarang, segalanya musnah. Tidak untuk menuding jari kepada siapa siapa, kerana aku dahulu pernah berada dalam situasi untuk memilih siapakah nakhoda.

Mungkin, hari ini, aku lebih matang sedikit berbanding dahulu. Anwar dan Mahathir, sama sama ada kebaikan dan sama sama ada keburukan. Siapa siapa pun macam itu, kecuali para nabi dan wali Allah. Kita manusia memang fitrahnya tidak sempurna. Maka, dalam mencari yang mana lebih baik, cubalah menilai sudut kebaikan dan keburukan mereka, dan ambillah yang the less damaging between the two if both of them are not perfect, sebab keburukan yang lebih mampu memberi lebih kerosakan. And it is always the best to prevent damages than to cure it. Because one broken, considered sold. Haha.

Yes. I miss the days. When Malay agak bersatu. Ya, mungkin berbeza pendapat antara UMNO dan PAS, tetapi berpecah dua lebih baik daripada berpecah 3 seperti sekarang.

God. Only You know what future lies in front of this country, and am hoping that it is a better future.

Let us people of this country, who love peace and harmony, and wanted for Malaysia to have a blue sky tomorrow, we pray together for it, regardless of our races, colors, religion, political view, because kalau bukan kita, siapa lagi? Peace folks.

Oh, and please, whoever has power and money in their mind, for once, please put the sake of the country first, before your dick. :)

Friday, January 6, 2012

Kebanggaan Ibu Bapa

Bila bercakap soal bangga dan ibu bapa, ia seperti sebuah sinonim. Kau tahu sinonim tu apa tak? Ala, macam kalau kita cakap pasal bola sepak, kita akan ingat Manchester United, kalau bercakap soal lelaki hensem, Aron Aziz. Cakap pasal aku, ingat Rosyam Nor. Ha. Sinonim. So, bila kita bercakap pasal bangga, tentu, antara orang pertama yang kita mahu banggakan ialah ibu bapa kita, bukan? Hm, kenapa ya soalnya?

Baru tadi, semasa aku mengelamun seorang diri lepas jawab paper, tiba tiba aku teringat pakcik dan makcik aku awal tahun lepas, betapa bangganya mereka dapat anak sulung. Lantas, terlintas dalam kepala aku sesuatu.

Sebenarnya, sejak dari ibu bapa dimaklumkan yang si ibu mengandung, mereka sudah gembira dan bangga. Kalau boleh, mahu sahaja mereka ceritakan kepada semua orang, betapa bangganya mereka. Padahal, baru bangga kerana mahu mendapat anak. Belum dapat lagi.

Kemudian, sebaik sahaja anak tadi selamat dilahirkan, berjurailah mata sang ibu dan bapa, gembira dan bangga akan kelahiran dan kurniaan Tuhan tadi. Lihat, kita lahir sahaja di muka bumi, kita sudah berjaya membuat ibu bapa kita gembira.



Kemudian, bila kita sudah mula pertama kali buka mata dan berbunyi, maka sekali lagi, ibu bapa kita akan dengan bangganya bercerita dekat kawan kawan dan saudara mara. "4 bulan dah dia, dah pandai senyum bila tengok kita," "Dah reti ketawa dah dia," dan, "Setiap malam dia tidur mesti nak dengar lagu Najwa Latiff" antara cerita cerita yang ibu bapa kita akan kongsi. Bererti sedikit sebanyak, mereka bangga dengan apa yang kita boleh lakukan di usia demikian.

Itu belum kira bila pandai bercakap, bertatih, berlari, panjat pagar, tendang bola, tanak nasi, basuh pinggan, lukis gambar Pokemon, dan lain lain. Pendek kata, apa sahaja anak anak buat sesuatu yang baik, pasti mereka akan bercerita, well, means, terbit sedikit rasa gembira dan bangga.

Kalau nak masuk cerita "anak saya dapat 5A," "anak saya dapat masuk sekolah asrama" dan pencapaian pencapaian peperiksaan, memang tak terkira lah ceritanya. Kerana, Islam sendiri mengajar kita untuk membanggakan ibu bapa.

Kalau tak silap, ada hadis yang lebih kurang, siapa yang dapat buat ibunya menangis kerana gembira dan bangga, maka gugur api neraka. Kalau siapa dapat yang sahih, boleh kongsi.

