Thursday, July 23, 2009

Lagi Tentang Filem

Sejujurnya, Transformers masih mendahului carta dalam filem terhangat untuk musim panas ini. Kejayaan Transformers telah menyebabkan aku taraf menaruh harapan menjadi tinggi terhadap filem filem lain. Hakikatnya, gagal. Malam Di Muzium gagal mencapai tahap yang aku jangkakan, tetapi masih terdapat joke joke yang menarik. Namun, kehampaan terbesar diletakkan kepade filem Harry Potter, filem yang paling aku menaruh harapan tinggi. David Yates sekali lagi gagal, sama seperti Order Of The Phoenix. Sama ada kematangan Daniel Radcliff yang membuatkan beliau semakin tidak comel, atau aku yang semakin tua untuk merasai keghairan filem tersebut, aku tidak pasti. Tetapi, setelah habis menelaah sepnjang minggu lpeas menonton filem filem Harry Potter yang lama, aku yakin kesalahan terletak di bahu David Yates. Pulangkan semula keghairahan Harry Potter ku! Half-Blood Price hanya mampu menaikkan nafsuku untuk membaca novel ke=7 yang sudah 2 bulan dipinjam tetapi masih tersusun rapi bersame Kacip dan Perempuan Simpanan.

By the way, demam semakin suru dan kepale semakin tidak pening. Harap semesterku kembali lancar selepas beberape sesi masalah menimbul.

No comments:

Post a Comment