Monday, February 28, 2011

Does Crime Pay?

Memandangkan esok aku ada test lagi, maka akan keluar lagilah entri. Kahkahkah.

Ok, kembali serius.

Itu hari keluar berita. A woman, langgar 2 peragut yang telah meragut perempuan tadi. Langgar hingga mati. So you guys, you guys rasa, does the woman did a crime?

Let us put into a word. Adakah adil, perempuan tadi, yang diragut, mengejar dan melanggar peragut tadi, sedangkan peragut lakhnat tadi yang sial bersalah? Adakah Malaysia sekarang ini membela pesalah?

Macam contoh. Aku pecah masuk rumah engkau. Aku curi rantai emas engkau. Dan aku cuba merogol engkau. Kemudian engkau menembak aku hingga cedera. So, aku dakwa engkau. Adakah engkau yang salah, atau aku?

Well in this case, engkau boleh kata engkau self-defense, kan? Sebab engkau diserang dan dicedera. Tapi, how about that woman tadi? Technically, dia tidak diserang atau dicederakan. Dia hanya diragut yang tidak meninggalkan sebarang kecederaan pada tubuh. Jadi, engkau rasa, salahkah tindakan dia mengejar peragut tadi dengan kereta dan melanggarnya? Atau biarkan sahaja peragut tadi bebas, in the name of LAW, dan biarkan peragut peragut Malaysia berleluasa?

Di sini, aku nak highlight, yang actionable per se, which means that, sebabkan act kita tadi, kita kena terima consequencenya. Macam contoh peragut tadi, dah berani dia ragut, beranilah dia tanggung.

Lagi, aku nak petik, isu adik Aminurrasyid. Well, I'm sorry to hear about him seriously. He seems to be a nice kid. And mungkin, sedikit kesilapan kecil cost his life. And kalau kita tidak percaya Tuhan, kita might say that dia meninggal secara kejam. Hm...but fikir semula. Di USA, sorry aku tak ingat nama pelakon ni, anaknya mati disebabkan sejenis penyakit yang berjangkit or some sort of that, yang mana dia boleh saman pihak hospital atas sebab kecuaian. And yes, dia saman, sebab dia ada hak, dan anaknya tidak melakukan kesalahan. But, after winning the case and the money, dia tubuhkan yayasan untuk bangkitkan kesedaran supaya anak orang lain tidak mati macam anak dia. Sama juga macam Hulk Hogan. Anak dia memandu secara merbahaya hingga menyebabkan kematian kepada kawan baik anak dia. And yes, kawan baik anak dia tadi menyumbang kepada kemalangan tadi sebab dua dua pun mabuk dan galak huha huha. Tapi, selepas menjalani hukuman penjara semua, adakah Hulk Hogan berdiam diri? Tidak. Dia keluar, dan remind everyone not to do apa yang anak dia buat.

Well, in the case of Aminurrasyid. You know, Tuhan maybe telah meletakkan kegerunan dalam diri dia, dan mungkin dah mengucap panjang ke apa, Wallahualam sebelum ditembak. Tapi, adakah hanya kerana polis melakukan kerjanya untuk menjaga keamanan, menyebabkan polis tadi didakwa? Someone, bawak kereta laju laju lintas polis, and ignore siren dari pihak polis. What do you guys reckon? Pailang dan taiko besar je yang berani buat begitu. Takkan nak expect, polis tadi kejar, then tahan elok elok, tanya elok elok kenapa bawa laju laju, kan? Kalau dah gitu situasinya, of course la something fishy yang berlaku. Polis maybe tak tau dalam tu ada budak. So, dalam usaha menjaga ketenteraman, dia terpaksa melepaskan tembakan. Mana tau, nanti budak tu langgar anak orang lain, langgar kereta orang lain. Dah panjang hal jadi.

