Kite lahir diazankan, dan disembahyangkan ketike meninggal. Berape singkat sebuah kehidupan?
Perginya sebutir mutiara rare sangat dirasai. Tiada makne raya tanpa iklan beliau. Tiada erti merdeka tanpe sentuhan beliau. Hilang calitan sekelumit hitam, putih dan coklat di atas sehelai kertas putih bername Malaysia. malah, warne tadi dilihat same walaupun berbeza. Cinta semanis Melayu dan Cina(Sepet dan Gubra), cinta semanis kanak-kanak ( Mukhsin dan iklan Tan Hon Ming In Love), tiade lagi. Jujur, sebak tiade tertahan. Tangisan deras membasahi pipi. Aku hanya mampu menghadiahkan Al-Fatihah kepadenya, yang telah menghadiahkan kite terlalu banyak perkara yang tidak ternilai. Persahabatan, kasih sayang, perpaduan, di saat mereka yang berade di atas saling berpecah demi kepentingan masing masing. Masing masing menjanjikan rakyat segala macam tebu, tetapi hanya sekadar di bibir. Sedangkan beliau, walau dimaki dan dihamun mereka mereka yang di atas, tanpe sebarang janji dan mengharapkan balasan, menghulurkan kite Malaysia untuk dihayati Malaysia. Warne kulit hanyelah satu di sebalik kaca matanye, dan hati adalah anugerah Ilahi. Aku cukup tersentuh setiap kali melihat iklan Tan Hon Ming, betape ikhlas senyuman dan ungkapan kanak kanak tanpe skrip. Erti kasih sayang dan cinta di mata mereka. Persembahan betape tiade perbezaan perkauman di awal usia, mengape perlu ketika dewasa? Tidak mungkin sama sekali akan dapat dilihat dari sudut mata pengarah profesor itu. Dan betape setiap daripada kita pasti menantikan sentuhan beliau setiap kali musim perayaan. Walau hanye beberape minit, namun kesannya dirasakan sekian lama. Tuhan telah meminjamkan kite sesuatu yang terlalu bidadari, dan di saat Dia menamatkan tempoh pinjaman, jelata rakyat merasai kehilangannya. Setiap jiwa muda, tua, kaya, miskin, Cine, India, Melayu, telah disentuhnya. Semoga rohnya sentiase dicucuri rahmat dan diletakkan dalam golongan mereka di sisi-Nya. Amin.
Gerai : Sebaris dengan Tan Sri P Ramlee dan Allayarham Sudirman Haji Arshad. Al-Fatihah.Yasmin Ahmad. 1958-2009.We always love you
Wednesday, July 29, 2009
Sunday, July 26, 2009
Filem Sebelum Sambung Belajar
Motif cuti aku sememangnya adalah untuk filem. Tiada ragu. Ya, Harry Potter yang di harap harap kan, tetapi gagal....Setem pilak lambat sangat keluar. Taking Of Pelham 123 dalam senarai, tetapi tidak di atas. Filem remake kepade filem yang bertajuk same, Taking Pelham Of One Two Three tahun 1974. Sungguh sinis. Namun memandangkan itu sahaja filem yang ada, duit tetap disalurkan. Ternyata terlalu berbaloi. Penghayatan Denzel Washington sebagai Gerber sangat smart, terutama part die mengaku amik rasuah. Sangat mendalam. John Travolta pula gile punye style melakonkan karakter Ryder, penyangak Wall Street yang taksub dengan kehidupan dan kematian. 8 per 10 untuk filem ini. Padat. Oh, dan John Turturro ( bos Sector Seven) dan Ramon Rodriguez ( Delgado, roommate Sam Withcwicky). Terase macam tengok cite Transformers je....
Warung : Ingat nak cari novel The Taking Of Pelham 123
Warung : Ingat nak cari novel The Taking Of Pelham 123
Thursday, July 23, 2009
Lagi Tentang Filem
Sejujurnya, Transformers masih mendahului carta dalam filem terhangat untuk musim panas ini. Kejayaan Transformers telah menyebabkan aku taraf menaruh harapan menjadi tinggi terhadap filem filem lain. Hakikatnya, gagal. Malam Di Muzium gagal mencapai tahap yang aku jangkakan, tetapi masih terdapat joke joke yang menarik. Namun, kehampaan terbesar diletakkan kepade filem Harry Potter, filem yang paling aku menaruh harapan tinggi. David Yates sekali lagi gagal, sama seperti Order Of The Phoenix. Sama ada kematangan Daniel Radcliff yang membuatkan beliau semakin tidak comel, atau aku yang semakin tua untuk merasai keghairan filem tersebut, aku tidak pasti. Tetapi, setelah habis menelaah sepnjang minggu lpeas menonton filem filem Harry Potter yang lama, aku yakin kesalahan terletak di bahu David Yates. Pulangkan semula keghairahan Harry Potter ku! Half-Blood Price hanya mampu menaikkan nafsuku untuk membaca novel ke=7 yang sudah 2 bulan dipinjam tetapi masih tersusun rapi bersame Kacip dan Perempuan Simpanan.
By the way, demam semakin suru dan kepale semakin tidak pening. Harap semesterku kembali lancar selepas beberape sesi masalah menimbul.
By the way, demam semakin suru dan kepale semakin tidak pening. Harap semesterku kembali lancar selepas beberape sesi masalah menimbul.
Sunday, July 12, 2009
DOA
Dead.Or.Alive. Bukan game@cerite wanita seksi seksi tu,tapi lebih serius. Doakan semua mereka yang dikuarantin supaye cepat sembuh. Dan doakan kepade En. Gregory Rudolf sekali. Symptoms sudah kelihatan. Semoga beliau cepat sembuh
gerai : Cuak!
gerai : Cuak!
Thursday, July 9, 2009
Tap Water is Better Than Bottled Water
Huh,bilik da baru...rase rase kehidupan lebih teratur r berbanding dua sem lepas (bilik lantai simen,rase cam duduk dalam stor). tapi, dining dah tak menjual lagi air mineral secare borong. Paling paling kuat botol kecik. Jadi, selepas terbace artikel di atas, aku pun beralih arah ke water cooler (saving). Namun, selepas dua hari, aku mengalami kegersangan (kering) tekak, selesema tikus dan batuk berganda. Suhu badan meningkat. Kelas da x ngam ngan idung, pasal mereka ade pendingin hawa yang menjadi musuh ketat hidung meleleh. Doktor klinik nyaris suspek aku H1N1, tapi aku pantas menafikan segale dakwaan dan tuduhan x berasas beliau. Seksa!
Warung : Sekali bace semule artikel tu, setting tempat adalah US. Tidak sama sekali di Malaysia, apatah lagi kat blok kediaman aku. berpaling cinta ke air mineral botol semula...
Warung : Sekali bace semule artikel tu, setting tempat adalah US. Tidak sama sekali di Malaysia, apatah lagi kat blok kediaman aku. berpaling cinta ke air mineral botol semula...
Subscribe to:
Posts (Atom)