Tuesday, June 21, 2011

Hadapan Dan Harapan

Teng teng teng, teneng teng teng, teneng teng teng. Teng teng.

Melodi merdu yang datang dari petikan piano itu memecah kesunyian ruang ruang tamu rumahnya. Indah damai melodi tadi, disertai dengan desiran bunyian kipas yang berputar laju, cukup untuk menambahkan rasa cinta dalam ruang tadi. Akan tapi, kesunyian dan kekosongan hati di situ tetap tidak terubat. Piano tadi, yang termain dengan sendirinya kerana bunyi itu sudah direkod awal, hanya ditinggalkan sendirian pada hakikatnya. Dan dengan bertemankan sofa, meja makan Ikea dan karpet Kamdar, selain piano tadi, memang membuat kipas berpusing dengan penuh rasa hiba.

Srett srett srett srett.

Hanya ketika itu datang bunyi seakan ada orang yang memecah kebuntuan ruang sunyi tamu tadi. Tapi masih, hanyalah hampa. Gesekan biola itu rupaya, juga sebuah rekod, yang dipasang awal di komputer riba yang ditinggal di atas meja makan Ikea tadi. Hiba komputer riba tidak ternampak dek wajah skrinnya, kerana ia hanyalah sejenis komputer riba. Andai mampu ia meluahkan rasanya, pasti, tangisan dan esakan keluar dari alat eletronik itu tadi.

Iris melangkah masuk ke dalam biliknya. Puas sudah dia membasahi pipi dengan air mata dan rasa cinta sia. Akan tetapi, itu semua mendatangkan tiada apa kepadanya. Lelaki itu, bukan untuk dirinya. Dia menjadi terlalu kecewa. Perasaan berbuku selama lima tahun yang dipendam, hanyalah sebuah pendaman. Tiada mampu untuknya luahkan. Hanya putus asa jalan yang kelihatan di hadapannya ketika ini, dan Iris pasti, itulah sahaja pilihannya.

Cuma, Iris tidak tahu, bahawa Tuhan telah menyusun manis jalan hidupnya, dan sekeping hati di belakang rumah sedang menanti dengan tabah untuk dipetiknya kelak.

Iris.

3 comments:

  1. Heee! Ayat kau haaa!
    Kelasss giteww nyah! ;D

    ReplyDelete
  2. Nyah, kelas ayat mak kan nok? Auuwww galak mak gini nyah.

    Orang bercinta? Mana pul mana?

    ReplyDelete