So, apa mesej Tuhan cuba sampaikan? Yes, obey the law. Tuhan bagi hint dalam kes ni, bahawa kalau kita melakukan kesalahan, even kecil sekalipun, it may lead to a bigger problem. Pada akal aku, ibu bapa Aminurrasyid patut look at the bigger picture and come out with something valuable hasil daripada kematian anaknya tadi. Patutnya, mereka tampil, dan beri peringatan kepada anak muda, yang jangan memandu tanpa lesen. Nanti eksiden, kena tembak. Tapi tidak, politik di Malaysia lebih berkuasa dari mesej Tuhan. Datang tangan tangan berkepentingan yang cuba menjatuhkan institusi kuasa polis. Well, cuba kau bayang, kalau polis tadi didakwa dan dihukum atas kesalahannya 'melakukan' tanggungjawab dia tadi? Mat rempit di Malaysia akan lebih bermaharajalela. Kalau ada road block, apa nak takut, langgar je polis. Pasal polis dah tak ada kuasa nak hukum orang. Kang hukum, kena dakwa dekat court. Well, here, politician lebih berkuasa dari pihak berkuasa.

And jangan kamu politician bising if anak kamu nanti, satu hari, kena langgar, ragut, rogol dan mati di tangan peragut, which happen to be the mat rempit as well.

"Ok, test. Study." Gory, 2011.

Sunday, February 27, 2011

Menjual Ikan

Hari ini, kecoh kononnya Hindraf ingin membuat demonstrasi Solidarity UMNO pe bende tah namanya. Maka, tuding menuding jari berlaku antara kerajaan dengan Hindraf, yang technically menjadi gerbang pembangkang untuk membawa ombak revolusi Asia Barat ke sini.

Ready?

BULLSHIT!

Depa ingat sedap ke nak berevolusi (be-revolusi, bukan ber-evolusi. Itu kerja Darwin) sana sini? Depa cakap, kerajaan selfish sebab tak memikirkan kesengsaraan rakyat. Mari kita tengok dari sudut mereka. Kerajaan kita berasuah sana sini, menghabiskan duit rakyat kita. Tanpa memikirkan nasib rakyat yang saban hari berjuang mencari rezeki untuk menyara anak keluarga. Yes, point di situ. mari kita bagi contoh. "And by contoh, I mean CONTOH." Datuk Seri N R (nama hampir nama sebenar), beliau dilahirkan dalam keluarga bangsawan. Naah, not bangsawan. In fact, beliau dilahirkan dalam keluarga Perdana Menteri. Bapanya Perdana Menteri dahulu. And kalau kita cuba bayangkan kehidupan dari zaman kecilnya, he is spooned feed. Silver one. Lahir dalam keluarga yang memang kaya. Berduit. Tidak merasakan kesusahan mencari sesuap nasi untuk dimakan sehari. Same apllies to beberapa Pak Menteri lagi, Hishamudin ke, Nazri ke. Dan kita boleh lihat applicationnya kepada kehidupan anak anak mereka sekarang. Cara mereka berbelanja. Dan dari situ, kita nampak bahawa mereka memang keluarga yang berbelanja. Unlike Tun M, yang dari kecilnya, memikirkan tentang pelajaran untuk merubah nasib keluarga. Memikirkan sama ada menjadi lawyer atau doktor, kerana option ini sahaja professional yang mampu mengubah nasib keluarganya. Natam beruk. Merubah ke mengubah sebenarnya ni. Ah, tak kisah.

Then see? Di mana terbitnya bibit bibit tak puas hati dalam kalangan rakyat? Sebab itu, rakyat seperti mahukan agar gaji gaji Pak Menteri dan elaun elaun mereka semuanya dipotong, kalau boleh biar banyak banyak. 10%, 20% kalau boleh. Kalau dapat potong 10%, setahun kita boleh dapat almost RM 20,000 something, from one Pak Menteri. Kalau 10? Dah boleh dapat RM 200,000. Tak ke banyak tu. Boleh disalurkan kepada rakyat. And lakukan juga penjimatan dari sudut projek projek mega. Tak payah la nak Menara Warisan sana sini. Jimatkan lah tanah negara ni. Orang luar datang sini untuk nature yang kita ada, bukan untuk bangunan bangunan kita yang wannabe.