Tapi aku tak paham lagi part kalau anak kita buat sesuatu yang kononnya 'rebel' dan menganggu gugat ketenteraman awam, ibu bapa akan bangga. Ada ke?

Mak ayah aku? Aku rasa, kalau aku telefon mak aku atau ayah aku ajak bersembang dan tak masuk isu minta duit, mereka akan bangga kot. Hehehe.

Wednesday, January 4, 2012

Undang Undang Manusia VS Undang Undang Allah

Hari ini, ada manusia yang datang, mencabar undang undang,
Yang bertujuan memimpin peribadi ke arah kebaikan,
Dengan berpanjikan hak kebebasan.

Dan bersorak menang.

Jangan esok kau datang, dan mencabar agama pula,
Yang datang untuk membentuk akhlak manusia yang lebih sempurna,
Kerana kau akan kata kau MUNGKIN punya hak untuk bebas.

Undang undang Allah itu wajib, tidak bermakna undang undang manusia itu hina.
Kerana datangnya undang undang manusia untuk kemaslahatan masyarakat dan budaya setempat.

Selagi tidak melanggar undang undang Allah.

Nanti kau sudah berada di atas, baru kau akan tahu perit jerih mengawal manusia yang mahukan lawlessness society dan freedom of sex ini.

Tuesday, January 3, 2012

Second Wish

Ok, sedia maklum, peperiksaan bakal kunjung tiba. Oh yeah! First exam for my degree. And of course, my wish is to get the best out of this examination, for me, my sweetie and all of my friends and us.

Mari kita sama sama berjuang bersungguh sungguh! Yes, inilah perjuangan sebenar mahasiswa! Bukan baring atas jalan! Hahaha

Sunday, January 1, 2012

My First Wish For 2012, Dear God

Yes, I know I made some wish to get married! Haha, sabar ya awak?

Ok, serious business folks.

My only wish, for this year, is only to get some peacefulness and harmony back on this land of Malaysia ya Allah. Hari ini, golongan terpelajar dan bakal pengajar sendiri yang tunjukkan apa yang telah mereka belajar. Kalau yang belajar tinggi pun dah macam ni, yang kononnya suatu hari nanti akan memimpin negara, what does future lies for us?

Please people, kebebasan tak bermakna apa apa, kalau hidup dimusuhi. Hablumminallah wa hablumminannas. Sebab itu, tiada makhluk yang sanggup untuk menerima tugas sebagai khalifah di muka bumi, kerana besarnya tanggungjawab itu, sebelah kaki di neraka!

Guys, cukuplah dengan kebebasan. Cukup sekadar hak kita untuk hidup dan bersembahyang di atas muka bumi ini. Ya, pemimpin kita zalim, rasuah, makan tahi and everything, tapi itulah dugaannya sebagai pemimpin. Jangan risau, mereka tidak akan terlepas. Tuhan itu tidak buta.

Plus, there must be a reason why God put someone as a leader, because there's always a hikmah behind everything happen. Jangan kita terikut dengan budaya Barat yang mahukan kebebasan dalam setiap aspek kehidupan.

V for Merdeka? Folks, V for peace is the sign used by anarchist to spread their idealism to bring a lawlessness society to the world. Ya, masyarakat yang tidak terikat dengan undang undang. In other word, no laws or religions can prevent us from doing whatever we want.

And, lastly, salam 2012. Bermaaf maafan, eratkan hubungan sesama kita, dan abaikan persilisihan faham, because menyambung silaturrahim is one of the biggest rahmat di bawah langit Allah. Wallahualam.

Dua Puluh Dua Belas

Peppp!!!! Pepp!!! (Bunyi benda plastik hari jadi yang orang tiup tu)

Kacing kacing!!!

Selamat tahun baru semua!!! Semoga tahun 2012 membawa dan menyambung lebih makna makna tahun sudah.

Dan semoga kita semua menjadi insan yang menuju ke arah kebaikan yang lebih.

Dan semoga jangan ada yang pandai pandai nak bunuh diri konon takut sangat dengan 21.12.2012 kaum Mayyan tu.

Kiamat semua di tangan Tuhan. Bila takut tu lah kita perlu kembali kepada-Nya dan banyakkan amal. Ya. Ini peringatan untuk aku dan kau kau. Bukan aku nak ceramah agama.

Dan semoga kita semua belajar elok elok dan jangan sertai lumba haram, isap dadah dan demonstrasi haram. Chalo bette!