Thursday, August 13, 2009

Kamu Bercakap Tentang Kebebasan Bersuara Dan Hak Manusia, Tetapi Kamu Lupa Bahawa

Tuhan jadikan dunia untuk semua. Pengganti syurga, kerana manusia terlalu angkuh, perlu belajar untuk hidup di syurga. Bukan salah Adam dan Hawa, kerana sememangnya itu sifat manusia. Insan. Lupa. Dunia. Ada syurgakah di dunia? Rumahku syurgaku. Benar? Tanpa rumah, tiada syurga? Rumah besar, mewah, syurgakah? Kalau hati seperti di neraka, tidak pernah kenal erti tenang, santun, rendah, syurgakah? Rumah kecil, tidak syurgakah? Kalau hati hanya Allah, hanya Tuhan, yang memberi syurga, yang meminjamkan dunia. Tetapi Dia meminjamkan dunia, untuk kita mengenal, mana syurga, mana neraka. Kau kaya, kau di mulia. Aku miskin, aku hina. Hakikat dunia. Inikah yang Tuhan perintahkan kita pelajari di dunia? Wang adalah segalanya? Di mana nilai kasih sayang? Di mana nilai pengorbanan? Di mana nilai kemurnian? Bernilaikah ini semua, jika ditimbang dengan jutaan ringgit? Kesetiaan. Apa itu? Perlukah? Kau tiada, aku cari ganti. Hakikat. Di mana nilai kesetiaan? Berbaloikah setia kepada yang tiada? Bernilai?

Dunia untuk manusia, tetapi bukan untuk manusia. Bukan milik, tetapi singgahan. Godaan. Mampukah kau berkorban dunia untuk syurga, atau sebaliknya? Atau kamu percaya kesetiaan tiada nilai? Mengapa perlu tolak dunia? Perlukah aku gantikan dengan syurga? Tetapi kenapa perlu aku, sedangkan aku tidak setia? Aku tidak setia kepada syurga, sebab itu aku gantikan dengan dunia, bukankah? Atau, aku tidak percaya kepada syurga, kerana dunia sudah terlalu indah? Rumahku sudah syurga? Apa itu rumah padaku? Lindungan panas hujan? Binatang buas? Atau, sesuatu yang lebih? Mengapa hatiku tiada di sini? Ke manakah ia? Sudah ke syurga? Atau dibuai dunia? Ya, dibuai dunia, sebab itu tiada di syurga, rumahku. Hanyutkah ia? Lemas ditenggelami lautan godaan, lautan bisikan.

Tetapi, dunia bukan untuk aku. Bukan? Ya, kerana bukan aku sahaja di dunia. Semua di dunia sebelum di syurga atau neraka. Jadi, dunia untuk semua? Maka, bebaslah kita di dunia? Suara, tangan, kepala, semua bebas. Hati memandu ke jalan keinginan, bukan cahaya keperluan. Jadi, mengapa undang-undang, sedangkan kita perlu bebas. Sesuka hati, tiada undang-undang, hanya hawa nafsu dan bisikan ‘mereka’. Bukan? Jika begitu, kenapa tidak kita di syurga? Lebih bebas. Tiada undang-undang. Yet, kita masih di dunia, kerana Tuhan tahu kita akan lupa tentang sesuatu, sesuatu yang menyebabkan kita di dunia, bukan di syurga. Mengapa? Kamu fikir, atau kamu sedia tanya Tuhan?

Warung : I’m neither good nor words boy, but hopefully you got what I mean. Human right issue is just something created to do what we want to do. It’s not wrong, but remember, God do has the right on us, through His dos and don’ts; laws.

1 comment:

  1. gua nak nangis beb bace ni..
    tp gua nk btaw lu la..
    itu ari worldstage..
    memang...heaven..
    haha..

    ReplyDelete