Ok, well, that's the selfish side of the kerajaan. Sounds not nice kan? But how about the pembangkang side yang mereka duk slogan slogan kan? First of all, mereka kata yang kerajaan selfish kerana tidak mahu luluskan lesen perhimpunan mereka. Well, remember the ISA demonstration? Kedai dirosakkan sana sini, perniagaan terjejas, imej negara hancur berkecai. Itu tidak selfish? In fact, probability untuk menimbulkan kekecohan dalam kalangan rakyat, yang boleh lead to pecah belah kaum, adalah lebih buruk kesannya. Dan itu masih belum selfish? Fikirlah sikit. Check top 10 richest people in Malaysia. Ananda Krishnan, Robert Kuok. Melayu? Seorang saja beb. Dan usaha kami untuk membantu bangsa kami yang sememangnya miskin ini pun awak awak semua tak nak consider. Consider la sikit, dulu Tunku Abdul Rahman dah permission untuk Cina India joint this country. Tun Sambathan dan Tun Tan Cheng Lock pun iktiraf pengorbanan Tunku. Kenapa nak ego sangat? Without them, you're not here la my man.

Then, polis tak nak luluskan lesen, well first maybe sebab arahan kerajaan, but then, tanggungjawab mereka untuk memastikan keamanan. Kita bercakap soal tanggungjawab. And you guys mahu kata selfish kerana menjalankan tanggungjawab? Please la. And thirdly, like Tun M said, kalau jatuhkan current government sekalipun, adakah kerajaan pembangkang selepas ini mampu untuk mentadbir negara secara telus? DAP? Heh! Just look at PAP la my dear Melayu. Singapore dah tak boleh nak azan, because of PAP, yang dahulunya masuk keluar surau masjid bersongkok berkopiah untuk meraih undi Melayu. (Wow, bunyi macam that act has already happen here.) Tolong lah tolong.

Kepada kerajaan, tolonglah dengar rintihan kami dalam nada yang bukan keganasan ini. Consider la potong gaji Pak Menteri. Consider la hentikan projek projek mega, Kami tak mahukan negara yang berpendapatan tinggi, sebab tak semua pun yang berpendapatan tinggi. Kami hanya mahukan negara yang kami boleh hidup aman, dan biar miskin, tapi tak lapar.

Dan kepada pembangkang, please, lessen your greedy on power. Salurkan suara ketidakpuashatian secara bermadah. Kami taknak nasib kami diperjudikan oleh ketamakan kamu kamu semua. Please.

Please please. :-(

Dan kenapalah, setiap kali aku ada test, setiap kali itulah entri aku panjang berjela.

Friday, February 25, 2011

Kisah Kucing Saya

Ok, actually, it's not my kucing. Kucingnya si Aidir, my housemate.

Was born around last March. So, secara kasarnya, tak masuk setahun lagi. But then, last December, dia dah beromen dengan satu kucing jantan. Hitam. Bobby, si kucing kami, putih. So, mengandung la si Bobby ni. Then, Aidir kata, sejak main itu hari, Bobby ni dah tak keluar rumah mencari laki dah. Menyesal kot. Dapat hitam. Padan muka.

Then, around last two weeks, malam Jemaat, Bobby pun bersalin. Bawah sofa rumah kami. Damn damn damn. Ya, dan Bobby bersalin atas tuala aku. Setended la nak bersalin pakai tuala rendam air panas kan? Tapi, Bobby setel sendiri la hal dia bersalin, pasal mak bidan malam tu kan malam Jemaat. Tanggungjawab ke suami la kot gamaknya ye dak?

Aku dah tido time tu. Budak budak ni kata, dengar la bunyi Bobby mengerang. Cari cari satu rumah, rupanya dah bersalin bawah sofa. Prret! Prret! Sekor, dua. Sampai la enam ekor. Tiga putih, tiga hitam. Ye la, dah bapaknya hitam kan. Orang kata kawin campur ni anak jadi pandai. Taktau la anak anak Bobby ni macam mana perginya nanti performance akademik masing masing.

So, sekarang, Bobby, hampir berusia setahun, adalah seorang ibu tunggal. Lakinya dah ceraikannya. Lama dah. Well, in fact, masa beromen tu je la diorang kenal. One night stand la kira. Sekarang, hari hari Bobby diisi dengan aktivti menyusu anak, makan, menyusu anak, makan, menyusu anak, makan, menyusu anak. Penat, tido. Kurus kecik je Bobby ni. Macam umur 3 4 bulan gayanya. Macam dah tak terurus dah hidup. Kehulur kehilir mencari makan. Nak suruh kami makan 24 jam lemak la. Kami pun ada esaimen nak kena buat.

Tu lah. Dah kata dulu. Jangan cari laki. Ingat senang ke nak jaga anak ni. 6 pulak sekali tu. Degil. Jenis taknak dengar cakap orang tua. Malam malam bunyi la bising Bobby ni menangis mengenang nasib agak nya. Entahlah Bobby oi. Gatal sangat kan, sapa suruh. Rasakan.

Ni pun, anak sekor dah hilang. Entah mana kau sorok Bobby oi. Ke kau dah makan malam tadi?

Aku pun satu hal. Macam dah tak ada modal nak cerita dekat sini. Hal kucing pun jadi.

"Macam dah tak ada modal je industri blogging di Malaysia ni," Pak Jabit. Kampung Pisang.

Thursday, February 24, 2011

Pro-Mahasiswa Vs Pro-Aspirasi

"Menang jadi arang, kalah jadi pak abu dan pak jabit."

Entah, masuk minggu ini, dua perkataan ini menjadi mainan nista di dada akhbar tempatan. Aku pun tak tahu apa itu mahasiswa aspirasi. Kalau di UiTM ni, kita pangkah undi ikut, 1. Makwe lawa, 2. Lelaki yang bukan lembut, 3. Pose gambar poster tak melibatkan syirik syirik macam bergambar dengan kuasa matahari. Tapi UiTM Lendu ni la. UiTM lain, aku taktau la.

Dengar dengar cerita juga kononnya Pro-M ni pembangkang, Aspirasi tu kerajaan, ataupun sebaliknya, aku tak sure. Tak kisah lah. Tapi, bila mana timbulnya pilihanraya, maka keluar lah AUKU sana sini supaya dimansuhkan.

Ok, ready?

BULLSHIT!

Although AUKU 1971 was mainly created for the establishment, maintenance and administration for University and University Colleges, but it was later revised a few times by former Prime Minister, Tun Dr. M, who was then the Minister of Education untuk mengawal aktiviti pelajar pelajar daripada terlibat dengan politik atau kesatuan kerja.

Jangan baca Wikipedia untuk mendapatkan maklumat berhubung Malaysia kerana Wikipedia adalah nukilan pembenci Malaysia.

Jadi, according to AUKU haters, AUKU is said to be "melanggar prinsip keadilan undang undang dan demokrasi". Why? Because you can be dihukum without being proven wrong. For example, jika tertangkap dalam demonstrasi politik, kamu mungkin akan terus dihukum sebelum didapati bersalah. Not nice isn't it? Well, let me say this. JAKIM rush ke dalam sebuah pub, dan menangkap kamu yang sedang memegang sebotol arak, tapi kamu tidak meminumnya. Well, you drink it or not, you can hire Karpal Singh to prove to the court that you're not guilty. Are you guilty? Well, you make yourself looks guilty, sebab tindakan kamu itu sendiri. Jadi, untuk tidak meletakkan diri kamu dalam sebarang masalah, jangan terlibat dalam sebarang masalah dari mula lagi. And that's what AUKU targets for.

Ya, aku penyokong AUKU. Tak kisah lah kau anak YB ke, Presiden ke, Ultraman ke, once you break this act, you're responsible for what you've done. Kenapa perlunya AUKU? Sebab, without it, pelajar kita akan sewenang wenangnya terlibat dalam politik, dan usia muda kita sebenarnya belum melayakkan kita untuk terlibat secara langsung with it. Beb, kita darah muda lagi beb. Bertindak semua ikut nafsu, ikut hati kata sedap je. Kita belum cukup matang untuk masuk dalam rencah dunia yang penuh tipu daya ni. Kita sebagai student, fokus pada belajar je da la woi. Tak payah nak sibuk sibuk berpolitik sana sini. Nak tunai tanggungjawab sebagai pelajar pun terumbang ambing lagi, inikan pula nak pegang tanggungjawab besar besar. Lagipun, when we student, aged 21, 22, 23, 24, terlibat dengan benda benda ni, we're more likely to bias than neutral. Kita akan mendengar segala keburukan yang tidak memihak kepada kita, dan mulalah kononnya suara pelajar kita harus didengari. Bullshit! Politicians are just a bunch of losers yang menggunakan kita untuk kepentingan masing masing. Hari itu, lepas Mesir merusuh, mulalah cakap cakap kononnya ombak Malaysia pula akan membadai. Man, you can bring down the current government, but belum pasti kerajaan yang menggantikannya adalah lebih baik daripada yang digulingkan tadi. Just like pepatah Mesir, harimau yang luka akan kembali dengan lebih ganas.

So, what I'm trying to say that, yes, we do have voice. Yes, kita layak untuk diberi perhatian sebaiknya. But then, kembali kepada tanggungjawab utama kita sebagai pelajar. Belajar. Biarlah rakyat lain yang sibuk sibuk hal politik. Kalau kita rasa korup, once kita dah habis belajar nanti, kita jadi pemimpin negara, kita bentuk ikut acuan kita sendiri yang lebih adil. By then, it would be nicer. To have a pembangkang and kerajaan yang saling bermatlamat untuk membina sebuah negara yang diidamkan, and walk along the way to the mission together, bahu ke bahu.

Ok, aku ada test dalam sejam lagi, dan aku baru nak buka muka surat satu. Kahkahkah. Selamat Ber-AUKU!

"Don't look at what's your country should give to you. Instead, look at what you should give to your country." Honest Abe Lincoln.

Wednesday, February 23, 2011

Gory, Apa Itu Insurans?

Insurans adalah....


...


...


...


Nantikan kemunculan blog baru aku yang akan membincangkan sedikit sebanyak tentang insurans, takaful, dan produk produk yang ditawarkan. Buat masa ini, siapa siapa yang nak tanya apa apa, dipersilakan. Komen boleh, emel boleh, Facebook pun boleh. Insyaallah, aku akan cuba sedaya upaya untuk menjawab.

P/S: "Well, I'm not an insurance agent. I'm a financial advisor." Jeng jeng!

Sunday, February 20, 2011

Suatu Hari Nanti...

"Nazim, ceritakan pada kelas pekerjaan bapa awak," kata Cikgu Senah kepada Nazim anaknya Ramli.

"Bapa saya cikgu cikgu. Kan bapa saya tu suami cikgu." Dalam nada agak tegas, Nazim menjawab soalan Cikgu Senah bininya Ramli maknye si Nazim tu.

"Er, hu. Ok. Terima kasih kerana berkongsi dengan kelas," kata Cikgu Senah dengan memberi emoticon =,=.

"Ha, awak pula Majid. Bapa awak kerja apa?" tanya Cikgu Senah kepada Majid.

Majid berdiri di mejanya, sambil mengangkat ngangkat seluar membela penampilannya.

"Bapa saya kerja menyelamatkan dunia Cikgu. Melawan raksasa saban hari. Bapa saya Ultraman cikgu."

Rebah si Senah.

Ya, aku mahu anak aku masuk darjah satu nanti bangga menjawab sebegini kepada rakan sekelasnya akan pekerjaan aku. Cuma, nama Majid tu aku tak sure. Nanti lah bincang dengan isteri. Kahkahkah.

Manchester United vs New York Stinson

Overall, aku salute 110% kepada Crawley Town kerana tidak takut untuk bermain bolasepak di Old Trafford. Kalau Man City, dah sah sah park a bus in front of goal. In fact, aku rasa Man United is the second best dalam game tadi. Kalau Crawley's players improve finishing touch 10% more, then I'm sure diorang boleh ayam Man United 3-1 tadi. End.

Next, mari kita beralih kepada tajuk di atas.






Goalkeeper Man United baru, Anders Lindegaard. Dari Aasalund ke ape tah nama team dia sebelum ni. Performance so far, belum ada bola berbahaya sampai kepadanya. Jadi setakat ni, rate masih ok.


Lindegaard di McLaren's bar semalam. Kahkahkah.


Another copy paste entry from here.

Saturday, February 19, 2011

Fun Fact About Wembley, And SPURS!


In 1961, it was the FA Cup.

In 1971, it was the League Cup.

Another League Cup again in 1981,

And 91', saw another FA Cup triumph.

In 2001, well, Wembley was out of service then.

What about 2011?

Yes, Tottenham Hotspur won every 10 year since 1961 at Wembley, and since this year's Champions League final will be at Wembley, then...


Entri ini dikopi dari blog aku satu lagi, The Other Half. Jenguk jenguk lah. Hehe

Wednesday, February 16, 2011

Genting Highland

Minggu ini, aku rasa aku dah mula masuk fasa detik detik genting dalam hidup aku. ASSignment, test, makwe, futsal, wayang, ah, macam macam lagi la. Tapi, point point penting di situ adalah of course la ASSignment dan test. Memandangkan ini adalah sem abang yang terakhir, abang kena la struggle sikit. Kasi pointer tu 4.0 ke atas. Oh yeah? Owh YEAH!

Oh, dan pasal scene gaduh malam tadi dekat kelab Arena Melaka malam tadi, nanti la aku cerita. Ini la dia bodoh kalau dah mabuk mabuk. Gaduh alasan entah apa apa.

Jadi, pada makwe makwe di luar sana yang nak mengorat aku, diminta KIV sekejap, pasal aku tengah bizi.

Friday, February 11, 2011

Mengapa, Palestin?

Kenapa hanya membaling batu?
Kenapa tidak bersenjatakan senapang?
Kenapa tidak menyerah kalah?
Kenapa tidak damai berkongsi tanah?
Kenapa, Palestin?

Kenapa bumi Palestin?
Kenapa ditindas yang tak berdosa?
Kenapa digilakan sangat Masjid Al-Aqsa?
Kenapa tidak tanah lain?
Kenapa, Israel?

Ini soal maruah kami.
Ini soal sejarah kami.
Ini soal agama nenek moyang kami.
Ini soal agama Tuhan kami.
Dan kau pun patut ke mari bersama kami!
Kerana ini agamamu juga!

Ini soal bangsa Yahudi kami.
Ini soal Tuhan dengan kami.
JanjiNya pada kami adalah bangsa terpilih.
Ini soal Raja kami.
Ini soal Solomon Temple kami.
Ini hak pemahaman kami!

Dan soal Islam dan Yahudi adalah selamanya.

Thursday, February 10, 2011

Antara Dua Darjat!

Bilamana assignment dan tidur menagih kasih dan sayang dariku, hanya satu jawabku.

Selamat malam kerja sekolah, dan puan puan lecturer sekalian.

Kahkahkah

Monday, February 7, 2011

Blog, Blog, BLOG!

Sesungguhnya, kesunyian di blog ini memang memberi kesan emosi kepada aku. Aku rasa seperti tidak mengapdet blog, samalah seperti tidak beremosi. Sebab macam tak ada apa apa emosi untuk dishare di sini.

Kalau kau kau buka blog blog lepasan SPM atau budak budak sekolah, maka macam macam lah cerita cerita seperti "Hari ini saya makan McD dengan boyfie saya! Cayang dia cangat cangat!" dan sebagainya. Damn damn. Nasib baik aku tak kenal personally orang orang gini. Kalau kenal pun, aku tak akan baca blog dia untuk mengelakkan sebarang hatred berkembang di dalam hati. Hahaha.

Hm...ok tak kalau aku apdet love-story? Kahkahkah.

Damn damn. Rasa macam seni dalam diri lack. Kurang penulisan sejak akhir akhir ini. Sebab kurang apdet ni, aku rasa seperti hilang self-motivation. Aku rasa macam tak ada orang sayang aku. Aku rasa macam bukan sebahagian dari masyarakat. Aku rasa sangat awesome!

Ok, aku dah start mengarut. Lantak lah. Rasa rasa kalau kesian kat aku, kau orang doa doa lah aku diberi ilham yang melimpah ruah untuk menulis blog. Ataupun daya ingatan aku semakin kuat. Pasal sebenarnya setiap kali aku nak apdet, aku akan lupa nak apdet apa, lepastu meleret leret tengok benda lain. Masyaallah.

Oh, sebelum terlupa. Selamat Raya Cina semua!

Thursday, February 3, 2011

Introducing!

Ok, aku lupa nak promote blog aku sebijik lagi dekat sini. Kalau awak awak pandang kanan, anda akan nampak The Other Half, blog yang mampu menawarkan anda orgasm in term of football dan video video menarik. Ok, tapayah orgasm sangat. Sebenarnya, saya ni bukannya pandai sangat buat blog. Hehe. Kalau nak baca dijemput la.


Boleh klik pada gambar untuk jenguk jenguk apa ada di dalam. Kalau nak beli insurans, tak ada dalam tu. Tapi anda boleh terus berhubung dengan saya. Hehehe. Nyawa, kereta, rumah, bangunan kedai, tanaman, semua ada. Sila sila.

Wednesday, February 2, 2011

Mesir MESIR!!!

Ok, semua orang tahu Mesir tengah berperang. Semua oran juga tahu aku benci Pakatan Rakyat. Yes, nampak tak berkait ye? Sabar.

Di saat Mesir tengah kalut ni, suara suara sumbang di Malaysia telah mula berkibaran dengan mengatakan kerajaan tak buat kerja tak angkut lagi student student Malaysia di sana untuk bawa balik. No aku bukan nak support kerajaan. Aku fucked up jugak dengan bapak bapak politik yang main rasuah ni. But then, bukan bapak politik from kerajaan side je yang main rasuah. From PR pun lebih kurang. Dah namanya pun politik kot. Aku pun fucked up pasal Rosmah spend money macam duit rakyat ni dia punya. Yes, nak benci, benci pada individu yang bersalah. Bukan pada the whole organization. Aku still support government pasal dulu sekolah menengah, aku kene taja. Masuk universiti, pun kene subsidi. Kalau budak bukan UiTM nak bising, kau orang pu buat PT. Still duit kerajaan. Masuk universiti pun pasal ada kuota. So, jangan berlagak rebel sangat la. Kenal sikit erti syukur.

Ok, now the problem is, ramai orang, especially di FB yang menyatakan rasa tidak puas hati kerana kononnya kerajaan lambat buat kerja. Rite? Yes, we have 11,000 students there and rakyat rakyat Malaysia. Dan untuk mengangkut seramai itu bukan kerja sebuah kapal terbang. Hatta sebuah kapal kargo pun tak cukup. Jadi, aku percaya kerajaan tidak terlalu bodoh untuk mengabaikan begitu sahaja. Plan kena lah ada untuk evacuate.

Yang bodoh pada aku adalah yang duduk makan duit kerajaan, yet still maki maki. Aku maki, yes aku maki. But that doesn't mean aku support PR. Pasal sekadar janji janji yang ditaburkan oleh mereka sahaja tidak mampu membeli undi aku. Kalau nak berjanji, sertakan dengan action sekali. Action speaks louder than word.

Lagi satu, kecoh kecoh pasal Akta Percetakan dan Ape Benda Entah tu nak digubal semula. Dan kononnya Facebook dan blog blog dan internet nak diban. Ey hell! The purpose is to kawal and at the same time menjalankan Akta Hasutan. Takkan la nak biar Malaysia ni free press gila babi. Kalau macam itu, aku boleh la cakap mak kau pelacur pasal free press rite? Kalau nak hidup tak ada undang undang, pergi masuk hutan la babi!

Kalau kau buat something yang betul, maka aku yakin kerajaan tak bodoh nak saman tahan kau tak tentu pasal. Tak payah nak tunjuk rebel sangat, or konservatif ke, apa ke. Konon konon kau ada pendirian. Kalau kau ada pendirian, pergi la belajar kolej swasta! Pergi belaja international school! Kenal la erti syukur sikit beb!

Dan ya. Entri ini penuh emosi. Sila baca dalam emosi juga. Hahaha

Obefiend Weiland juga ada update lebih kurang di sini

Tuesday, February 1, 2011

Tak Steady, Tak Steady!

Liverpool ke, Torres ke, Carrol ke, Indra Putra ke Terengganu ke, semua tak steady!

Pasal, pasal aku ni berkurun dah tak apdet blog.

Tak steady, tak steady!

TAK STEADY!!!